Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 28 April 2014

Bertemu Singapura di Kajang

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Rezeki..Allah anugerahkan Che Mid dan keluarga berjumpa dan bersilaturrahmi dengan ramai orang.  Kalau entri sebelum ini Che Mid ramai saudara semasa menziarah jenazah Arwah Azam Sulaiman (saudara sebelah abah), malam minggu lepas kami dijemput ke Kajang untuk bertemu dengan sepupu sebelah suami. Ada yang dah 30 tahun lebih tak jumpa, sejak zaman student dulu...



Photo: 1st family udah sampai...:-)

#cuzziescatchupgath
Tuan rumah, abang Sham dan isteri, kak Milah dah bertahun-tahun menetap di Kajang. Baru je pindah ke rumah baru di Taman Ramal Suria. Adik-adik abang Sham, abang Badin dan Fauziah pulak datang menziarah dari Singapura. Jadi kami dijemput sekali untuk berkumpul sambil makan-makan. Dalam gambar kat atas tu, adik Che Abang, Acam dan keluarga yang pertama sampai.

Photo: 2nd family's arrival..  ;-)
#cuzziescatchupgath 
#atKajang 
Famili Che Mid yang kedua tiba.. berpeluk sakan dua sepupu yang dah 30 tahun lebih tak jumpa.. tapi tak sempat snap gambar..kalau pompuan mau nangis-nangis..Dulu kecik-kecik selalu main sama-sama bila abang bercuti ke Singapura...mak mertua dulu membesar di Singapura dan sampai sekarang ni kaum keluarga ramai di sana. Khabarnya dah generasi piut miut dah..Che Mid je tak pernah jejak Singapura 

Abang pernah bercerita kecik-kecik dulu balik Singapura naik keretapi dari Lipis, Pahang. Bawa bekal macam-macam tapi yang paling dia ingat bekal telor rebus. Semasa di sana, suka makan lontong. Tu yang bila kawen dengan I (kan Jowo)..suka sangat makan lontong..he he..



Photo: ...3rd family safely reached :-)
#cuzziescatchupgath 
#atKajang
 Famili Alang datang lewat sekali sebab baru balik dari hadir ke majlis konvo Atiq di MSU. Datang lewat tapi siap bawa kambing panggang... Che Mid kuih frozen je..gambar blur semacam sebab Fauziah ambik kandid je..



 
 Deeja suka dapat jumpa Azyan... sehari sebelum tu jari kaki Azyan terlanggar  pintu, luka teruk gak kuku kakinya, sampai ke bawa ke hospital.  Bila Deeja tau, menangis dia.." Khadeeja sedih...kalau Azyan mati nanti Khadeeja tak de kawan..." Ke situ pulak dia...aduii..

 
 Tuan rumah (berkupiah) ajak kami lepak di belakang rumah.. tentulah sate Kajang jadi menu utama..



Puan rumah, kak Milah (duduk, bertudung ungu) yang sangat peramah..eh semuanya peramah la..baru jumpa pun dah macam kenal lama... riuh rendah rumah abang Sham tu. Keluarga di Singapura pulak 'tengok' kami melalui facebook. Apa kami buat dan apa kami makan menjadi sasaran kejelesan tak bertepi he he. Fauziah (bertudung biru) 'update' gambar-gambar on the spot..


 Anak-anak dara berpangkat sepupu dan dua pupu..

 
Si macho-macho dan si tembam gebus


 Oii..kamera siniiii! 


Kat mana-mana pun boleh borak... atas tangga  pun jadik!

Sebelum balik...sekali lagi berposing..bukan senang nak jumpa kan..


28 orang dalam satu rumah...KECOH!!

Sibuk berbual panjang dan makan-makan, tak sedar dah pukul 1 pagi...itulah indahnya bila persaudaraan di pupuk... semoga terus bertaut sampai bila-bila. Amiin.

Saturday 26 April 2014

Maaf le ye tuan rumah..

Assalamualaikum semua

Che Mid tak berapa sihat hari ni. Dari pukul 5 pagi tadi bersin dan selsema. Baru je makan ubat, nak tidur kejap lagi. Tapi sebelum tu nak gosip sikit ni...jarang Che Mid gosip tapi harap-harap gosip ni jadi bahan untuk sesapa yang mahu berfikir..he he

Alkisah seorang al jiran Che Mid yang duduk sederet. Ada la dua-tiga tahun pindah ke situ. Betul-betul sebelah rumah adik Lina. Masa baru-baru pindah dulu, dah tak kawan dengan adik Lina. Tak tau apa hal tak..tak nak bertegur sapa langsung..padahal adik Lina suami isteri baik dan rapat dengan tuan rumah sebelum tu. Sampailah hari tak bertegur langsung. Tahun lepas orang tu buat kenduri kawen, adik Lina tak dijemput langsung, sampaikan masa hari kenduri tu adik Lina kena 'outstation' nak jauhkan diri dari rumah kenduri. Ya lah,  jiran tetangga lain dijemput, dia tidak...

Kali ni orang tu nak buat kenduri lagi. Hari ni, Sabtu. masak-masak..esok hari kenduri buat di dewan. Masa hari biasa tak nak bertegur sapa dengan orang..bila kita lalu lalang depan rumah, buat tak tau je..kalau ada pun senyum macam nak tak nak. Tapi bila nak buat kenduri, boleh pulak pesan pada orang suruh rewang (tolong-tolong). Beria-ia pesan pada hamba Allah tu suruh jemput orang taman untuk rewang..tuan punya badan tak mau pulak buka mulut. Alasannya, " Malulah, seganlah..sakitlah..tak sihat kena buatan oranglah.." 

Serba salah si tukang menjemput dibuatnya. Yang dijemput lagi le rasa malas nak rewang.. oh, bila time minta tolong baru cari orang ya..tu pun melalui orang tengah..mana aci!!

Che Mid saja tanya pada Ustazah masa pengajian Selasa lepas. Ustazah kata, " Boleh kalau nak pergi atau tak nak. Kalau nak pergi, niatkan semoga tuan rumah dapat hidayah dan mahu berbaik-baik dengan kita."

Kabarnya, hari ni ramai jiran yang ada hal dan dah keluar rumah awal pagi. Che Mid pulak memang ingat nak pergi, ikut cakap ustazah..berlapang dada dan harap orang tu akan berubah nanti. Tapi dah demam selsema...takkan nak potong bawang sambil lap hinguih..nampaknya rewang dalam mimpi je la kejap lagi... 

Maaf le ye tuan rumah...Allah memang tak izin saya ke rumah awak... 


P/s : Senyum dan beri salam lah pada jiran..tak luak apa pun..pahala lagi ada!!


Wednesday 23 April 2014

Innalillah..

Dua tahun lepas, seseorang telah menjumpai Che Mid di blog ini secara tidak sengaja semasa mencari info tentang tempat asal kelahirannya. Kebetulan Che Mid buat entri mengenai ziarah saudara mara sebelah abah dan beliau dapat mengecam gambar-gambar yang tersiar.

Susur galur keluarga yang jauh, dia di sebelah moyang di Johor dan Che Mid di sebelah datuk di Selangor, tidak menghalang dia untuk mendekati kami; sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh orang-orang sekarang. Sedangkan melawat sepupu sendiri pun belum tentu inikan pula pangkat 2,3,4 pupu yang tak pernah ditemui sepanjang hayat.

Tapi itulah yang dilakukan oleh dia ini.

Pertemuan pertama kami dan keluarga sebelah Che Mid adalah pada Hari Keluarga Haji Ismail pada 2012. Sejak itu, dia sering berkunjung apabila ada jemputan kenduri kendara dan memastikan kaum keluarganya juga saling berhubungan.



Gembiranya bertukar cerita, bertanya asal-usul masing-masing..subhanallah..besar pahala orang yang menyambung silaturrahim. Dia tu berada no 2 dari kiri, Azam namanya.


Lagi gambar kenangan..

Hari Ahad lepas, Che Mid dikejutkan dengan berita Azam meninggal dunia secara tiba-tiba..hanya disedari isterinya sebelum subuh. Innalillahi wainna ilahiroji'un. Allah mengizinkan Azam berada di dunia ini selama 53 tahun, meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak lelaki berumur 25 dan 10 tahun dan seorang anak perempuan yang sedang menjalani latihan praktikal di Pekan, Pahang. 

Rupanya sewaktu ibu dan anak lelakinya lena dibuai mimpi di tengah malam dia meninggal, dia menghantar sms pada anak perempuannya, " Abah sakit, nak ubat." Itulah pesanan seorang bapa kepada anak perempuan kesayangannya.


Kami memutuskan untuk menziarahi keluarga jenazah di Johor. Bertolak lewat sikit sebab ada majlis marhaban yang mesti dihadiri. Tengok dalam gambar tu, masih berpakaian sedondon marhaban kami..dek mengejar masa.

Photo: Takziah buat Puan Nafisah dan keluarga atas kepulangan suami dan ayah dikasihi Mohd Azam Sulaiman atau Ajam Jam atau Mose Azam Mose Azam 
Allahumma firlahu warhamhu wa 'afihim wafu'anhu
Wajah isteri dan anak perempuan, di malam pertama tahlil arwah..kelihatan tenang, amat-amat sedih tetapi tenang dan redha. tak terbayang rasanya mengejutkan suami yang disangka tidur, rupanya telah pergi buat selama-lamanya. Pelukan dan genggaman tangan erat sahaja yang mampu diberi. 

Moga Nafisah dan anak-anak kuat menghadapi hari-hari mendatang dengan baik. Sejuk hati melihat anak lelakinya menjadi imam sewaktu solat jamaah Maghrib. Tanda anak soleh yang mendoakan arwah bapanya. Al-Fatihah untuk arwah Mohd Azam bin Sulaiman. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afini wa fu 'anhu.

Photo: Kaq Yanie kata adik ke tu..
Che Mid dan Amalina..juga pertama kali berkenalan..
Gambar ini tiada kena mengena dengan Azam, tapi orang yang hadir mengatakan kami seiras, macam adik beradik. Tak pernah kenal sebelum ini, Puan Amalina ialah seorang berbangsa Iban dan memeluk Islam apabila berkahwin dengan saudara Azam.

Photo: Kaq Yanie...gambar kita dan Amalina..
Kak Yanie, sebelah kiri sekali, juga diperkenal oleh Azam melalui facebook tapi kami hanya bertemu wajah pada hari kematian beliau. Masyaallah..

Doa Che Mid semoga Allah menerima segala amal baik arwah termasuk diberi ganjaran kerana menyambung silaturrahim yang semakin menjauh antara saudara mara di Johor-Selangor. 

Moral of the entry : Jadilah orang yang menyambung silaturrahim kerana ia melebarkan pintu syurga, dan jangan sekali-kali jadi orang yang memutuskan silaturrahim kerana neraka adalah tempatnya. Pada sesiapa yang bergaduh lama, terutama dengan adik beradik dan keluarga, cari jalan berbuat baik secepat mungkin kerana mati tidak boleh ditunda. Wallahu a'lam

Sunday 20 April 2014

Duda vs Janda

Assalamualaikum semua..

Kisah hari ni..sepatutnya tak pelik tapi benar...fahamkan betul-betul tau!

Ada sepasang manusia, lelaki dan perempuan. Mereka ini dulunya pernah berkahwin, kemudian bercerai. Biasalah kan..ramai orang kat Malaysia yang berkahwin kemudian bercerai.

Jadi status bertukar jadi bekas isteri dan bekas suami, dan juga seorang dah jadi duda, seorang lagi dah jadi janda.

Mereka berdua ni menjalankan perniagaan menjual sate...bersama-sama...di tempat yang sama... walaupun dah bukan suami isteri lagi, tapi masih mencari rezeki bersama-sama. Kalau orang luar yang tak kenal mereka, tentu menyangka yang mereka ini suami isteri atau sekurang-kurangnya bos dan pekerja. (Info: Takde pekerja lain tau..hanya mereka berduaan je..)

Baru-baru ni, yang janda telah pun berkahwin lain..buat kenduri besar-besaran..(Che Mid pun dijemput tau...)

Dan, selepas kenduri itu sampai la ni..mereka terus berniaga sate sama-sama..together-gether....nampak elok jeeeee...

Amacam, sahabat semua..agaknya, macamana boleh jadi macam tu? Kalau kitalah yang jadi ex-suami atau ex-isteri..ndak ke buat macam tu?

Cerita dan fakta sebenar memang kita tak tahu, belum bab-bab perasaan lagi ...

Berprasangka baik lah saja kan. Kalau kita tengok mereka baik sahaja, alhamdulillah, Boleh jadi contoh dan rujukan kepada pasangan yang bergaduh sakan bila dah bercerai atau nak bercerai..wallahua'lam.


Thursday 17 April 2014

Badi Mayat

Assalamualaikum semua..

Gembiranya dapat jumpa lagi di sini. Sekarang Farah tengah cuti semester, jadi Che Mid ada masa lebih sikit untuk menghadap komputer ni, Insyaallah.

Baru-baru ini iaitu pada 5 April, persatuan taman kami mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimin dan Muslimat serentak. Ustaz pembimbing ialah Ustaz Ahmad Safuan bin Md Nayan dari JAIS.

 Kedatangan amat-amat menggalakkan. Nampak tak kaki Deeja terjuntai atas riba abahnya...

 Muslimat pun ramai juga yang hadir. Bagi diri Che Mid, kali ini dah beberapa kali hadir kursus macam ni, tapi kursus yang ini paling senang Che Mid khatam. Insyaallah lepas ni, Che Mid 'berani' dan boleh bantu uruskan jenazah. (Walaupun I ni jenis lemah semangat sebenarnya..)  Tapi kena belajar juga ilmu Fardhu Kifayah ni kan, satu hari nanti ahli keluarga kita juga akan mati, (kalau tak kita mati dulu..)

Kenapa Che Mid kata kursus ni paling berkesan? Sebab ada Ustaz tak buat demo, tapi peserta dikehendaki buat sendiri demo. Dibahagi kepada 4 kumpulan, kami belajar dari memotong kain kapan hingga mengapan 'jenazah'.

 Muslimat ada dua kumpulan, muslimin pun dua kumpulan juga. Ada yang sukarela jadi jenazah, tapi rugi lah tak dapat tengok praktikal kan..sebab asek tutup mata je. Pengalaman jadi 'jenazah' mungkin dapat lah ha ha


Orang lelaki pun belajar menggunting dan mengkafan jenazah juga..

Ada beberapa info yang Che Mid belajar dari kursus kali ini dan nak kongsi pada yang belum tahu ..meh baca..


Jika isteri yang memandikan jenazah suami, maka orang lain yang layak MEMBANTU isteri ialah anak-anak kandung, anak-anak susuan dan adik beradik perempuan suami. Adik beradik lelaki tak boleh lah, sebab boleh jadi fitnah pada isteri. Jika suami yang memandikan jenazah isteri pula, maka anak-anak kandung, anak susuan dan adik beradik perempuan suami yang boleh MEMBANTU. Maksudnya, hal-hal aurat si isteri/suami yang hidup dengan bukan mahram harus diambil kira. Sepatutnya juga pihak luar seperti ajk surau/masjid hanya bertindak sebagai mentor sahaja.

Satu lagi poin menarik yang tak pernah di'highlightkan sebelum ini ialah tentang badi mayat. Kebanyakan pengurus jenazah tidak mahu sangat bercakap soal ini sedangkan soalan tentang badi banyak ditanya oleh peserta. Sila baca..


Ustaz juga berpesan, kalau boleh jangan mengurus jenazah lewat malam sekiranya kita tidak tahu latar belakang jenazah tersebut. Ilmu yang kita ada mungkin belum cukup untuk menghalang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. 

Terima kasih pada ustaz yang sanggup mengajar kami, walaupun dalam keadaan uzur. 

Peringatan untuk diri sendiri - Mati itu pasti, alam kubur itu pasti... sudahkan aku bersedia untuk mati??? 





Tuesday 15 April 2014

Dapat Bonus Beli Jubah

Assalamualaikum semua..

Susahnya cari masa untuk berkumpul..jumpa kejap je pun payah..Maisng-masing ada hal.

Itulah dia yang selalu terjadi kan. Pernah tak kita kata, " Kalau plan beria-ia payah nak jumpa..kalau dan-dan tu jugak plan, eh boleh pulak.." Jumpa siang anak sekolah, jumpa petang tak sempat, nak jumpa malam suami dah balik..macam-macam hal lah.."

Che Mid dan gang marhaban pun macam tu juga.  Akhirnya, kami pakat-pakat jumpa sebelah pagi..taim sarapan. Kami 'pinjam' gerai sup tulang di hujung taman je. Gerai tu buka sebelah petang, jadi kami pinjam sebelah pagi. Jah, salah seorang ahli kami jadi keterer bidan terjun, maklumlah notis perjumpaan kurang dari 24 jam.Tengahari confirm menu, petang tu juga dia ke NSK kat pekan..beli barang.  Si Com, seorang lagi ahli, sanggup buat air minuman. 

Pukul 8.00 pagi kami dah mula berkumpul. Ahli kami yang kebanyakannya tinggal setaman, jadi memang takde masalah pengangkutan ha ha..

Ni dia contohnya..kejut anak awal sikit, kasi mandi dan datang naik kereta kecik..dah sampai ..

 Menu utama...mi kari..walaupun ada yang heran apasal sarapan pagi dengan mi kari..ah tak kira..Che Mid nak jugak. Kalau sedap, pagi ke tengahari ke, malam ke..mesti orang makan punya!

Menu lain..nasi goreng kampung dan telur dadar, tembikai, karipap, dan ada kawan-kawan yang baik juadah sendiri..meriah gak lah.. Kan Che Mid kata kami tumpang gerai orang kan.. adalah pulak hamba Allah datang ke tempat kami nak beli makanan.. ha ha..dia ingat gerai jualan kut..sian dia kan, mesti malu..

Tentu ada yang bertanya, kenapa beria-ia sangat nak jumpa ni? Sebenarnya, kami dah putuskan untuk tahun ini, setiap ahli akan dapat sedikit imbuhan dari hasil cenderahati yang diterima ketika bermarhaban yang kami simpan dalam tabung Fitrah. Kiranya, nak terima duit bonus la...tu yang beria sangat nak jumpa jugak!

Antara ahli yang hadir dan menerima bonus.. Kategori bonus dikira mengikut kedatangan..sape yang rajin ikut marhaban akan dapat lebih dari yang kurang rajin. Kategori lain yang turut diadakan ialah pembaca rawi dan doa, pembawa kenderaan dan kedatangan terbanyak.

Inilah dia ahli paling rajin!! Ada seorang lagi pemenang kedatangan terbaik tapi tak dapat hadir. Semoga terus rajin dan rajin untuk tahun-tahun seterusnya tau!

Biasalah..dah peghabih makan, baru ingat bergambo..

Che Mid dengan Azma dan Zainon...mereka berdua ni pun rajin ikut walaupun ada anak kecik. Kami memang benarkan ibu-ibu bawa anak-anak mereka ke majlis-majlis. Jadi tak payah la suruh suami jaga anak atau hantar anak ke rumah orang lain. 

Kami memang jemput para suami untuk join sarapan dengan kami. Tapi suami-suami lebih rela bersarapan sesama mereka di kedai lain. Kecuali suami Che Mid dan Deeja yang setia bersama I he he..

Disebabkan ahli pun ramai juga yang ada hal tak dapat datang, dan suami-suami pulak malu turun sama..kami panggil anak-anak yang baru lepas main bola kat padang berdekatan untuk bersarapan... rezeki jangan di tolak.. penat main bola, dapat makan free!!

Jubah muslimah pun tumpang sekaki..bergantungan di gerai Char Kuey Teow..mujur gerai tu pun tutup..Ruzi, ahli kami, memang menjual jubah-jubah ni. Ada pulak yang pesan suruh dia bawa...emm..akhirnya jadi bazar la pulak!

 Dah dapat bonus kan..apa lagi..shopping la!!

Pilih la nak saiz apa... 

Seronok kan tengok kami bermesra macam dalam gambar-gambar ni... pada sahabat yang tak join mana-mana aktiviti macam ni..tak semestinya marhaban of course..jom lah masuk. Tak rugi kita bergaul sesama jiran tetangga..sesekali melepas stress selepas bekerja sepenuh masa atau suri rumah. Macam kami ni, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun kami aktif bermarhaban. Alhamdulillah setakat hari ni, takde pulak bermasam muka atau kecik-kecik hati..lagi rapat macam adik beradik adalah..Alhamdulillah wa syukurillah!



Friday 11 April 2014

Mulianya Al-Huffaz

Assalamualaikum semua

Petikan dari ceramah Ustazah Asni Mansur al-Hafizah di rancangan Tanyalah Ustazah, TV9 tengahari tadi. Sebenarnya Che Mid dah post di FB tapi ada yang beri pendapat supaya dibuat nota untuk memudahkan rujukan, jadi Che Mid tulis elok-elok sikit di sini. Pada ibu bakal huffaz boleh lah ambil tips di bawah ya.. happy reading!

Antara isi kandungan ceramah mengikut kefahaman Che Mid:-

1) Bertuahnya sesebuah kampung jika ada madrasah tahfiz di dalamnya. Keberkatan akan diperoleh kerana ada anak-anak kecil yang belum punya dosa tetapi belajar menghafaz al-Quran. Oleh itu, jangan di marah-marah anak-anak itu, sumbangkanlah apa yang boleh..makanan, bantuan dsb. 

2) Seorang al-Huffaz boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarga. Tika Allah memanggilnya untuk masuk syurga, anak ini akan menggunakan syafaat itu untuk membawa ahli keluarganya sekali masuk syurga bersama-samanya.

3) Orang yang tiada al-Quran dalam dirinya, umpama rumah kosong yang ditinggal. Ada anai-anai, pokok terbiar menjalar .. Maknanya, bila tiada al-Quran, unsur lain akan masuk menyebabkan kita cinta dunia dsb.

4) Jangan perlekeh para huffaz dengan alasan hafal al-Quran tak boleh cari makan. Bahkan ustazah kata, orang yang beranggapan ada yang lebih besar dari al-Quran, beristighfarlah.. kerana rezeki milik Allah dan al-Quran adalah sebesar-besar rahmat Allah. Sekarang telah terbukti bahawa seorang huffaz boleh berjaya dalam bidang lain juga. 

5) Ada beberapa cara menghafal yang diguna pakai di Malaysia seperti Saba, Mokhtar dan Turki namun menurut Ustazah apa yang penting mesti baca berulang-ulang kali dan betulkan tajwid dahulu baru menghafal. Ditakuti nanti ramai penghafal al-Quran yang huffaz tapi tajwid tak betul. 

6) Jangan paksa anak untuk jadi huffaz walaupun hasrat ibu bapa memang mahukan anak yang boleh beri syafaat dan membantu selepas meninggal nanti. Pastikan anak memang minat dan mahu jadi penghafal al-Quran dengan sediakan pendedahan awal dengan al-Quran. 

7) Jangan paksa anak tamat hafaz dengan cepat kerana tahap hafalan anak-anak berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada ketikanya laju menghafaz, ada masanya perlahan. Yang penting teruskan berdoa dan memujuk rayu kepada Allah agar anak mudah menghafal. Ibubapa tidak tahu macamana bertungkus lumusnya anak-anak menghafal di madrasah, dan bagaimana bertungkus lumusnya guru-guru membantu anak-anak kita menghafaz. 

8) Kelebihan al-Huffaz, antaranya boleh membantu ibu ayah di alam barzakh. Ustazah beri contoh bagaimana seorang wali bermimpi melihat suasana alam kubur. Semua orang mengais-ngais tanah mencari sesuatu tapi ada seorang tua hanya duduk diam sahaja. Bila ditanya, kenapa orang tua itu tidak seperti yang lain, orang tua itu menyuruh wali itu ke pasar dan bertemu dengan seorang pemuda yang menjual daging. Rupanya penjual daging itu adalah anak kepada orang tua tadi yang sentiasa mendoakan bapanya walaupun sedang bekerja di pasar. Rupanya pahalanya sampai kepada bapanya sedangkan orang lain mencari saki baki pahala yang dihantar secara jamak oleh orang lain. Allah...

9) Asasnya pemakanan sesuai untuk penghafal al-Quran ialah makan yang halal, jauhkan yang haram. Lebih baik jika memakan makanan sunnah.

10) Penutup : Anaknya ahli keluarga kita tidak ada yang huffaz, kita infaqkan harta ke jalan agama kerana harta itu nanti juga membeli pahala berterusan bila kita mati nanti. 

Ustazah Asni Mansur al-Hafizah..menubuhkan sekolah tahfiznya sendiri di Bangi selepas mendapati ramai anak-anak yang mengikuti kelas musim cuti sekolah berminat untuk mendalami al-Quran.

Wallahu a'lam.

Thursday 10 April 2014

Agen Umrah Tipu

Assamualaikum semua..

Ada tak sesiapa menonton TV baru-baru ni tentang agen umrah ditangkap kerana didakwa menipu bakal jemaah? Ha, itu orang kampung I...wah, tak malu mengaku ya..

Dia tu lah yang dah hampir menipu emak abah Che Mid..dan telah pun menipu Kerol, adik ipar Che Mid dan mak dia. Dia juga menyebabkan jiran-jiran Che Mid yang beria-ia kumpul duit untuk ke Makkah terkandas. Hari ni nak bertolak (kononnya..) hari tu jugalah dia batalkan pemergian. Boleh bayangkan tak apa bakal jemaah ni rasa?

Dengan harga diwar-warkan cuma RM3900, siapa yang tak tergoda? Dia pulak orang sekampung..emak ayah dia pun sama tukang promosi. Jumpa di surau, kempen..jumpa di pasar pun kempen, jumpa di tempat orang kawen pun ajak pergi Makkah ikut pakej dia.

Tapi bila dah bayar, mula lah sandiwara siap skrip yang dia dan emak ayah dia je tahu. Kena tambah bayaran sebab harga hotel naik lah..nak dapat hotel dekat masjidil haram lah..harga tiket kapalterbang naiklah..yang orang kampung ni..pesara, orang tua dan anak-anak yang nak bawa emak ayah pergi umrah tak banyak karenah. Bayar pun bayarlah, janji dapat tengok rumah Allah.

Dari 10 orang satu kumpulan yang patut sama-sama naik kapal terbang, alih-alih 7-8 orang je naik. Yang lain tertinggal dengan alasan visa tak lepas. Tangguh ke tarikh lain. Bila dah naik muak dengan dia, nak tukar agen lain..marah-marah pulak. Minta duit balik memang takkan dapat punya.

Adik Che Mid, mulanya nak bawa mak mertua sekali, tapi bila saat akhir adik je boleh pergi. Mak mertua tak dapat visa katanya. Jadi Kerol pula mendaftar sebab nakkan juga bawa maknya ke Makkah. Akhirnya dua-dua tak dapat pergi. Duit..tak nampak bayang. Bila minta balik, macam-macam tipu muslihat diberi.

Yang kena perdaya bukan calang-calang...jiran tetangga sendiri, anak imam surau kariah sendiri..ipar duai sendiri..aduhai..

Tupai jatuh jua ke tanah. Bila cubaan menipu satu agensi kerajaan dapat dihidu, melibatkan RM200,000.00. Laporan polis dibuat dan dia ditangkap. Maknya pun ikut sama ke balai. Bila masuk TV9, ada pulak adegan pelanggan perempuan mengamuk pada si emak. " Makcik ni Islam ke ha? Cakap, makcik ni Islam ke..kenapa makcik tipu mak saya??" Aduh..satu Malaysia tengok tu makcik oii!

Bila Kerol jumpa anak dia, boleh dia kata tak kenal...Allah..Si emak pulak cakap pada Kerol, " Esok aku bayar duit kau ya.."

Betul pun. Esoknya, terhegeh-hegeh si emak datang ke rumah adik ipar bayar duit. Lusa datang lagi bayar duit mak Kerol pulak. Dengan harapan, bayar duit laporan polis ditarik balik dan anaknya akan bebas dari lokap.

Pertama yang sedihnya..pada Che Mid la..bisnes tu diterajui oleh anak beranak. Anak, emak dan ayah. Kalau kawan-kawan, atau orang luar tempat kami satu hal jugak. Macamana boleh mereka bertiga tu berpakat buat tak baik pada jiran atau pelanggan sampai tahap menipu macam tu. Memperdaya orang yang nak beribadah. Dan tambah sedih lagi kalau si anak jadi mastermind, mak ayah jadi tukang ikut. Malunya sama je kan..

Yang kedua, mangsa ialah kaum kerabat, jiran tetangga dan kawan-kawan sendiri..sampai hatinya..emaknya pesara guru, ayahnya orang kuat kariah..reputasi nama baik keluarga jatuh bagai kaca terhempas ke batu jadi nya..walaupun mungkin mereka didapati tidak bersalah di mahkamah nanti. Damage has been done!

Bukan nak buka aib orang..tapi kalau tak buka, orang lain tak tau..dan jadi mangsa pulak nanti adakah disebabkan duit, maka anak beranak tu jadi gelap mata? Semoga mereka cepat sedar dan bertaubat. Astaghfirullahal 'adzim.

P/s: Buatlah bisnes apa pun..kalau kita buat hal..kesannya mungkin lebih besar dari yang kita sangka..









Monday 7 April 2014

Resepsi Mohd Firdaus dan Dr Shafeeka Ajla

Minggu lepas Che Mid mengacara di majlis resepsi anak Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Rahim bin Abu Bakar. Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.



Dewan dihias indah oleh Sajian D'Hidang Catering..sangat 'sweet' dengan warna yang lembut dan susunan hiasan yang tidak terlalu sesak.

Pelamin baru juga dari Sajian D'Hidang Catering. Menurut si pereka, kain latar berwarna putih dibeli di China itu dari jenis kain baldu. Bersaiz besar..sesuai untuk majlis di dewan..kalau di rumah..emm.. kat mana pulak nak letak pelamin saiz macam ni kan..kecuali kalau punya kawasan yang sangat luas.

Berbaju kemeja petak-petak sebelah kiri tulah pereka pelaminnya..dan bertudung biru gelap tu pulak tuan punya Sajian D Hidang..Puan Marshidah.

Bersiap sedia di sudut .. tunggu pengantin datang..kalau ada yang tanya Che Mid, berdebar-debar tak nak memulakan majlis?..Jawabnya... ada sikiiit nervous la..he he.

Berbaju pink tu ialah Puan Ju, mak pengantin perempuan, besan tuan rumah. Dialah yang tukang rekemen Che Mid jadi emcee. Sebenarnya, Che Mid diminta untuk mengacara di kedua-dua majlis resepsi; sebelah pihak perempuan dan lelaki. Tapi tarikh di pihak perempuan 'clash' dengan job lain. Jadi Che Mid mengacara untuk majlis pihak lelaki sahaja lah. Tahun lepas, Puan Ju pernah dengar suara Che Mid di satu majlis, tertarik katanya...tu yang dia beria-ia nakkan Che Mid. Terima kasih banyak kak, rezeki Allah beri melalui Kak Ju.


Tak lepas peluang bergambar dengan ahli muzik Istana Budaya. Che Mid berjumpa mereka semasa rehearsal di sana. Sangat baik hati dan mesra. Tak kekok pun bekerja dengan mereka ni.

Memulakan persembahan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 4 petang, dengan lagu-lagu tradisional dan lagu-lagu lama permintaan dari tuan rumah.

Al-Fadhil Ustaz Amir membacakan solawat ketibaan pengantin dan doa selamat. Ustaz ini memang menggunakan suaranya untuk menarik perhatian tetamu fokus kepada doa yang dibacanya. Petugas PA Sistem pula menambah kesan bunyi menjadikan suara ustaz bergema. Doanya pula padat dan khusus untuk kesejahteraaan pengantin dan majlis yang berlangsung..tidak meleret. Hebat!!
 



 Ketibaan masuk kedua mempelai, Mohd Firdaus Dato' Rahim dan Dr Shafeeka Ajla Shaharuddin. Yang berbaju hijau itu adalah para pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah yang ditugaskan untuk menyantuni jemputan khas. Jodoh kedua pengantin tiba selepas diperkenalkan oleh kedua-dua pihak. Selepas dua bulan setengah dipertemukan, mereka terus mengikat tali pertunangan.

Pengantin diapit oleh adik-adik pengantin lelaki, Naim dan Fatin.

 Selamat pengantin baru Firdaus dan Ika..

Che Mid sedang bertugas..turut mengalunkan serangkap dua lagu "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" dan "Kasihnya Ibu" semasa kedua ibubapa naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Paduan suara Istana Budaya dan Bintang Klasik yang amat menarik..

Tetamu VVIP ialah adinda Sultan Selangor iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor,  YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj..ha ha..(boleh tergeliat lidah menyebutnya kan..) Pertama kali Che Mid mengacara dengan VVIP macam ni. Saspen juga, takut tershashul..tapi pembantu khas YAM datang berjumpa Che Mid sebelum majlis bermula untuk periksa skrip dan tambah mana yang patut. Kertas skrip tu jadi kelam kabut jugalah dengan tambahan ayat-ayat dan istilah istana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjaya dituturkan dengan baik..

Che Mid diapit oleh tuan rumah, Dato Rahim Abu Bakar dan Datin Paziah.



Yang tengah tu penyanyi jemputan iaitu Cik Rashidah Abd Rahim, pemenang Bintang Klasik 2012. Suara memang lembut mendayu-dayu, memang sesuai dengan lagu-lagu irama tradisional yang dibawanya. Personalitinya juga bagus, lemah lembut dan sopan. Semoga terus menempa nama ya dik!

"Teamwork" yang bagus dari pihak tuan rumah, Istana Budaya dan pihak Dewan menjadikan tugas Che Mid menjadi mudah dan lancar. Rasa lega di hati bila esok paginya dapat mesej dari datin, " Kami sekeluarga puas hati dan t kasih." ..Alhamdulillah wa syukurillah..bukan mudah nak puaskan hati orang dan bukan mudah nak mengacara majlis orang tau!

 Dua peneman setia yang nakal... Akif dan Faris...terima kasih daun keladi..lain kali ikut lagi..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. layari fb Yahanana Events untuk lebih info menarik!