Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 31 July 2013

DAH KENCING TAK NGAKU YA..



Deeja sekarang ni tengah berlatih tak guna diaper. Siang tadi dia tidur atas katil ibu, sangat lena. Tau-tau dah basah. Ibu biarkan je.. memang kena cuci cadar tu. Bila Deeja bangun, dia kata," Ibu, kenapa katil basah? " Ibu jawab, " Deeja kencing tadi". 

Oh, rupanya Deeja tak boleh terima kenyataan dia dah terbeser atas tilam. " Tak la.. mana ada Khadeeja kencing.. " Bebel-bebel dia. " Tengok seluar Deeja tu, kan basah.." Ibu cakap lagi. Deeja kata, " Seluar tak basah pun.." (padahal lencun..). Beria-ia dia kata tak kencing. Bila ibu angkat ke bilik air dia menangis.. akhirnya, ibu terfikir yang Deeja ni malu sebab termelepas kat tilam, jadi ibu kasi can la.. "Ok lah, Deeja tak kencing pun ok.. dah jangan nangis. Tilam tu kena air tadi... "

Barulah Deeja diam menangis..

Moral : Budak pun tahu malu.. 

Satu lagi, Deeja ada 'imaginary friend' tau.. Deeja kata namanya Afiq.. seram jugak ibu tengok dia bercakap-cakap sorang..beria-ia macam 'Afiq' tu ujud.. 

______________________________________________________________________________

Ini satu kisah kelakar pulak.

Satu pagi selepas sahur (dalam pukul 5.30 pagi) Ibu rasa sakit kepala sangat. Teringat yang Faris orang terakhir makan panadol hari tu, ibu pun kejutkan dia.

Ibu    :    Faris, bangun.. panadol kat mana?
Faris  :   (Mata pejam, tapi angkat kedua-dua tangan Ambiklah kat situ..
Ibu    :   Kat situ mana.. aisshh.. cepatlah, nak imsak dah ni...
Faris  :  (terkulat-kulat..)  AKUARIUM!

Aduiii... mamai la tuu...!

____________________________________________________________________________

Satu lagi kisah di bulan puasa. Yang ini terjadi pada anak buah, umur 8 tahun. 

Lepas sahur dia tidur balik sampai siang. Bangun tidur, dia terus mandi dan tukar baju, lepas tu tidur balik. Bila bangun semula dia kata, " KENAPA BAJU ADIK LAIN?"

Ini kes mengigau la pulak...

Monday 29 July 2013

Yang Pemurah dan Dimurahkan Rezeki


Apa perasaan mereka agaknya?

Program menyampaikan Sumbangan Ramadhan 1434H Petronas Pekan Meru pada Rabu, 24 Julai 2013. Sebanyak 20 buah surau sekitar kampung Meru dan 100 orang fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim telah menerima sumbangan. Che Mid mengacara di majlis ini.

Dari pemerhatian Che Mid, ada wajah-wajah ceria di kalangan penerima dan ada yang sebaliknya. Selain dari ibu tunggal dan anak yatim, ada juga beberapa orang lelaki yang nampak sihat tetapi menerima sumbangan sebagai fakir miskin. Tentu ada sebab tersendiri mengapa mereka layak digelar fakir miskin. Demikianlah ujian Allah, mereka diuji dengan kemiskinan dan kepayahan.

Che Mid sering melibatkan diri dalam hal kebajikan, walaupun takde duit nak diinfaq tapi selalu jadi penganjur atau ajk bertugas. Pernah semasa mengacara, rupanya Che Mid 'memanggil' nama seorang sahabat lama. Dulu pernah bertugas dengan bank terkenal dan bersuamikan seorang anggota polis tetapi Allah mengujinya dengan arwah suaminya lumpuh akibat kemalangan semasa bertugas hingga akhirnya meninggal dunia. Sahabat Che Mid yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suaminya kini menjadi fakir miskin. 

Masya Allah, hampir berlinang airmatanya bila datang ke hadapan menerima sumbangan. Apakah itu airmata syukur kerana ada yang membantu, atau malu kerana "aku tak sepatutnya berada disini"..? Entahlah..

Ini juga sahabat se taman Che Mid, Najat namanya. Dia menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggal mengejut di tempat kerja. Che Mid lupa samada serangan jantung atau darah tinggi. Mempunyai 4 orang anak, kini dialah ibu dan ayah. Bekerja menjual kuih muih dan goreng pisang di gerai di taman kami.

Terlanjur bercerita tentang Najat, teringat Che Mid semasa hayat suaminya masih ada dahulu. Suaminya seorang yang rajin ke surau, membawa anak-anak lelakinya yang masih kecil solat berjamaah. Najat pula bekerja di kilang berhampiran. Bila bulan Ramadhan, Najat sekeluarga solat terawih bersama-sama di surau. Pernah Che Mid tanya, " Sempat ke Najat datang ke surau, dengan anak kecik lagi..  Najat kata dia akan siapkan bahan memasak di waktu pagi. Bila suaminya balik kerja, suaminya akan memasak apa yang patut untuk berbuka sementara menunggu Najat balik. Siap berbuka bersama, mereka akan berterawih di surau. Begitulah rutin mereka di bulan Ramadhan.

Mereka bukan orang senang, ramai anak yang masih kecil tetapi ibadah tetap diutamakan. Allah! Che Mid ni anak dah besar (kecuali Deeja) duduk rumah pulak tu.. tapi ibadah tak seberapa..

Kalu nak tahu, di tempat Che Mid ni, bila bulan Ramadhan adalah bulan paling sibuk bagi orang-orang yang memerlukan bantuan terutamanya golongan asnaf, anak yatim dan warga emas. Majlis menyampaikan sumbangan diadakan hampir setiap hari terutama hujung minggu. Boleh kata tak menang tangan.. peringkat surau/masjid, sekolah, ngo dan perseorangan dan syarikat. Hinggakan kadang-kadang terpaksa menghantar wakil kerana ada lebih dari satu jemputan dalam masa yang sama. Alhamdulillah sangat.. 


 Sekarang Che Mid nak cerita tentang dua orang wanita yang sangat rajin menderma samada di bulan puasa atau di luar bulan puasa. Yang pertama ialah Puan Siti Zuraidah Surani, pengurus Petronas Meru (gambar tengah). Syarikatnya telah berbuat kebajikan terutamanya untuk penduduk setempat sejak dari arwah ayahnya masih hidup dan diteruskan sehingga sekarang.

Malah, sewaktu Che Mid duduk berbincang tentang pengacaaraan majlisnya, ada seorang makcik datang untuk memohon bantuan untuk sebuah keluarga miskin yang baru diketahui. Rupanya makcik tu selalu mencari dana bagi membantu orang susah di sekitar kampung kami dan Zuraidah adalah salah seorang yang tidak kisah menghulur apabila diminta.

Memang bangga sangat bila melihat seorang yang berjaya tetapi 'mengembalikan' semula sebahagian pendapatannya untuk kesejahteraan orang yang memerlukan.

 Seorang lagi wanita yang Che Mid kagumi telah menaja jamuan iftar dan moreh sempena majlis Nuzul Quran surau al-Faizin pada Khamis malam Jumaat yang lalu. Antara jemputan yang hadir ialah pelajar tahfiz berdekatan, ibu tunggal dan anak yatim di taman Che Mid. 

Orangnya ialah Puan Marsidah dari D Hidang Catering (duduk tengah). Kami baru selesai solat terawih bersama-sama semasa bergambar ni.. Sudah beberapa tahun, Puan Marsidah menjamu kami berbuka tetapi tahun ini beliau turut hadir bersama-sama. Sangat merendah diri, walaupun bisnes berjaya berdasarkan jemputan katering untuk orang besar-besar!. Lauk-pauk istimewa seperti kambing masala, ayam masak merah, nasi minyak dll sangat berkualiti, bukan asal ada (mentang-mentang percuma). 

Dua wanita ini adalah contoh yang menguatkan azam Che Mid untuk berjaya seperti mereka. Kaya tapi tak tamak harta.. 


 Sebagai penutup, nak tunjuk kerenah Deeja di majlis iftar hari tu. Dia nak sangat duduk semeja dengan jemputan khas, isteri YB dan isteri Ketua Kampung, sebab nak minum dengan 'gelas tinggi' tu. Dia duduk di kepala meja lagi.. macam dialah VIPnya..Nasib baik lah keletah dia tu buat orang gelak.. ! Siap cakap lagi, bubur lambuk yang dia makan tu " Emm, sedaappnya.. macam nenek masak!"  Aduii.. anak bertuah sorang nii!

Akhir kalam, semoga kita semua dimurahkan rezeki. Yang kaya menghulur pada yang miskin, yang miskin bersyukur menerima dari yang kaya. Insyaallah, rezeki Lailatul Qadar pula menanti. Ayuh.. teruskan qiamulail!

Wednesday 24 July 2013

Serius! Ada Orang Ambik Gambar Dari Blog Kita Laaa...

Entri hari ni serius sikit..

Tahun 2009 lepas, Che Mid ada buat entri http://hamidah-surirumah.blogspot.com/2009/11/afruz-5a.html dari blog lama Che Mid.

 
Dalam entri tu ada gambar ni - cerita tentang anak buah Che Mid, Afruz, yang dapat 5A UPSR. Gambar tu Afruz dengan ibu dan ayah, sambil tunjuk slip peperiksaan.








Tetapi baru-baru ini, tahun 2013, heboh kawan-kawan dia kata gambar ini Afruz ada di sini


Tengok dekat sikit lagi

 Ditampal di sekolah.. tak pasti siapa yang buat...

Untuk info, gambar tu Che Mid kopi dan tampal dari fesbuk ibu Afruz ke blog Che Mid.

Soalannya,
Macamana gambar tu boleh ada kat situ?
'Orang' tu copy dari blog Che Mid ke?
Atau ada cara lain 'orang' tu boleh dapat tanpa masuk ke blog Che Mid?
Atau Che Mid ada silap di mana-mana hingga 'orang' tu boleh ambil dari blog Che Mid?
Dari segi undang-undang atau etikanya, boleh ke 'orang' tu buat sebegitu.. maksudnya ambil gambar dari mana-mana blog dan gunakan untuk tujuan tersendiri..?

Terkejut juga bila dapat tahu, nasib baik untuk tujuan baik iaitu pendidikan.. macamana kalau ...?

Aduh.. minta pendapat ya kawan-kawanku yang baik!



Monday 22 July 2013

Dua jam dari Klang ke Sunway? Apa Sudah Jadi?

Sabtu 5.00 petang.

Che Mid mula memandu dari Klang ke Sunway Resort & Spa. Ada tugas mengacara dan mesti ada di sana pada jam 6.30 petang untuk sesi taklimat sebelum majlis bermula pukul 7.30 malam.

Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan lancar, takde masalah untuk tiba di sana pukul 6 petang. Tapi, itu bukan apa yang berlaku!! Aduiiii!!!

Che Mid terlajak jauh dari simpang naik ke Bandar Sunway. Tersesat hingga masuk ke Kerinchi Link... Lepas tu pusing balik ke hiway, tapi TER masuk simpang ke KWSP. Tak pe lagi la kan sebab dari KWSP tu ada jalan dalam ke Bandar Sunway.. Che Mid boleh terlepas lagi simpang bulatan ke Sunway Pyramid tapi menggagau mencari entah ke mana-mana. Sedar-sedar dah tiba semula ke susur Federal Hiway! Nak buat U-turn, polis sudah blok jalan sebab trafik semakin teruk. Ya lah, orang ramai keluar untuk berbuka puasa. Polis buat jalan sehala menghala ke KL, tapi Che Mid masuk ke Sg Way dan berhenti di hadapan rumah orang. Masa tu dah pukul 6.30. Pihak penganjur dah 'call' tanya kenapa tak sampai lagi!!!

Nampak hamba Allah ni nak masuk ke kereta, Che Mid panggil dengan muka cemas merah padam dah ni. " Dik, saya kena ada di Sunway Resort pukul 7.30, jadi emcee.. macamana saya nak ke sana?". Lelaki tu kata, " Ok, akak keluar dari sini, jalan terus bla bla bla.. " Che Mid potong cakap dia," Dik, saya dah blank ni..". Pandai adik tu pujuk, " Kak, tak pe .. akak dengar saya cakap..." Dan dia terangkan satu persatu.. Apa nak buat, kena ikut je la.. no choice maaaa...

Tapi Allah Maha Baik Hati. Dia bukakan hati lelaki tu untuk tolong. Kebetulan kereta dia di hadapan, tapi Che Mid terasa yang dia akan tunjukkan jalan. Jadi kita pun folo je la.. Memang betul, orang tu memandu hingga masuk hiway.. kemudian dia keluarkan tangan dari tingkap dan mengarahkan Che Mid untuk jalan terus... Sepanjang jalan, Che Mid berzikir dan berdoa, " Ya Allah, Kau tolong la aku demi pihak penganjur.. aku tak dapat bayaran pun tak pelah.. janji aku boleh sampai dan buat keja..". 

Alhamdulillah, akhirnya Che Mid berjaya sampai ke hotel beberapa minit sebelum pukul 7.00 malam. Tekak terasa sangat kering, jari jemari sejuk. Bila tiba di pintu lif, si penjaga lif menyuruh Che Mid bertenang. " Tak pe Puan, tarik nafas panjang-panjang dulu.. saya bawa puan ke bilik tu ya.. tadi saya ke sana, mereka masih belum siap lagi puan..." Wah, bukan main baik lagi dia.. siap escort ke function room lagi..

Memang benar, pengurusan agak kelam kabut tapi team pa sistem sangat 'ngam' dengan Che Mid. Kami terus boleh kerja macam dah lama kenal. Tepat 7.30 majlis dimulakan dengan qasidah pembukaan dari Che Mid diikuti dengan azan Maghrib dan doa berbuka puasa dari salah seorang staff. Nak tau, majlis siapa? Jom tengok gambar!!

Majlis Berbuka Puasa D' Herbs Healthy Sdn Bhd!!
Selain dari berbuka puasa mereka juga mengadakan penyampaian bonus dan bermacam hadiah dan anugerah untuk kakitangan. Permainan dan cabutan nama bertuah pun tidak ketinggalan..dengan tema Hari Raya.


 Jadi emcee pun boleh, jadi asisten pun ok je..

 YBhg Dato' Aliff memang sporting habis.. Masa Dato' buat ucapan aluan, dia kata, " Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis, saya baru kenal dia 10 minit je.. tapi sangat talented.. wajahnya manis, suaranya pun manis.. terkesima saya.." Wah, semangat Che Mid yang tadinya terbang melayang entah ke mana dek kerana sesat barat dan jam sana sini, terus naik memuncak!! 

 Puan Has, staf D'Herbs yang 'menjumpai' Che Mid di Mudah.my. Terima kasih kerana sudi pilih Che Mid, dari berapa ramai deejay dan emcee di internet... itulah rezeki Allah namanya kan..


 Fizi dari Adrenaline Production, PA Sistem

Bos Adrenaline Production, Azim. Mereka ni rupanya anggota band Nitrus, yang dah ada lagu sendiri. Che Mid sempat tengok video persembahan Nitrus band ni.. memang mantopp!!

 Isteri Dato' Aliff Syukri, yang juga Pengurus Besar D' Herbs Healthy Sdn Bhd. Nampak vogue tapi selalu pesan pada Che Mid supaya buat majlis ni santai-santai je..


Reaksi tetamu .. adalah tu yang mencuit hati..

Itu dia kisah Che Mid kali ni. Tu la degil, Che Abang kata nak hantar, Che Mid cakap tak payah..jimat kos..lagi pun tau jalan ke sana.. memang pun, dulu pun pernah buat function dan makan-makan kat tempat tu.. Apa pun, Alhamdulillah Ya Allah.. akhirnya semuanya berjalan lancar dan berjaya. Pelanggan pun happy. Dato' Aliff kata lain kali boleh panggil lagi!...

Ha, pada sesapa kat luar sana kalau teringin nak gunakan perkhidmatan Che Mid.. sila call 013-3672459. Harga spesel untuk followers tersayang!!

Friday 19 July 2013

Anugerah Ramadhan untuk Mak



Hari ni Che Mid nak kongsi luahan hati tentang besarnya kasih sayang Allah pada hambanya yang tidak terhingga  lebih-lebih lagi sekiranya kita benar-benar berdoa dan berharap padaNya. Ceritanya macam ni..

Kisah pertama

Dua minggu lepas mak ke Klinik Desa Meru, saja-saja je pergi check-up walaupun mak takde sakit darah tinggi dan kencing manis macam kawan-kawan sebayanya. Cuma dia rasa ada yang tak kena dengan matanya tu.

Bila doktor periksa, terus di rujuk ke hospital besar untuk bertemu pakar mata. Katanya mata kiri mak ada katarak dan hampir tak nampak langsung dan mungkin kena bedah. Kalau boleh suruh mak naik ambulan terus ke hospital. Tapi mak tak mau. Ditemani dua cucunya, mak ke Hospital Sungai Buluh dan dapat tarikh temujanji.

Hari Selasa lepas,  Che Mid dan adik Nor sama-sama temankan mak. Deeja pun ikut gak.


Mak dah takut-takut walaupun wajahnya tenang je. Mak cakap, " Sakit tak kena bedah.." Alhamdulillah, doktor di Hospital Sungai Buluh cuma kata mak perlu TUKAR CERMIN MATA sahaja. Tambah power. Katarak memang ada tapi sikit sangat.. Allahuakbar.. leganya kami.. kelakar pun ada.. 

Kisah kedua

Mak, abah dan adik Lina merancang untuk ke Mekah menunaikan umrah. Dah berurusan dengan pihak agensi tapi asyik tunda tarikh. Sepatutnya sebelum puasa, tangguh ke awal puasa, pun tak dapat tarikh berlepas. Duit pakej pulak asyik minta tambah je. Bila mak mengadu, Che Mid kata, " Memang kerajaan Arab Saudi nak kurangkan jemaah masa musim puasa ni mak.." 

Tetiba adik ipar yang jadi polis SB bagi tau, ada seorang agen buat umrah kena tangkap kerana disyaki menipu bakal jemaah. Paspot pelanggan pun dah jadi bahan bukti dan disimpan di balai polis, termasuk antaranya kawan-kawan mak. Ya Allah, masa tu mak dah dapat tahu yang kemungkinan besar dia pun tak dapat pergi. Cuma abah sahaja yang belum diberitahu.. kesian.. (Kami sekeluarga selalu macam tu. Apa-apa hal atau masalah, selalu elakkan dari abah. Sebab abah ni cepat melenting dan panik, mak tu senang bawa bincang dan tak menggelabah, tapi Allah sahaja yang tahu apa dalam hatinya kan.) Duit dah bayar RM20,000 lebih!! Kalau betul kena tipu, memang tak dapat balik la duit tuuu..

Semalam, mak dapat panggilan memberitahu mereka semua akan berangkat ke Mekah ISNIN DEPAN. Allahuakbar!! Demi doa kami yang tak putus-putus terutamanya mak. Mungkin juga demi keikhlasan mak hantar juadah iftar setiap hari ke surau, demi mulianya Ramadhan ini.. sekali lagi Allah beri rezeki untuk mak dan abah. Jadual asal cuma merasa 2-3 hari berpuasa di sana, tapi Allah bagi rezeki mak dan abah ke sana hampir akhir Ramadhan.. Subhanallah! 





Wednesday 17 July 2013

Bukan Kerana Dia Siti Nurhaliza

 Salam everyone! Jom baca artikel ni... bacalah bukan kerana pasal Siti Nurhaliza tapi kerana dia seorang isteri..seperti kita..

_______________________________________________________________________________
 
"syurgalah tempat Siti Nurhaliza," doa Datuk K buat isterinya yang tercinta. hati sangat tersentuh kala membaca kisah Dato' Siti Nurhaliza sewaktu merawat dan menjaga suami beliau ketika ditimpa kemalangan. bacalah kisah selanjutnya. - Admin.

SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum ini, seperti dekat kebenarannya.

Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya pengorbanan Siti.

Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan.

Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat oleh Siti sendiri.

Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti', kala Datuk K sakit.

"Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda.

Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah," katanya bersungguh-sungguh.

Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan tragedi ngeri sebegini.

Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah ujian kasih sayang kita yang sebenarnya.

"Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti.

Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di dalam hati?

"Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.

"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi.

Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kala di depan Datuk K.

"Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.

Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!"

Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata.


http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130716/hi_03/Siti-jadi-jururawat

Monday 15 July 2013

Naik Bas Makan Nasik Arab

Cerita hari Isnin lepas. Pertama kali jejak kaki di Stesen Bas Klang Sentral. Selalu ronda-ronda di sekitar bandar je. Kali ni, Farah balik ke Penang naik bas, jadi kami ikut masuk sekali.

 Farah dan Che Mid. Tepi sekali adik Nor, anak dia Harith pun belajar di tempat sama... boleh le tengok-tengokkan Farah. Adik Nor bekalkan sambal goreng tempe, bilis dan kacang untuk Harith. Farah pun dapat sebekas. Sampai di kampur, baru Harith sedar yang bekalan dia tertinggal dalam teksi. Terkilan sungguh Nor, anaknya tak dapat merasa. Mujur Farah tinggalkan sikit bahagian dia untuk Harith.

Bas tak sampai lagi masa ni, boleh le snap gambo sikit.. Si Deeja tu sempat masuk dalam bas. Pakcik asisten drebar tu kesian kut, asek tertinjau-tinjau tengok kakak yang dah duk dalam. Jadi Pakcik tu pun dukung Deeja, bawa masuk dalam bas kejap. 

Lepas hantar Farah, Che Mid tak terus balik ke rumah. Ada janji dengan bff  Roszana dan Rohana untuk berjumpa (sebenarnya breakfast tapi jadi lunch.. he he). Roszana bawa Che Mid dan Deeja ke Shah Alam.

Mula-mula Rohana belanja kami rendam kami..Setengah jam RM10 seorang. Che Mid pun tak tanya banyak .. sibuk nyembang.. lepas rindu lama tak jumpa..

 Puan-puan sedang merendam kaki. Perkenalkan diri masing-masing, dari kiri Cikgu Roszana ( panggil Ana) memang duduk sekampung sampai sekarang. Sebelah dia Che Mid (terkenal satu Mesia.. ha ha), pas tu Rohana (panggil Ana jugak) dan akhir sekali kawan Rohana yang baru pertama kali Che Mid jumpa. Namanya Cikgu Masdiana.(Ait, takkan panggil Ana gak kut..) Anyway, nice knowing you..

Rohana dan Masdiana ni sebenarnya balik ke Malaysia untuk bercuti. Sebenonya, mereka berdua sedang mengikut suami bertugas Petronas Turkmenistan. (Betul ke ejaan ni..). Cuti di Malaysia sempena Ramadhan sebab di sana waktu siang sangat panjang.. sampai belas-belas jam. Cikgu Masdiana tu pun sedang bercuti dari jadi cikgu. Dia tu anak kepada tuanpunya Nasi Ambeng Ibu di Tanjung Karang.


 Tengok air tu.. makin lama makin banyak keladak yang keluar. Katanya, kalau keladak tu tenggelam, maknanya kolestrol la tu, kalau timbul dan warna kekuningan maknanya banyak minyak dalam badan. Kalau ada macam darah beku kehitaman, maknanya kuat minum kafein (macam Che Mid.. kaki kopi o kaw..) 

Dah tamat sesi rendam merendam kaki, kami pun melangkah ke Restoran Zam Zam yang terletak di bangunan sama. Terima kasih Rohana sudi belanja.. 

 Roszana dan Rohana, sambil menunggu makanan tiba.. kunyah potato chips Deeja..Selain dari kawan rapat, dia orang ni pun sedara rapat gak..

 Masdiana and me... harap lain kali dapat jumpa lagi..Dia banyak ajar cara makan nasik Arab ni antaranya makan cili hijau dan bawang gril ..almaklumlah, pernah tinggal di Dubai sebelum ni..

 Menunya adalah...  Ayam Mandey

 Cream mushroom soup

 Lentil Soup

 Pan Fried Lamb

 Yang ini Che Mid order.. Dawood Basha

 Roti ni percuma, tak tau ape ke namanya.. tapi macam roti nan yang ditaburi bijan hitam. Sesuai di makan dengan si Dawood tu..

Aiskrim . Ada lagi dish lain tapi lupa ambik gambar.. khusyuk dan tawadhuk menyuap ha ha..

Semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak Che Mid. Pas tu kan, makan sambil pot pet.. sedar-sedar dah kenyang.. Alhamdulillah...

Ini pulak meatball ala si Dawood Basha kat atas tu. Teringin buat sendiri. Sedap gak jadinya. Petang ni Che Mid nak buat ni sekali lagi untuk berbuka puasa bersama adik-adik Che Abang yang bertandang ke rumah. Kena cari roti dan buatkan supnya sekali.. Tentu menyelerakan untuk berbuka nanti.. Insyaallah.

Saturday 13 July 2013

Silap Sangka Rupanya

Pagi tadi sedang Che Mid menyidai kain di ampaian luar rumah, ada 3 orang lelaki sedang membersihkan longkang. Seorang mengorek dan mengeluarkan daun-daun dan sampah dengan menggunakan cangkul, seorang lagi bersedia dengan kereta tolak dan membuangnya ke satu tempat apabila sudah penuh dan seorang lagi memerhatikan mereka bekerja.

Mula-mula Che Mid berdiam diri sambil menyidai kain. Jarak antara kami tak jauh, cuma dipisahkan pagar dan longkang sahaja. Mereka bertiga pula rancak berborak sambil tangan bekerja. Dari segi rupa memang le tak boleh cam siapa mereka tu sebab badan bertutup dengan baju panjang, kasut but dan bertopi lebar. Tapi telinga Che Mid dapat  menangkap bicara mereka rancak dan ceria dalam Bahasa Melayu.

Oh, orang Malaysia kita rupanya.. sedangkan pada mulanya mati-mati Che Mid anggap mereka itu 'orang luar' samada Indonesia atau Bangladesh! Terkejut sambil beristighfar dalam hati..

Memang selamanya Che Mid menyangka tidak ada lagi orang kita yang mahu bekerja seperti itu terutama bekerja tepi jalan sebagai tukang sapu atau tukang cuci longkang walaupun tentunya tuan kontraktor mereka orang tempatan.  Astaghfirullah, ampunkan aku.. buruk silap sangka aku rupanya selama ini..

Alah, lepas tu Che Mid ikut sekali la berborak. Cakap pasal pokok ceri yang semakin banyak tumbuh di sekitar rumah.. pasal pahala kerja di bulan puasa.. ntah apa-apa lagi lah..( Che Mid baru tau, akar pokok ceri liar boleh menjalar jauh ke dalam tanah, sehingga melangkaui longkang dan naik semula ke atas menyebabkan tumbuh pokok-pokok baru. Che Mid ingatkan anak-anak pokok ceri yang mudah tumbuh berasal dari buah ceri yang bertaburan.. oh, aku silap lagi..sekarang ni ada pokok ceri tumbuh dalam kawasan laman rumah Che Mid pulak..)

Kelakarnya, tiba-tiba Deeja datang siap pakai sarung tangan yang abahnya guna untuk membuang rumput. Tersenyum-senyum dia tengok orang-orang tu buat kerja. Lepas tu Deeja 'hilang' kejap.. dan datang balik pakai topi pulak.. ikut style si tukang cuci tu la..

Gambar ihsan google.. (Che Mid cuba nak ambik gambar tadi tapi terlindung pokok dan dedaunan..tak jadik..)

Che Mid doakan semoga mereka bertiga dan semua Tukang Cuci dikurniakan kesihatan yang baik untuk berpuasa dan bekerja sekaligus di bawah cuaca panas terik, hujan atau jerebu sekali pun. Che Mid terbaca bagaimana ada orang menghina dan memaki golongan ini dan hampir melanggar mereka pun ada. Sedarlah kita bahawa tanpa mereka, siapa yang akan mengutip sampah dan mencuci longkang dan seterusnya mencantik dan menyihatkan sekeliling rumah kita? Mereka pun makhluk Allah yang sama-sama mencari nafkah halal demi sesuap nasi seperti orang lain. (Eh, terover la pulak..)

Monday 8 July 2013

Rojak Sayur

Hari Khamis malam Jumaat lepas giliran moreh. Hidangan ringkas dari Che Mid kali ini cuma rojak sayur. Kalau biasanya kuah rojak Che Mid ni dimakan dengan buah-buahan kali ni Che Mid olah menggunakan tempe, tahu, timun dan kentang. Patutnya nak campur dengan sengkuang tapi tak de pulak di kedai hari tu. 


 Ni dia tempe yang siap digoreng dan dipotong nipis memanjang dan tahu pun dah digoreng dan dipotong-potong. 

 Timun pun dipotong panjang macam ni.

 Kentang yang dah dipotong dan direbus sampai empuk.

 Hidang cantik-cantik atas pinggan (ini untuk makan sendiri je. Untuk ke surau, Che Mid buat dua bekas berasingan muslimin dan muslimat. Bahan-bahan dah dibubuh semua dalam bekas, tapi kuah dan kacang Che Mid campur selepas solat Isya', barulah dihidang.

 Rupa rojak sayur selepas dicurah kuah dan ditaburi kacang tumbuk.

Sikit dekat... tapi makin kabur la pulak..


Inilah dia Sos Rojak Che Mid.. sape nak order boleh le tempah ya.. call di 013-3672459

Kuah rojak Che Mid boleh dipelbagaikan hidangan.. dari buah-buahan ke sayur sayuran. Jangan terkejut, makan dengan sosej pun sodap tau!

Thursday 4 July 2013

Mesir oh Mesir!


Ucapan dari Dr. Morsi (Wallaahu a'lam):

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat.
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini.
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara.
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat.
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga.
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala.
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata.
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama.
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja.
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja.
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman.
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama.
Kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah Islam bagiku,
Kaffah menyeluruh.
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita.
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan Islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang Islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti Syaitan.
Apakah itu yang Islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini.
Kita ada agama yang memimpin hidup kita.
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita.
Ingat Hari Kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini.
Aku mengetahui batasan aku.
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara.
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negera ini.
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini.
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu.
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku.
Dia adalah milik kita bersama.
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam.
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini.
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya.
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya.
Allahumma, bantulah aku ya Allah, kerana aku membawa agamaMu.
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku ya Allah, untuk memimpin negara ini.
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'alaAllah, la haula wa la quwwata illa billah!