Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 3 January 2013

YAHANANA EVENTS & MANAGEMENT

Che Mid telah berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan (eleh.. macam terer benor ya..) sejak dulu lagi. Sejak zaman sekolah dulu, kalau bab buat program dan jadi pengacara majlis tu memang muka nilah ke sana ke mari. Wakil nasyid dan nyanyi-nyanyi pun muka ni gak..

Bila dah bekerja, pun seringkali diarah untuk menyelaras program syarikat seperti latihan, aktiviti kelab sukan dan rekreasi, majlis makan malam dsb. Pernah juga terbabit sebagai penganjur majlis bertaraf antarabangsa seperti makan malam dan mengurus lawatan pelawat luar negara seperti ketika Sukan Komenwel dulu.

Di peringkat kemasyarakatan pula, Che Mid memang aktif mengadakan program menerusi persatuan dan ahli keluarga, lebih-lebih lagi selepas Che Mid berhenti kerja pada 2004. Pada sesiapa yang selalu singgah di blog ini dan blog yang pertama dulu, memang akan selalu baca dan tengok gambar aktiviti yang dilakukan.

Baru sekarang ni terasa nak buat bisnes (little bit too late la..)  dek kerana didesak oleh suasana dan keadaan (buat masa ni tak boleh bagi tau lagi), juga dorongan beberapa pihak secara langsung dan tidak langsung,  maka Che Mid pun bergiat serius untuk jadi pengacara atau emcee majlis terutama perkahwinan, juga menjadi pengurus acara.  Iklan pun dah Che Mid tayangkan di Mudah.my seperti di bawah ni:-

Berminat untuk mencari pengacara majlis untuk majlis persandingan atau pernikahan anda?
Atau mengacara untuk majlis separa rasmi / rasmi anjuran peribadi/masjid/persatuan/korporat?

Berkebolehan menulis skrip acara mengikut adat tradisi Melayu dan Islamik ( pantun, seloka, qasidah, nasyid, marhaban dsb) di iringi dengan muzik latar bersesuaian dengan majlis.

Sedia menyediakan pa sistem atau lain-lain acara seperti kumpulan kompang, berzanji, marhaban, badut dan silap mata dsb.

Pasti majlis anda akan menjadi memori paling manis dan terindah dalam sejarah..

Harga sangat berpatutan!

Hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com

Alhamdulillah, sepanjang musim cuti sekolah ini, boleh tahan juga jemputan untuk Che Mid. jadi pengacara. Yang akan datang, Insyaallah akan ke Alor Setar pada 19 Januari ini.

Sekarang,  Che Mid telah pun mempunyai sebuah syarikat yang diberi nama YAHANANA EVENTS & MANAGEMENT. Khusus untuk pengurusan acara, pengurusan latihan, emcee, fotografi dan pa sistem. Buat permulaan harga yang dikenakan sangat berpatutan. Doakan Che Mid ya!




21 comments:

  1. moga che mid terus maju jaya.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yana.. respect dgn Yana kerana rajin drop comment..

      Delete
  2. Insha Allah.. Tahniah! Good luck and terus sukses.. akan sentiasa mendoakan semua kawan-kawan untuk terus berjaya di dunia dan akhirat.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang yang macam Rehan ni sentiasa menjadi penguat semangat..

      Delete
  3. singgah n follow sini

    dr afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, kejap lagi che mid singgah rumah asfaz pulak...

      Delete
  4. alhamdulillah.



    moga akak terus maju dan maju di dunia dan di akhirat. amin

    ReplyDelete
  5. Tahniah Che Mid. Insya Allah akan terus berkembang. Seronok berjumpa orang dengan bermacam ragam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap satu program, berbeza cara dan rasa.. kena pandai ikut rentak la..

      Delete
  6. tahniah che mid...utk berjaya,takde istilah lmbt kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ila, masa dulu buat kerja lain, yang ini buat saja-saja je.. skrg baru tergerak nak serius.. mana tau ada rezeki anak-anak..

      Delete
  7. Alhamdulillah.... syukur dan tahniah dari kakak. Moga segalanya berjalan lancar.

    psst: kakak terdengar-dengar lagu Yahanana pulak dah jadinya. Kalau radio IKIM boleh katakan tiap hari mesti ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya dapat nama tu dari lagu tu la kak..

      Delete
  8. Tahniah cek Mid.... moga terus maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. kalau nak cuba Che Mid boleh lah.. he he

      Delete
  9. moga terus maju jaya di tahun 2013 ini...

    ReplyDelete