Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 30 July 2012

Ular Menyusur Akar...

Hari ke tiga Ramadhan di Taman Dato Bandar.. Che Mid, Farhan dan Deeja beronda-ronda di pasar malam. Nun di simpang jalan besar ke pasar malam, nampak sesusuk tubuh yang macam dikenali sedang memegang mikrofon.

 Ya.. memang betul, penyanyi Nazrey Johani bekas ahli kumpulan Raihan sedang menyumbangkan lagu-lagu terkenalnya menggunakan minus one. Untuk apa dan macamana orang seterkenal dia boleh menyanyi di pasar malam?


Sebenarnya Nazery ini merupakan duta kepada Misi Amal khas untuk membantu orang susah di negerinya, Sabah, terutama orang mualaf di sana. Sambil dia menyanyi, orang ramai yang lalu lalang menghulur derma ikhlas di bekas-bekas yang disediakan.

Siapa sangka penyanyi terkenal antarabangsa sanggup berpeluh-peluh turun padang dalam bulan puasa atas nama kemanusiaan dan jihad fisabilliah. 

Che Mid memang dah sedia maklum tentang kehadiran Nazery sebab telah diberitahu dalam mesyuarat beberapa hari sebelum itu, tapi macamana dengan pengunjung luar yang datang ke situ.. tentu hairan dan tak sangka kan? Anda bagaimana?... Pada Che Mid ini adalah contoh peribahasa ular menyusur akar takkan hilang bisanya..

Hari itu.. suara pujian kepada Allah dan selawat Nazery berkumandang di taman Che Mid hingga menjelang waktu berbuka. Semoga Allah menguatkan hatinya dan hati kita semua untuk sama-sama menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.

Monday 23 July 2012

Subuh yang saspen

Pagi tadi, Deeja bangun awal. Masa tu kami sedang bersahur. Deeja pun ikut la juga 'bersahur'. Minum air kosong. Lepas tu, bila ibu dengan abah nak ke surau jemaah Subuh, Deeja pun tak mau tinggal. Dah tukar 'diaper', basuh muka, pakaikan tudung (yang Mak Uda kasi..)... ibu pun pimpin tangan Deeja berjalan kaki ke surau. Abah folo belakang.

Ini kali pertama Deeja ikut solat Subuh. Masa-masa lain dah biasa dan dia memang suka ke surau. Pada dia, surau tu macam taman permainan kut..

Masuk je surau, ibu sempat buat sunat qobliyah. Deeja main dengan abah.. tengok bintang la.. tengok langit la..Luar surau memang agak cerah, tapi dijalanan masih gelap..

Bila tiba solat je, ibu ambil posisi tepi sekali. Bentang sejadah lain kat sebelah dan suruh dia solat kat situ. Ibu terus angkat takbir. Deeja dah tak senang duduk..

Biasanya Deeja akan bergerak-gerak ke sana sini. Pergi tempat muslimin la.. main dengan bebudak lelaki yang solat yang yok la.. atau pun akan ada kakak-kakak kecik yang jaga sambil main-main dengan Deeja.

Tapi hari ni lain sikit.. tak de kawan-kawan boleh ajak bergurau senda..

Masuk je rakaat ke dua, Deeja dah bergerak dari 'saf'. Senyap je lepas tu. "Mana budak ni pergi.." Ibu dah mula tertanya-tanya. Dalam hati dah doa je, mintak Deeja jangan pergi jauh-jauh..

Habis je salam, Ibu toleh belakang.. DEEJA TAK ADA. Ibu bingkas bangun. Jenguk tempat muslimin.. TAK NAMPAK..jenguk beranda kanan kiri surau.. TAK DE PUN.. Ibu terus tengok selipar Deeja.. TAKDE..

Apa lagi, ibu pun bergegas berjalan balik ke rumah. Perasaan dah tentu arah. Ya Allah.. selamatkanlah anak aku. (Rumah kami lot hujung, memang dekat dengan surau tapi untuk budak 2 setengah tahun... jauuuh..gelap pulak tu..pokok pun besar-besar) Dalam perjalanan, nampak beberapa orang Bangla naik basikal.. jalan lagi.. nampak lagi satu kumpulan.. aduhh.. makin keciiiik hati ni..)

Sampai selekoh je, dari celah-celah pokok ceri,  Ibu nampak kelibat sekecik Deeja tengah ketuk pintu rumah..(pintu pagar memang tak kunci). Menangis rupanya dia.. agaknya dah berkali-kali mengetuk pintu, takde sesiapa buka..

Alhamdulillah, memang lega Ya Allah.. bila Deeja peluk Ibu kuat-kuat, terasa degupan jantungnya kencang. Seolah-olah longlai bila Ibu dokong Deeja untuk ke surau semula. (Takut mak nenek dan jemaah lain risau juga). Sampai di surau, mak nenek dah siap tunggu. Dicium-cium cucunya tu. Jiran lain pun ikut mengerumuni Deeja. Riuh rendah sekejap..

Bila abah tahu, langsung terdiam. Terkedu seribu bahasa....

Inilah rupa Deeja selepas episod menggemparkan tadi. Gambar tak berapa cantik, sebab Deeja asyik lari-lari bila disuruh bergambar. Macam tau je, ibu nak masuk kisah dia dalam blog!

Thursday 19 July 2012

Jalan-jalan lepas tensen

Disebabkan konsert dah ke laut, 14 Julai lepas, Che Mid dan keluarga pun jalan-jalan makan angin cuci minda... Ke mana? Jom ikut..

Pukul 10 pagi, kami gerak ke selatan. Entah kenapa, Che Mid teringin sangat ronda-ronda ke bandar Muar. Memang takde sedara mara kat situ, jadi takde sebab nak ke sana pun.. Tapi rasanya kecik-kecik dulu Che Mid pernah dibawa ke sana. terbayang Jambatan di Sungai Muar, stesen bas dan deretan kedai-kedai lama.

Hampir 2 setengah jam memandu, kami tiba di Muar. Memang seperti yang Che Mid bayangkan, bandar lama Muar masih seperti dulu. Tapi hujan renyai-renyai membautkan kami malas ronda-ronda, lagi pun dah taim makan tengahari... lapar le pulak.. Hubungi kenalan dan tanya mana boleh makan asam pedas Johor. Dia cadangkan kami ke ....

 Medan selera Tanjung Mas

 Dataran Tanjung Mas. Sayangnya masa tu hujan.. jadi tak dapat berjalan-jalan tepi laut..

 Mee Bandung Muar.. memang teringin sangat nak makan.. tapi sebabkan waktu tengahari..tentulah asam pedas yang dicari dulu..akhirnya sampai balik Klang, tak merasa pun.. sampai sekarang teringat-ingat..aduii

 Nampak tak tu... berjenis-jenis asam pedas. Ikan merah, mayong, pari, sembilang. daging tetel, telur ikan dan macam-macam lagi.. dalam periuk besar lagi..

 Ikan mayong seperiuk besar...nak bahagian mana.. isi? ekor? kepala? order je..

 Ini kerabu sayur apa ntah dah lupa lak....tapi Che Mid tak pernah makan la sayur tu.. mungkin kat Johor je ada kut..(masa tulis ni, call mak tanya apa nama sayur ni, tak angkat pulak.. nantilah Che Mid call mak lagi k..)

 Semua bersiap nak makan tengahari yang sangat menyelerakan. Memang enak dan terangkat! Pendek kata, tak sia-sia jalan jauh untuk pekena asam pedas Johor.. Tapi Farhan menjelir lidah tu.. sebab dia tak makan ikan, jadi cuma rasa kuah asam pedas tu dan makan ayam goreng je la..

 Waktu 1.30 tengahari.. boleh tahan sesak tempat ni.. Pelik sikit kan, tempat ni sepatutnya jadi tempat santai di tepi pantai, tapi dah jadi tempat makan tengahari pulak...

 Biras Che Mid kan orang Johor, siap tanya Che Mid ke gerai no berapa kat Tanjung Mas tu? Nasib baik ambik gambar... No 10 la Ayu, tapi rasanya gerai lain pun mantop juga kut...

 Nilah jiran lama kami, Aida, yang dah berpindah ke Johor. Di Taman Muhibbah, Sungai Mati. Sempat singgah sekejap untuk solat dan mandikan Deeja. Terima kasih kerana sudi menjemput datang rumah, walaupun tak buat appoinmen awal..

Lepas tu, kami singgah pulak ke pekan (bandar?) Tangkak, mak nenek nak beli langsir katanya.. Che Mid dan Farah dapatlah baju raya gak...Tapi syian sangat, Deeja demam panas masa tu..terpaksa beli panadol syrup kt sinseh..

 Dari Tangkak kami bergegas ke Masjid Tanah, Melaka untuk melawat anak buah Che Mid, Adam, di Kolej Matrikulasi Melaka. Sampai sana, Deeja muntah-muntah. Tapi dia cool je...boleh gelak-gelak ambil gambar sana sini...

Tak sempat nak bawa Adam minum-minum di luar sebab waktu dah lewat, jadi kami cuma lepak di kafe asramanya saja.


 Mak nenek diapit dua cucu bujang... tingginya cucu!

 Bergambar ramai sebelum bertolak pulang. Tengok budak kecik Deeja tu.. sibuk tengok orang berposing..

Ha, mana ada rupa budak demam panas!..Deeja dan Adam..