Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 14 September 2015

Takkan Aku Mengalah

Assalamualaikum sahabat..

Kita teruskan coretan sambungan dari Gudang Garam Kopi O 

Masuk 7 - 8 bulan usia kandungan, tiada doa selamat atau lenggang perut. Aku masih lagi ku hulu ke hilir antara rumah mak dan mak mertua. Hari biasa di rumah mertua, hujung minggu di rumah mak sendiri. Itu pun tak lah bersosial sangat, banyak habiskan masa di rumah. Suka bermain dengan Nana, adik yang bongsu yang masa tu berumur 5 tahun kut.

Setiap kali solat, aku  mohon agar Allah permudahkan urusanku, beri aku anak lelaki yang comel, yang boleh jaga aku nanti. Dan aku dah pilih namanya. Muhammad Nur Farhan yang bermaksud Cahaya Kegirangan. Aku mahu Farhan jadi anak yang menggembirakan ku dan menggembirakan semua orang yang bersusah payah untuk kami. Tiada nama baby perempuan dan aku tak scan pun. Bagi aku, babyku lelaki dan setiap kali aku bercakap dengan baby, aku panggil dia Farhan. 

Aku dah mula check up di hospital Banting, sebab aku dari Klinik di kawasan situ. Tapi dalam hati nak sangat bersalin di Klang dan berpantang di rumah mak sendiri. Mak mertua memujuk, " Idah bersalinlah kat sini, mak abah boleh jaga. Apa yang mak abah makan, ko makan lah.." Dengan penuh harapan mertua nak aku berpantang di sana. Tapi hati ku nak dengan Mak!!

Satu hari, kebetulan adik-adik perempuanku dan mak duduk sembang ambil angin petang. Saat itulah mak aku meluah perasaan. " Kawan-kawan mak ada tanya mak,  Midah tu macamana?" Mak cakap, " Korang cuma tengok dari jauh, aku ni maknya..korang tau tak apa yang aku rasa..anak sulung aku mengandung takde suami.." Mak cuba bercakap dengan nada bergurau, tapi aku yang mendengar ni tak tau nak senyum ke nak nangis..

Makcik sebelah rumah aku pernah cakap, " Masa kau mengandung, Cik Jah tak boleh nampak engkau. Kalau Cik jah naik basikal pastu nampak kau duduk kat tangga, Cik Jah pusing balik..tak sampai hati tengok kau.."

Aku jadi semakin rasa bersalah. Aku tak mau susahkan orang-orang yang aku sayang terutama sekali mak dan abah.

Aku perasan abah selalu pandang dengan pandangan sayu dan serba salah, " Engkau ni nanti nak bersalin kat mana? " Nak je aku kata kat sini, rumah kita, tapi mak dah cakap lebih pantas, " KAU PERGI BALIK BANTING, BERSALIN KAT SANA!"

Aku terkedu. Terkejut dengan kata-kata mak, tak menyangka mak akan cakap macam tu, tapi aku faham sangat-sangat..mak dan abah dalam keadaan tak stabil emosi. Tak tahu macamana nak hadapi keadaan aku melahirkan cucu sulung mereka. Patutkah gembira atau sedih..suka nak dapat cucu pertama tapi sedih/malu menantu entah ke mana? 

Masa semakin dekat. Aku mula beli barangan baby. Beli napkin dan baju,  aku simpan kat umah mertua. Beli besen mandi, aku simpan kat umah mak sendiri. Beli botol susu, bawa balik rumah mertua..beli lapik tilam baby, bawa rumah mak sendiri. Itulah yang aku lakukan diam-diam. Dalam hati berharap dan berdoa agar mak lembut hati benarkan aku berpantang di rumah mak. Aku teringin bermanja dengan mak..merasa urutan dan belaian mak..merasa masakan mak..Aku teringin berpantang dikelilingi adik-adik dan Nyai. Ya, Nyai tentu teruja sangat nak terima cicit pertama, aku pulak cucu sulung Nyai. 

Aku ambil cuti bersalin dua minggu lebih awal dan tinggal di rumah mak. Cadangnya supaya aku boleh berehat fizikal dan mental dan tak mahu sakit bersalin di ofis pulak. Tiba temujanji di hospital Banting. Aku ajak Acik temankan aku. Naik bas dari Klang ke hospital. Bila diperiksa, misi kata dah tak lama lagi aku bersalin. Aku tenang. Kemudian aku balik ke rumah mak mertua dengan Acik. Masa tu dah mula keluar tanda, tapi aku diamkan sahaja. Aku bungkus barang-barang baby yang ada di sana, dan aku bawa balik ke Klang, hari tu juga.

Sampai di rumah, aku buat selamba (sebab tak rasa sakit). Ingatkan kalau nak bersalin mesti rasa sakit. Jahil kan?  Rupa-rupanya Acik beritahu mak keadaan aku. Memang tanda semakin banyak. Mak cakap, " Pergi lah hospital.." Aku kata takpe, tak sakit lagi. Ingatkan nak tunggu esok siang, boleh pergi sendiri naik bas ke hospital Klang. (Macam dekat....aduhai.. tukar dua bas tuuu)  Mak berkeras nak aku pergi juga. Masa tu dah malam, siapa pulak nak hantar aku ke hospital malam-malam. Aku ni asek menyusahkan orang je. Ya Allah, kau berilah kekuatan.

Rupanya, mak aku aturkan suami Cik Jah untuk hantar aku ke hospital Klang. Mak dan Acik ikut aku. Aku patuh dalam sebak dan sedih. Menyusahkan orang di tengah malam.. Tiba di hospital, aku dah bersedia untuk kena marah sebab tak pergi ke hospital Banting. Aku baru perasan buku klinik ku tertinggal. Ndak tak ndak, abah yang bersiap untuk berkerja shift malam terpaksa naik motor ke hospital. Sampai je di hospital, abah menjerit marah.." Macamana boleh tertinggal buku ni!. Tak pasal-pasal abah lambat pergi kerja" Allahuakbar... Diam dan doa adalah terapi terbaik waktu itu. Betul-betul aku berserah padaMu Ya Allah. Nak kata apa pun dah tak terkeluar dah..

Di wad kecemasan ibu bersalin, aku diperiksa dan dimasukkan ke wad. Mak dan acik balik ke rumah dan tinggal aku sorang-sorang. Disebabkan tak sakit aku masih boleh bertenang dan berehat. Pertama kali aku berhadapan dengan ibu-ibu sakit bersalin, macam-macam rupa dan jerit sakit. Yang pasti, kebanyakan mereka punya suami yang tunggu. Aku?

Esok siangnya, doktor kata aku baru 3cm bukaan. Setiap kali check bukaan tak banyak perubahan, Akhirnya nurse biarkan je aku di katil. Aku beli makanan dari makcik yang berjaja dari wad ke wad. Memang aku habiskan masa dengan makan sebab aku nak kumpul tenaga masa bersalin nanti. Sampai waktu melawat kakak ipar mak datang melawat. Beri kata-kata semangat untuk aku. Nyai dan menantunya, Cik Leha yang tinggal serumah dengan Nyai, datang melawat pada sebelah petang. 

Nyai cakap, " Bersalin nanti jangan balik rumah mertua kau. Kalau mak engkau tak mau jaga engkau bersalin, balik rumah Nyai..Nyai boleh jaga. Nyai dah tanya Cik Leha. Dia pun cakap boleh jaga kau. Duit gajinya masih mampu bela kau". Aku cuma mampu mengangguk lesu. Seriously, masa tu aku tenang tapi masa aku taip ni, aku nangis sungguh-sungguh..kata-kata Nyai takkan aku lupakan sampai bila-bila. Sampai saat ini masih terbayang jelas wajah sayu Nyai..".  

Cik Leha ada pesan, " Nanti kalau kau rasa nak berak, jangan pergi tandas tau. Tu tandanya dah nak bersalin." " Oh ya ka...aku tak tauuuuu...

Masa itu jugalah, aku terasa seperti basah dan ada air keluar macam kencing tapi tak boleh kontrol. Cik Leha kata ketuban dah pecah tu.. Aku cuma pergi bersihkan dan tukar kain. Masih tenang sebab tak tau masa tu dah nak sangat bersalin sebab tak rasa sakit langsung. 

Selepas Maghrib barulah sedikit demi sedikit sakit kontraksi mula. Semakin lama semakin sakit. Nurse memang tak periksa aku dari siang tadi. Aku cuma banyakkan zikir dan doa. Bila sakit datang, aku pegang besi katil kuat-kuat. Bila reda, aku rehat. Bila sakit lagi aku pegang lagi besi tepi katil. Dalam hati aku rasa lama lagi kut nak bersalin sebab aku masih tak menjerit macam orang lain...mengerang ada le sikit.

Akhirnya aku rasa macam ada benda nak keluar. Baru aku menjerit panggil nurse. Nurse datang tanya, " Sape yang menjerit panggil nurse tadi?'. Dia macam tak percaya aku yang panggil kut, sebab dia tengok aku macam tak sakit. 

Bila di periksa, rupanya memang dah masa untuk aku bersalin. " Boleh panggil suami ya. Kemas barang-barang awak ni, kita nak tolak awak ke labor room". Di saat genting itu pun aku masih menipu. " Nurse, suami takde. Dia kat Indonesia." Nurse tanya balik, " Suami awak Indon ke? ".  Terpaksa tipu lagi. " Tak. Dia kerja kat sana. Tak boleh balik".

Mujurlah nurse-nurse shif malam tu baik-baik hati. Merekalah yang tolong kemas barang-barangku. Ambilkan sepasang baju baby, dan suruh aku tukar baju. Siap mengusik lagi, " Eh..nasi lemak ni bila nak makan niiii..dah nak bersalin dah oii". Semua barang-barangku 'ikut' aku ke labor room. Semasa disorong ke sana, ku lihat berderetan suami-suami orang dan saudara terdekat menunggu isteri mereka melahirkan. Sekali lagi, tiada setitik air mata yang keluar saat itu. Semangatku tinggi dan kuat. Ku kata pada diri, " This is the time, once and for all. Ini saatnya. Farhan akan lahir ke dunia untuk aku". 

Masuk ke labor room. Dengan 2 kali cubaan teran. Pada jam 11 malam, 13 November 1991, Muhammad Nur Farhan lahir ke dunia secara normal dan amat mudah. Lelaki. Alhamdulillah syukur.  

Tapi sebaik Farhan lahir, semangatku seakan-akan hilang melayang bersama keluarnya Farhan dari rahimku.  Tubuhku terasa sangat lemah. Sementara menunggu nurse siapkan Farhan, aku menerawang jauh. Kini, aku benar-benarkan ingat dia, SUAMIKU!. Aku mahu dia sekarang. Bila aku ditolak keluar dari Labor room dengan Farhan berbedung atas perutku, semua mata suami-suami memerhatiku. Pastinya aku bukan isteri mereka, tapi aku mahu suamiku diantara mereka yang ada disitu. 

Nurse menolakku ke wad bersalin. Untuk aku berpindah ke katil wad pun sangat tidak berdaya. Mujur Farhan tidur lena di tempat tidurnya. Nurse malam tu pulak garang sungguh. Dia suruh aku makan dan minum susu untuk tambah tenaga. Tapi aku tak boleh bangun, macamana aku nak bukak tin milo, thermos dan bancuh air...

Mataku terpaku ke arah pintu besar wad. Setiap kali pintu dikuak, aku mengharapkan suamiku yang muncul. Aku tahu dia takkan datang, tapi aku tetap harapkan dia ada..untukku..untuk Farhan. Hatiku berzikir, " Abang, datanglah...abang datang la sini...kita dah ada anak...". Tika aku lihat suami-suami bergegas masuk melihat isteri masing-masing dengan penuh kasih sayang, meraikan kelahiran baby baru mereka, aku hanya mampu memandang sayu dan kosong. Bila melihat si ayah bangun mendukung baby dan diazankan.. Farhan? Siapa yang nak azankan dia Ya Allah...

Mahu saja aku panggil suami selang dua tiga katilku untuk azankan Farhan. Orang tu nampak alim sebab pakai kupiah. Tapi bila aku sedar yang aku tak tutup aurat sepenuhnya, baju dalam pun tak pakai sebab masih berpakaian hospital..aku batalkan niatku. Dan aku hanya mampu melihat...kegembiraan orang lain.

Menjelang Subuh, aku semakin lemah. Nurse dah membebel sebab aku tak jamah roti dan minum susu. "Nanti pengsan, sape susah??" Memang aku terbaring tanpa buat apa-apa. Mujur Farhan tak susahkan ibu, terus lena hingga ke pagi. 

Aku kumpul saki baki tenaga yang ada..aku seret kakiku keluar wad, mencari telefon awam. Aku hubungi rumah mak. Adik Lina yang menjawab telefon. " Adik, akak dah bersalin. Anak lelaki. Tolong cakap dengan mak, mintak sangat datang pagi-pagi nanti. Akak tak larat sangat ni, nak salinkan lampin pun tak larat". 

(Semasa Adik Lina jawab panggilanku, rupanya Mak ada berdiri tidak jauh dari adik. Tangan mak memegang dagu, menanti penuh debar berita dari ku)

Benarlah. Awal pagi lagi mak dah sampai. Perasaanku bercampur baur bila nampak mak. Tak tau macamana reaksi mak nanti. Masyaallah tabarakallah..Allah yang memegang hati manusia..sebaik mak nampak Farhan, mak angkat dan cium dia. " Alala cucu nenek...ini mak nenek dah sampai"  Mak sangat gembira tengok cucunya. Membahasakan dirinya 'mak nenek' lagi..Mak berubah 360%..hanya Allah saja yang tahu hatiku saat itu. Aku tak ingat samada mak peluk aku ke tidak, tapi tak apalah, janji mak dapat terima Farhan, itu adalah anugerah terbesar untuk kami. 

Urusan keluar wad berjalan lancar pada hari siang itu juga. Suami Cik Leha yang bertugas sebagai juruteknik di hospital sama, datang menjenguk dan menyelesaikan urusan pembayaran. Dia juga yang bantu buatkan surat beranak Farhan. Satu sen pun dia tak mahu aku bayar balik. 

Mak cakap dengan Farhan, " Jom kita balik rumah mak nenek cepat, sebelum nenek Banting datang.." Aku macam percaya tak percaya je mak cakap macam tu. Tapi yang pasti hati ku sangat lega bila mendengarnya. Dalam kereta, aku cuma mendiamkan diri. Membiarkan mak dan Cik Jah pok pek keseronokan. Farhan sentiasa di riba mak nenek. 

Waktu Zohor, kami sampai di rumah. Mak terus bawa Farhan keluar kereta. Kebetulan abah ku pun ada, tapi muka kelat semacam. Mak cakap dengan nada gembira," Atuk, ini cucu dah balik. Nah ambik ni..azankan dia.." Abah cakap, " Tak mau lahhh..aku nak sembahyang". Itu alasan abah mengelak dari tengok cucu. " Tak pe ya...nanti atuk abis solat nanti, atuk azankan ya.." Begitu cakap mak pada Farhan. Hmmm..pandailah mak pujuk abah nanti. 

Aku dah tak kisah apa-apa lagi. Aku tau Farhan akan dijaga dengan baik oleh mak abah. Ini masa aku berehat secukupnya. Aku ada terdengar mak telefon ntah siapa, " Marilah datang rumah aku. Tengok cucu aku ni, cucu aku hensem tau.." Alhamdulilllah, sejak kelahiran Farhan, mak berubah sangat dan terlalu sayangkan cucunya itu. Abah pula tak suka tunjuk perasaannya aku tahu abah juga lega semuanya berakhir dengan baik. 

Mak lah yang carikan bidan mengurutku. Mujur ada bidan yang lapang, sebab aku tak tempah awal-awal. Mak, Nyai dan adik-adik bergotong royong jaga aku. Bila Farhan kena demam kuning, mak dan Nyai la yang jemur waktu pagi dan mandikan dengan air daun inai.


 Dua minggu selepas bersalin, aku buat kenduri aqiqah.  Sebelum tu, aku ajak abah pergi keluarkan duit dari bank di pekan. Aku bonceng motor abah. dalam masih berpantang. Aku serah sejumlah duit pada abah, " Abah, ini duit untuk kenduri aqiqah. Abah carikan kambing ya. Baki duit tu untuk belanja yang lain". 

Aku mampu tersenyum lega. Walaupun suami tiada di sisi dan tiada satu sen nafkah pun kami terima, aku mampu buat persiapan kelahiran Farhan dan kenduri sama seperti pasangan 'normal' yang lain. Aku berjaya buktikan pada mak dan abah yang aku boleh hadapi apa yang melandaku dengan baik. 

Kenduri berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga mertua bersekali dengan aqiqah seorang lagi anak buah. Aku rasa macam dah sihat betul, aktif ke sana ke mari..hingga ditegur supaya 'slow' sikit takut bentan. Cuma, sewaktu Farhan akan dibawa keluar untuk marhaban, aku tak dapat kawal perasaan. Orang bertanya-tanya, siapa yang patut bawa Farhan keluar.  Menangis juga akhirnya teringatkan suami. Dia yang sepatutnya mendukung Farhan untuk diselawat oleh orang surau dan dipotong rambutnya. Mak mertua memujukku supaya jangan sedih. " Kalau Idah sedih, mak lagi sedih." 

Dan menariknya, tiada siapa pun yang tanya tentang suamiku. Aah..biarkan.

 
Inilah wajah Farhan..comel dan keletah..sesiapa yang tengok dia, otomatik akan suka. Dia memang disayangi semua orang. 


Tak boleh duduk diam.. mudah rapat dengan sesiapa pun..  Kuat makan, senang tidur dan suka bermain. 


Untuk Farhan sekarang, tetap manja..Ibu selalu kata you are always special, sebab apa yang kita pernah lalui dulu terlalu mahal harganya..dialah sumber kekuatan di kala badai rumahtangga menguji. Tak pernah ibu mengalah demi dia..demi seorang Farhan.

Ma'assalamah wa ilalliqa'. 


Friday 11 September 2015

Gudang Garam Kopi O

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..sekalian. Salam sayang dari Che Mid.

Alhamdulillah, ramai juga yang baca entri lepas Che Mid tentang ex boyfren. Harap-harap ada pengajaran baik boleh dijadikan iktibar bukan sekadar sembang kisah lama.

Beberapa hari lepas, Che Mid berbual dengan anak dan menantu tentang kisah silam juga. Jadi kali ini kita berkisah  semasa ibu mengandungkan Farhan. Ya, kira-kira 25 tahun dulu. Farhan yang beria-ia mintak ibu ceritakan semula kisah lama tu pada isterinya. "Biar dia dengar sendiri dari mulut ibu," katanya.

Memang pun ada cita-cita nak tulis di sini, tapi asek bertangguh dengan alasan malu, takde masa dan lain-lain. Kini Che Mid rasa dah sampai masanya ditulis di sini sebagai tatapan anak cucu dan sesiapa yang berminat di luar sana. Kuncinya ialah, setiap manusia punya ujian berbeza-beza. Kisah hidup Che Mid memang agak berliku, tidak seperti adik beradik atau kawan-kawan yang lain. Tidak semudah ABC. Bercinta, bertunang, berkahwin dapat anak dan bahagia selamanya. Allah mahu Che Mid 'nikmati' onak duri kehidupan lebih sikit dari orang lain. Alhamdulillah.

Kisah entri lepas cuma satu dari pelbagai episod sedih dalam hidup Che Mid. Tiada benci, tiada dendam. Semuanya indah-indah belaka. Cuma untuk pedoman anak-anak terutamanya..jangan cepat mengalah dengan ujian. Kerana Allah itu ada, dan Dia tahu kenapa ujian itu ada untuk kita, bukan pada orang itu dan orang ini.

So, bersedia semua..pada yang sudi baca pengalaman ini...bear with me. It is gonna be a long entry..and i will just keep on writing..Mungkin akan timbul banyak persoalan sepanjang tulisan ini, tapi just go along with it ok..Sekali lagi, Che Mid mohon guna gantinama aku.. Kisah ini berlaku di tahun 1991. Setiap ayat datang dari tulus dari hati. Takde tambahan penyedap cerita..melainkan yang benar sahaja. Insyaallah. Bismillah...

Usia perkahwinan pertama ku cuma TIGA bulan. ( Nanti kita borak pasal suamiku dilain siaran, kalau ada rezeki). Dan waktu kami "dipisahkan" aku baru mengandung sebulan. Selepas nikah, aku datang bulan dua kali dan selepas tu 'lekat'. Inai masih merah dijari, aku dah tiada suami di sisi. Waktu itu, aku bekerja di Shah Alam. Masih tinggal bersilih ganti di rumah mertuaku di Banting  dan  rumah mak sendiri di Klang. Dari Klang ke Banting akan ambil masa 1 jam lebih jika menaiki bas awam. Waktu itu tiada kenderaan sendiri dan semestinyalah tiada henfon.

Sebaik tahu mengandung, aku mabuk (morning sickness) yang agak teruk. Setiap pagi akan muntah-muntah, dan tak boleh bau macam-macam, masak lagi lah..bau beras ditanak pun busuk yang amat. Tapi aku harus cekalkan hati. Tak mau nangis-nangis mengenang nasib bagai.

Pertama, sebab anak dalam perutku. Aku mahu dia lahir sempurna dan sihat badan dan emosi.

 Kedua, sebab mak abahku. (Mak abah terutama abah, tak suka aku kawen dengan suamiku. Sampai ada sekali abah merayu supaya batalkan perkahwinan. Tapi aku berdegil. Akhirnya mak abah mengalah, tak mau berkeras sangat apa tah lagi, mereka pernah putuskan hubungan dengan boyfren pertama ku dulu). Jadi aku harus buktikan yang aku boleh hadapi keadaan ini dengan baik, tidak menyusahkan sesiapa.

Mulanya, aku katakan pada mak abah yang suamiku outstation ke Indonesia (memang ayah mertua ada bisnes di sana...bisnes apa, aku pun tak pasti). Untuk beberapa minggu, mereka percaya sehinggalah ayah mertuaku datang sendiri berjumpa mak abahku dan menceritakan kisah sebenar.

Masa itulah, aku 'berhadapan' dengan mak abah. Abah memulangkan paku buah keras. Dia kata lagi, " Macamana engkau ni..dah lah suami takde, ngandung pulak tu". Dan aku katakan dengan yakin, " Tak pe bah, Midah kerja...Midah boleh cari duit untuk tanggung semua ni..abah mak jangan risau".  Tiada setitik airmata pun tumpah.

Mak ku jenis pendiam, langsung terkedu. Takde apa yang kelaur dari mulutnya. Tapi aku tau, mereka berdua tentu susah hati sangat melihat keadaanku mengandung tanpa suami. Aku anak sulung dalam keluarga, macamana lah mak abah nak berhadapan pula dengan kaum keluarga dan jiran-jiran sekampung.

Sejak itu aku sendirian berhadapan mabuk yang tak berkesudahan. Aku akan bangun seawal 5.30 pagi. Pergi ke dapur masak air, rendam dua biji telur untuk buat telur setengah masak. Kemudian masuk ke bilik air, muntah semahu-mahunya, mandi dan bersiap. Selepas tu, aku bersarapan telur setengah masak, sebelum naik bas awam ke Klang dan sambung naik bas kilang ke Shah Alam. Kadang-kadang ada kawan sepejabat yang tunggu aku di stesen bas Klang untuk tumpangkan aku ke ofis. (Alhamdulillah, bila makan telur setengah masak, aku tak rasa lapar hingga waktu rehat nanti).

Bila aku teringin nak makan apa-apa, aku beli sendiri. Tapaw. Pernah sekali aku teringin sangat makan sup ayam kat satu gerai di Pekan Banting, tapi aku tak tahan bau masakan dan makanan. Jadi aku order dan berdiri jauh-jauh dari gerai tu. Bila siap dan masuk dalam plastik ok lagi..rasa macam tak bau sangat. Tapi bila nak masuk teksi aku terpaksa pegang bungkusan sup tu kat luar kereta. Tanganku terkapai-kapai pegang bungkusan, dan tangan sebelah lagi menekup mulut menahan bau..Allahukabar..

Aku teringin sangat makan sup ayam tu dari waktu suami masih ada. Tengah malam tak boleh tidur teringat-ingat sup ayam tu. Kejut dia suruh belikan masa tu jugak. Dia kata, " Mana nak carik malam-malam ni?". Meleleh air mata..

Kandunganku di awal trimester sangat lemah. Rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Ngilu je..kadang-kadang sampai menangis menahan sakit. Setiap pagi bila sampai ke tempat kerja, aku akan berjumpa doktor panel yang datang setiap pagi. Dan setiap hari aku akan dapat cuti sakit. Esoknya pergi jumpa doktor lagi dan cuti lagi. Tiada ubat diberi cuma doktor pesan, jika ada keluar darah, terus pergi hospital.

Aku banyak termenung waktu tu, kadang-kadang duduk sendirian di tangga memandang jalan raya. Kadang-kadang duduk bawah pokok sorang-sorang. Dengan muntah-muntah, takde selera makan, sakit perut lagi. Emak pulak seakan-akan 'suka' bila kandunganku tak kuat. Mungkin pada mak, kalau kandungan ku tak jadi lagi bagus dalam situasi aku sekarang kut..entah lah..mak memang tak cakap apa-apa tapi bila aku kata aku sakit perut mak buat selamba je. Bila terasa sakit, aku menangis..bila ingatkan mak aku lagi laju air mata jatuh.

Hampir dua minggu macam tu..akhirnya mak ajak aku jumpa tukang urut. Masa tu aku melangkah pun dah payah. Ingat lagi, Cik Jah (biras mak) pandu kereta Datsun putih, tolong hantar aku ke rumah Wak Ju. Kat sana Wak Ju cuma urut perlahan-lahan perutku. Di ambilnya sebotol air, dibacanya sesuatu dan diserahkan padaku. Kata Wak Ju, " Kandungan kau ni dah turun sangat ni. Balik nanti minum air ni. Kalau jatuh...jatuhlah dia, kalau lekat...lekatlah dia." 

Aku faham maksudnya..babyku 50-50 je dalam perut ni. Aku usap perutku perlahan-lahan dan kata, " Baby jangan pergi..baby kena teman ibu..kalau tak ibu tak kuat hadapi hidup sorang-sorang". Allah takdirkan bayiku kekal dalam rahimku. Selepas diurut dan meminum air pemberian Wak Ju, sakit ku mulai hilang dan akhirnya aku dapat bekerja seperti biasa.


Hari demi hari kandungan semakin membesar dan mabuk ku semakin berkurangan. Aku pergi shopping beli baju mengandung sorang-sorang. Tak berapa lama kemuadian, kilang tempat ku kerja dah dipindahkan ke Banting, maksudnya aku lebih banyak habiskan masa di rumah mertua. Mak abah dan keluarga mertua layan aku dengan baik. Setiap pagi seawal 6.30 pagi aku dah keluar rumah. Mak mertua yang memang berjual kuih, akan bekalkan aku dengan dua ketul kuih pilihanku. Balik kerja aku akan makan masakan mak mertuaku, walaupun tekak hampir tak boleh masuk. Ada sekali tu, hampir terkeluar semula sebab tak kena selera. Tekak ni nak masakan mak sendiri, tapi demi menjaga hatinya, aku tahankan juga.

Pernah sekali aku teringin makan bubur som-som buatan mak. Tapi mak mertua kata takpe dia boleh masakkan. Bila dah siap, aku tengok pun tau takkan sama dengan apa yang aku bayangkan. Tapi aku makan je macam berselera. 

Selepas kerja, balik rumah mertua. Masuk rumah akan muntah-muntah lagi sebab bau masakan dalam bilik. Kebetulan bilikku sebelah dapur. Selepas Maghrib, aku akan berkurung dalam bilik hingga Isya'. Mengaji Quran menjadi kewajipan sehingga akhirnya aku khatam sebelum melahirkan. Bilik tidur lah dunia kecilku. Tempat ku solat dan mengaji, tempatku mengadu kepada Nya. Tempatku menjadi diriku. Yang paling hebat sekali ialah melawan penyakit rindu pada suami. Bayangkan, baru tiga bulan berkahwin, dia 'hilang' sekelip mata. Melihat bantal di sebelah tiada penghuni. Kosong. Sunyi.  Sepanjang aku mengandung, aku tak sentuh pun bantal sebelah suami. Aku anggapkan yang dia ada tapi 'outstation somewhere'. Namun setiapkali aku tertekan, aku akan pujuk hatiku dan bercakap sendirian, " Aku ada anak dalam perut ni. Takkan sesekali aku biarkan anakku ini terkesan dengan kesedihanku." Aku kuatkan semangat seteguh gunung.  Bila keluar dari bilik, aku akan tersenyum dan jadi orang yang ceria...seperti aku dulu-dulu.

Segala apa yang ku rasa, aku tak kongsi pun pada sesiapa. Duit cukup ke tidak, sakit pening, lapar kenyang, baby menendang atau bergerak tengah malam sampai aku terjaga, belum lagi terkencing berulang kali di waktu malam sunyi..semua aku hadapi sendiri. Aku pernah jatuh tergelincir depan ofis yang licin lepas hujan, pun aku buat-buat ok je.  Aku betul-betul bergantung pada Allah. Aku hanya 'nampak' Dia. Alhamdulillah, punya  mak mertua yang baik hati dan memahami. Dia akan pastikan aku selesa dan tidak keseorangan. Tapi mana mungkin kan..mak pun ada anak-anak lain dan suami untuk diambil perhatian. 

Hujung minggu adalah hari yang membosankan. Tak boleh ke mana-mana kerana tiada kenderaan dan tiada suami di sisi. Tinggal pulak di rumah mertua, tak kenal sesapa kecuali keluarga mertua. Aku pernah pergi pasar malam dengan kawan baik suamiku (lelaki bujang). Naik motorsikal dengan perut membesar.  Dah macam suami isteri pulak. Nama dia sape ntah..dah lupa..tapi sangat baik hati.  Dengan mak mertua pun sangat rapat, macam anak sendiri.  Sama-sama berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Aku pilih apa yang aku nak beli, dia yang akan pegang atau masukkan dalam bakul. 

Tapi aku tak pernah berjumpa lagi dengan dia sekarang. Moga hidupmu bahagia sahabat di mana jua kamu berada. Memang berharap sangat dapat berjumpa, sekali pun cukuplah, untuk aku ucapkan terima kasih. 

Pernah sekali ntah kenapa mood hujung minggu ku tak baik. Ke dapur tak kena, ke bilik bosan, rasa nak marah pun ada tapi tak tahu nak marah siapa. Aku ternampak mak dan abah mertua gelak-gelak bergurau, aku jadi lagi bengang. Tiba-tiba kawan baikku, Roszana menelefon. (Dulu ada telefon rumah je..takde henfon lagi). Bila tahu aku bosan, " Mid, ko nak balik Klang ke, meh aku ambik. Naik motor tau.." Aku terus setuju. I just want to get out from the house. Roszana bawa motor dari Klang ke Banting, kemudian kami naik motor lagi dari Banting ke Klang. Dan masa tu aku dah mengandung 6 bulan lebih. Baik sungguh Roszana...memang betul-betul dia sahabat sejati. Harap-harap sampai jannah. Aku takkan pernah lupakan jasa baik kau Ana..kau sentiasa ada waktu untuk aku, time susah senang..tak pernah marah aku atau kutuk aku..(laju je airmata ni masa tulis ni)


Aku berazam nak cari duit sebanyak yang boleh dan selarat yang boleh untuk menyambut kelahiran baby ni. Biasanya aku akan kerja lebih masa pada hujung minggu. Pernah aku naik bas dari Klang ke Banting dan pulang semula ke Klang selepas habis kerja lebih masa, dengan perut yang semakin sarat. Kawan-kawan ofis ku, ramai berbangsa asing dan pekerja kilang pula majoriti lelaki. Jadi rahsia tentang suamiku tersimpan elok. Tiada gosip dan borak-borak kosong. Tiada yang tahu aku telah berpisah dengan suami, walaupun Selvam, kawan sebelah mejaku, kecuali bosku seorang. Bila orang tanya di mana suami, aku kata suami pergi oversea..lama, kerja kat sana. The conversation just stop there. 

P/s : Sehingga selepas aku bersalin, baru Selvam tahu keadaan aku berseorangan susah tanpa suami. Dia punya marah masyaallah. " You anggap I ni apa ha? Kalau you anggap I ni kawan, you should tell me laaa..then I can share your problem too..Oh my Goddd!". ( nangis taip ni..)

Aku ambil masa paling sesuai untuk menerangkan hal sebenar kepada bos, sebab aku terpaksa ambil cuti untuk check up atau hal berkaitan suamiku. Dia faham dan berjanji untuk menyimpan rahsiaku. Bagi aku, sekiranya orang lain tahu keadaanku, orang akan pandang aku dengan pandangan belas kasihan, simpati atau mungkin mencebik.  Mereka juga mungkin akan bertanya itu ini...itu yang aku tak mahu kerana aku akan jadi lemah. Biarlah aku berpura-pura ceria di ofis untuk aku 'lupakan' masalah ku sekejap. 

Aku punya tabiat pelik sewaktu mengandung. Tersenyum-senyum bila ingatkan perkara ni.

Bila kandunganku menjangkau 5 bulan ke atas, mabuk pagi pun dah berkurangan, aku mula suka bau asap rokok. Rokok bukan sebarang rokok tau..rokok kretek seperti gudang garam yang sangat-sangat kuat melekat baunya. Bagiku, bau asap rokok tu sangat harum dan mengasyikkan.

Setiap pagi, selepas 'punch card' di tempat kerja, para pekerja lelaki akan lepak-lepak di kawasan letak kenderaan sambil menghisap rokok. Aku akan 'nikmati' bauan asap rokok tu sepuasnya. Semakin hari semakin suka, hinggalah satu hari..aku dah tak tahan. Aku hampiri seorang pekerja yang baik dengan ku," Boleh tak bagi sebatang rokok pada saya?". Biar betul??? Selepas dipujuk dan agaknya sebab aku beria-ia nakkan rokok, akhirnya aku dapat sebatang. Aku simpan rokok tu dalam poket baju elok-elok. Sekali sekala aku keluarkan dan ku hidu batang rokok tu. Sampai lunyai dan terburai tembakau rokok tu dibuatnya...kalau ikutkan hati ndak je aku hisap, tapi buruk sangatlah pulak rupanya orang mengandung merokok kan..aduhai..

Satu hari, sampai ke rumah mertua, aku terus masuk bilik seperti biasa. Tak tahan dengan rokok yang ku simpan tu, aku keluarkan dan ku hidu-hidu..last last aku nyalakan dengan pemetik api yang memang ada di bilik. Sebatang rokok habis ku hisap!!! Esoknya aku kecek lagi sebatang rokok dari kawan lain pulak.

Selang beberapa hari, aku hisap lagi sebatang. Dua kali aku hisap rokok, tetapi lepas tu aku taubat. Cukup-cukuplah layan tabiat mengidam ni..takut-takut jadi habit selepas mengandung pulak nanti. Astaghfirullah. Akhirnya aku 'berjaya' menghentikan habit itu.

Inilah contoh rokok Gudang garam kegilaanku..yang warna cokelat gelap. (suamiku memang hisap rokok ni)

Satu lagi tabiat mengidamku yang teruk ialah, aku suka minum kopi o pekat. Kalau buat kat cawan, aku pastikan serdak kopi tu banyak dan gula sikit je. Bila habis airnya, aku akan makan serdak tu sekali. Orang lain memang tak boleh minum kopi aku tu. Terrrlalu pahit. Kalau tak silap jenam kopi cap Kipas (goggle tak jumpa pulak) atau cap Hang Tuah kut, yang pack dalam kertas.



Sampai sekarang aku masih suka minum kopi o pahit he he

Satu lagi, aku suka makan sotong kering bersira gula. Ada banyak kat kedai atau supermarket. Yang itu, bos aku rajin belikan. Aku akan simpan dalam laci dan kunyah bila ndak. Bila bos keluar, aku akan kirim utk top up stok.

Tiba masa untuk pemeriksaan berkala. Aku sengaja tangguh-tangguhkan, buat bodo je tapi satu hari mak mertua kata ada misi datang rumah, dia dah suruh pergi check kat klinik. Ait..efisyennya misi kat Banting ni..Rasa terpaksa, aku gagahi ke klinik. Sekali lagi ditanya, suami takde?  Ke mana? Seperti biasa, aku kata suami kerja oversea.

Semakin hampir 'due date' aku semakin kerap cuti atau 'time out'. Dah kena 'check up' atau tempah hospital pula. Hmm..hospital mana ya? 

Kita nantikan dalam entri lain ya. Ada kisah sedih menanti lagi....


Ma'assalamah wa ilalliqa'















Tuesday 8 September 2015

Kisah Manis Tak Jadi Kawen

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. 

Nak tanya ni, kita semua pernah bercinta kan dulu-dulu... pernah tak jumpa dengan bekas-bekas atau keluarga bekas teman lelaki atau teman wanita, bekas tunang ke atau even bekas suami atau isteri? Ke ada yang berpatah arang tak boleh tengok muka masing-masing he eh

Dari intro ni, dah boleh agak kan apa yang Che Mid nak sembang hari ni..

Hari Sabtu lepas Che Mid minum 'brunch' dengan seseorang..tapi bukan ex boyfriend tapi adik boyfriend lama. Dia dulu senior di Uitm. Kami sekampung tapi tak pernah berjumpa dan bersembang selepas habis belajar tahun 80 an dulu. Ada le jumpa sekali dua, bertembung di majlis kenduri tapi cuma bertanya khabar gitu-gitu je.  

Memang banyak yang kami bual borakkan terutama tentang kisah lama. 


Sambil makan mee celup ni, meh dengar sini..Che Mid nak kenang balik kisah lama.. (mohon tukar gantinama sat naa).

Sejarah lama tinggal kenangan, Aku tak de jodoh dengan abangnya, B, bila pinangan ditolak oleh keluargaku atas alasan-alasan yang orang tua-tua je tahu. Al maklumlah, duduk sekampung, orang tua-tua ni adalah kisah tersendiri kan. Kita budak-budak mana boleh masuk campur, kan orang tua makan garam dulu. 

Cuma teringat pesanan arwah mak B pada makku. " Jangan dimarah-marah budak tu (aku la tu), nanti dia lari...macamana pun saya tetap sayang dia macam anak saya sendiri..walaupun dah takde apa-apa".  (Alahai sedih pulak taip ni, terbayang-bayang wajah mak mertua tak jadi..)

Frust menonggeng kurus kering, makan tak lalu rasa lebih rela mati pun ada ha ha..Masa tu tak keje lagi, baru habis belajar..jadi berkurung dalam bilik je la..menjeruk rasa..keluar bilik cuma untuk mandi dan ambik wudhu. Pergi jamban pun tak sangat..sebab tak makan kan..

Bila rasa stres atau rindu sangat kat dia, aku bawak moto honda cup abah..pecut laju-laju membelah malam kat Jalan Saleh sambil nangis kuat-kuat. Jalan tu memang sunyi sangat.  Bila dah jauh ke dalam..makin gelap dan dah takde rumah-rumah lagi, tau takut pulak...pusing balik..

Tapi last-last la..tunggu-tunggu tak mati-mati pun. Pengsan pun tak... Kurus kering ada la..jerawat pun naik banyak..

Hinggalah satu hari abah panggil. Abah cakap, " Ko betul-betul nak dengan dia ke?  Kalau nak juga, pergi lah.." Otomatik rasa kesian pada abah. Nampak wajah dia sedih tengok keadaan aku masa tu. " Tengok badan ko tu..dah kurus sangat". 

Aku jawab, " Tak pe la bah..." Eh, mana peginya jiwa yang meronta-ronta nak jugak kat dia tu. Hilang macam tu je? Pelik..

Sejak itu, aku cuba berubah. Mula nak makan, tak mau abah dan mak susah hati. Tapi dalam hati masih nak jugak kat orang tu. Aku buat puasa sunat Isnin Khamis, solat hajat tiap-tiap malam mintak dijodohkan dengan orang tu. Tak lama lepas tu, aku dapat kerja jadi kurang le bermuram durja. Aku berbuat baik dengan mak abah dan tunjuk aku ni ok dah....

Tup-tup dengar berita B bertunang dengan orang lain. Orang lelaki ni kan rasa tercabar. Ingat perempuan sorang ke? Tau tak dia tunang dengan sape? Perempuan tu memang sangat cantik, putihhh..tak macam Che Mid yang hitam tak berapa manis ni. Dan dia tu ialah kawan baik I masa form 3 tau... Terpukul dan terpana I macam ada batu besar hempap kat kepala..sadis, pedih, punahhhh..waaaa!

Pernah terserempak tunang B di Pasar Jumaat, aku tegur dia, tapi dia buat-buat tak kenal, senyum pun tak. Sampai hati kau! Kita dulu duduk sebelah menyebelah dalam kelas, pergi kantin sama, naik bas yang sama... amboiii! 

Aku ingat lagi masa tu, hari konvo Uitm dah dekat, aku cakap dengan mak yang aku tak nak pegi. Tapi mak sangat sedih. Akhirnya aku akur dengan mak. Kami pi tempah baju lawa walau dalam hati aku kosong kosong macam lagu Najwa Latif.  Ya lah, aku kenal B masa tengah studi. Dia banyak tolong aku... (malas pulak nak cite lebih bab ni). Masa aku nak naik tangga ambik skrol tu aku cakap dalam hati, " Mak abah, this is for you". 

Bila dah tau dia nak kawen pun, aku masih lagi buat solat hajat setiap malam..konon cinta forever after. Minta Allah cancel kawen yang sana, tapi kawenkan aku dengan B..Nak jugakkkk tu...cinta mati gitu..

Dalam pada itu, aku masih berhubungan baik dengan keluarganya. Sesekali sama dengan kakak balik kerja, satu bas. Kadang-kadang singgah ofis dia. Daku masih menaruh harapan walaupun semakin hari semakin tipis tau.. hoping for miracles orang gomen kata..


Tapi Allah Maha Merancangkan..jodoh pertemuan Dia yang tentukan. Walaupun macam marah jugaklah sebab Allah tak makbulkan doa kita, tapi kita orang baik. Tak benci sesapa pun. Termasuk B dan bakal suri hidupnya. Aku pernah terserempak dengan B di kedai kat pekan beberapa hari sebelum dia nikah. Aku senyum kat dia, tapi dia jual mahal...eleh..I tau you masih suka kat I kan kan ..tu sebab you jual mahaiii..

Akhirnya, hari kenduri pun semakin hampir. Aku buatkan bunga pahar istimewa untuk B. Diperbuat dari daun warna emas dan kain net warna emas jugak. Sepokok demi sepokok aku buatkan bila ada waktu terluang, di ofis juga di rumah. Bila aku buat di rumah, aku perasan abah pandang je aku. Agaknya cuba tebak apa yang aku rasa. 

Sehari sebelum majlis, aku bawa dua pahar bunga telor ke rumah B. Sampai sana, aku duduk dikelilingi famili B yang pandang dengan macam-macam makna. Aku buat cool je, walau dalam hati hanya Allah yang tau. B pulak takkan datang dekat padaku, tiada juga sepatah perkataan keluar dari mulutnya, walaupun cuma " Hai" atau " Terima kasih sudi datang".  Sesungguhnya waktu itu aku teringinnnn sangat nak dengar suara B. Untuk terakhir kali..sedikit..sepatah..jadilah..tapi hampeh..

Aku cuma nak buktikan pada diri aku sendiri bahawa cinta tak semestinya berakhir dengan permusuhan. Lebih-lebih lagi untuk kami yang tinggal sekampung yang bila dibelek-belek ada bau-bau bacang juga. Dan dia mengahwini kawan baik ku...masyaallah, mana ku mampu membencimu..(wah..macam drama sinetron pulak..) 

Esoknya, the real kenduri day. Aku dah berjanji untuk hadir di majlis persandingan, tapi aku tewas. Airmata ku bagai empangan pecah yang tak berhenti-henti mencurah air. Teringat pesanan keluarga B yang suruh aku datang, tapi maafkan. Kali ini aku benar-benar tak kuat... 

Kalau lah dah ada fb atau wasap pada waktu itu, tentu banyak gambar dan kisahku mungkin jadi viral keh keh keh..

Hari berlalu, tahun berganti. Aku pun kawen dengan orang lain. Masing-masing menjalani hidup masing-masing. Past is past..cewah. 

Tapi umur B tak panjang, sewaktu isterinya mengandung anak ke 3, B meninggal kerana sakit buah pinggang. Aku dan suami hadir sewaktu kenduri arwah  dan sempat ku peluk isterinya. Kelihatan dia sangat kuat dan tabah. Hingga hari ini balunya tidak berkahwin lagi dan anak-anaknya dah besar-besar pun. 

Innalillah wainna ilahi roji'un. B orang yang baik. Insyaallah  aman di barzakh dan bertemu isteri dan anak-anakmu di syurga nanti. 

Moral of the story - jangan nak benci-benci orang. Tak baik. Kita pun bukan baik sangat. Tiada kisah sedih..semuanya manis je jika kita redha ketentuan Allah. 

Ma'ssalamah..wa illalliqa'







Thursday 3 September 2015

Nostalgia 70 an - Kuarters Keretapi Batu Kurap, Kuala Lipis

Assalamualaikum sahabat semua..dah makan? Wes mangan? Alhamdulillah..

Hari Isnin lepas kami ke Raub, tapi saja je Abahnya jalan-jalan ke Kuala Lipis, kemudian patah balik ke Dong. Menantu kami tak pernah sampai ke kampung wannya lagi. Teringin nak tengok katanya.

Jadi hari ni kita berkisah tentang Kuala Lipis ya..tempat Che Abang dan adik beradiknya membesar.. Ini kisah tahun 60an hingga 80an. Ada kawan-kawan yang belum lahir kan.. Sekarang umur abah dah 50an..orang kata tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain..

Abahnya memandu perlahan-lahan ke Batu Kurap, rumah lama abah dan keluarga. Dulu atuk kerja KTM, jadi mereka tinggal di kuarters keretapi. 

Sebagai pemanas badan, jom kita tengok gambar-gambar lama ni dulu. Kredit pada fb Mohamad Lubis.



Bergambar di bahagian depan kuarters kira-kira dalam tahun 71 atau 72.. Berkumpul dengan jiran-jiran yang juga keluarga kakitangan KTM. Suami masing-masing bertugas tak tentu masa, para isteri dan anak-anak tinggal di blok kuarters berderetan. Latar belakang dan asal usul berlainan negeri dan tempat tentu menarik. Sama-sama menjaga anak, masak-memasak, bertukar lauk pauk, bergosip dan lain-lain. 

Sangat istimewa dan tentu berbeza dari tinggal di kampung tradisi yang kebanyakannya ada kaitan persaudaraan. Sekarang ni, ada yang dah meninggal dunia dan yang pasti masing-masing dah tinggal berjauhan. Ada yang pulang menetap di kampung asal mahupun ikut anak-anak. 


Alahai..nostalgik betul la gambar-gambar ni kan..jangan salah anggap ya kawan-kawan, dalam gambar tu bukan adik beradik tapi anak jiran-jiran kuarters.. nampak sangat rapat dan macam adik-beradik kan..

Wan Chik bergambar dengan anak-anak dan jiran berbangsa Benggali (tiga orang berdiri di belakang).  Abahnya berdiri hujung kanan. Duduk dari kiri, Mak lang Dila, anak jiran, Wan yang riba pak cik Lubis dan Ateh Rosdan di sebelahnya. Acam yang takde..belum lahir lagi hi hi..

Agaknya macamanalah mereka ni boleh pakat-pakat pi kedai (studio) gambar dan bersiap sakan. Pakai stokin lagik ha ha. Mak lang kata kedai gambar kat bandar tu masih ujud lagi hingga hari ini. 

Okay, cukup-cukup bernostalgia dengan gambar-gambar lama tu. Mari kita jalan-jalan di Batu Kurap, Lepih. 

 Tangga batu ni lah tempat abahnya lepak-lepak dan main-main waktu petang. Wan dulu sangat garang, pantang lepa anak-anak main lama sikit kat luar, memang kena jerit suruh balik rumah. Sebelum tangga ni, ada padang dan pokok-pokok besar, tempat budak-budak main. Abah main tembak-tembak kat situ. Pernah juga kena denda peluk pokok jati yang sangat besar, pastu kawan-kawan tembak dengan bola tenis..

 Ini bekas tapak kuarters KTM yang pertama. Sekarang ni dah jadi padang futsal. Abahnya kata, " Tu yang hujung dekat tiang gol tu la, jamban rumah abah dulu.."  Itu pun nak kabo ke bah ha ha..

 Dari kuarters rumah papan, mereka berpindah ke rumah flat. Sampai sekarang masih ada lagi. Di sepanjang sebelah kiri gambar tu ada jalan keretapi. Memang dekat sangat kuarters tu dengan jalan keretapi tau. Anak-anak pelik tengok.." Abah tak main-main kat jalan keretapi tu ke bah? Tak bahaya ke bah? ". Abah kata mainnnn..." Ada orang mati kena langgar keretapi tak bah?". Abahnya kata, " Adaaaa...ramaaaiiii".

Pernah sekali bandar Kuala Lipis dilanda banjir besar. Air Sungai Jelai naik. Semua penduduk kuarters di bawah bukit tu kena pindah naik atas bukit. Untuk cari makanan, abah adik beradik merayau ke kawasan kebun dan hutan atas bukit, cari ubi kayu, pucuk ubi dan kayu api.

 Sebuah Gudwara Sikh terletak di atas bukit. Dari dulu sampai sekarang masih ada.

Wan selalu cerita pada kami macamana abah kena pukul dengan wan sebab naik basikal laju-laju dari atas bukit pastu turun bukit ramai-ramai lepas tangan. Satu basikal kecik sampai 5 orang naik. Akhirnya jatuh berguling dan berdarah-darah badan. Inilah dia jalan berbukit yang curam yang wan ceritakan tu. 

Gambar rumah-rumah di kiri kanan jalan tu dulu kuarters  pegawai KTM. Kalau time hari raya, sapa dapat beraya rumah pegawai-pegawai tu tentu 'kaya' sebab dapat duit raya banyak. "Berapa bah?" anak-anak tanya. Abahnya jawab, "50sen". 




Bangunan berbumbung biru tu ialah surau. Masa abahnya jatuh basikal, wan kat surau tu tengah khusyuk dengar ceramah agama. Tiba-tiba ada budak datang kat wan beritahu abah jatuh basikal. Wan punya marah, sebab sebelum pergi surau, wan pesan duduk rumah jaga adik. Wan tinggalkan ceramah agama, pi cari abah. Abah menangis-nangis sambil menyorok. Menangis bukan sebab sakit tapi sebab takut wan marah. Memang teruk abah kena balun dengan wan.


Gambar ni dari bawah bukit. Abahnya kata, " Dulu masa kecik-kecik abah tengok bukit ni tinggi sangat...sekarang alahai rendahnya.." Bangunan kayu bercat hijau tu dulunya sekolah Cina tapi sekarang dah jadi tabika Cina. Tahan lagi bangunan tu walaupun dan puluhan tahun kan..Abahnya selalu kata, dia ramai kawan Cina masa sekolah di Clifford dulu.  

Anak-anak kami memang tak pernah ada pengalaman merentas rel keretapi. Abahnya punya seronok bercerita kisah zaman kanak-kanak. "Jalan keretapi (dalam gambar) tu rasanya dari zaman Jepun dah ada. Abah pernah jalan atas rel kat atas jambatan tu. Memang la sempit je..". " Tak takut ke bah? " tu lah soalan anak-anak sekarang. Tak tahan lasak macam orang dulu-dulu he he

Ini gambar di pintu pagar jalan keretapi. Dulu abah main-main dan keluar masuk ke kawasan stor KTM. Atuk dulu kerja ikut keretapi. Jadi wan akan siapkan bekal dalam mangkuk tingkat dan abahnya akan bawa mangkuk tingkat tu ke stesen. Bila atuk sampai, atuk akan ambil bekal yang baru dan pulangkan bekas yang lama. Pastu atuk sambung perjalanan ikut keretapi lagi. Itulah kerja atuk, menyebabkan atuk jarang berada di rumah. 


Bandar Kuala Lipis..yang semakin sunyi..


Bermulanya KM pertama..betul-betul di tengah bandar Lipis. Ada ke 0 km kat tempat-tempat lain kat Malaysia ni? 

Medan Tangga - tempat agak sempit. Menurun ke bawah terdapat gerai-gerai kecil dari dulu hingga sekarang masih ujud lagi. Cuma tuanpunya telah bertukar tangan dari bapa ke anak ataupun dijual kepada pemilik baru. Antara makanan yang paling terkenal ialah pulut rendang oleh bapa kawan baik abahnya, Yuri.   Kami tak turun lama sebab dah lewat sangat untuk balik ke Dong. Tak dapatlah ambik gambar di bahagian dalam

Makcik ni berniaga buah di tepi jalan dekat pasar lama, bandar Lepih. Comel je dengan alat penyukat berat tu..sporting betul bila suruh posing.



Kami berhenti di jalan menghala ke Flat Sri Kerpan. Rumah atuk dan wan, tapi dah  tak berpenghuni sebab mereka berdua tinggal di rumah anak-anak sekarang ni. Memang dekat sangat dengan rumah Siti Nurhaliza. Masa anak-anak kecik dulu, pernah beraya ke rumah lama Siti. Siap bergambar dengan Siti. Tapi gambar tu ghaib entah ke mana takde sape pun tahu. Tiba-tiba Farhan pecah rahsia, " Sebenarnya gambar tu Ayan bawak pegi sekolah, nak tunjuk dengan kawan-kawan, lepas tu hilang". Oooh..selama ni senyap tak bagi tau pun ya.

Sekian coretan abah dan kisah silamnya di Kuala Lipis, Pahang. Setiap orang punya kenangan dan zaman silam, tapi yang Allah pandang ialah bagaimana kita akhirnya nanti. Jom jadi orang baik-baik..
Ma'assalamah wa ilalliqa'


Wednesday 2 September 2015

Hari Keluarga Husainchiks @ Pulau Chekas, Raub

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi..bagaimana cuti Merdeka kita? Bersihkah? He he..

Che Mid ada event untuk mengacara hari Sabtu 29hb. 30hb balik ke Raub rumah ipar dan bermalam di chalet di Pulau Chekas.

Program : Family Day HusainChiks
Tarikh : 30 Ogos - 31 Ogos 2015
Tempat : Pulau Chekas, Dong, Raub, Pahang
Peserta : Atuk Usin & Wan Chik, anak menantu dan cucu-cucu

Sungai Chekas , sebutan orang sini " Cekeh"..yang sangat cantik dan nyaman..


Awal-awal lagi tepek dulu kat mana kami tinggal ya..catat no tel tu simpan..kut-kut tersesat ke sana.. Satu chalet berharga RM80/malam, satu family boleh masuk. Ada 4 katil, ruang tengah boleh bentang toto. Kami sekeluarga boleh solat jamaah kat situ.

Sebenarnya Che Mid sekeluarga tiba paling lewat sebab kami ronda bandar Kuala Lipis, baru pusing balik ke Raub. Family Alang yang tiba sehari sebelum dan family Ateh yang memang tinggal berdekatan dah pun buat persiapan barbeku. Kambing, ayam dan sosej dah berasap masa kami sampai hampir-hampir pukul 7 malam. Nasi putih, ayam kari, patin tempoyak, sup tulang  dan sup sayur dan siap dan periuk besar.

Kami terus masuk chalet untuk jamak solat dan terus tunggu masuk waktu Maghrib. Tak sempat mandi-manda sebelah petang walaupun deruan air sangat-sangat menggamit untuk mencecah sejuknya air.

 Seperti yang dah dijanji awal-awal, Che Mid sempat sediakan coleslaw campuran kobis dan lobak dan mayo untuk dimakan bersama bakar-bakar.


 Deretan air sejuk dan panas

 Ini pun Che Mid yang janji untuk buat.  Campuran buah lai dan epal, dimasamkan dengan hirisan kulit limau dan kikisan asam boi. Bubuh ais banyak-banyak..

 Ayam dan sosej dan kambing dah siap untuk jamuan kami. Terima kasih pada si tukang kipas dan tukang bakar..walaupun kambing dah sama kale dengan arang, namun tetap bersih kami makan ha ha..

Al maklum piknik dalam kampung...mewah dengan jagung, rambutan, durian dan pisang. Jagung di yang dibakar dan ada yang direbus.  Puas kami makan sambil borak-borak.

Aktiviti malam yang dirancang simple je. Tapi meriah macam nak pecahhhh!

 Keluarga Ateh Rosdan..semua ada..Aidil yang study di JB pun tengah cuti sem.

Keluarga Pak chu Acam..kurang sorang..Afruz takde di Uitm Ganu..

Keluargaku..pertama kali bawa menantu balik kampung Pahang. Farah je takde..ada kem tarbiyah di Muar.

Keluarga Mak Lang..takde pulak gambar satu keluarga..masing-masing tumpang sekaki..Deeja pun sibuk gak menyelit.

Yang paling istimewa tentulah Atuk dan Wan...nampak sangat mereka berdua ni gembira dan ketawa sokmo tengok gelagat anak cucu..

Che Abang buat lawak...

 Ala-ala sukaneka..ini acara dari keluarga Che Mid..kira gula-gula. Pengadil tengah kira berapa biji sebelum umumkan pemenang..kumpulan mak lang berjaya meneka dengan tepat. 47 bijik gula-gula..guna ilmu ke hapa ha? he he..

Main pecah belon yang diikat dikaki..


 Acara pecah belon lelaki..hiruk pikuk dan gamat bila acara ni berlangsung. Meletop-letop bunyi belon bercampur dengan jerit gelak peserta dan penonton..

Pak Lang kena jaga tiang tu..takut ada yang pecah belon tapi terhantuk tiang tu pulak..

Memancing tin..tak sangka Deeja boleh pancing 2 tin..

Lain-lain acara ialah teka berapa duit dalam envelop, perah air dengan tisu dalam cawan, teka teki dan bowling tin. 

Lagu Ya Maulai..makcik-makcik dan anak-anak buah beradu suara..pekak monyet-monyet kat hutan tu..aduii .. Masa ni ada yang menyanyi dan ada yang menari. Ada dalam video tapi tak sanggup masuk kat entri ni..kang jadi viral la pulak. Memang nampak sangat kami semua enjoy sakan. Family kecik je tapi happening..

Menghasut Deeja nyanyi lagu You Are Not Alone..Michael Jackson..

Makan dan makan..

 Penyampaian hadiah..ala bukan apa pun hadiahnya..capai je kat pasaraya..janji happy!!

Main game baca cerita ikut loghat negeri-negeri..terbelit-belit lidah Pahang Acam kecek Kelate ha ha..

 Karaoke lagi dan lagi sampai pagi..Che Mid minum kopi O bercawan-cawan. Time ni Che abang dan adik-adik lelaki dah pergi ke sudut lain..berborak sesama sendiri sampai pukul 3 pagi. 

Che Mid balik ke chalet pun dah lewat sangat. Mandi dan baring tak boleh tidur. Terkebil-kebil atas katil. Dah minum bercawan-cawan kopi o..mata tak mau pejam. Orang Jawa kata dah ' kancilen'. Tau-tau azan Subuh..tu lah penangan berkumpul anak-beranak..

Cerita esok paginya..


Menantu dan mak mertua..nak siapkan sarapan pun bergambo dulu. Ada muka belum mandi tak...sojukkkkk oooiii.. Saja tak nak mandi pun sebab kejap lagi nak terjum kat sungai.

 Mak melayan abah bersarapan..


Tengoklah suasana pagi di tepi Sungai Chekas..nyaman je disinari vitamin D..Deeja dah pun berendam di sungai pukul 8 pagi. Muka ceria je..sejuk sangat tapi ndak juga mandi pepagi..akhirnya tercapai hajat nak berendam. 

Budak ni memang antu doyan..sarapan pagi pun nak doyan..

Jom makan roti telur..

 Tiga beradik Che Abang..yang t-shirt hitam, dan bertudung hitam sebelah Che Abang tu. Si Acam tengah berendam main air sungai..Si Lubis tak dapat datang, isteri tengah teruk mabuk mengandung..

 Menantu ku yang  tak berapa sihat pun ada..sian dia..teringin sangat balik kampung katanya..

 Acam dah encem dan segar bugar selepas mandi sungai..tengok rambutan tu..Che Mid dah cekau berapa bijik ntah..

 Sanwic telur campur mayo dan kobis..Air tangan Che Mid..mulanya rebus 15 biji telor je..pastu tambah lagi 15 biji..habeh sepapan telor untuk keturunan Husainchiks sarapan pagi he he.

Ini Daniel anak Acam yang pendiam tapi suka senyum je.. tengok gambar latar belakang tepi sungai tu..rasa nak tarik nafaaaas...lepassssss..nyaman je kan..

 Mak metua + sorang anak perempun + 3 menantu (sorang menantu lagi tarak...long mc adehhh)...sayang semua..muah muah..


Mandi manda ... tempat ni tak dalam sangat dan tak cetek sangat..sesuai untuk semua..


Manusia memang tak boleh nampak air kannnnn..

Kejap je dah ketar bibir..Ayu and kids



 La dan sibongsu..

 
Mid and Faris..

Awat sowang-owang.. tak takut ka belakang tu ada ulaq kaaa...bewak kaaaa..


Awal pagi dah masuk air...Bismillah...


Deeja sangat-sangat enjoy.. dapat dua kali mandi.

Ok nak balik daaah..Che Mid posing di chalet yang ala-ala kampung ni..

Terima kasih semua Husainchiks members yang menjadikan percutian ini sangat berjaya dan menggembirakan. Singkat tapi meriah!! Tak perlu tempat mewah dan mahal..yang penting semua dapat berkumpul dan berinteraksi melalui makan-makan, main-main dan mandi manda. Kos untuk 2 hari satu malam campur bbq dan sarapan cuma RM180 sefamili. Ok sangat la tu kan..

Lupakan semua cacat cela pertelingkahan dan cakau-cakau. Adat manusia, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik..ipar duai..sepupu sepapat. Yang penting HAPPY!! Insyaallah yang lain ALLAH akan jaga untuk kita. Aaamiiinnn!!


Cute je mak mertua dan Acam duk kat belakang kereta Ateh..masa babai-babai kami balik..

Kami balik dulu mak!. Nak antar Faris balik kolej, sebelum pukul enam kena ada sana. Tapi dek kerana jalan jem manyak turuk dari Raub, Bentong, dan Gombak, Faris sampai Banting pukul dekat pukul 10 malam...sian dia..

Habis kisah cuti-cuti kami...Illalliqa'...ma'assalamah!!