Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 28 March 2012

'Hilang' Kereta

Nak kongsi sikit salah satu pengalaman semasa menguruskan Perjumpaan Keluarga Che Mid tempoh hari.

Che Mid, Arni (sepupu) dan Nor (adik) ke pejabat katerer untuk membuat tempahan di Shah Alam.Tempat meletak kenderaan amat terhad lebih-lebih lagi di waktu makan tengahari menyebabkan kami meletak kereta di tepi jalan. Adik Nor yang keberatan terpaksa akur dengan pujukan kami kerana kami pun biasa buat macam tu. 

Perbincangan dengan katerer mengambil masa hampir satu jam, lebih kepada berborak, kerana tuan punya syarikat tu adalah jiran sekampung. Itu pun dia mengajak kami makan tengahari tapi kami menolak dengan baik kerana kesuntukan masa.

Turun dari pejabat katerer, adik Nor terus ke kereta, Che Mid dan Arni serta anak-anak singgah di restoran untuk tapau sedikit makanan. Selesai membeli, kami mencari-cari Nor dan keretanya tapi tak kelihatan.

Tiba-tiba terdengar suara Nor memanggil sambil berkata, " Kak, KERETA NOR TAKDE!!"

Macam tak percaya pun ada.. dalam banyak-banyak kereta kat situ, kereta Nor yang 'hilang'. 

Panik kami dibuatnya. Tengok muka Nor macam dah nak menangis sangat. Che Mid dan Arni dah rasa bersalah sebab kami berdua yang beria-ia nak Nor parking 'haram'. Aduii.. macamana ni.

Tak pasti samada kereta dicuri atau ditarik MBSA, kami menggaru kepala hilang punca.  Tiba-tiba Che Mid terfikir sesuatu lantas bertanyakan di mana Nor memarkir keretanya tadi. Che Mid berjalan perlahan-lahan ke tempat kereta sambil mata memerhati sekeliling kut kut ada tanda-tanda kereta dipecah atau apa-apa klu. Macam penyiasat pun ada. 

Akhirnya mata Che Mid tertumpu pada kun oren yang tertampal kertas kecil bertulis plat kereta Nor. Juga catatan bahawa kereta tu telah ditunda oleh MBSA kerana meletak kenderaan di kawasan larangan! Fuhh! Lega sedikit tapi satu hal lagi... Nor kena bagi tau supaya suami tentang hal tu. TAKUT!!

Akhirnya, keesokannya, suami Nor menuntut kereta tu dari MBSA dan dikenakan kompaun.. khabarnya teruk juga Nor kena bebel.. kesiannn...



Wednesday 21 March 2012

Gambar Lawa-lawa Lagi

Sebelum Che Mid tayangkan gambar-gambar lawa lagi, izinkan Che Mid turunkan di sini sedikit sebanyak kiraan kos yang diperlukan untuk mengadakan majlis seperti ini. Sekadar catatan untuk Che Mid sendiri dan panduan juga jika ada sesapa yang teringin nak buat majlis serupa ini.

Dewan orang ramai muat untuk 400 orang - sewa RM600 ( belum campur deposit RM400 yang boleh dikembalikan) Kerusi meja untuk 200 orang - RM 800, katering untuk 150 orang, RM20 seorang berjumlah RM3000. Lain-lain keperluan seperti hiasan dan hadiah, pa sistem, cenderahati untuk anak-anak kecil, kudapan atas meja tetamu, surat menyurat dan fotostat dll. Jumlah semua sekali lebih kurang RM6000. Duit lebih ditampung lebih sedara mara yang sanggup bersedekah wang tunai. Ada juga yang taja kain rentang dan PA sistem.

Kami mengenakan bayaran RM30 seorang dewasa dan RM10 anak-anak bersekolah rendah. Memang tak cukup, tetapi ramai juga yang bersedekah wang tunai dan akhirnya selesai soal perbelanjaan. Hadiah cabutan bertuah dibawa sendiri oleh jemputan secara sukarela. ( Hasilnya.. banyaaaakk... hadiah terkumpul..)

Tips untuk sesiapa yang jadi penganjur atau 'orang kuat' majlis seperti ini. Seperti yang Che Mid amalkan, mesti ada PR yang bagus kerana kita akan berhubung dengan orang tua, muda dan lebih berpangkat jauh dan dekat. Jangan berkira soal duit, minyak kereta, bil henfon dan masa.  Che Mid siapkan wang tunai sendiri untuk mendahulukan bayaran mana yang perlu. Walaupun boleh dituntut kemudian, jangan berharap sangat. Niatkan untuk bersedekah wang,   kepandaian,  dan masa untuk keluarga terutama kegembiraan emak abah kita, moga-moga Allah akan balas pada kita. Insyaallah, jika niat kita baik Allah akan permudahkan.

Jom layan gambar lagi ok..

Tiga orang kuat - sepupuku Arni Suria, Che Mid dan adikku Nor. Adik Nor yang menghias pentas dengan menggunakan bunga-bunga tepi jalan. Percuma je.. tapi hasilnya.. klasik dan menarik.. sesuai tema..

Isteri sepupu-sepupu Che Mid bergambar bersama anak dan cucu masing-masing.

Che Mid sedang beraksi sebagai pengacara majlis. Sebenarnya ada seorang lagi sepupu yang menjadi pengacara bersama, tapi datang lambat.. terpaksa Che Mid 'handle' sorang-sorang dari awal hingga akhir majlis. Kualiti PA sistem pun tak berapa bagus, sabar je la..

Menu yang sangat menyelerakan, syabas kepada D' Hidang Katerer. Berkonsep gerai.. rata-rata tetamu memuji dan puas makan. Ini gerai nasi ambeng - ada nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, serunding daging Jawa, sambal goreng Jawa, ikan masin bulu ayam dan peyek bilis.

Ini pula gerai soto. Tengok dua beradik ni, Azlina dan Azmir Suria .. nampak sangat satu hati..menyenduk pun setempat.

Ini paling istimewa - Bubur candel..menjadi sebutan ramai, ada yang komen dalam facebook, asyik teringat-ingat je kelazatan bubur candel ni..

Air nenas pun sedap..


Anak-anak sepupu Che Mid - dah besar panjang 6 beradik ni.. emaknya Suriyati, sebaya Che Mid tau..

Mereka ni pun sepupu sepapat juga dari empat famili berlainan.

Sepupuku Sulam ni, memang bagus.. dia bawa semua anak-anaknya.. dan duduk semeja.. nampak enjoy sekali!!

Kak Tati, Din dan ipar duai serta anak-anak. Tentu riuh rendah bila duduk semeja macam ni.

Bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - bawa masuk aiskrim - Deeja relaks je bertenggek atas palang basikal tu, macam dah biasa.. tak takur pun.. Kalau nak tau, motorsikal kat belakang tu dah pancit, dan peti aiskrim tu berat pulak.  Kami tak dapat cari loceng aiskrim, jadi Ayan kena naik basikal di depan sambil membunyikkan loceng basikal.. kru pulak kena tolak motor yang berat dan pancit... hasilnya..tapi tetamu suka seprais ni terutama kanak-kanak!!



Kru jadi kerumunan budak-budak untuk dapatkan aiskrim potong!! Yummy!!

Adikku Nizam dengan anak dan isteri, Dila. Terima kasih sudi meminjamkan props - vespa, Honda cup dan basikal tua. Betul-betul membantu menceriakan majlis..

Lapan orang kru yang terbaik!! Terdiri dari adik, anak-anak dan anak-anak buah Che Mid. Dari belakang kiri, Ashman, Faris, Adam, Imi, Haziq, Azhar dan Harith.  Duduk depan - Ayan

Sepupuku Azmir dan isteri - sporting

Abahku, Haji Jamil berbual dengan tetamu dari waris Hj Warit, Parit Yaani, Johor.

Adikku Acik, anakku Farah, anak buahku Huda, dan adikku Nor. Deeja pun menyelit gak..

Ketika semua tetamu menjamu selera, Che Mid melayan wartawan dari Sinar Harian.. Fatihah namanya..

Berselera Deeja makan lontong yang abah suap.. Deeja memang budak baik malam tu.. tak nangis atau nakal, sama-sama enjoy majlis tu.. tudung pun elok terlekat di kepala sampai balik ke rumah..

Bergambar dengan emak dan abah seusai majlis. Masa ni Che Mid dah terlalu penat.. langsung tak jamah makanan. Minum pun cuma seteguk dari air yang Deeja beri.


Bersama makcik-makcik dan keluarga dari Johor. Rasa terharu sangat dengan kehadiran sedara mara dari Johor ni.. sesama dia orang pun ada yang tak pernah berjumpa sebelum ni, dan ada yang berjumpa masa kecik-kecik main parit dulu...

Bergambar ramai .. sebahagiannya ada yang dah balik..dah tengah malam ni..

Ha ha berposing atas motor atas lori... sebelum balik ke rumah malam tu juga. Kami tinggalkan dewan hampir jam 1 pagi..

Terus terang Che Mid katakan yang Che  Mid tak enjoy mana pun malam tu. Sebab terlalu sibuk mengacara, dan ada beberapa perkara berlaku tidak seperti yang dirancang. Demam dan sakit kepala yang berlarutan hampir seminggu turut memberi kesan pada emosi Che Mid.

Tapi bila lihat tetamu yang hadir yang rata-ratanya gembira dan puas hati, juga meneliti satu persatu gambar majlis  malam tu, membuatkan Che Mid rasa gembira dan bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berjaya. Alhamdulillah Ya Allah!!

Friday 16 March 2012

Perjumpaan Keluarga Haji Ismail & Hajjah Hadiah

Fuhh.. Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya selesai sudah sambutan majlis Perjumpaan Keluarga Haji Ismail dan Hajjah Hadiah kali ke 2 pada 10 Mac 2012  lalu. Haji Ismail meninggal 40 tahun lalu, dan Hajjah Hadiah meninggal 22 tahun lalu. Lebih kurang 200 orang waris Haji Ismail dan waris dari Johor sudi hadir memeriahkan majlis.

Sekali lagi Che Mid (berpangkat cucu dalam keluarga Haji Ismail) menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras program.

Lama cuti dari berblogging dek sibuk ke sana ke mari menguruskan dewan majlis, tempahan kerusi meja, mengedarkan kad jemputan, menempah katering.. yang semuanya tak cukup dengan sekali temujanji... Bersama sepupu Arni Suria yang tinggal setaman, kami sentiasa berbincang tak kira masa.. dan ke sana sini bersama menguruskan apa yang perlu.

Lagi seminggu majlis berlangsung, Che Mid sakit yang agak pelik... sakit kepala, sakit bahu, kaki tangan kebas terasa dicucuk-cucuk, mata asyik nak tidur saja.. tengok komputer pun 'blank'. Minggu yang sepatutnya dikhususkan untuk menyiapkan aturcara dan program, jadi lembab dan tertangguh-tangguh. Che Mid kuatkan semangat disamping berubat, akhirnya tiba juga masanya. Jom jamu mata dengan deretan gambar-gambar berikut.

Inilah dia pentas kami. Konsep lama mengimbas kenangan dulu-dulu. Tema - Batik-batik an.. Slogan - Ketemu Orak Selalu, Kelalen Orak Sekali (maksudnya - Bertemu tidak selalu, Dilupa tidak sekali)

Suasana sibuk di meja pendaftaran.  Buku cenderahati , 'door gift' berupa kitab kecil Al-Ma'thurat dihulur kepada tetamu. 

Kehadiran VIP iaitu adik beradik dan ipar abah Che Mid. Masing-masing pakai batik.. Best!!



Hafazan oleh sepupu, Faisal Hadi al-Hafiz membaca surah al-Imran 102-109 dan tafsir dilakukan anakandaku, Farah. Mereka berpakaian sebagaimana yang dipakai oleh arwah Haji Ismail dan Hajjah Hadiah. malah beg jalur-jalur di depan Farah tu adalah kepunyaan arwah nenek Hadiah.


Tok Ketua Kampung Meru, Tuan Haji Thaifor Haji Nor yang juga suami kepada sepupu Che Mid memberikan ucapan dan merasmikan majlis.

Hadirin memberikan tumpuan pada penerangan Che Mid mengenai salasilah Haji Noor. Dari 6 orang anak Haji Noor, 2 orang dibawa ke Tanah Melayu dari Jogjakarta, Indonesia. Manakala 4 lagi anaknya menetap di Indonesia sampai sekarang.

 Kejutan buat tetamu - Farhan masuk ke dewan dengan menaiki basikal sambil membawa mangkuk tingkat yang kemudian diserahkan kepada Ketua Kampung. Konon-konon, 'food presentation' laaa..dapat tepukan gemuruh tau!

Senyum lebar Tok Ketua menerima tepen tu..

 Para jemputan mendengar ucapan. Setiap meja dihias dengan sepasu orkid yang kemudiannya dijadikan hadiah.

 Tetamu mula menjamah makanan. 

Menu utama - Nasi ambeng termasuklah ayam kicap, serunding daging, mee goreng, sambal goreng, peyek bilis dan ikan masin bulu ayam. Lontong asli dan kuah lodeh dengan sambal kacang. Pencuci mulut pula roti jalan dengan kuah durian, Bubur candel pun ada. Air nenas sebagai minuman sejuk dan teh tarik panas sedia untuk tetamu.

 Cabutan bertuah yang sangat banyak!! Penerima dalam gambar ini ialah Cikgu Sukerman, sepupu abah sebelah mak. Yang menyerahkan hadiah ialah Cik Mi, adik abah yang bongsu.

 Kru pun nak makan gak.. kami sediakan tikar untuk anak-anak kecil berehat, tapi nampaknya digunakan oleh kru sebab meja mereka telah 'disambar' tetamu lain.

 Kejutan harijadi untuk Adad, anak sepupu Che Mid yang hari jadinya jatuh pada hari majlis, 10 Mac.

 Kru bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - Imi akan menaiki motosikal ke dalam dewan. Belakang motor tu ada kotak besar berisi aiskrim potong. Imi siap bertopi dan berkemeja bagai seorang lelaki Cina penjual aiskrim di tempat Che Mid dulu. Cuma tuala 'good morning' je tak tersangkut di bahunya.

 Hadiah pasangan anggun - dimenangi oleh Cik Dhuriyah, mak sedara Che Mid yang memakai kebaya sulam dan berkain batik lepas lengkap berselendang. Memang anggun lebih-lebih lagi untuk wanita berusia 60 an. Sayang tak sempat ambil gambar penuh..

 Pasangan anggun lelaki dimenangi oleh Tuan Haji Azmir Suria, sepupu Che Mid, berkemeja batik hitam.

 Bergambar ramai sebelum beransur. Ramai yang dah balik masa ni .. terutama yang ada anak kecil.. masa pun dah menjelang tengah malam.

 Dari lantai hingga ke atas pentas - semuanya keturunan Haji Ismail dan waris Haji Warit dari Johor

Terima kasih kerana sudi hadir. Lain kali ada rezeki kita berkumpul lagi..!!