Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 30 June 2013

Bermarhaban Di Rumah Tan Sri

Berbesar hati sungguh Che Mid dan kawan-kawan dijemput bermarhaban di rumah Tan Sri Rozali Ismail. Melalui fb Yahanana Events tentunya blog ini, sekali lagi kami 'ditemui'. Berbaloi juga Che Mid tayang gambar marhaban dan 'update' info tentang aktiviti kami. 

Pejabat Puncak Niaga menghubungi Che Mid bertanya tentang marhaban kami. Ada soalan kelakar yang ditanya, " Berapa umur ahli-ahli marhaban Che Mid ni, kalau boleh kami tak nak tua-tua.. " Che Mid jawab, " Dari 30 an hingga 40 an. Yang warga emas adalah dalam 2, 3 orang." Kemudian orang tu komen pulak, " Tapi, kalau tengok dalam gambar kat fb ni.. semua ok je.. tak nampak pun tua-tua.." Foto dah edit le dik..kih kih

 Kami bertolak seawal jam 7.30 pagi... silau mentari pagi.. Bas Puncak Niaga dah tunggu tapi cuma ada 18 seater.. jadi 4 orang lagi naik kereta seorang staf Puncak Niaga yang turut ada memantau kami. Bukan main lagi kan.. macam VIP pulak gitu..

 Bergambar selepas sarapan pagi. Berlatar belakangkan padang golf. Oh, lupa.. rumah Tan Sri ni di Tropicana Glof and Country Resort. Unifom hari ni, jubah hitam dan tudung merah jambu. Sendiri punya atau pinjam-pinjam.. sebab baju ni bukan unifom 'official'. Ada yang las minit beli dan tengah malam ketuk pintu rumah kawan mintak alter.. semua gara-gara nak ke rumah Tan Sri. Memang pun Che Mid carik ahli 'ekstra' untuk mengganti ahli yang kebetulan tak dapat hadir, biar nampak ramai..

 Mak bawa anak dara sekali.  Dari kiri tengah Kak Syikin dan Zainon.. antara ahli aktif Helwa. 

 Dari kiri Kak Ita (kansel kenduri pada hari tersebut), Kak Edah (cuti niaga), Cik Nah dan Zie serta anaknya Zira yang mati kutu sebab takde gang.  Che Mid tak bawak Deeja dan Kak Ita tak bawa Asha untuk mengelak suasana kecoh dan huru hara. Che Mid bagi tau Deeja yang ibu ada "meeting". 

 Adik ipar ku Dila, ahli baru, dan adikku Nor, ahli tenggelam timbul.. harap-harap lepas ni.. timbuuulll je ye..

 Dari kiri, Ita (sepatutnya keje hari tu.. mintak cuti gak ke..?) dan Baiti yang bawa mak tersayang sekali.

 Che Mid... alahai.. takde Farah rasa semacam juga..

 Macam tu la rupanya.. kita bersarapan.. orang main golf kat belakang rumah..

 Bergambar di hadapan buai sebelum acara bermula.

 Sempat bersembang panjang kerana majlis lewat dek menunggu anak-anak yatim dari Sungai Buluh. Majlis bermula dari pukul 10.45 hingga 12.30 tengahari.  Termasuk tahlil ringkas, tahnik, berzanji, marhaban dan selingan selawat, zikir dan qasidah.

 Che Mid sedang membaca doa tahnik, sementara Tan Sri bersedia untuk mentahnikkan baby Nur Natrah.

 Cik Nah sedang membaca berzanji. Alhamdulillah, ahli semakin berkeyakinan membaca rawi dan tak 'takut' mikrofon selepas seorang Ustaz memberi nasihat, " Tidak mengapa menggunakan mikrofon, jika niat kita untuk mengajak orang ramai sama-sama membesarkan Nabi saw".  Che Mid rasa terharu sangat bila hampir semua orang ikut kami mendendangkan qasidah Yahanana dan Ya Thoibah. 

 Che Mid diberi penghormatan oleh Tan Sri untuk memotong rambut. Selalunya Che Mid akan bacakan doa, " Allahumma faqehufiddin" sambil meniup ubun-ubun baby.

 Selepas jamuan makan tengahari yang amat-amat sedap dan istimewa, kami diminta untuk berselawat sempena sambutan harijadi Nur Najwa. Tengok la tu, kek lagi besar dari beday girl..

 Bersama Puan Ros dari Jabatan PR Puncak Niaga. Bertungkus lumus dari malam sebelum tu lagi membuat persiapan di lokasi. Ada seorang lagi iaitu YBhg Dato' Yunus, Pengarah Pejabat Pengerusi Puncak Niaga menghubungi sendiri Che Mid bagi memastikan semuanya lancar. Pagi tadi Che Mid menghantar sms terima kasih kepada beliau dan berharap agar semuanya berpuas hati dengan marhaban kami. Dato' jawab, " Kalau saya happy biasanya, mereka pun happy. Terima kasih bebanyak le Ye. Dyunus".

 Sebelum balik, kami diberi cenderahati. Dalam beg tu ada kain batik, ferero roche dan air minuman.

 Time balik, semua nak naik bas.. biar bersempit tapi tak nak berpisah. Huda dan Iva duduk atas tangga bas pun boleh senyum sokmo.. Nor dan Che Mid duduk atas tempat letak lagej.. Riuh rendah bila Che Mid umumkan yang kami diberi sagu hati wang tunai yang Alhamdulillah lumayan. Semuanya sepakat untuk membelanjakan duit itu untuk beli unifom baru!

Mission accomplished!! Yeah!!  Syukran jazilan atas komitmen penuh anda!!

Sesiapa berminat untuk menempah marhaban kami? Hubungi Che Mid di 013-3672459 ok!

Thursday 27 June 2013

Baby Firas Dah Dibedah

Apa khabar semua..

Ingat tak kisah baby Firas, yang menghidap kanser mata? Dia dah pun menjalani pembedahan membuang mata kiri yang telah 100% dijangkiti sel kanser pada Isnin17 Jun lalu di HKL. Sebelah pagi, pakar membuat pemeriksaan, pada hari yang sama juga pembedahan dilakukan.. dah kritikal.. tahap E.

Gambar sebelum pembedahan

Che Mid sempat ziarah di rumah pada hari Ahad lepas, fizikalnya nampak sangat sihat , suka ketawa dan beri respon sangat baik. Bila Deeja pasang lagu gwiyominya.. baby Firas pun ikut menggerak-gerak kaki sambil menyusu. Sebulan lagi, mata kiri baby Firas akan dibuatkan mata palsu dan akan diganti setiap enam bulan mengikut selaras dengan pembesaran tubuh badannya.

Semalam, bermula pula episod kimo.. khabarnya ada 6 sesi kimo yang perlu dijalani untuk membunuh sel yang sedikit menular di mata kanan dan mengelak dari merebak ke bahagian lain terutama otak. Ibu dan ayah Firas pun nampak positif dan tenang, Alhamdulillah, tidak seperti sewaktu mula-mula dapat berita penyakit kanser tempoh hari. Mungkin suasana di hospital yang mempertemukan mereka dengan pesakit-pesakit kanser mata yang lain menyebabkan Wani dan Fahmy lebih kuat. Mereka berdua juga turut melayari blog dan berhubung dengan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah sama. Tentu keyakinan bertmabah apabila mengetahui ada pesakit yang telah sembuh selepas menjalani pembedahan dan kimo. Subhanallah.. Allah memberi penyakit dan Allah juga menyediakan ubatnya..

Wani mengambil cuti 3 bulan tanpa gaji untuk menjaga baby Firas sepenuh masa dan juga bercuti dari mengikuti pengajian luar kampusnya.  Nampaknya si ayah kena bertungkus lumus mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga dan membiayai kos perubatan anak tunggal mereka. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan ujian ini akan segera berlalu dan Allah gantikan dengan kegembiraan. Amin.


Wednesday 19 June 2013

WW - Deeja Nangis

" Kakak, janganlah tinggal sini.. jomlah ikut Khadeeja balik.." Rayu Deeja semasa menghantar kakak Farah ke UITM Bukit Mertajam Isnin lepas.


Wednesday 12 June 2013

Rabu Tanpa Kata..Tapi Bukan Untuk Deeja

Ni dia video gwiyomi versi Deeja. Layan!!

Semalam tengok Asha (Lyafarina).. hari ni tengok Deeja bergwiyomi yang sepatah haram tak faham tu..

Monday 10 June 2013

Sakaratulmaut

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya
Dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya
Sebagaimana ia menjalani kehidupannya
Seperti itulah besar ia akan mengakhiri kehidupannya
kerana
Sesungguhnya dengan menjalani kehidupan
Bererti kita sedang berjalan menuju KEMATIAN 




Saturday 8 June 2013

Lurus tak boleh diajar..

Sebuah keluarga bahagia sedang bersantai di hujung minggu. Si ayah berniat mendidik tiga orang anaknya yang bersekolah rendah dan tadika sambil berbual mesra dan bergurau senda. Si ibu pula sibuk melayan internet sambil memasang telinga.

Si ayah         :   Kat sekolah cikgu ada ajar tak cara melintas jalan yang betul.

Anak-anak   :    Adaaa... (ndak tak ndak je menjawabnya)

Si ayah         :    (Nak tunjuk ajar jugak) Ok, bila dah turun dari van, jangan melintas dulu k. Tengok kanan,
                        tengok kiri, lepas tu tengok kanan balik. Kalau betul-betul takde kereta baru melintas!  
                        (Beria-ia benor si ayah mengajar.. siap dengan tangan-tangan sekali menggayakannya).
                         Betul tak?

Anak-anak   :  ( Semua mata tertumpu 100% kearah ke Upin Ipin kat TV, adegan lipas raksasa mengejar
                       Upin Ipin)
                        Betuull ayah! (Menyahut dengan sekuat hati, malas si ayah tanya berulang kali..)

Si ibu           :   (Menyampuk). Kalau ada motor lalu.. korang melintas tak?

Anak-anak   :  LINTASSSS!

Friday 7 June 2013

Laa.. Mengacara di Rumah Blogger Rupanya..

Salam semua! Terima kasih tidak terhingga kepada para sahabat yang sudi tinggal jejak dan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan baby Firash. Malam tadi kami berkumpul untuk membaca Yaasin dan doa selamat. Sekarang ini baby Firash, ibu ayah dan atuk nenek telah pun berada di HKL untuk konsultasi lanjut.  Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan mereka, Amin.

Ok, back to business... pada 1 Jun 2013 lepas, Che Mid di jemput mengacara di Semenyih. Malam sebelum  tu, Che Mid berbual kosong dengan Che Abang.. "Rasanya promosi melalui fb ok.. dah ada kawan-kawan yang cuba Yahanana Events ni.. tapi dari blog tak de lagi.. kalau tak pun, mana tau boleh jumpa blogger semasa mengacara..."

 Bergaya dengan pelekat kereta Yahanana Events. Salah ejaan pulak.. baru sedar.. aduii.. membebel abahnya.. tu la pilih lagi font yang bengkok-bengkok macam tu.. kan ke susah baca!

Pukul 8 pagi kami dah bersiap, masukkan peralatan PA ke dalam kereta. Tu, si Faris tu.. bukan senang nak kejut dia bangun pagi.. suara ibu mengejut dia bangun tu sedap sangat kut.. bukan nak bangun, makin lena dia tidur.. he he. Che Mid terpaksa geletek dia untuk pastikan dia betul-betul jaga..Yang lagi dua orang tu jenis mudah bangun.. takde masalah le..

Nurul Fadhilah dan Hassim - pengantin yang manis dan sepadan

 Kali ini kami dijemput oleh Cik Nurul Fadhilah. Quite a detail person.. dia cek melalui blog ni dan baca entri-entri Che Mid. Siap bagi dekat 20 lagu permintaan khas terutamanya lagu Opick dan Sheik Habib ..Selamat Pengantin baru buat Fadhilah dan Hassim, semoga bahagia selamanya. Fadhilah ni orang Ganu, kerja di Putrajaya, menetap di rumah kakak di Sungai Besi, tapi kenduri di rumah abang di Semenyih. Emmm.. mau pening kepala dan stress nak uruskan majlis macam ni kan...

 Farah minat sungguh dengan baju pengantin...

 Ready untuk persembahan pembukaan..

Oh ya, kami berbaju baru hari tu.. kain batik tu hadiah dari Alang (adik ipar) yang dibeli di Padang.. jadi Che Mid padankan dengan baju kurung Pahang..

Selepas selesai acara petang tu, sedang kami pun menjamah hidangan, ternampak seorang wanita anggun yang sedang mengambil makanan memandang Che Mid. Bila Che Mid tengok dia.. macam kenal.. tapi di mana ya.. 

Tak lama lepas tu, tuan rumah (kakak ipar pengantin) datang ke tempat Che Mid.. " Ini Che Mid blogger ke?" Eh, tentulah sukaaaa orang tanya pasal kita kan... Lepas tu dia kata ada orang kenal.. 


 Rupanya Ain Noraini (tengah). Dia tulah yang pandang-pandang tadi, tapi takut nak bertegur, takut pelanduk dua serupa. Siap cek dalam tab dan buka blog Che Mid untuk confirmkan..Ya Allah.. suka sangat dapat berjumpa. What a pleasant surprise.. Teringat balik apa yang dibualkan dengan Che Abang..

Inilah tuan rumah.. Ana Suryana atau Anaa.. blogger juga tapi dah tak mengaku blogger sebab lama dah tak update. Dulu kami saling follow tapi bila dah tukar 'rumah'.. tak terikut dah.. aduhai.. seronoknya hanya Allah yang tahu. Beberapa kali kami berpelukan gumbira riaaaa...

Ketika di JB hari tu, dah berjanji dengan kak Zakie nak jumpa, tapi las minit ada hal mendatang.. tak de rezeki, tapi yang ini .. memang tak terduga sungguh.. Subhanallah.. satu silaturrahim di alam nyata terbina sudah..


 Faris, Farah dan Farhan (Deeja duduk umah dengan Abahnya)

Tengok tu, tiga beradik bergurau senda pulak ya... ada sesapa nak panggil untuk buat iklan ubat gigi atau berus gigi? Boleh call Che Mid... Sehari suntuk dengan anak-anak bujang dan dara ni memang syok.. Abahnya duduk rumah dengan si Deeja.. 


Tapi yang kelakar, ada seorang kakak tu datang bertanya khabar Che Mid.. Dia tanya, " Dah ada anak?" Terkejut besar dia bila Che Mid tunjuk anak-anak Che Mid. So, perasan le kejap yang I ni mudo laiii..

Satu lagi.. eee sori perasan sikit lagi k.. Semasa majlis persandingan berlangsung, Che Mid dan Farah berdiri di tepi pintu rumah.. tentulah ramai tetamu masa tu kan. Sambil mengacara, kami bawa lagu pengantin... Ada yang datang pada kami dan kata, " Ingatkan tadi suara dari cd... "  He he..sodap le kut suara kami kut....tapi korang tak tau yang Farhan selalu tegur, " Ibu, jaga tempo... jangan main langgar jeee..." 

Ha, apo laiii.. kalau ada sesapa teringin jemput kami, hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com atau layari facebook.com/Yahanana Events!

Thursday 6 June 2013

Doakan Baby Firash

Ingatkan nak buat entri pasal Che Mid jumpa Ain Noraini, tapi emosi gembira disentap oleh berita sedih. Anak sepupu Che Mid yang baru beberapa bulan usianya telah disahkan mengidap barah mata. (Gambar-gambar yang Che Mid paparkan adalah semasa kenduri aqiqah dan tahnik baby Firash Januari lepas).


Allah membukakan hati nenek Firash yang berasa ada yang tidak kena pada mata hitam sebelah kiri baby.  Mata hitam tu seolah-olah jernih. Kedua ibu ayah Firash terus merujuk kepada klinik pakar kanak-kanak yang kemudian merujuk mereka ke hospital. Pemeriksaan MRI mengesahkan bahawa baby Firash mengidap barah mata sejak lahir. 

 Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila mendapati anaknya yang 'sihat' rupanya menanggung sakit merbahaya. Baby Firash memang nampak sihat, tidak meragam, tidak pernah demam pun dan membesar sebagaimana anak-anak lain sebayanya. Dah boleh meniarap dan rancak mencapai itu ini.


Selepas Che Mid dapat tahu semalam dari mak, terus Che Mid hubungi Fahmy (ayah Firash). Suaranya kedengaran sangat lemah tapi masih menjawab 'khabar baik' bila Che Mid tanya bagaimana khabarnya. Mungkin dia tak tahu Che Mid dah tahu tentang anaknya. 

Malam tadi, Che Mid ziarah ke rumah, Wani, ibu Firash terus menangis bila nampak Che Mid. Allah menguji pasangan muda ini dengan ujian sebesar ini..tentu terkejut sangat. Tapi mereka berdua nampak redha dan tabah menghadapi saat genting ini walau bahasa tubuh mereka nampak letih sangat. 

Alhamdulillah, mereka dikelilingi mak ayah dan keluarga yang tinggal berdekatan. Tentunya apa jua bantuan dan sokongan yang diperlukan Insyaallah akan diperolehi setakat termampu. Selainnya, kita berserah pada Yang Maha Kuasa yang menguji hambaNya mengkut kemampuan masing-masing. 

Pada ketika ini, bukan ibu bapa Firash sahaja yang diuji tetapi KITA semua turut diuji sama. Bagi Che Mid, dapat menelefon dan memeluk ibu Firash pun cukup bagi menyatakan " I'm with you".  Nak cakap banyak-banyak pun takut menambah hiba hati mereka. Nenek Firash sebelah ayah iaitu mak su Che Mid dah bengkak-bengkak mata menangis mengenang nasib si cucu. Atuk pun tentu banyak 'menangis' di dalam hati. 

Esok (Jumaat) baby Firash akan dirujuk ke hospital untuk menentukan hari pembedahan bagi membuang mata kiri yang telah dipenuhi sel kanser. Ini untuk mengelakkan sel kanser merebak ke otak. Mata kanan dah mula dijangkiti tapi belum tahu bagaimana nasibnya nanti. Allahu Akbar.. ibu ayah Firash kena kuat ya.. Che Mid tahu mereka kuat iman.. Fahmy dah pun menunaikan umrah ketika bujang dulu, Insyaallah dia kuat menghadapi ujian ini. 

Kepada sahabat diluar sana, doakan Firash Shafy bin Sahrul Fahmy. Apa jua nasib hidupnya nanti, semoga Allah sentiasanya bersama baby Firash, Fahmy dan Wani. Jika ada sesapa yang nak share pengalaman serupa, sila tinggal komen.. nanti Che Mid akan link entri ni di facebook untuk tatapan mereka berdua. Wallahua'lam. 

Monday 3 June 2013

Selamat Hari Jadi Auni

Berkumpul sesama adik beradik dan anak buah sempena meraikan harijadi Auni Damia (anak Ijam) yang ke dua tahun  di KFC Setia Alam. Kelakarnya, si beday girl takut dengan maskot pulak... jom layan

 Tuan tanah - Mak Teh Dila, Auni dan Pak Teh Ijam

 Masing-masing dah ber'crown'. Deeja dan Auni suka sangat tengok belon bertaburan..

 Makan time.. beday girl tak makan.. yang terlebih makan sepupu sepapat dan pak cik - mak cik.. kecoh..

 Memenuhkan meja dengan deretan makanan dan sepupu sepapat .. kat sini je ada 11 orang semuanya..

 Aidid kalah main game.. nangessss... mak uda tengah pujuk tuu..

 Auni main cak-cak dengan mak cik sebelah mama..

 Masing-masing menyelit kat Chicky.. (betul ke ejaan tu)  Entah sape lah, dalam baju ayam tu kan..

 Kek beday Auni Damia.. happy birthday sayang!

Deeja 'hilang' dalam pelukan Chicky

 Bergambar ramai sebelum balik..

Che Mid sempat menyusupkan salad kentang. Tuan rumah tambah dengan mee goreng dan nasi goreng.. sebenarnya tak boleh bawa makanan dari luar.. jadi ada yang tinggal dalam kereta je.

Deeja paling enjoy sekali.. makan ayam, main game dan kejar-kejar belon. Hadiah pun banyak dapat..Bila nampak gambar ni, Deeja kata, " Eee... buruk la ibuu.."