Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 24 January 2014

Alahai cermin mata

Satu hari yang indah..di kedai cermin mata..

Adik ipar Che Mid ada masalah dengan power cermin matanya. Dah beberapa hari dia rasa mata sebelah dah tak terang. Jadi dia ke kedai cermin mata untuk buat spek baru, tentu tambah banyak power ni..sebab rabun sangat..

Tambah merisaukan lagi, dia ni penghidap kencing manis..takut-takut kesan kencing manis dah jejaskan matanya..

Selesai pemeriksaan mata, memang sah kena buat spek baru.. Kata penjual, " Encik kena buat spek baru ya..Err, boleh saya tengok spek lama Encik.. "

Adik ipar pun keluarkan spek lama dari poketnya dan serahkan pada si penjual.

Terkejut adik ipar bila si penjual kata, " Encik...MANA CERMIN spek Encik ni....?????

Oops rupanya sebelah cermin dah hilang, tinggal bingkai je..patutlah rabun!!!






7 comments:

  1. hehehe...teringat kisah suami,sebelah cerminnya tertanggal,dia malu nak ke kedai cermin mata betulkan,saya juga yang tolong bawakan..tak kena charge pun,pasang balik je...

    ReplyDelete
  2. Hahahahahha...CM..bersungguh2 saya baca. Saya kan pemakai tegar cermin mata. Bila last2 baca cermin takder sebelah..saya gelak guling2 dalam opis. Macam mana boleh tak sedar cermin sebelah tu takder?

    Kalau saya, memang langsung tak nampaklah....lagipun kita boleh rasa lain. So, kesudahannya, memang tambah power ke tak?

    ReplyDelete
  3. hehe...rabun sangatle tu sampai tak sedar sebelah cermin mata hilang dah..

    ReplyDelete
  4. Kak..cam best je keje sendiri ni kan. Sy dh jemu keje kat opis. Penat ulang alik pagi petang. Cer nasihat sikit kak.

    ReplyDelete