Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 23 August 2013

Rezeki Selepas Raya


Tu dia... jadual job Che Mid untuk Ogos dan September ini.  Memang agak sibuk, susah sikit untuk keluar beraya hujung minggu. Nak blogwalking pun tak sempat lagi.. 

Pada 31 Ogos, hari Sabtu siang Che Mid ada mengacara di satu majlis persandingan di Meru, malamnya pulak mengacara di satu majlis Rumah Terbuka juga di Meru dan malam tu jugak bertolak ke Penang untuk satu lagi job esoknya. Amacam.. baca pun dah penatkan.. tapi orang kata rezeki jangan ditolak..

Tapi untuk kawan-kawan yang nak tempah kami untuk mengacara atau membuat persembahan, jangan malu-malu kucing tau.. call Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com


Thursday, 22 August 2013

Raya di Meru

Salam semua!.. minggu ni dah mula sibuk. Sibuk beraya, baraan dan ada keje sikit. Tentu kengkawan pun sama kan..

Gambar raya ni dah lama upload tapi cerita tak sempat buat lagi.. hari ni baru tersempat. Kali ni beraya di sebelah emak abah Che Mid pulak k.. (Oops, sebelum tu, syok sangat baca komen entri lepas.. terutama tentang gambar senget kiri kanan tu he he) Cuma yang tak bestnya abah mertua Che Mid dimasukkan ke hospital sejak 4 hari lepas sebab diabetis, mungkin diet lepas raya yang kurang sihat)

Menu pertama Che Mid di rumah sendiri, selepas balik dari kampung. Ketupat segera, kuah lodeh dan daging palembang. Menu permintaan Farah sebelum balik Penang.

Sepatutnya kami beraya rumah emak abah, tapi kali ni terbalik.. emak abah terlebih dulu sampai sebab nak makan di rumah kami. " Mak, malas masak hari ni.." Sudahnya kami bermaafan di rumah Che Mid je la..

Keluarga adik Lina, adik Che Mid ke empat, pun datang sekali.

Farah dengan nenek dan atuk

Farhan.. paling manja dengan atuk dan nenek

Ustazah Farah nak mula shooting "Tanyalah Ustazah" ha ha

Rumah pertama dilawati selepas bermaafan dengan emak abah. Suka sekali dapat ambik gambar sedara mara yang tua-tua. Ini gambar Cik Suror, adik abah, yang sentiasa tersenyum. Memang tak pernah tengok dia marah...

Ini gambar Wak Long Samsuri, abang mak Che Mid dan wak Usu. Wak Long ni pun tak pandai marah dan terlalu baik hati.

Tiga sepupu mencelah.. yang tua duduk makan kuih, yang kecik-kecik menjelajah rumah.. tapi setakat ini takde cawan yang pecah ha ha.. ok la kan..

Bila beraya lebih suka bawa kereta kecik senang nak parking di laman rumah orang ke, tepi jalan ke.. tapi.. ek eleh.. sangkut gak.. apadda!! Nasib baik abahnya yang bawak, kalau ibu ke atau Ayan.. mau kena marah!


Ini Cik Dhur, adik abah.. Che Mid selalu rasa yang perangai Che Mid banyak ikut dia.. banyak mulut ha ha! Tapi sekarang ni, dia tak berapa dengar.. kami riuh rendah kt laman rumah dia menarik kereta yang terjeblos dalam longkang.. Cik Dhur rilek je tengok tv.. pintu terbuka pulak tu..

Cik Dhur memang pandai masak.. ini kolang kaleng atau halwa kabung.. jadi rebutan..

Dengan Che Abang dan paling kanan Cik Ali, adik abah. Isterinya tu sebaya Che Mid tau.. bulan depan nak dapat menantu .. Insyaallah..

Lepas Asar kami ke Kampung Jawa Klang menziarahi kakak abah. Ini suaminya Wak Man yang dah berumur 85 tahun dan sangat uzur. Tapi kali ni, dia banyak berbual dengan kami. Bercerita tentang macamana boleh berkahwin dengan isterinya, Wak Rom, atas 'perintah' arwah maknya. Masa tu Wak Rom cuma 13 tahun umurnya.  Lepas nikah je, tak sempat menjamu selera, Wak Rom dah pergi main di kebun nenas dengan kawan-kawan ha ha..

Sukaanya... bergambar dengan Kak Ela, dan Wak Rom (tudung hitam).. tentu cumilkan waktu umur dia 13 tahun..hihi

Balik dari rumah Wak Rom, kami ke restoran feberet abah.. Restoran Bismi di depan KTM Klang. Abah Che Mid selalu ke restoran ni dari dia kecik dulu.. naik basikal tau.. tentu banyak sentimental value hingga sampai sekarang masih suka ke situ sekali sekala.. tapi naik kereta le...tengok Inka, budak kecik paling kanan.. eh eh .. tau nak bergambar ya..

Deeja dan kakak dan roti canai..

Nana dan anak-anak dan emak..

Restoran tu kan depan stesen keretapi.. setiap kali keretapi lalu, budak-budak ni panjat kerusi nak tengok...

Adik Lina dan Iman.. balik umrah beberapa hari sebelum raya..

Bersolat maghrib dan makan-makan di rumah anak angkat mak. Sangat cantik rumah dia tau.. Lima beranak.. ada dua lagi anak perempuan dan dua anak lelaki mak takde sama..

Farah sempat jumpa dengan kawan baik di sekolah Teknik yang kebetulan tinggal berdekatan. Sekarang dah berpisah jauh.. Farah di Penang, kawan dia ni di Terengganu..

Inilah tuan rumah.. Fuhh.. penat seharian beraya tapi ada banyaaaaak lagi rumah sedara mara tak terpergi..Insyaallah..ada rezeki kita jumpa ya..

Thursday, 15 August 2013

Berhari Raya di Ulu Dong, Raub, Pahang

Berhari raya di Ulu Dong, Raub, Pahang. Rumah siapa? Di rumah adik ipar Che Mid. Biasanya bila tiba giliran beraya sebelah mertua kami akan berkumpul di Lepih, tapi kali ni sebab rumah baru Ateh yang besar dan cantik tu baru je siap, kami sepakat beraya di sana. 

Che Mid dan famili masih di perjalanan semasa waktu berbuka terakhir, tapi sempat bersolat Isya' berjamaah.

Gambar malam raya.. selepas solat Isya' berjamaah, Atuk Husain jadi imam.. anak cucu jadi makmum..

Kaum bapak lepak di luar rumah sambil makan kacang..Inilah 4 beradik lelaki che abang.

Orang pompuan dan anak-anak dok mengisi kuih muih dalam bekas tapi separuh kuih masuk dalam perut! Memang riuh rendah dibuatnya dalam rumah tu..anak-anak buah kebanyakannya dah dara dan bujang belaka..

 Raya ni paling tak best buat Khadeeja sebab beraya di rumah Pak Teh yang suka buli (usik, dukung dan peluk cium..) tengok la muka dia tu..Syian..

 Anak dara dan bujangku..

Warna kelabu kami tahun ni.. (tengok Deeja.. tak mau senyum walau macamana diusik sepupu sepapat dia.. sebab Pak Teh ada kt depan tu..)


Alang Fadilah dan keluarga..


Keluarga tuan rumah - Ateh Rosdan dan keluarga


Si duda yang single; Lubis  dan empat anak terunanya ..


Si bongsu - Acam dan famili

Tiga dara pingitan.. cewah..


Sapa punya idea yang bertenggek di tepi sofa tu, kalau bukan Che Mid???.. 


Emak dan abah bersama anak-anak dan menantu, dan dua cucu termuda.. (tengok muka Deeja.. alahai.. Pak Teh pulak duduk betul-betul depan Deeja..)


Another crazy idea from Che Mid.. dah tak tau nak bergaya macam mana lagi.. Che Mid kata," Ok, semua senget kanannnnn!"


Kirriiii!... Semua pakat ikut pulak tu... termasuk emak abah sekali.. 

Sekarang cerita bab makan.. tak payah le tunjuk gambar lemang dan rendang hitam yang superb tu. Pagi raya Che Mid memang kena masak kuah lontong.. tapi yang sedihnya, sibuk sangat kat dapur sampai kena tinggal untuk solat raya.. hu hu.. sedihnya sampai tengahari tau! Masa kena tinggal tu, Che Mid dalam bilik air.. kelam kabut mandi.. tiba-tiba air takde! Hm, memang takde rezeki untuk ke surau kampung Ulu Dong..

 Pagi raya ke dua, Che Mid juga masak.. no problem.. campak-campak je dalam kuali tu.. jadilah daging goreng! Licinn!

 Kuer tiaw ni pun Che Mid masak.. selalu masak tak berapa sedap, tapi hari ni sedapp gak  he he

 Nasik goreng ni pun Che Mid masak tapi selalu Che Mid bubuh belacan kaw-kaw punya, tapi tuan rumah ni tak makan belacan rupanya.. rasanya agak hambar sikit tapi bila makan dengan daging goreng atau rendang, ngam le jugak !

Cadangnya lepas sarapan, nak berjalan raya. Tapi Pak Lang Johari ajak masak nasi briyani pulak..

 Inilah nasi briyaninya.. not bad la Pak Lang Joe.. tapi Joe masak banyak sangat. sekampit beras basmathi 5 kg dimasak semua. Satu periuk besar le jadiknya..

 Ini menu spesel mak mertua Che Mid, laksa lemak. Macam laksam tapi dimakan dengan laksa beras je. Memang feberet Che Mid ni..Campurkan semua dalam mangkuk terutama cili kering tumbuk tu.. prrgh! Che Mid sanggup brekfes, lanch dan diner dengan laksa tuuu je..

 Ini jelatah ala-ala salsa gitu.. Che Mid suka la rasanya.. lain kali boleh buat lagi ni.. kan Alang..

 Ini resepi bidan terjun gak.. daging masa asam pedas tak cukup bahan ha ha! Hantam sajalah Labu! Janji boleh makan ramai-ramai..

Oh.. ini dalca sangat sedap oii..ada campur itu dal sama tulang lembu la..Tengok pun tau kan!

Ini gambar paling istimewa.. Che Mid sedang suap abah mertua tersayang. Pada yang belum tahu, abah ni dah 15 tahun lebih tak boleh melihat tapi badan sihat lagi. Dalam gambar tu Che Mid tengah suap lontong kiriman dari mak Che Mid (besan dia la tu..) Abah ni, kalau makan nasi je boleh makan sendiri tapi makanan yang berkuah kena suapkan. Selalu mak mertua yang suap, tapi saja je Che Mid tu.. Esok siangnya, Che Mid suap rojak buah pulak.. 

Che Mid suka usik-usik abah.. tanya tu ,tanya ni.. lewat malam tu, Che Mid ajak abah dengar Che Mid baca al-Quran. Che Mid baca, abah dengar, Farah cek bacaan. Masa tu Che Mid baca juzuk 28 (dah malam raya tak sempat khatam..hissh) setiap kali habis satu surah, Che Mid sebut pada abah apa nama surah seterusnya. Abah tu banyak hafal surah, tapi banyak dah lupa sebab dah tak boleh baca sendiri kan..alhamdulillah, kami berjaya habis satu juzuk malam tu. 

Setiap kali bersalaman, Che Mid suka peluk dan cium pipi abah.. bagi Che Mid, selagi ada hayat abah, Che Mid nak tunjuk kasih sayang Che Mid pada dia. Che Mid takde harta dan kemewahan, balik kampung jumpa dia pun jarang sangat.. tapi Che Mid nak dia tahu yang menantu dia ni sangat sayang dia..

I wish I can do more for him... sayang abah..


Saturday, 10 August 2013

Video Balik Kampung

video
Salam, masih ada lagi ke yang beraya di kampung.. seronoknya dapat raya lama-lama dengan mak ayah..Harap semua enjoy tapi hati-hati di jalan raya! Jaga aurat dan jaga solat.. Jumpa lagi!

Monday, 5 August 2013

Ucapan Hari Raya untuk Bloger Budiman

Assalamualaikum wbrk sahabat!

 Ha, dah ada di kampung atau masih berada di rumah sendiri? Che Mid masih di Klang, Insyaalllah hari Rabu baru bertolak ke Pahang. Selalunya bila tiba giliran ke rumah mertua, kami akan ke Lipis tapi kali ni kami semua berkumpul di rumah baru adik lelaki Che Abang, Ateh Rosdan, di Dong, Raub meraikan Ateh berpindah ke rumah barunya.  Che Mid pernah buat entri khas tentang Ateh yang bertindak balik ke Dong untuk bekerja sepenuh masa berbakti kepada tanah. Projek terbarunya khabarnya nak buat bela ikan air tawar pulak.

Che Mid ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermusafir kepada semua rakan blogger yang baik hati. Amat bertuah dan berbesar hati bila entri ditulis mendapat sambutan dan komen dari anda. Walau pengikut tak sampai 200 pun tapi Alhamdulillah, terasa meriah dan bermakna sekali blog Che Mid. Diam tak diam dah bertahan 6 tahun dah..

Tidak dinafikan bahawa rata-rata penulis blog akan bercerita hal-hal yang 'indah-indah' dan kelakar atau apa-apa yang baik sahaja untuk dikongsi. Sesekali ada juga yang 'lepas geram atau stres' dan tentunya akan dapat komen perangsang dan usikan bagi mereda ketegangan. Tetapi, rasanya takde siapa yang nak share hal-hal 'pahit' seperti masalah kewangan dan masalah suami isteri. Ini dianggap membuka aib dan mungkin menyentuh hati pihak lain. 

Termasuk diri Che Mid sendiri, selalu memaparkan aktiviti kemasyarakatan, hal famili dan anak-anak yang kelakar dan mencuit hati. Paling teruk pun tentang kematian ahli keluarga dan sebagainya dan tentunya pengacaraan yang telah jadi sumber rezeki sekarang.. tapi sebenarnya ada kisah sedih disebaliknya. Boleh jadi akan dikongsi pada teman blogger tapi bukan sekarang.

Jadi pada teman bloger yang sedang menghadapi masalah peribadi dan sebagainya tapi tak terluah di blog, tabahlah dan sabarlah lebih-lebih lagi di musim raya ni. Serahkan kebergantungan kita kepada Allah swt. Walaupun di blog kita tersenyum tapi di hati kita menangis.. tidak mengapalah.. Allah Maha Mengetahui. Hasbunallah wa nikmal wakeel. As far as we are concern, we bloggers are best friends.. tak pernah bersua wajah tapi hati bertaut melangkaui maya.

Berbalik pada hal raya ini, Che Mid teringat pada dua, tiga sahabat yang sedang bersedih di lebaran ini. Satu, jiran Che Mid yang paling disayangi.. dulu bahagia dengan suami dan tiga anak. Suami ada syarikat sendiri, ada dua tiga kereta termasuk BMW. Anak pertama bersekolah di asrama dan yang bongsu baru masuk darjah satu. Ujiannya ialah, bisnes suaminya gagal dan si suami mencari peluang bisnes di negara seberang. Katanya mahu ke sana untuk 2 minggu sahaja, tapi sekarang dan dua tahun tak balik ke tanah air. 

Si isteri tak tahu menahu tentang masalah bisnes suaminya. Bila suami tak balik-balik, macam-macam alasan diberi hingga duit simpanan isteri habis, kereta kena tarik, takde pendapatan kerana isteri tak bekerja. Akhirnya si isteri terpaksa berjual nasi lemak untuk menampung belanja harian. Dan akhirnya juga terpaksa menjual rumah yang hampir dilelong. Hari raya tahun ini dah dua kali tanpa suami di sisi. Hingga hari ini, masalah mereka belum selesai. Pihak berwajib tak dapat nak bantu kerana dia bukan ibu tunggal dan dia juga tidak mahu sangat dibantu demi menjaga nama baik suami. 

Tapi kebergantungan sahabat pada Allah sangat kuat. Dia pernah cakap pada Che Mid, " Saya tengah tunggu ni kak, apa hikmah Allah nak beri pada saya nanti.." Dia terus bersikap seperti biasa.. periang, peramah, dan aktif dengan persatuan kami. Sampai kawan-kawan setaman termasuk orang lelaki naik heran tengok semangatnya. Pada dia, untuk apa sedih-sedih, bukannya boleh ubah apa-apa..

Satu lagi kisah sahabat baik Che Mid yang tinggal di blok sebelah juga tak kurang menyayat hati. Su, juga seorang suri rumah, seorang jiran yang baik hati dan peramah. Pada suatu hari kecoh satu taman rumahnya disimbah cat merah. Sejak itu, rumah Su sunyi sepi. Tak tau ke mana dia sekeluarga pergi. Memang sedih kerana kehilangan kawan secara tiba-tiba. 

Beberapa lama selepas itu, baru dengar cerita yang suaminya juga ada masalah perniagaan tapi pada masa sama ada buah hati baru. Akhirnya dia dan 4 orang anak termasuk seorang baru dilahirkan terpaksa balik kampung di pantai timur, tinggal di rumah tinggalan arwah ibunya. Suaminya menceraikan Su dan berkahwin baru. Bolehkah kita bayangkan perasaannya ketika ini? Nak beraya tapi takkan boleh seperti dulu.. Dulu, Su duduk rumah dan jaga anak. Suami keluar cari rezeki dan balik bawa duit untuk keluarga.. agak mewah juga.. tapi kini, anak-anak membesar depan mata, diri sendiri janda yang tiada pekerjaan.

Semoga dua sahabat Che Mid tadi dan para sahabat bloger yang ada masalah seperti sahabat di atas, atau apa jua masalah.. ingatlah, kalau kita susah, ada orang lain yang lebih susah..Allahuakbar!

Ujian Allah berbagai-bagai.. Itu belum termasuk hal masyarakat Islam antarabangsa yang ditindas dan disembelih tanpa belas kasihan di Syria, Mesir, Myanmar dll. Iktibarnya, kalau hari ini kita di atas, belum tentu esok kita masih di atas. Semoga Ramadhan tambah mendekatkan kita pada Allah. Tak terlalu harapkan dunia dan lebih memerhatikan kepada yang memerlukan. Walaupun tak mampu memberi secara fizikal tapi doa untuk mereka adalah sebaik-baiknya. Jika kita mendokan orang lain, tanpa orang itu mengetahuinya maka para malaikat akan mendoakan yang sama untuk kita. MasyaAllah!

Jazakallah khairan kathiro, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Che Mid sekeluarga.

Photo

Friday, 2 August 2013

Ibulah Syurga - gugur air mata

Tanyalah Ustaz - Ibulah Syurga oleh Ustaz Haslin Bollywood



Che  Mid catat laju-laju dan post dalam facebook, tapi rasanya nak kongsi juga dengan kawan-kawan blogger. Maaf kalau agak kelam kabut sedikit tapi TRUST ME.. sangat bermanafaat. Ini adalah sambungan dari program semalam di TV9.

  a) Bukan senang nak jadi anak soleh. Banyak duit belum tentu dah jadi anak soleh.
      Ibu juga ujian untuk anak-anak. Jaga tutur kata supaya tidak menderhaka
      " Mak ni asyik mintak duit saya je, mintaklah pada abang long tu.."
      " Alah, mak nak kuih keria, saya terbeli kuih donut.. makan je la.." 

      Contoh kata-kata anak yang boleh menyebabkan derhaka.

 b) Seorang ibu yang masih Islam lebih suka tinggal dengan anak lelakinya yang telah masuk Islam dari anak   yang lain kerana anak yang Islam lebih baik. Sesungguhnya Islam mendidik anak menjadi mulia dan memuliakan ibunya.

c) Buat salah dengan Allah sejuta kali, mudah saja Allah memafkan tetapi buat jahat dengan ibu bapa Allah   bayar cash.

d) Soalan : Tidak taat pada ibu tiri, adakah dikira menderhaka? 
Jawab : Secara umum, sesiapa yang bergelar ibu kena taat. Lebih khusus jika dia isteri kepada bapa kita maka WAJIB taat. Jangan hukum pada akal saja. Hak ibu tiri tetap ada walaupun bapa kandung meninggal.

e) Soalan : Keluarga menentang anak-anak yang keluar berdakwah, komen ustaz?. Jawab : Jangan taat pada mereka tapi pada masa yang sama tarik hati mereka. Dakwah2 juga tapi mak kena jaga. Mak pun kita dakwah sekali. Ustaz bagi contoh bagaimana muallaf berdakwah dgn ahli keluarga walaupun keluarga menentang sehingga akhirnya ayahnya seorang paderi masuk Islam.

f) Ustaz nyanyi - Bila ibu bapa telah dibawa pergi menuju pusara meninggalkan kita, baginya permata tak berguna lagi, selain dari doa dari anak tercinta..

g) Soalan : Adakah roh ibu bapa bila Ramadhan balik rumah? Jawab : Nape gaduh mak ayah balik ke tak balik.. balik ke tidak.. yang penting jadi anak yang baik dari semasa mak ayah hidup lagi. Kena jadi anak yang mak ayah redho.

h) Ustaz tegur mak bapak yang tak restu anak nak kahwin sehingga sanggup halau dan haramkan dari balik rumah. Sepatutnya mak bapak redha anak kawin dengan doakan anak walaupun tak suka.

i) Jangan cakap kurang ajar dengan mak ayah. Cakap elok-elok dan lembut kalau tak dapat penuhi permintaan mak ayah. Ustaz kata, dari perut ibu kita ke perut tanah. Jadilah anak soleh walaupun kita tak belajar ilmu agama. Ustaz akhiri dengan "SEDAR DIRI SIAPA SAYA"

Ramai penonton menitiskan airmata semasa ustaz membacakan doa penutup (memang terasa sangat lebih-lebih lagi masa nak raya ni..). Lebih memilukan, semasa ustaz bersalaman dengan penonton selepas rancangan tamat, ada seorang anak tahfiz bersalam dan mencium tangan ustaz, tiba-tiba dia peluk ustaz kuat-kuat.. 


Semalam, Che Mid sempat catat sedikit ..

 Soalan : Syurga anak terletak dibawah tapak kaki ibu, tapi masih adakah keberkatan jika ibu tidak solehah?

Jawaban : Ustaz kata jawapan mudah baginya ialah " Jangan ganggu kerja Allah. Itu antara dia dengan Allah. Ibu tidak baik ke lantak ke dia tapi tugas anak ialah doa dan usaha". Terus taat perintahnya selagi tidak menyalahi syara'.


P/s : Rindu mak di Makkah.. baru je call mak mertua..love you both very much!