Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 24 November 2015

Ingatan Terindah "Anniversary"

Assalamualaikum sahabat-sahabat ahli syurga sekalian..

Sabtu 21/11/2015.. makan-makan.. tapi ad surprise sikit..jom tengok..


Bersiap nak pergi makan-makan anniversary

Gambar paling loving setakat ini

Dah sampai di Restoran Pocobox Cafe. Terletak di dalam kampung je. Tapi satu inovasi terbaik dari anak muda ini. Menyatukan western cousine dengan fotografi kerana pemilik kedai adalah seorang fotografer, kawan Farhan.

Si kecik sentiasa nak sedondon dengan ibu dan kakak.. penat melayan karenah dia ni. Kekadang nak ke surau sebelah rumah pun jadi lambat sebab nak berdondon-dondon juga. 

Restoran Pocobox ni tak besar, tapi ada sudut mainan untuk sikecil. 

Cekak rambut kesukaan dari persembahan di sekolah, tetap dipakai ke mana-mana.

Farhan dan Epa yang makin bulat.. alhamdulillah dan 4 bulan berisi..

Chicken grill pilihan Farah RM10.00


Mix grill RM19.00 untuk Farhan


Lamb chop untuk abah RM15.00


 
Spaghetti bolognaise untuk Epa RM15.00

Spaghetti Carbonara plus chicken untuk ibu - RM15.00


Dan pelbagai jenis kopi - latte, mocha dll

Seperti biasa, makan-makan dan borak-borak sambil makan. Sayang Faris tak dapat balik sebab sedang bersiap untuk peperiksaan akhir semester.

Ada juga kejutan kek dari anak-anak.. tak le terkejut sangat... kek.. biasalah tu..


Tapi yang lebih 'surprise' ialah rupa-rupanya Farah dah siapkan slide tentang kami. Seharian dalam bilik rupanya Farah dan Deeja buat tu. Pandai Deeja simpan rahsia ek!


Setiap orang anak akan hantar nota suara via whatsapp dan beri ucapan dan soalan-soalan untuk ibu abah.

Semua anak mengucapkan happy anniversary dan mendoakan kebahagiaan perkahwinan kami hingga ke jannah. Soalan tentang karektor ibu abah, semua anak kata lebih kurang. Abah seorang yang tegas, bila garang memang nampak garang, bila kelakar memang kelakar. Ibu pulak seorang yang kuat pot pet tapi hati lembut dan penyayang. Namun untuk soalan seterusnya, Che Mid dah tulis seperti kat bawah ni. Antara momen paling indah dan 'rare' dan soalan cepu emas untuk ibu dan abah. 

Farhan :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa keluar berdua atau bercakap tentang 'mens stuff'.. 
Momen dengan ibu 
(i) Semasa pagi-pagi nak pergi sekolah, mesti keluar rumah serentak. Ibu naik kereta pi kerja, Ayan naik basikal. Sampai kat simpang, Ayan masuk kanan, ibu jalan terus sambil kita babai-babai. 
(ii) Yang kedua,  semasa menangis bersama-sama, tak kisah la tentang apa pun. 
Soalan cepu emas - Semasa nak kahwin, ibu abah tau ke atau plan ke nak anak macam sekarang ni atau keadaan rumaht tangga macam sekarang.. (Soalan dari seorang yang baru jadi suami dan bakal bergelar bapa he he)

Farah :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa dapat hadiah dalam sarung bantal buruk sangat. Mula dapat bantal tu rasa nak nangis.  Tak tau rupanya dalam tu ada patung arnab yang sangat cute.
Momen dengan ibu semasa belajar memasak sayur kobis. Ibu puji, tapi lepas puji je mangkuk tu jatuh pecah. Tak dapat dimakan. Tapi ibu kata," Takpe, takde rezeki". 
Soalan cepu emas - Apa harapan ibu abah pada setiap seorang anak-anak. (Soalan dari orang kejuruteraan..aduii he he) 

c) Faris :-
 Momen terindah dengan abah semasa abah bedakkan Faris. Dengan tapak tangan abah yang kasar tuuu... abah sapu kuat-kuat, rasa macam kena papan ha ha
Momen dengan ibu semasa ibu usap kepala Faris sebelum tidur. Ibu bacakan doa dan tiup kepala Faris. Masa tu rasanya best sangat. (Ayan menyampuk, " Ayan pun ingat nak cakap tu jugak tapi Faris dah cakap dulu")
Soalan cepu emas untuk ibu abah - Bila ibu abah mula jatuh cinta dan rancang nak kawen? (Betul-betul punya cepu emas ni he he)

d) Faiqah :- 
Abah kadang-kadang jahat kadang-kadang baik. Masa abah jahat abah marah adik. Masa abah baik abah bawak pergi City Mall makan aiskrim sama-sama. Abah bawak pergi taman, abah bawak pegi Tesco, Giant dengan taman yang ada nyamuk (hi hi..tempat joging kat Setia Alam tu kadang-kadang ada nyamuk)
Ibu pun sama. Kadang-kadang garang kadang-kadang baik. Masa ibu garang, ibu tak kasi mandi kolam. Masa ibu baik, ibu kasi tengok katun. Paling best sekali ibu beli mainan yang ada marker dan ada puzzle kat belakang tapi sekarang ni dah hilang hi hi.. 

Nota: Kami tak jawab soalan masa tu juga sebab Faris tak de. Kena jawab dalam voice note juga he he.

Abang besar dan adik kecik..

Sebelum balik, posing lagi..

The ladies..



Esok tengahari 22/11/2015, Ahad kami ke tempat Faris. Tak plan juga tapi teringatkan kakak Farah dah nak balik Johor, adik pulak tengah nak exam. Tak jumpa la pulak nanti..

Cuma bawa nasi lemak 

Ekstra telor dan sayur kacang buncis goreng

Sambal sardin 

Dua bekas agar-agar milo dan kek anniversary semalam. 


Berselera makan di kafe yang ditutup pada hujung minggu. Deeja paksa kami sedondon biru pulak. Kami tapaw baki makanan untuk Faris dan kawan-kawan. Tu yang guna bekas recycle je..  Kejap je licin.. begitulah anak-anak duduk kolej ni, sesekali dapat 'home cook' memang selera sungguh.. Ralat juga tak masak lagi banyak.. 

Kakak dan adik

Si kecik menyelit..

I learnt something. Sebenarnya, anak-anak tak kisah pun apa yang kita beri. Yang melekat kemas di ingatan mereka ialah ingatan kecil yang kita cipta bersama. Che Mid pun dah tak ingat doa apa yang Che Mid baca dan tiupkan di kepala mereka sebelum tidur,  dah tak ingat pun tentang sayur kubis yang pertama kali Farah masak sedap. Tapi masyaallah, untuk mereka..itu yang paling manis dan "rare".

Sekadar perkongsian, pada ibubapa yang terlalu 'reserved' dengan anak-anak, sesekali keluarkanlah emosimu. Ceritakanlah pengalaman melahirkan, membesarkan atau even pengalaman cinta kita. Rupanya anak-anak akan lebih menghargai kita dan menyayangi. Juga sebagai panduan hidup mereka sendiri nanti. Sebab semasa mereka berumah tangga nanti tak semesti kita ada lagi di sisi mereka kan.. 

Very true.. 



Friday 20 November 2015

Zaujiku

Assalamualaikum sahabat ahli syurga sekalian

Sejarah percintaan kita
Tak seindah orang lain
Penuh liku dan airmata
Hampir putus di hujung jalan
Kau pernah hilang pekerjaan
Leherku pernah dihinggap pisau
Demi menegak sebuah ketulusan

Diijabkabul dalam kekurangan
Hati berbaur bahagia dan sayu
Memulakan rumah tangga
Tanpa apa-apa harta
Tapi kau bawa Firdaus
Di sisiku ada Farhan

Pernah kawan datang bertandang
Sedih melihat keadaan kita
Cuma karpet lama menghias ruang
Tapi kita tetap ketawa riang

Perlahan menapak alam rumahtangga
Satu tangga ke satu tangga
Berbaur suka dan duka
Farah dan Faris menambah ceria
Faiqah Khadeeja melengkap cerita
Dan Firdaus pergi dulu bertemuNya

Kau bukan yang pertama
Insyaallah kau yang terakhir
22 tahun bahagia tercipta
walau tidak sesempurna mana

Satu hari kebahagiaan ini akan terhenti sementara
Relakan aku pergi selamanya
Kita jumpa semula sebagai bidadari syurga
Di sana kekal selama-lamanya

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 23 tahun zaujiku Fazli Husain..

Permata hati dari kiri : Farah, Farhan, Faris (riba) dan Firdaus (anak tiri tercinta meninggal 2004)

Bidadari kecil kami - Faiqah Khadeeja.. 5 tahun 

23 tahun - semakin teguh


Ya Allah.. Bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.

Thursday 19 November 2015

Lempeng Pecal Getok Sri Kempas

Assalamualaikum sahabat ahli syurga semua..alhamdulillah sihat nampaknya ya..Kita cakap pasal makan la ari ni. Tambah-tambah musim-musim hujan ni, perut lapo je kan.. Tengok tajuk pun dah ngada-ngada hiii..


Sebenarnya di sudut kampung Che Mid ni ada satu warung tepi jalan yang menjual makanan dan minuman dari pagi sampai petang. Che Mid baru je tau, mula-mula beli bungkus je bawa balik. Tapi perasan ada kerusi meja juga, maknanya boleh le duduk situ makan. 


Kuih muih macam-macam jenis yang bergoreng atau berkukus ada dijual. Pisang, tempe, keladi, sukun, keropok lekor, leher ayam, rangka ayam, tapai ubi dll memang nampak menyelerakan.


Ishh.. order air dulu. Teh tarik halia satu!!

Nak cerita ni, daya penarik di gerai ini ialah, antaranya getok ubi. Makanan Jawa dari ubi kayu yang direbus, kemudian di campur dengan kelapa parut dan gula serta garam dan ditumbuk. Selepas diacu dalam loyang, boleh diptong dan dihidang macam dalam gambar tu. Getok keladi pun ada. 

Lempeng kelapa


Ada empat jenis lempeng - lempeng ubi, kelapa, pisang dan lempeng kosong. Boleh makan dengan sambal tumis.

Semasa Che Mid singgah pertama kali dan "take away" je, Che Mid pos di fb..ramai gak yang tanya kat mana tempat ni dan kemudian ada yang pergi sendiri. Ada juga yang memang dah tau tempat tu. No hal.. pada Che Mid, sharing is caring. Takde niat langsung nak menunjuk-nunjuk ke hape. Siapa yang pergi silakan. Yang untung, tuan kedai..Che Mid tak dapat apa pun kan.. Kalau makanan dia sedap, apa salahnya kita bagi tau orang lain..tolong promosi sesama Melayu. 



Ok, back to our story mori.. satu hari Che Mid pun bawa mak dan adik bongsu, Nana, sarapan di sini. Anak-anak buah pun ada sekali. Seawal 7 pagi ada la nasi lemak, mi hun dll. Lempeng pun dah ada tapi cepat habis.

Suasana kampung yang mendamaikan. Gerai di bawah pokok-pokok. Sunyi dari hiruk pikuk pekan walaupun warung terletak betul-betul di tepi jalan.

Titi kecil di tepi warung..saja je bawak budak-budak ni berjalan atas titi..

Selepas pukul 10 pagi, menu tambahan dah siap. Antara menu yang terlajak laris ialah...jeng jeng jeng!!

Pecal oh pecal - campuran pucuk ubi, betik, kacang panjang, sengkuang dan mee.. fuhhh..memang 'perfect' rasanya. 

Mi kari ni pun sedap sangat. Tak berapa pedas. 

Soto spesel. Ada sambal kicap dah standby atas meja. Laksa pun ada, tapi tarak pikce. 


Ipar dan biras dari KL minta di bawa ke sini. Nak sangat makan lempeng selepas tengok dalam gambar. Disebabkan stok lempeng yang cepat habis, Che Mid sanggup datang awal pagi, bungkus lempeng, bawa balik rumah, pastu tunggu adik dan keluarganya sampai. Kemudian kami datang balik ke gerai ni, minta pinggan dan makan lempeng kat sini... Haaaa... haru ke tak haru. Mahukan suasana kampung yang original gitu..


Tengok tu.. Licin ke tak licin Afruz dan Daniel makan soto..

Makan macam-macam untuk 8 orang, cuma RM26.50.. Ayu kata," Murah gilerrrr". Ya lah..orang KL datang kampung memang le terasa beza harganya. Lempeng baru 50 sen. Kuih 5 ketoi RM2 tapi saiz besar-besar. 

Si ayah pilih untuk makan mi kari.. sedap sangat katanya. Awish kat sebelah pun ikut order mi kari juga.
Btw ; Tahniah pada Awish yang dapat 4A 1B UPSR, dan 7A UPSRA baru-baru ini. Budak yang sangat pendiam ni rupanya sangat pandai!!



Bergambar di rumah, sebelum balik ke KL. Kami makan di gerai tu dari pukul 10.30 sampai pukul 11 lebih. Pastu borak-borak dan makan waffle yang dibeli otw balik tadi dan apom lenggang yang Farah buat. Minum air sejuk dan teh panas. Sedar-sedar dah Asar.. tak makan nasik kami hari tu ha ha. Punya le kenyang sampai ke petang.

Dua beradik ni kalau berjumpa.. borak dari dalam rumah.. pastu luar pagar... pastu tepi kereta..tak habeh-habeh!!


3R - Roszana, Ruzita, dan Rozinah

Dannn.. hari Sabtu lepas, Che Mid datang lagi. Kali ni bawa geng bas sekolah. Ada yang dari KL dan ada yang duk sekampung tapi tak pernah sampai ke warung ni. Rupanya belah petang lagi ramai kasteme.. tak cukup tempat duduk!


Si tudung hitam ni, pertama kali medang-medang dengan kami.. nama je sekampung tapi tak pernah jumpa..


Kenangan minum petang di Warung Sri Kempas. Suami dan anak-anak tak masuk gambar, kecuali anak daraku yang bertudung pink tu.