Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 21 November 2013

Menjejak Kawan

Bermula dengan gambar ini, telah mencetuskan misi mencari kawan-kawan sekolah rendah sesi 1973 - 1978. Ya..ya Che Mid tau ada yang belum lahir lagi..emak ayah korang pun tak kawen lagi masa tu haha


Ini gambar pengawas darjah 6, maknanya tahun 1978. Che Mid ada dalam gambar tu..tapi Che Mid tak ingat langsung pernah jadi pengawas..hinggalah sorang kawan tu tulis nama satu persatu...eh eh ada nama akulah.. ha ha Lepas tu baru ingat yang tali leher tu ada penyangkut khas kat kolar, jadi tak payah bertali-tali panjang berbelit.. Ha, sape boleh teka mana satu Che Mid, memang terer... 


Kemudian bersua wajah buat pertama kali pada 10 November di kedai mamak..(entri dah tulis tentang ini)

Misi mencari kawan lama diteruskan lagi..kali ini berjanji untuk berkumpul 5 hari selepas itu. Facebook di jelajah, nombor telefon di hubungi, mesej jemputan di hantar,  rumah ibu bapa di ziarah demi menghubung kembali silaturahmi yang terputus 35 tahun dulu.


Roszana ini seorang hamba Allah yang sentiasa dekat denganku. Darjah satu hingga enam satu kelas, sama-sama di UiTM dan sampai sekarang tetap akrab bagai adik beradik. Hampir tiada rahsia antara kami, kisahnya juga banyak yang Che Mid kongsikan di blog ini termasuk kisah pemergian suami tersayang ke rohmatullah. Kali ini, Ana sudi meminjamkan kediamannya sebagai tempat pertemuan.

Dua hari sebelum majlis, kami menerima khabar seorang kawan junior telah meninggal dunia. Berita itu menyebabkan Che Mid lebih bersemangat untuk memastikan pertemuan ini menjadi kenyataan. Rasanya tak ralat lagi andai tak bersua lagi selepas ini.

Kami memilih untuk bersantai di luar rumah sahaja..di tempat parkir yang luas, membentang tikar dan duduk dalam bulatan agar setiap orang dapat berceloteh dan di dengar oleh semua yang lain. Titisan air mata kegembiraan tumpah tanpa sedar, berpelukan disusuli gelak tawa bila rupa berubah jauh dari zaman sekolah dulu.


 Tu diaaa.. berjubah hitam di tengah tu ialah Datin Lia, dia yang paling sporting dan paling kecoh. Perangai lama tak berubah..kuat menyakat kawan-kawan..sama macam dulu...maaf gambar tak berapa cantik..suasana kelam dan hujan jadi puncanya..

Tiada acara tertentu ditetapkan. Cuma sembang-sembang dan makan-makan. Juadah pun secara pot luck. Ada yang bawa nasi Arab, sate, pulut kuning dan rendang ayam, popia goreng, tapai pulut, cendol santan kelapa sawit dan rojak buah ( aku le tu..) Tuan rumah siapkan air minuman. Tapi kami lebih banyak borak-borak dari makan. Sudahnya makanan tapau je.. 



Inilah dia..15 orang rakan sebaya..sama-sama nakal..sama-sama cerdik. Ada yang tak pernah bertemu selepas darjah enam walaupun masih tinggal sekampung... aduhai pelik tapi benar. Yang berbaju hitam duduk di tengah tu sorang sahaja tiada akaun fb..yang lain tu semua ok. Ada dia kata, " FB buang masa..." Eh kawan, cubit kang... sebab FB le kita dapat jumpa tau... FB lah tempat mula-mula bertanya khabar dan saling mengesahkan yang memang benar itu kawan sekolah dulu..




Dari kiri; Mastura, Hamidah, Khadijah, Jamaliah, Saanim, Norliyah dan Azmah

Sesi suai kenal bermula ... ada yang kata jadi pengggali kubur ada yang jadi Professor, ada yang bisnes kuih di pasar malam, ada yang jadi tauke MLM, paling ramai jadi cikgu atau ustazah.. tak kurang juga yang bisnes sendiri.. buka kedai makan dan gerai sup kaki ayam!! Ada yang dah bermenantu dan ada seorang dah jadi nenek!! Yang sedihnya..ada kawan yang jadi penagih dadah.. Itulah kehidupan kan..

Kepada kawan-kawan yang dah meninggal dunia, kami sebut nama satu persatu dan sedekahkan al-Fatihah. Seorang senior yang sudi datang....kak Norahah Asfandi..terima kasih kak.

Mana yang tak ingat kawan-kawan lain, akan ada yang mengingatkan. Bila masuk bab kisah-kisah lama..suasana jadi riuh rendah dibuatnya..ada yang terkencing dalam kelas bila disergah cikgu.. Di bawah antara kenangan mengusik jiwa salah seorang kawan yang dibualkan dalam facebook.



Cuma 15 orang kawan yang hadir tapi ada yang diiringi suami dan anak-anak. Ada kawan-kawan yang bertemu jodoh dengan kawan sekelas atau sama sekolah walaupun masa sekolah dulu tak bercinta monyet pun! Dan 4 orang dari kami mempunyai anak angkat termasuk Zailawati (dalam gambar atas tu..)


Dayang (nama panggilan) memang kami tak pernah bertemu dan tak tau kabar berita..tapi Allah pertemukan kami semula selepas 35 tahun. Che Mid memang pernah rapat dengan Dayang ni dulu..sama-sama ronda kampung naik basikal.. Dayang gunakan nama lain untuk FB, tu yang tak dapat jejak.

Photo

Ini Rozinah, juga 'ditemui' saat-saat akhir.. pernah rapat dengan Ina dan kaum keluarganya. Ina tak dapat hadir kerana tak sihat tapi Che Mid share gambar profile facebook. Rindu sangat..macam tak percaya dapat bercakap di telefon. Masa Ina kawen dulu Che Mid satu-satu kawan sekolah yang hadir tapi lepas tu putus hubungan macam tu je. Ina juga gunakan nama berbeza untuk akaun fb.. tapi mujurlah ada yang tahu di mana Ina bekerja..

Seorang lagi, Cikgu Rosmah, yang beria-ia nak datang majlis tu walaupun bertolak dari Kuantan..heran juga Che Mid.. bila ditanya kenapa tak datang, dia kata.." Aku dah bersiap-siap dari sekolah..suruh anak murid hantar barang dalam kereta. Rupanya dia masukkan ke dalam kereta cikgu lain..termasuk beg dan henfon aku.. Sedar-sedar, cikgu tu dah bawa balik Maran.. "  Ha, tu lah namanya takde rezeki..Insyaallah lain kali..

Tu dia cerita Che Mid hari ini. Yang cantik dan soooo amazing ialah..kesemua yang hadir sangat menghargai persahabatan dan ukhwah. Walaupun ada yang berpangkat dan berharta (nampak dari kereta mewah yang dipandu..) tapi itu semua tak menghalang dari berjejak kasih dan bermahabbah. Syukran jazilan, semoga kekal begini hingga sampai masa  dijemput Ilahi.

Tuesday 19 November 2013

Allah dah bagi Nur, peliharalah baik-baik

Kisah benar yang Che Mid dengar dari mulut empunya diri, tapi buat masa ni biarlah dirahsiakan dahulu identiti sebenar. Yang penting isinya...dan pengajarannya..

_________________________________________________________________________________

Adik ini baru sahaja berjaya mengatasi kemelut rumahtangga. Sewaktu sedang 'panas' dengan masalahnya hari tu sehingga hampir bercerai-berai, adik sangat stres dan banyak 'melawan'. Melawan suami, melawan mak ayah, melawan adik beradik dalam erti kata tak dengar nasihat. Asyik dia saja yang betul. 

Yang paling teruk sekali, melawan hukum tuhan. Hijab yang selama ini tersarung kemas, kadang-kadang pakai, kadang-kadang tanggal. Dah jadi uniform je. Masa kerja elok tersarung, luar waktu kerja rambut lepas mengerbang. Bila ditegur, cuma dipandang sebelah mata. "Stres" katanya. Pernah adik mencukur sebahagian rambutnya..konon mengikut trend yang ntah apa-apa.. Status dan posting di fb juga semakin mengarut.

Adik seperti bengang dengan kehidupannya. Anak-anak dibiarkan dengan bibik. Sanggup memandu jauh-jauh keluar bandar dengan alasan untuk tenangkan fikiran. 

Mak abah dah risau. Abah pernah kata setiap pagi, abah bacakan Yaasin khusus untuk adik. Biar lembut hati adik dan dapat jalan yang benar. Mak abah pergi umrah pun tak tinggal doa munajat untuk adik. Akhirnya adik dan suami berpisah sementara kerana suami bertugas di luar negara. Dengan harapan, bila berjauhan suasana akan lebih 'sejuk'.

Benar, itulah yang berlaku. Bila jauh di mata, alhamdulillah dekat di hati. Syaitan dan iblis kurang menggugat dan doa mak abah, suami dan keluarga mula termakbul. Dari hari ke hari, hati adik semakin sejuk dan tenang. Sesekali kepulangan suami bercuti dimanafaatkan untuk adik dan anak-anak. 

Adik semakin dekat dengan Allah. Tudung elok dipakai. Solat terjaga, tak payah tunggu disuruh, sehingga adik nekad untuk berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Ada satu perasaan takut yang pelik adik alami. Adik takut sekiranya tidak berubah, sesuatu akan terjadi pada suaminya yang jauh diperantauan.

Satu malam..dalam pukul 4 pagi..adik bermimpi. Dalam mimpinya, adik melihat satu mayat perempuan tua dalam keadaan aib. Kedua lututnya bengkok (tidak lurus sebagaimana biasa seorang jenazah).  Mulutnya menyeringai seperti menahan kesakitan teramat sangat. Kulitnya dah jadi coklat pekat dan kering. Sedang mayat itu diuruskan dua orang lain yang tak jelas rupanya, kain yang menutupi terlondeh dan menampakkan bahagian sulit..kelam kabut adik cuba tutup. Tidak jauh dari situ, adik ternampak seorang lelaki tua cuba untuk mendekati perempuan tua itu tetapi tubuh sangat tidak berdaya. Tangan cuba menggapai tapi tak sampai.. 

Adik terjaga.. terus menghubungi suaminya.. adik menangis. Adik bangun terus solat subuh dan menangis kesedihan. Mimpi itu seolah-olah menggambarkan dosa-dosa adik dan kesengsaraannya nanti 'disana' kalau tak berubah. 

Siang itu, adik solat Zohor..sambil menangis lagi. Adik menangis sepuas-puasnya ketika sujud. Ketika itulah, adik 'ternampak' satu pemandangan yang sangat indah dan cantik...hati adik jadi sangat tenang.... ada sesuatu yang membisik mengatakan bahawa itulah SYURGA.

Adik menghubungi suaminya lagi menceritakan apa yang dilihat dalam sujudnya tadi. Satu pesanan suaminya, " Allah dah bagi NUR..peliharalah baik-baik."

_________________________________________________________________________________

Sambil adik bercerita dengan Che Mid, airmatanya tak henti mengalir. Kadang-kadang ucapannya terhenti bagai tak percaya apa yang dialami. Tapi Che Mid kuatkan semangatnya, " Adik dah lalui ujian yang besar, sekarang tiba masa untuk memetik hikmahnya.."

Thursday 14 November 2013

Seram Keee?

Cerita ni Che Mid dengar sekali lalu dari orang lain..tapi cerita balik kat sini dengan ayat-ayat olahan sendiri. Anggap ia gurauan semata-mata k..

Ada seorang bujang hensem ni check in di hotel murah. Masa ambil kunci bilik, kerani front desk tu pesan, " Encik, bila lalu di depan bilik takde nombor, encik jangan tengok bilik tu tau.. Si bujang hensem ni tak kisah sangat apa kerani tu kata..senyum-senyum je dan ambil kunci..terus ambil beg dan masuk lif. Sambil nyanyi-nyanyi bila aku kayaaaa.. lagiiii..

Sampai je bilik tidak bernombor ti si bujang hensem ni lalu je la..tapi oleh kerana anak muda berjiwa membara..dia rasa terpanggil untuk tengok-tengok bilik tu. Orang muda memang begitulah sifatnya..lagi dilarang lagilah nak buat..

Dia pun buat pusingan U dan berdiri di depan bilik tu. Cuba dibukanya pintu..tak boleh..oh berkunci rupanya.. namun perasaan ingin tahu mengatasi segala-galanya. Si bujang hensem ni merendahkan kepalanya dan melihat ke dalam bilik melalui lubang kunci di pintu. " Emm... tak nampak apa-apa pun...kosong je bilik tu..." Sambil mencebik-cebik..(mencebik pada sape tak tau le kan..) si bujang hensem berlalu masuk ke biliknya sendiri.

Esok paginya, bila keluar bilik..sekali lagi si bujang hensem tergerak hati nak jenguk semula bilik tak bernombor tu. Biasalah..ikut lubang kunci juga la..

Macam biasa je bilik tu.. tapi... 

Sampai je di 'front desk'.. si bujang hensem dengan selamba dan muka tak reti bahasa tanya balik pada kerani semalam.." Semalam saya jenguk bilik tak de nombor tu....sajaaaalaaaaa... emm..biasa je..tapi pagi ni, bila saya tengok balik...memang le tak nampak apa-apa..tapi warna bilik ju jadi warna meraaaaahhhh je..Nape ha?"

Kerani tu jawab dengan separuh sebel tapi maintain.." Macam ni cerita dia encik..sebenarnya encik..bilik tu tempat isteri bos hotel ni mati dibunuh. Tu sebab, 'guest' tak dibenarkan masuk kebilik tu. Warna merah menyala yang encik nampak tu..sebenarnya..warna MATA dia!!!"


Monday 11 November 2013

Setelah 35 Tahun

Selepas 35 tahun, Allah yang Maha Besar mempertemukan kami kembali. Budak-budak darjah 1 hijau Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Meru tahun 1973. (Ha ha..ada pembaca yang belum lahir pun kan..)

Pertemuan pertama dan menjadi pencetus huru hara mencari kawan lama di facebook adalah selepas majlis menyambut menantu kawan sekolah, Datin Norliyah. Tak sangka rupanya dia rajin menjejak dan menjemput kawan-kawan lama..ada yang Che Mid tak ingat langsung dan tak terfikir pun akan berjumpa semula..subhanallah..memang anbelivebel lah!

Che Mid menjadi pengacara majlis persandingan tu dari malam sebelumnya lagi. Memang ramai kawan-kawan yang datang tapi tak le semuanya 'mendekati' Che Mid di meja 'emcee'. Ada yang kata dalam fb, " Aku nampak kau tapi tak percaya kau putih sangat..." 

Ha ha ha..nak tau tak dulu Che Mid memang hitam legam.. makcik kata mak masa mengandung tertengok filem 'Dayang Senandung' tu yang terkenan anak jadi hitam.. tapi sekarang dah putih walaupun tak melepak laa..Habis gambar time sekolah rendah dulu Che Mid buang sebab tak suka tengok kehitaman kulit ku..aduhai..

 Antara kawan lama yang tak pernah termimpi jumpa semula ialah Ruzita Ahmad Rafei (gambar tengah). Dia datang jumpa Che Mid dan suruh teka siapa dia.. memang ambil masa sebab takda klu langsung. Tapi senyum dia tu buat Che Mid teringatkan seseorang.. memang Ruzita lah orangnya. Dulu masa sekolah rambut dia keriting halus-halus macam 'negro' sikit..tapi dia putih comel je.. anak cikgu le katakan..

Dia best student Penilaian Darjah 5. Tingkatan Satu masuk asrama penuh dan tak pernah jumpa selepas tu.  Dengarnya study sampai Australia, rupanya sekarang dah balik semula tinggal sekampung. Tapi kampung sekarang tak macam dulu..dulu boleh cam semua orang kampung rasanya..tapi sekarang dah ramai orang 'luar' duduk tempat kami. Dah jadi bandar. Sekolah rendah dah ada 4 buah..sekolah menengah dah ada 3..taman perumahan pun dah terlalu banyak..

 Tengoklah gambar tu.. bukan main erat kami berpegangan tangan.. memang gumbira tidak terkata.. 

 Yang tengah tu nama dia Norhayati Basir. Dia ni kawan sekolah menengah dan sama-sama di UITM dengan Che Mid. Tapi sejak kawen, tak pernah tahu dia di mana.. tup-tup anak dah empat yang segar bugar macam emaknya jugak!

Ada seorang lagi yang Che Mid jumpa..Norlailawati namanya tapi biasa di panggil Dayang je.. selalu Che Mid ronda-ronda kampung naik basikal. Geng-geng lepak lepas time sekolah..heee..kami nakal dulu..main tukar-tukar autograf la.. Usik cikgu-cikgu la..tolong mak cik kantin kupas kacang tanah la.. Che Mid punya baik dengan mak cik kantin tu, sampai tolong jadi penjual pulak untuk budak-budak sekolah petang..lepas tu dapat upah 10 sen he he..

Kemudian, kami cuba nasib cari kawan lain di fb. Alhamdulillah dapat lagi dua orang.

Namanya Azmah Zakaria dan Khadijah Ahmad Hambali. Ya Allah, tak sangka sungguh dapat berhubung  kembali. Memang 'lost contact' .. tahun 1979 dan 80an..mana ada facebook atau emel..telefon pun belum ada.. yang ada surat atau poskad itupun kalau tau alamat boleh berutus surat..

 Ingat tak.. abang posmen menjadi peminat setia kita.. sampai boleh kenal dan bertegur sapa dengan abang posmen sebab hari-hari tunggu dia datang antar surat. Surat pulak dikumpulkan sekali di kedai runcit..kalau kebetulan ke kedai, boleh le membelek surat kita.. kalau nasib baik ada orang tolong hantar ke rumah..oh what a sweet memories..

Azmah tu bukan kawan sekampung tapi dia anak cikgu Zakaria yang mengajar kami. Jadi bila dah berpindah sekolah, memang susah le nak cari semula. 35 tahun tak jumpa ..memang rupa dah sangat berbeza. "Ingat lagi, dulu awak selalu rambut berikat dua..kita selalu main-main di tangga sekolah tepi jamban.." Rasanya dulu, tak ramai murid suka berkawan dengan anak cikgu sebab takut dengan bapanya.. Che Mid ni jenis berani..dengan cikgu pun suka buat kawan, rajin mengecek cikgu suruh belanja. atau pun suka-suka masuk kelas orang lain, walaupun cikgu sedang mengajar di depan..

Khadijah pulak rupanya dah jadi Professor di UM..selalu muncul di kaca TV jadi jemputan rancangan bual bicara..langsung tak terfikir pun itu kawan sekelas..

 Perjumpaan pertama bersarapan dengan Azmah dan Khadijah di Restoran Hakim, Seksyen 7 Shah Alam. Rupanya mereka berdua tiggal di tempat yang sama..tapi masing-masing tak tau.. Tengok tu..sapelah yang suka sangat sampai tutup mata ketawa tuu..(gambar tak terang, sebab mintak tolong waiter pakistan ambikkan..)


Aina Habib ni memang tak pernah putus hubungan dengan Che Mid sebab ada bau-bau durian he he. Tapi, dia memanjang tak ingat tentang kawan-kawan.. 'memory carput' ha ha.. dulu dia kecik molek..sekarang dah mengembang.. memang lain sangat rupanya.. 

Bila tepek gambar kami di fb, ada kawan komen.." Ini gang budak-budak pandai.." Tapi sebenonya Che Mid tak pandai..tapi suka kawan dengan budak-budak pandai.." he he pandai tak?

Kami berjumpa dari pukul 8 pagi sampai pukul 11( itu pun sebab Che Mid kena balik cepat, sebab ada job petang tu..). Tak berhenti bercerita kisah lama.. dari kawan kelas, ke cikgu-cikgu, sampai kisah lucu, yang dah meninggal atau masih hidup dan macam-macam lagi. Tapi tak ketinggalan tanya tentang anak-anak.  Umur anak-anak kami hampir sebaya..Che Mid bergurau," Oh..kalau macam cerita dalam drama..time macam ni lah kita cuba jodohkan anak masing-masing kan.."

Dalam borak-borak tu, terkeluar cerita, " Mid dulu penyanyi sekolah..semua orang kenal.." Ha ha teringat dulu Che Mid pernah masuk radio sebab RTM datang ke sekolah buat rakaman untuk rancangan "Bersama Pakcik Jamal"  Che Mid nyanyi lagu Sepuluh Budak Hitam, sejak itu, kalau ada function sekolah, memang Che Mid la tukang nansyid ke tukang nyanyi lagu Raya dsb. Tapi Che Mid kaki bangku.. apa jenis sukan memang tak pandai..  Sampai la sekarang...

Insyaallah, pertemuan kedua akan menyusul seminggu dua lagi. Nantikan cerita dan gambar terkini kami k..!


Monday 4 November 2013

Mee Kari Tengok Bola

Salam sayang semua... hari ini hari Senin.. ramai yang bercuti dan ramai yang 'terpaksa' bekerja. Untuk orang Pahang, amboi suka sakan le sebab dah menang bola malam tadi..

Che Abang orang Pahang, jadi dia ajak adik-adik yang tinggal di Shah Alam dan Wangsa Maju untuk berkumpul di rumah kami. Makan-makan, sembang-sembang dan jerit-jerit tengok bola. Tapi yang di Shah Alam tak berapa sihat, baru balik dari kampung..yang di Wangsa Maju memang nak datang, tapi dah tau balik nanti aka terperangkap dalam jem di Shah Alam sebab perlawanan diadakan di Shah Alam, akhirnya membatalkan niat untuk ke rumah kami.

Tapi, tak mau menghilangkan 'mood enjoy' tambah-tambah lagi anak-anak semua ada di rumah, Che Mid pun masak lain sikit malam tadi, eh..istilah malam tadi ke malam semalam yang betul? .. cikgu Bahasa Melayu ada tak? Tolong ajar Che Mid sikit..

 Hasilnya, mee kari cincai.. cincai sebab Che Mid mula masak selepas Maghrib. Takde daun-daun menghijau cuma timun je. Kalau ada sawi , taugeh atau daun sup.. memang tak habis dan membazir sebab Che Mid je yang beria-ia makan. Yang lain acah-acah ..abahnya lagi la.. alergik sayur!!

 Ada lempeng jugak..lebih sarapan pagi punya... ada sambal tumis bilis pedas untuk cicah..

Buah mangga epal dan kuah rojak Che Mid laaa... haa.. ramai terliur dah tu.. mintak mahap le ye..memang nak menunjuk pun..

Kami makan-makan anak-beranak sambil bergurau senda. Orang lain dah habih makan..Che Mid makan asam buah katuk pulak.. sambil jerit-jerit sokong Pahang, tau-tau habis sebekas..

Pagi ni, suara garau dan tekak perit..menggelabah pagi-pagi lepas subuh makan ubat batuk dan selesema. Hari Khamis ni ada emcee job ni, Rabu ada rehearsal...adui.. takut .. suaraku adalah aset paling berharga untukku... ha ha ada insuran pun tak guna kalau suara dah macam katak !

Ok, dah siap entri ni.. kepala dah mula melayang-layang mencari bantal sebab makan entah hapa-hapa ubat tadi. Tau tak, cari ubat kahak dewasa tak jumpa..Che Mid makan ubat kahak kanak-kanak..Deeja punya...ada rasa strawberi..Sedappp!