Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 21 March 2014

Habis Dah PLKN

Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni..

Semalam keputusan SPM dah keluar, maka ramailah yang sedang bergumbira ria meraikan kejayaan dan tak kurang juga yang bergundah gulana kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tapi rasanya paling ramai yang 'tak kisah' pun dengan carta slip SPM tu. Apa pun, hidup mesti diteruskan..jalan masih panjang.. ibu bapa janganlah pulak terlebih-lebih emo pulak ya. SPM bukan segala-galanya.

Faris pun salah seorang yang ambil keputusan SPM semalam, keputusan cukup makan saja. Balik je agak murung tapi malam tadi dia dan abahnya dah tengok-tengok mana-mana tempat yang layak untuk sambung belajar. Ok la tu kan, alhamdulillah.

Jom tengok gambar Faris di Kem PLKN Geo Kosmo. Dah pun tamat latihan selama 3 bulan pada 18 Mac lepas. Faris suka program ni..dia kata, " Rugi sapa tak pergi.."



Deeja paling suka cium abang Aish kuat-kuat dan lama-lama. Dengan orang lain tak macam tu. Ini gambar ziarah pertama kali selepas Faris daftar masuk. 

Che Mid paling suka program PLKN ni sebab ada percampuran dengan bangsa-bangsa lain termasuk etnik dari Sabah dan Sarawak, solat berjamaah setiap waktu dan ikut disiplin ala tentera. Memang pengalaman yang bagus kan untuk remaja yang baru lepas menghadapi peperiksaan. 

 Menyelit je...

Abang Ayan dan kawan-kawan pun ada ziarah jugak. Kiranya hampir setiap minggu jugalah kami ke sana. Jarak dari rumah lebih kurang 1 jam setengah dari Klang ke Behrang. 

Selalunya, kami ziarah hari Ahad. Tapi ada sekali tu kami pergi hari Sabtu..bawa atuk dan mak nenek sekali. Bila sampai sana, lengang..takde pelawat langsung. Ingatkan kami dah lewat sangat, tapi bila abahnya tanya pengawal.." Encik, hari melawat adalah hari Ahad sahaja".  Bolehnya tak perasan hari Sabtu bukan hari melawat.. emmmm..

Bergambar sebelum keluar kem. Kebetulan kakak Farah balik bercuti sekejap sebelum final exam, dapatlah tengok kem tu.

Tabik hormat terakhir!!


 Balik je dari kem, Faris ajak makan ke restoran faveretnya..Restoran Rimbun..tentu ikan keli sambal jadi pilihan Faris.

 Abah ambik cuti, abang Ayan je takde..kerja...


 Malamnya abang Ayan makan luar sebab siang tadi dia tak ikut sekali..kerja...Kami makan-makan di Restoran Tam Nasi Ayam, Sek 24, Shah Alam. 

Dua beradik.. baru ada masa berborak..tapi restoran tu terlalu sesak dan bising, patutnya kena ke tempat yang sedikit santai dan tak terlalu ramai orang, jadi boleh la dengar suara masing-masing.

Esok paginya, hantar kakak Farah ke terminal bas untuk balik ke Penang. Maka bermulalah adegan drama swasta...


Salam kakak....

 "Khadeeja tak nak kakak Farah balik sekolah Penang.."  Tudung pun dah tak tentu arah... 


 Tengok kakak naik bas...sayu je...


 Akhirnya, berderai airmata dan menangis kuat.. Bila bas bergerak keluar dari stesen, Deeja kejar bas  tu..Jerit lagi.." Kakak!! Kakak!!..." Hai, cite Hindustan pun kalah tau..

Kakak cuti 4 hari, tapi tak cukup puas melepas rindu dengan kakak... macam tu lah setiap kali kakak balik UITM...tapi kali ni lagi teruk. Bila leka bermain, tiba-tiba berlari peluk ibu sambil nangis.." Ibu, Khadeeja rindu kakak.." Malam-malam nak tidur pun teresak-esak ingat kakak..






Monday 17 March 2014

Bukan Calang-calang Mandian

Assalamualaikum sahabat

Dua tiga hari ni nampak Deeja suka sangat mandi..main air.  Selalunya Che Mid biarkan sekejap dalam bilik air, Deeja akan main air dalam besen mandi.

Bila keluar bilik air, selalunya dia akan suruh Che Mid cium rambut dia.." Wangi kan ibu.." Memang wangi pun..

Ini Deeja punya mandian... sabun dan shampu sekali.. memang le wangi..


Esoknya, lepas Deeja mandi, macam tu jugalah, suruh ibu cium rambut dia... memang wangi sangat..satu bilik bau wangi. Tiba-tiba ibu terfikir, " Nape kuat sangat bau nya..sedap memang le sedap.." 

Masyallah!!! Tiba-tiba teringat sesuatu.." Deeja mandi guna apa tadi ?"..Deeja buat muka happy je. Bila tanya berulang kali, baru Deeja mengaku..


Deeja guna pencuci lantai ni untuk mandi!!! Siap tuang dalam besen mandi lagi tu


Memang Che Mid baru mengemop lantai bilik tidur dua hari lepas, tapi lupa simpan balik di bilik air  di tingkat bawah. Baunya memang sedap dan sangat wangi, warnanya pulak cantik... agaknya Deeja ingat itu mandian ibu baru beli kut... Alhamdulillah, takde pulak dia mengadu mata pedih atau kulit gatal..

Rupa Deeja selepas mandi dengan pencuci lantai Daia...aduhaiii!

Sekarang ni Deeja tengah demam, harap-harap bukan disebabkan pencuci lantai tu..nauzubillah! dan bukan sebab denggi ke apa ke..

Photo: Sup ketam untuk Deeja..kalau ada unsur-unsur denggi dalam demam dia...pi jauh jauh!

Buat juga sup ketam untuk Deeja, takut-takut terkena demam denggi ke.. tapi Deeja makan nasi dengan kuah sup je..Ibu yang makan isi dan lain-lainnya...ish, sapa yang demam ni???

P/s: Dalam sujud akhir kita, jangan lupa titipkan doa untuk MH370..semoga akan berakhir dengan senyuman dan airmata kegembiraan..Amiin.

Wednesday 12 March 2014

Sambal Bilis Rangup

Assalamualaikum semua

Rasa macam malas je nak berblogging..layu je..padahal ada entri nak buat ni, rasa macam tak sesuai je...

Boleh ke Che Mid cerita pasal makan-makan... sesiapa yang tengah takde mood nak masak leceh-leceh, kat sini Che Mid letak resepi sambal bilis paling mudah. Mak Che Mid selalu buat macam ni je, kalau dah tak de lauk atau tak de masa masak beria-ia. Makan dengan nasi panas atau nasi sejuk semalam pun jaddikk!

Tapi bila Che Mid tayang di FB, ada sahabat yang tak pernah buat macam ni..siap tanya macam mana masaknya..

Bahan utamanya ialah
1)  Ikan bilis..yang kecil-kecil pun sedap juga, tapi yang Che Mid tunjuk ni, Che Mid kopek sendiri..
2)  Bawang merah/bawang besar dan bawang putih, bubuh banyak-banyak pun takpe..
3)  Cili api, nak pedas kasi lebih..kalau nak cantik sikit, tambah cili merah 2,3 biji..

Tu je pun bahannya.. tapi hari tu Che Mid terjumpa resepi canggih sikit, ada tambah perasa tomyam..jadi tambah dengan halia, serai, daun limau purut diracik halus dan kiub tomyam.

Kalau nak tambah kacang tanah goreng pun lagi sedap. 


 Cara-caranya : Goreng berasingan..ikan bilis dan kacang tanah.

 Goreng juga bawang merah, bawang putih

 Bila bawang dah layu, masukkan cili yang dah dihiris macam ni..

Kalau ikut original resepi mak, dah boleh masukkan bilis..kacau-kacau lebih kurang, matikan api. Siap!

Edisi terbaru resepi ni, tak jumpa pulak link asalnya..maaf,  masukkan hirisan daun limau purut, halia dan serai. Bila dah kering..masukkan kiub ayam..kacau cepat-cepat, masukkan bilis dan kacang.. Siap!

Ni dia hasilnya..

Ha, kalau nak tau sambal bilis Che Mid dah pun sampai ke Dubai..kawan baik Che Mid dah bawa balik ke sana.. alhamdulillah, bila sampai di sana, masih rangup lagi bilis dan kacangnya.. Jom cuba!!

Thursday 6 March 2014

Aku Bukan Ustazah

Sesi luah perasaan ni..dah beberapa hari nak tulis tapi jadual padat. Hari ni rasa lapang sikit dan dan hati pun dah sejuk sikit..Insyaallah..

Selepas terpandang status dan gambar seeorang sahabat yang tunjuk gambar menghadiri kelas agama, rasa nak ikut kelas tu.  Memang aku tengah cari-cari kelas agama pada hari biasa sebab hujung minggu kadang-kadang tak free. Setakat ni, ada kelas pada hari Selasa dua minggu sekali di surau taman sendiri saja.

Bila sampai kelas tu, dah mula pun. Rupanya aku kenal ustazah yang mengajar Qiraati tu. Dia kata, " Ini Hamidah yang marhaban tu kan?".. Aku mengangguk senyum, rupanya aku pernah mengajar  marhaban muslimat di kawasan dia 4 tahun dulu, sebelum berpindah ke Kedah. Tapi kumpulan tu tak menjadi...Ustazah ni pun sangat aktif dalam kerja sosial dan kami pernah terlibat dalam aktiviti bersama-sama sebelum ini.

Kelas Qiraati berlangsung dengan baik, suka dapat belajar tajwid dan membaca al-Quran yang betul. Nampak gaya ustazah ni seorang yang tegas bila mengajar, tapi tak jadi masalah untuk aku.  Di tengah-tengah kelas berlangsung, tiba-tiba ustazah tu bersuara, " Saya dapat maklumat ada orang dah letak gambar saya dalam facebook. Saya tak suka. Tolong keluarkan gambar tu. Suami saya dah terjumpa gambar itu..dia ni orang IT, jadi dia tak suka gambar anak isteri dalam facebook, nanti orang boleh buat macam-macam, kalau nak taruk jugak, tunjuk saya dulu..". Sahabatku dan yang lain-lain semua membisu, tiada yang mengaku atau beri apa-apa komen pun. Aku pulak kata dalam hati, " Wah..ustazah ni, boleh tahan..".

Dan kelas berlangsung hingga tamat. Habis je, ustazah tanya aku, " Puan Hamidah, ok tak?, bacaan ok dah tu.."  Aku jawab, " Bacaan ok ustazah, tapi hukum-hukum saya tak faham lagi.." Allah bagi aku rezeki cepat tangkap apa yang dibaca, tapi susah untuk ingat hukum. Mana iqlab, mana satu wajibulghunnah dll..

Tiba-tiba sahabatku yang baik hati ni bersuara, " Ustazah, dia ni ada buat event tau, kalau ustazah nak marhaban ke, majlis apa-apa lah..boleh la panggil dia.." Wah bukan main promote pulak.. aku senyum je.Mood happy je masa tu..

Ustazah jawab, oh masih ada lagi ke kumpulan marhaban tu? Aku kata ada..

Dia kata lagi dengan nada serius dan suara kuat di depan muslimat lain, " Baik-baik ya, kalau guna mikrofon tu..suara tu aurat..bla bla bla.." Aku tak berapa ingat apa lagi yang dia kata..tapi mood sudah bertukar jadi terkejut..Akhirnya, dia kata.."sori ya"..sambil berlalu ke tempat begnya terletak. Selamba je. Aku cuma mampu tersenyum dan angguk-anggukkan kepala je sebab terkejut dan tak nak menjawab..ya lah aku kan bukan ustazah..

Tapi dalam hati kata, "Wah, macam tu je ke..." Apa yang dapat aku simpulkan, dia memang tak setuju dengan marhaban-marhaban ni..patutle kat tempat dia tu dulu tak jadi buat, walaupun dah praktis beberapa kali. (Emm, tapi panggil pulak orang datang mengajar..)

Tapi yang sikit bengang tu ialah ustazah dah cakap macam tu dengan aku depan-depan orang ramai (yang bagi aku strangers la, sebab aku kenal sahabat aku sorang tu je..) pada hari pertama aku datang kelas dia...tanpa dengar alasan atau feedback dari aku. Seolah-olah benda yang aku buat selama ni haram dan patut dihentikan serta merta. Period. Aku rasa macam ada orang lalu depan aku tiba-tiba tampar muka aku sekuat-kuatnya! Pas tu cakap,..sori ya..!

Aku rasa the only reason dia boleh buat macam tu kat orang macam aku ni ialah sebab aku ni bukan ustazah, kalau aku ustazah dari al-Azhar ke tentu dia tak cakap secara macam tu. Jadi dia ingat apa dia cakap tu aku kena telan dan ambik bulat bulat. Ya lah, sekurang-kurangnya tanyalah dulu macamana aku buat event, apa yang ada dalam event tu.. apa pendapat aku dsb sebab aku dengan kumpulan marhaban tu dah 10 tahun lebih. Sebelum tu aku join kumpulan asal yang sekarang ni ahlinya dah jadi nenek-nenek pun dan masih aktif sampai sekarang. Aku pun bukan budak hingusan umur 14 tahun yang tak pernah buat homework atau research tentang hala halal haram dan aurat ni..! Astaghfirullahal adzim!!

Sekarang aku nak komen pasal apa yang ustazah tu cakap, dia tak baca blog ni sebab tentu suami dia tak suka kan.. ha ha..

Pertama pasal gambar kat facebook tu..aku letak gambar ustazah lain ok je pun selama ni. Ketua muslimat masjid Nurul Jannah grad dari al-Azhar pun ada akaun facebook sendiri.  Siap request friend pun..takde masalah pun gambar terpampang buat ceramah atau pergi trip sana sini. Dah suami dia tak suka, janganlah nak kata orang lain letak gambar dia tu salah! Inikan zaman IT, kalau ya pun, bagi tau awal-awal..jangan letak apa-apa pun..muka dia tu eksklusif untuk suami dia je!

Ustazah Ramlah yang ajar kelas hari Selasa kat surau aku tu, selalu je rujuk contoh-contoh dari fb atau youtube..oh, ibu tunggal, dia takde suami untuk 'jaga' dia hal-hal facebbok ni..

Kedua, tentang  aurat suara..yang ni paling berat dan sebenarnya aku dah banyak kali dengar pasal ini. Disebabkan tu jugalah Farah hampir-hampir tak nak perform di majlis-majlis Yahanana Events.

Kalau nak tau, orang yang membawa aku ke dunia marhaban, berzanji dan nasyid tak lain tak bukan ialah ustaz dan ustazah. Antaranya Ustaz Makmur Hj Noor yang mula-mula ajar berzanji untuk aku bertanding mewakili kampung, masa tu aku lepas SPM. Dia pesan, jangan berhenti belajar dan jangan belajar semata-mata nak bertanding. Ni nak tanya, ada ke pertandingan yang tak guna mikrofon kalau dalam dewan? Ada juga ustaz-ustaz yang tengok, kalau tak pun jadi juri pertandingan..kan berlainan jantina? Bukan mahram lagi...camne tu, takkan ustaz-ustaz tu tak tau hukum..

Kawan-kawan marhabanku pernah tanya ustaz apa hukum guna mikrofon, dia kata, "Gunalah..biar lagi ramai orang dengar suara kita dan sama-sama mahu bersalawat dengan kita.." Sejak itu sahabatku semakin yakin bermarhaban dan berzanji..

Seorang lagi ialah Ustazah Rosnah Yasis..aku masih ingat lagi, masa mula-mula dengar aku mengaji depan dia dulu, dia kata " Sedap suara Midah.." aku senyum je...perasan sangat la kan..sebab ustazah puji la katakan. Dia kata, " Midah, cakap Alhamdulillah, ini rezeki Allah bagi.." Aku pun kata 'Alhamdulillah".  Mulai dari saat itu, aku terus belajar marhaban dan berzanji..sekarang tambah dengan qasidah dll..hingga hari ini. Aku bertahan dengan kumpulan marhaban dan lebarkan lagi dengan persembahan di majlis resepsi dan sambutan hari kebesaran Islam melalui Yahanana Events.

Aku pernah terlibat secara langsung dengan para ustaz semasa forum bertajuk " Seni dalam Islam" di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 2012. Ahli panel Ustaz Zul Ramli, Ustaz Zulkefli dan sorang lagi Ustaz Rozi dari industri nasyid Malaysia ni..


Ini gambarnya..


Antara isi forum tersebut aurat suara ini ialah dibolehkan untuk meninggikan syiar Islam atau menaikkan semangat pejuangan Islam. Dulu masa zaman Nabi, orang perempuan menyanyi dan bergendang ketika orang lelaki berperang untuk menaikkan semangat mereka.

Juga dibolehkan untuk meraikan hari kebesaran atau hari gembira seperti maulud Nabi atau meraikan walimatulurus.  Pada zaman Nabi dulu, ada riwayat menceritakan bagaimana satu hari Nabi Muhammad saw dan Saydina Abu Bakar berjalan pulang dari masjid selepas solat sunat hari raya. Ada beberapa perempuan muda bernyanyi-nyanyi dari tingkap rumah mereka. Apabila lalu di rumah tersebut, Saydina Abu Bakar menyuruh mereka berhenti menyanyi, tapi Nabi menaikkan tangannya seolah-olah menahan) sambil berkata, " Biarkan ... hari ini adalah hari gembira.."

Diharuskan juga selagi bukan untuk menggoda lelaki atau membawa maksiat dan kemungkaran. Jadi kalau dah kita berselawat dan memuji nabi dan rasul, apa yang salahnya..?

Untuk alat-alat muzik pulak..bertali tak bertali pun boleh dimainkan asalkan tujuannya sama seperti kat atas tadi tu. Memang dulu nabi pernah larang orang Islam menggunakan alat muzik bertali tetapi selepas beberapa lama dan atas sebab-sebab tertentu, nabi membenarkan kembali penggunaan alat muzik tidak bertali..Sama seperti hukum wanita diharamkan ke kubur, dulu nabi pernah mengharamkan tetapi kemudian nabi membenarkan semula. Nak cerita detail sangat tak pandai..kan aku bukan ustazah..jadi kalau rajin carilah dalil-dalilnya ok..

Ustaz Ashraf Imam Muda pun bercakap tentang topik ni dalam Nasi Lemak Kopi O. 

Jadi, aku berpegang dengan pendirian di atas.  Kalau ada yang tidak bersetuju tak mengapa, ini perkara khilaf sahaja. Kita boleh tidak bersetuju berdasarkan dalil masing-masing. Tetapi setau aku, dalam bab khilaf ni, kita kena hormat pegangan orang yang tidak sama dengan kita. Tak boleh paksa orang untuk ikut kita. Dan jangan nak tunjuk yang dia punya pendapat je betul dan orang lain punya macam salah sangat..depan-depan orang lain pulak tu..!

Oh ya, nak tambah sikit lagi. Dalam kumpulan marhaban aku tu ada 4 orang ustazah tau. Dua orang ustazah sekolah kebangsaan, seorang ustazah sekolah agama (isteri ketua kampung) seorang bekas pengetua sekolah agama dan pernah jadi nazir sekolah agama. Walaupun aku bukan ustazah, tapi ada ustazah-ustazah lain yang sama-sama dengan aku. Alhamdulillah..kami masih bertahan..


Panjang sangat dah ni..cukuplah dulu untuk hari ini.