Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 24 May 2015

Suspense..Simple Yet Special

Assalamualaikum semua

Che Mid nak kongsi satu rahsia ni. Sebenarnya sepanjang hampir 3 tahun mengujudkan Yahanana Events bermacam-macam pengalaman kami dah tempuh. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Cuma dalam  hati terdetik juga, " Satu hari nanti akan ada masanya Allah beri cabaran yang menduga kesabaran kami". Tapi Che Mid selalu berdoa supaya apa pun terjadi, majlis orang tetap berjalan seperti yang dirancang. Biar kita susah, tapi pelanggan tetap happy!

Akhirnya masa yang TAK ditunggu-tunggu pun tiba...saspen kannn..meh baca..

Kami dapat job untuk menyediakan emcee dan sistem PA dengan  Kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah yang akan berqasidah. Tempat di Taman Rimba Kiara TTDI berkonsepkan 'Garden Wedding' Yang menghubungi kami ialah adik lelaki pengantin. 

Dari sebelah siang hari majlis, Che Mid dan adik pengantin dah berhubung. Dia kata di sana dah mula hujan, jadi persiapan agak lewat. Perbincangan di telefon berlangsug beberapa kali.  Kebetulan pihak sekolah juga menempah sistem PA kami untuk 3 hari berturut-turut jadi Ijam dan Farhan berbagi tugasan. Untuk job ini, kami menggunakan set PA sistem yang kedua.

Masa bertolak pukul 5 petang, hujan lebat pulak di rumah. Farhan kelam kabut mengisi barang dalam kereta. Lewat sikit tapi Hazman kata tak mengapa sebab di sana pun hujan. 15 minit bertolak, Farhan kata, " Rasanya ada barang tertinggal ni.." Allah..dah mula dah..." Apa dia?" Farhan kata kabel untuk sambung dari punca letrik utama (power point). Che Mid kata jangan ambik risiko sebab majlis di tempat terbuka, bukan di dewan atau rumah memang punca letrik tak tau berapa jauh. Terpaksa kami buat pusingan U dan balik ke rumah untuk ambil kabel. 

Dalam kereta Farhan kata kunci rumah dia ada pada Epa (wife Ayan) dan Epa ada di rumah arwah maknya. Hmmm...masa berjalan, hujan pulak..Farhan kena cepat. Apa kami buat, Farhan tinggal kereta di rumah Che Mid dan balik ke rumahnya naik motor. Cepat sikit katanya. Che Mid pulak bawa kereta di stesen minyak tepi jalan dan tunggu dia di situ sebab Ijam pesan suruh beli bateri untuk mikrofon yang baru dibelinya.

Che Mid whatsapp pada Hamzan si tuan rumah supaya tak tunggu kami. Takut-takut dia pun nak bersiap kan..

Kami tiba di Taman Rimba Kiara sebelum pukul 7 malam. Lewat satu jam. 



Begini keadaan khemah. Basah dan belum siap lagi. Kakitangan Katering dan khemah bertungkus lumus mengejar masa untuk siapkan semuanya menjelang 8.30 malam. Mujur bawah khemah tu bersimen, itu pun kata Hazman pada siang tu, mereka terpaksa sauk air keluar dari khemah.

Rupanya tempat untuk kami dan qasidah ialah di pentas terbuka, tiada bumbung langsung. Mulanya kami cuba bersetuju untuk ok je tapi bila gerimis mula turun, tiada pilihan..terpaksa beralih tempat ke bawah khemah. Hiasan tanglung dan lilin di pokok-pokok tepi pentas cuma tinggal hiasan..tapi suasana memang sangat romantik dan syahdu sangat. Pandai sungguh mereka rancang majlis ni. Cuma cuaca tidak menyebelahi. 

Farhan set PA sistem seperti biasa. Speaker ok..alhamdulillah, lagu-lagu dah boleh pasang. Tapi mikrofon tak boleh on..Allah..masa tu hujan semakin lebat. Terpaksa tutup speaker dengan plastik hitam untuk elak dari basah. Maklumlah alatan seperti ini sangat sensitif pada air. Satu mikrofon saja yang boleh digunakan sedangkan qasidah perlukan 4 mikrofon. Rupanya pin kabel mikrofon yang baru tu tak compatible dengan extension power points yang ada. Ijam asek-asek call tanya macamana ok ke. Akhirnya Ijam buat keputusan untuk datang beri bantuan.  Mujur hujan turun, sebab dengan sendirinya majlis bermula lewat. Tetamu pun tiba lewat...blessings in disguise. 


Bila kumpulan qasidah tiba, terpaksa kami beritahu yang mikrofon tak cukup. Mujur Ustaz Ashraf kata takpe dia ada bawa mikrofon sendiri sebab kebetulan siang tu ada jemputan. Alhamdulillah syukur. Inilah bagusnya bila bekerja dengan orang yang dah biasa. Tolong menolong dan 'cover meng cover' he he.. Sementara tunggu mikrofon siap, Che Mid dan Farah membuka majlis dan buat persembahan pembukaan. 

Tiba-tiba Farhan pulak kata, tangan dia tak boleh sentuh sebarang punca kabel. Ada 'current'..Allah..satu lagi masalah timbul. Che Mid dah cuak tapi cuba buat 'cool' je dan teruskan majlis. Bila Ijam sampai baru lega hati kami. Dia memang jadi 'trouble shooter' sungguh. Rupanya ada 'power point' pada monitor speaker yang terdedah dan dimasuki air hujan. Akhirnya masalah selesai dan persembahan qasidah dapat diadakan dengan baik. 







Inilah dia pasangan pengantin - Imran & Nabilah





Tengok latar belakang..sunyi dan romantik.. Fully Islamic concept garden wedding..



Ada muka stres ke?  Takkan..he he..begitulah kami..problem ke apa ke..hanya kami yang tahu. Pelanggan tetap nombor satu..yang penting majlis berjalan seperti dirancang. 

Ini dia Hamzan dan keluarga yang jemput Yahanana Events. Sebelum majlis dia kata, " Tak sabar nak dengar Che Mid buat persembahan..macam menarik je ada emcee yang boleh berselawat sekali" Akhir majlis dia kata, " Tadi ada yang tanya Che Mid dari mana..nanti saya rekemen!" Alhamdulillah. 

Kumpulan Qasidah terpaksa duduk atas kerusi, tak jadi duduk atas pentas yang dah basah kuyup..alhamdulillah. Persembahan tetap mantap!!


Ustaz Ashraf dan anak buahnya. Sesiapa yang nak tempah kumpulan Qasidah, memang kena tempah awal-awal ya...kalau tak gigit jari le..

Majlis berakhir menjelang 11 malam. Kagum dengan adik-adik pengantin yang nampak sungguh rapat dan saling bekerjasama mengendalikan majlis. Ketiadaan ayah dan ibu yang tidak berapa sihat tidak mengurangkan kemeriahan majlis. Semoga abang tersayang berbahagia melayari rumahtangga hingga ke jannah. 

Saturday 23 May 2015

Sayang Mak

Assalamualaikum semua...
Che Mid selalu juga keluar minum-minum dan makan-makan dengan kawan-kawan sekampung..sama-sama kondangan (jemputan kawen) dan lain-lain. Tapi hari tu tercetus idea untuk temukan mak-mak kami pulak..mana yang masih hidup la. 

Bila diingat balik, masa kami sekolah rendah dulu, mak-mak kami la yang menghantar dan mengambil kami ke sekolah. Jadi boleh kata mak-mak ni selalu jumpa la, berbual di tepi pagar sekolah sementara tunggu kami keluar. 

Tapi itu cerita 30-40 tahun dulu...

Bila kami bercadang untuk makan-makan lagi baru-baru ni, saja je pakat-pakat bawa mak. Tapi almaklumlah..ramai kawan sebaya Che Mid ni dah takde mak ayah..atau ada yang uzur. Jadi kami takde la war-warkan sangat takut ada yang sedih pula..




Pesan dengan mak, pakai cantik-cantik he he..umur mak dah menjangkau 66 tahun tapi semua orang kata mak awet muda..

Rohana, Zehana dan Aina datang makan-makan tapi tanpa mak masing-masing. Mak Rohana dah 4-5 tahun meninggal, mak Zehana dah berumur 80an dan tak boleh melihat dan mak Aina pula uzur tak boleh bangun..

Rohana kata dia nak tumpang manja dengan mak kami..memang betul pun. Jumpa mak Che Mid, dia cium pipi..syahdu je tengok. Lepas tu dia hantar gambar kami makan-makan tu pada kakaknya, aduh..kakak Rohana menangis teringatkan arwah mak mereka ...

Bertuah sungguh Che Mid dikurniakan mak yang sentiasa sihat dan aktif. Abah pun sama...memang tak dinafikan nampak tua dah mak-mak kita kan..Allah..begitulah kehidupan..


Roszana pun bawa mak juga..Cik Zaharah..tapi Roszana dah takde abah..

Sepatutnya ada lagi dua tiga orang kawan yang datang bawa mak masing-masing tapi saat akhir tak dapat datang. 

Seronok tengok mak-mak berbual kisah silam. Siap tanya lagi..." Sape dulu kawen ya..engkau ke aku" he he..Tak sedar tiga kali tambah nasi..Sedap katanya.. Jelas sangat ceria mak-mak kami. Kalau lagi ramai mak-mak datang..subhanallah tentu lagi rancak mereka berborak kan..

Suka tengok mak-mak dan anak-anak..yang masing-masing dah menginjak tua..Allahuakbar!!

Makan-makan di Aroma Ikan Bakar Jeram..meninggalkan memori tersendiri. Kami dah janji, bila Rohana balik Malaysia dari Dubai nanti kami akan jumpakan mak-mak lagi..Insyaallah! Reunion mak-mak pulak !!

Eh..tetiba rasa sayu je hati..Kalau nak tau, Che Mid sekarang suka ambil gambar sedara mara yang tua-tua bila ada kesempatan. Nak selongkar henfon jap..

Adik bongsu mak..masih sihat walaupun dah jalani pembedahan buang rahim. Suka manja-manja dengan Cik Ti.. (Gambar minggu lepas)



Abang mak yang sulung. Sangat-sangat sayangkan Wak Long. Sangat-sangat baik orangnya.. (Gambar dua minggu lepas)

Seorang lagi adik mak...Cik Nang... (gambar beberapa bulan lepas)

Susah nak bermanja-manja bila masing-masing dah menginjak usia. Yang tua semakin tua, yang muda pun bertambah tua. Cuma hati rasa gembira dan bersyukur sangat bila nampak mereka ni sihat walafiat. Ya lah..bila ditanya..Macam nilah..sihat orang tua..Allah..


Sesekali terpandang abah..ALLAH ..makin banyak rambut putihnya..makin bertambah kedutnya..makin nampak letihnya.. Suka sangat abah bila kami berkumpul di rumah abah dan baca al-Quran sama-sama. 

Tiada lain yang dipinta..pengakhiran kehidupan yang baik untuk semua mak-mak dan abah-abah. Tak tau bila..tapi hari itu pasti datang jua. Allah Allah Allah...Ampunkan dosa semua ayah ibu kami dan redhakanlah mereka Ya Allah! Aamiin Ya Robbal 'Alamin. 

Wednesday 20 May 2015

Mak Mertuaku Ops Mata

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Ada banyak cerita nak kabo ni, tapi tangan je tak dan menaip..Allahuakbar!

Alhamdulillah mak mertua Che Mid dah selamat menjalani pembedahan tukar kanta mata di klinik swasta di Subang Jaya, hari Jumaat lepas. Mak dah hampir-hampir tak nampak langsung. Kalau betul-betul depan mata dia baru tahu cam siapa dihadapannya. Risau juga hati bila mengenangkan mak ada darah tinggi, doa je la banyak-banyak semoga mak tak apa-apa. Kos? RM4000 untuk sebelah mata. 



Majlis doa selamat telah diadakan di surau Hamideen dekat rumah Alang. Che Mid dan Farah sempat ke surau, ikut solat dan baca Yaasin sama-sama. Tapi kami tak makan di surau le..sama-sama makan dengan mak di rumah. Ada rendang dan kangkung masak lemak lagi you..


Hari Jumaat pagi. Dah berada di klinik siap sedia untuk operation tapi tekanan darah mak naik..kena relax dulu. 



Doktor beri penerangan terakhir sebelum mata mak dibedah. Sekejap je pembedahannya..dalam 15 minit je pun. Tapi saspen tetap saspen. Masa mak dibedah, Che Mid dan Farah menanti di luar bilik sambil baca Quran dan zikir Ma'thurat dan diakhiri dengan doa untuk mak. 



Ini rupa mak sebaik keluar dari dari bilik pembedahan. Mak kata tak sakit langsung dan tak nampak beza pun kan..


 Ada cairan sikit kat tepi pipi tu..ingatkan darah..tapi doc kata itu iodin je. Mak rehat dalam 15 min kat kerusi rehat yang disediakan..ambil ubat dan dah boleh balik.



Dengan doktor yang encemmmm...spek hitam tu pun klinik bagi. Untuk elak panas matahari ..macam retis veteran la mak!!


Nurse bertugas sedang terangkan macamana cara nak jaga mata dan makan ubat. Ubat titis kena dititis selang 2 jam..tak boleh kena 'direct water'..ada dua tiga benda lain yang nurse pesan tapi tak lah payah mana..




Sebelum balik, kami baca doa dan selawat shifa'

Gang kami le yang paling ramai ...he he..riuh rendah klinik tu..

Suka dengar mak kata, dah boleh nampak dengan jelas sebaik selesai pembedahan. Alhamdulillah. Semoga mak terus sihat dan happy selalu ya. Aamin!!