Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 20 May 2015

Mak Mertuaku Ops Mata

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Ada banyak cerita nak kabo ni, tapi tangan je tak dan menaip..Allahuakbar!

Alhamdulillah mak mertua Che Mid dah selamat menjalani pembedahan tukar kanta mata di klinik swasta di Subang Jaya, hari Jumaat lepas. Mak dah hampir-hampir tak nampak langsung. Kalau betul-betul depan mata dia baru tahu cam siapa dihadapannya. Risau juga hati bila mengenangkan mak ada darah tinggi, doa je la banyak-banyak semoga mak tak apa-apa. Kos? RM4000 untuk sebelah mata. 



Majlis doa selamat telah diadakan di surau Hamideen dekat rumah Alang. Che Mid dan Farah sempat ke surau, ikut solat dan baca Yaasin sama-sama. Tapi kami tak makan di surau le..sama-sama makan dengan mak di rumah. Ada rendang dan kangkung masak lemak lagi you..


Hari Jumaat pagi. Dah berada di klinik siap sedia untuk operation tapi tekanan darah mak naik..kena relax dulu. 



Doktor beri penerangan terakhir sebelum mata mak dibedah. Sekejap je pembedahannya..dalam 15 minit je pun. Tapi saspen tetap saspen. Masa mak dibedah, Che Mid dan Farah menanti di luar bilik sambil baca Quran dan zikir Ma'thurat dan diakhiri dengan doa untuk mak. 



Ini rupa mak sebaik keluar dari dari bilik pembedahan. Mak kata tak sakit langsung dan tak nampak beza pun kan..


 Ada cairan sikit kat tepi pipi tu..ingatkan darah..tapi doc kata itu iodin je. Mak rehat dalam 15 min kat kerusi rehat yang disediakan..ambil ubat dan dah boleh balik.



Dengan doktor yang encemmmm...spek hitam tu pun klinik bagi. Untuk elak panas matahari ..macam retis veteran la mak!!


Nurse bertugas sedang terangkan macamana cara nak jaga mata dan makan ubat. Ubat titis kena dititis selang 2 jam..tak boleh kena 'direct water'..ada dua tiga benda lain yang nurse pesan tapi tak lah payah mana..




Sebelum balik, kami baca doa dan selawat shifa'

Gang kami le yang paling ramai ...he he..riuh rendah klinik tu..

Suka dengar mak kata, dah boleh nampak dengan jelas sebaik selesai pembedahan. Alhamdulillah. Semoga mak terus sihat dan happy selalu ya. Aamin!!

12 comments:

  1. alhamdulillah ya,saat yg paling gumbira melihat ibu/mertua kita sihat syukran semoga didalam rahmat ALLAH hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak...alhamdulillah kita antara yang Allah beri rezeki masih mempunyai mertua..

      Delete
  2. Ayah saya dah buat 2 belah terus, kak. Tapi seronok tengok family akak. Meriah sungguh.
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tentu ayah bersyukur sangat dapat pulihkan penglihatan dan beraktiviti seperti biasa. Mak mertua CM baru buat sebelah saja..

      Delete
  3. Alhamdulillah dah selamat.

    Ayah kak zai dulu buat kat SJMC mungkin sama tempat mak mertua cik mid juga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Moga MIL akk cepat sihat.

    ReplyDelete
  5. "Selagi kita ada Mertua.. selagi itu kita ni
    kategori muda!!." ~ kata pujangga ciptaan Miss Mirror.

    Moga Mertua Che Mid semakin sihat.

    ReplyDelete
  6. "Selagi kita ada Mertua.. selagi itu kita ni
    kategori muda!!." ~ kata pujangga ciptaan Miss Mirror.

    Moga Mertua Che Mid semakin sihat.

    ReplyDelete
  7. Gembirakan mak..berikan yang terbaik tok mak..tu je yang kita bole buat tok balas budi mak kan??

    Jemput jenguk blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... Mil cik mid dah boleh nampak jelas. Mil makchaq sekarang langsung x nampak...kesian dia.. pernah bawa untuk rawatan tapi doktor kata tak boleh buat sebab urat mata dah pecah..

    ReplyDelete
  9. muga MIL che mid semakin sihat..

    ReplyDelete