Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 28 February 2014

Dayang's Kitchen

Salam Jumaah sahabat semua..semoga hari ini lebih baik dari semalam ya.

Hari ini Che Mid nak cerita sikit kisah kawan baik Che Mid masa di sekolah dulu. Selepas sekolah menengah kami 'terpisah' dan hanya bertemu semula pada tahun lepas...emmm..selepas 35 tahun tak tahu kabar berita.

Photo: Saya ni pecinta pokok dan tempayan! walaupun punya la malas nk siram, seronok punya gila hari ini saya beli pokok ini hanya RM80.00!!! nama apa x tau tp ia sangat cantik moga dia suka tempat baru ini dan tumbuh subur... 
Ini dia orangnya, panggilan di kampung..Dayang, tak tau la apa sejarah keluarganya sehingga digelar Dayang.


 
Ha, gambar-gambar kat atas tu ialah suasana kilang Dayang yang terletak di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Kilang di rumah kedai ni dah pun siap dan mula beroperasi baru-baru ini. Dayang buat perniagaan mengilang makanan berproses seperti sambal taucu dan sambal bilis siap sedia dimakan yang akan dijual di hypermarket. Tapi gambar terbaru produk tak dapat lagi...tunggu ya..

Photo: Selera kampung yang mengamit memori di restoren rimbun ini... Tqvm Zailawati Taslim n Jaafar Suhaini sebab masak selalu sedap2 
Sejak akhir-akhir ni, kami selalu gak berjumpa terutama bila Dayang balik ke kampung. Inilah untung bila bersekolah di kampung, peluang bertemu kawan-kawan lama sentiasa ada..Deeja suka sangat manja-manja dengan Dayang..

Baru-baru ini, Syarikat Dayang iaitu Dayang's Kitchen telah mengadakan majlis doa selamat di kilangnya sebelum sempena permulaan produksi. Che Mid tolong uruskan serba sedikit.

Kami telah menjemput anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah, seramai 45 orang, untuk bersolat Zohor berjamaah, membaca Yaasin dan doa selamat.


Photo: Selipar anak-anak tahfiz...elok tersusun... 
Eh, awat tunjuk gambaq selipar pulak ni...Ini adalah selipar-selipar anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah.Elok tersusun menunjukkan disiplin anak-anak tahfiz ini. Che Mid tepek gambar di fb..wah ramai yang 'like'..menunjukkan aura para hafiz dan bakal hafiz ini sangat kuatkan...subhanallah!
 

Ruang tengah tingkat atas dipenuhi dengan anak-anak ini. Che Mid sediakan sejadah dan surah Yaasin yang dipinjam dari surau. Oh, bersyukur sangat dapat bersama-sama berjamaah bersama mereka. Syahdu dan khusyu'...

 
 Dayang kata, melihat anak-anak ini berselera makan, rasa nak tempah banyak-banyak lagi makanan. Maklumlah, makan tengahari dah lewat..2.30 petang..

Che Mid tempah makanan dari Miszam Canopy & Catering yang menyediakan nasi briyani dan lauk-pauk lain termasuk 'signature dish', daging masak hitam yang memang sedap. Dayang tambah dengan dua tiga jenis kuih talam, dan Che Mid bawa rojak buah. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang rakan Dayang yang turut sama menjamu selera.



Tuan rumah - Dayang, anak lelaki dan bakal menantu..semoga bisnes berjalan lancar dan produk akan berada di tangan pelanggan tidak lama lagi. Amiin!

Sedikit info dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah - mereka sedang mencari dermawan dan penyumbang untuk menaja pengajian anak-anak tahfiz yang miskin dan kurang mampu. Kosnya ialah RM350 sebulan. Anda boleh menaja berseorangan, atau berkongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik. Pusat tahfiz ini terletak di Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

Contoh: Jika seorang sedekah RM50, kita boleh kongsi dengan 6 orang lagi. Jika anda berminat bolehlah hubungi Ustaz Azrul Hakim di 019 - 271 5765.  Pahala akan berterusan selagi anak-anak Tahfiz itu hidup Insyaallah, dan jika mereka memanafaatkan ilmu mereka, pahala kita ikut mengalir....Masyaallah tabarakallah!

Terakhir,  jika anda memerlukan khidmat Che Mid untuk mengurus acara seperti di atas, sila hubungi Yahanana Events di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com

Wednesday 26 February 2014

Di rumah..hilang, di sekolah pun hilang..

Assalamualaikum semua..kisah hari Jumaat lepas, tapi Che Mid baru tahu petang tadi..

Adik Che Mid, Acik, seorang cikgu sekolah rendah..

Kan awal tahun ni, musim pelajar bayar yuran...Acik dah kutip duit yuran dan lain-lain bayaran dari anak murid dalam RM3000. Dia simpan duit tu dalam laci meja, kunci dan masuk ke kelas.

Balik dari mengajar, Acik buka laci..duit dah takde!!

Takde kesan pecah pun..elok je laci tu... entah macam mana orang luar boleh ambil duit tu.. Acik terkejut sangat, cikgu-cikgu lain pun, sampai ada kawan yang menangis kesian pada Acik. Tapi Acik ni jenis lembut hati sangat.. tak nak buat laporan polis atau pergi jumpa ustaz untuk 'tengok-tengokkan'. Sebab hati keciknya boleh agak siapa yang mengambil duit tu. Kalau kes di bawa ke tengah, akan mengaibkan orang yang mengambilnya. Mungkin salah seorang kawan juga..

Jadi Acik kena ganti balik duit tu nanti. Kesian Acik..

Kalau nak ikutkan, Acik dan keluarga selalu kena musibah lebih kurang macam tu gak. Dua kali rumah Acik dimasuki pencuri..dua kali juga Acik hilang duit yuran sekolah yang dibawa pulang ke rumah..tak termasuk laptop dan henfon. Tu yang Acik cakap, simpan kat rumah hilang, simpan kat sekolah pun hilang..

Motosikal suami Acik pun pernah hilang depan rumah jugak..basikal anak-anak pun...

Tapi Acik suami isteri, cool je. Mereka berdua ni memang cukup penyabar dan baik sangat, agaknya itu sebab Allah selalu uji sebegitu..

Tapi bila ada adik beradik dan saudara mara memerlukan bantuan..mereka sangat prihatin. Anak buah dari kampung (Kedah) nak sambung belajar, mereka tolong daftar dan melawat di asrama, sepupu masuk hospital Acik dan suamilah yang berulang alik melawat..bila dah keluar hospital, mereka juga yang hantar balik kampung. Adik beradik suami Acik ramai dan suami Acik anak bongsu, jadi ramai le anak menakan kat Lembah Klang ni. Tapi depa ni tak pernah merungut ke komplen ke...subhanallah mulia sungguh hati suami isteri ni.

Sambil sembang dengan kawan semalam, dapat satu doa mohon Allah dapatkan balik barang hilang..doa tu macam kat bawah ni..tapi adab berdoa jangan lupa pulak ya. Dahulukan dengan istighfar, baca fatihah untuk Nabi Muhammad saw, kaum keluarga, para sahabat dan ibu bapa kita. Lepas tu baru baca doa ni berulang kali dengan yakin. Wallahua'alam.

 

 

Monday 24 February 2014

Asma ul Husna di Resepsi Nor Hayati dan Eid

Tak sabar nak cerita pasal tugasan Yahanana Events hari Sabtu malam minggu lepas di Dewan Sri Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Nama pengantin perempuan ialah Cik Nor Hayati binti Ahmad berasal dari Kajang dan pengantin lelaki ialah Eid Mohamed al-Atawi, seorang berbangsa Arab.



Photo 

Che Mid mendapat panggilan dari kakak pengantin untuk mengacara majlis tetapi perlukan pengacara yang boleh berbahasa Arab, jadi Ameirul Akiff, salah seorang ahli kumpulan Soul Brothers, dipinjamkan untuk membantu. Bila Che Mid tanya, macamana boleh hubungi Che Mid, dia kata " kawan ofis rekemen..", tapi tak mau bagi tahu siapa orang tu. Alhamdulillah, syukur..apa pun terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada kawan ofis Puan Nor Balqis yang sudi rekemen. Lain kali rekemen le lagi..he he.

Bertemakan timur tengah sedikit, kami berpakaian jubah. Dewan yang sederhana besar, sistem audio yang bagus memang mengujakan kami yang mengacara ni. Terdapat sedikit silap komunikasi antara juruteknik dewan dengan tuan rumah, nasib baik dapat diatasi sebelum pengantin sampai. Lega rasanya..

Photo: Che Mid membuka majlis dengan Amierul Akif sebagai co-pengacara untuk bahasa Arab.
Kami sedang membuka majlis dengan ucapan aluan dan selingan. Cuba tengok set up pelamin kat belakang tu..lain sikit kali ni, pengantin tak bersanding walaupun ada pelamin. Mereka berdua berarak masuk naik ke pelamin tetapi cuma berdiri. Selepas bacaan doa selamat, pengantin memotong kek perkahwinan dan kemudian beredar ke meja makan beradab. Itu sahaja.

 Photo: Kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah..
 Semasa pengantin makan-makan, kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah mengadakan persembahan mereka. Kumpulan ini dipimpin oleh Ustaz Anwar dari Petaling Jaya.


Photo: Sedang membawakan Asma ul Husna..versi Sharifah Khasif..alhamdulillah!
 Muncung je ya.... Che Mid membawakan Asma ul-Husna, buat pertama kali. Ok la kut..bila Che Mid bawakan, rasa naik bulu roma tu, Che Mid rasa ok la he he.. Masa nak balik, ada orang panggil Che Mid..'Kakak Qasidah'.. apa-apa pun boleh la dik ooi..Akiff juga bawa lagu Law Kanana Bainana..


Photo: Dengan pengantin..pengantin lelaki berasal dari Arab Saudi..sama-sama bekerja di King's Military Hospital..
 Inilah dia pengantinnya..Cik Nor Hayati dan Eid. Tayangan video yang sangat menarik dan 'sweet' disediakan sendiri oleh pengantin perempuan. Mengisahkan bagaimana Allah mempertemukan jodoh mereka.

Nak share sikit kat sinilah.. sebenarnya pengantin perempuan tu bekerja sebagai jururawat dan merantau ke Arab Saudi. Si suami pula bertugas sebagai juruteknik tentera dan bertugas di King's Military Hospital. Di situlah mereka berdua bertemu. Mat Arab ni jatuh cinta pada Nor Hayati tapi tidak direstui oleh si ayah. Nor Hayati balik Malaysia membawa hati dan cuba memujuk si ayah untuk memberi izin tetapi si ayah berkeras. Demi cinta sejati, Eid terbang ke Malaysia menyuarakan sendiri niat memperisterikan Nor Hayati dan 'surprisingly' si ayah terus bersetuju!

Narasi dan animasi menarik ditayangkan kepada tetamu membuatkan tetamu terpaku dan ikut terbuai dengan jalan cerita kisah cinta itu.

 Photo: Farhan Azman kata makanan sangat sedap..ala-ala Arab gitu..
Farhan cakap makanan sedap-sedap..terutama ayamnya..memang pun sedap..ala-ala Arab gitu.

 Photo: Dengan kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah, Petaling Jaya
Anak-anak qasidah pun beria-ia makan..bertambah-tambah kan dik!!


Photo: Foto santai sebelum meninggalkan majlis 
Inilah team Yahanana Events malam ini!

Itulah dia kisahnya majlis yang simple tapi sangat-sangat menarik dan meriah. Sebelum berundur diri, izinkan Che Mid kongsi sikit kat sini.. kalau boleh tuan rumah tulis masa kenduri tu rasional sikit. Kalau majlis malam, janganlah tulis masa dari 7.30 - 10.30 malam. Tetamu dah tentu-tentu datang lepas Maghrib, tapi kami yang bertugas ni..takut nak tinggalkan dewan, tapi dalam masa yang sama rasa macam tak logik pulak..Che Mid terpaksa solat maghrib di belakang pelamin, mujur tempat tu tersorok dan nampak bersih.  Wudhu' dah siap-siap ambil dari rumah. Wallahua'lam.


Insyaallah, 8 Mac nanti kami akan ke Putrajaya lagi..nampaknya orang Putrajaya suka Yahanana Events!!. Pada yang teringin panggil Che Mid and team..jom hubungi Che Mid di 013-3672459..whatsaap pun ok je.. atau emel ke hmj_66@yahoo.com

Friday 21 February 2014

STUPID MISTAKE

Salam Jumaah, penghulu segala hari untuk sahabat blogger semua!

Perkara yang akan Che Mid paparkan hari ini, mungkin tak berlaku pada semua orang tapi beberapa kerat kaum Hawa dan isteri-isteri seperti Che Mid ni..he he 'sound serious' pulak ..tajuk nya pun men'serious'kan..!

Selalunya, kita tak izinkan orang bukan mahram datang ke rumah bila suami takde kan. Kalau sedara mara datang pun, kalau boleh suami kena ada di rumah. Kalau orang kita tak kenal, seperti orang berjual datang ke rumah, atau orang kutip derma pun paling-paling bercakap di luar pagar sahaja.

Tapi kita sering terlupa tentang 'mahram' apatah lagi tentang 'keselamatan' bila orang-orang berikut datang ke rumah:-

1) Penghantar gas
2) Pemotong rumput
3) Juruteknik baiki peralatan rumah..TV, petisejuk, mesin basuh atau komputer dll
4) Wakil Astro, telekom, TNB atau Syabas dan lain-lain

WALAUPUN banyak kes kita baca di media bagaimana orang mati atau dirogol atau dirompak kerana membenarkan orang luar masuk ke rumah secara relahati.

Minggu lepas...peti sejuk Che Mid rosak. Ok je suami aturkan bengkel membaiki peti sejuk untuk datang ke rumah mengambil peti sejuk tu. Memanglah kita dah beberapa berurusan dengan orang yang sama tapi  di rumah tu cuma ada Che Mid dan Deeja sahaja. Semasa mengambil peti 
sejuk tu, bosnya, seorang Melayu berwatakan warak dengan kupiah dan berjanggut, datang dengan pekerjanya seorang lelaki India. Che Mid buka pagar, izinkan mereka masuk sampai ke dapur dan periksa peti sejuk tu. Lebih kurang 10 minit kemudian baru peti sejuk tu di bawa keluar.

4 hari kemudian, selepas menerima panggilan dari kerani yang bertanyakan Che Mid ada di rumah atau tidak, peti sejuk yang sudah dibaiki dihantar kembali ke rumah Che Mid. Kali ini, bos tu tak datang tapi dua pekerjanya, ke dua-duanya orang India..tak pasti rakyat Malaysia atau warganegara asing. Semasa mereka dalam rumah itulah, baru Che Mid terfikir, " Ya Allah, apa aku dah buat ni..nape aku tak tunggu suami aku balik baru izinkan mereka datang???." Deeja sedang lena dalam bilik tu... Allah..

Bila suami balik kerja, terus Che Mid cakap, " Abang, tadi kita dah buat silap besar.. patutnya kita tak bagi orang tu hantar peti sejuk sebab takde orang lelaki kat umah.." Suami macam tersentap kejap..pun baru tengadah dari mengantuk!

Rasanya, membiarkan dua orang asing dalam rumah walaupun beberapa minit bagaikan terlalu lama...memanglah tiada kejadian tidak diingini berlaku tetapi siapa yang tau kan...malang tidak berbau. 

Andainya perkara buruk berlaku pada orang lain di luar sana, pandai je kita nasihat atau marah-marah, " Tu lah, sape suruh kasi masuk rumah.." " Saja cari nahas la tu.." dan sebagainya. Tapi bila diri sendiri buat..emmm..tak kisah pun.


Si pemotong rumput dengan 'full mask'... (gambar ihsan google)

Si pemotong rumput pun begitu..setiap 2 bulan sekali akan datang ke rumah memotong rumput. Ada orang lelaki ke takde, lain cerita. Ada sorang pemotong rumput tu, siap berborak-borak dan minta air minuman lagi... memanglah dia tak masuk rumah, tapi dengan mesin rumput di tangan..silap haribulan..apa-apa pun boleh jadi! Allah..


 
Kalau si penghantar muka hensem macam mamat ni, tentu kita kata dia orang baik kan....(gambar ihsan google)

Si penghantar gas pulak macamana? Sama gak lah...akan datang berkhidmat serta merta selepas dihubungi. Yang tu pulak, masuk dari pintu belakang. Kalau masa gas habis tu ada suami atau anak lelaki, dia orang yang 'handle', tapi kalau tak de ..Che Mid jugakkkkk! Si tukang hantar tu akan masuk ke dapur angkat tong gas yang kosong dan pasang tong yang baru..Ingat tak, dulu ada satu kes si penghantar gas rogol dan bunuh pembantu rumah! Dia memang betul-betul penghantar gas tapi ada kes jenayah sebelum tu....

Ini yang Che Mid katakan 'STUPID MISTAKE'... dah tau salah dan merbahaya, bukan mahram ke apa ke..tapi bila tiba 'time' kita..semuanya tolak tepi..janji kerja beres!!

Alasan "pembekal atau orang yang sama" atau "memang dah biasa dengan orang tu" sebenarnya tidak boleh dipakai..betul tak??

Memang selama ini tak terjadi pada kita atau anak-anak kita..tapi pernah jadi pada orang lain kan..kalau boleh jadi pada orang lain, tentu boleh jadi pada kita juga kan...

Jom fikir dan lain kali jangan buat lagi!!



Tuesday 18 February 2014

Fattabiouni 3 theme song - Khaatamurrisalah by Ahmad bin Sumaid





Sedapnya lagu ni..Subhanallah..sedang tercari-cari maksud lagu ni, ada sesiapa boleh bantu Che Mid ke..??

Monday 17 February 2014

Orang Singapore Datang

Assalamualaikum sahabat sekalian..lama tak update dan ziarah rumah kalian. Rindu tapi disebabkan mak abah mertua datang menginap, tumpuan lebih pada mereka la kan, bukan pada laptop..kecuali kalau hal keje..

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, kediaman Che Mid kerap didatangi tetamu...sejauh dari Singapura, dan tak pernah pun bersua wajah sebelum ini, cuma dengar khabar saja. Ipar duai pun ikut bertandang dan menginap di rumah kami..Teruja dan seronok sangat!! Mujur tugas mengacara agak berkurangan awal tahun ni, jadi boleh lah tumpu masa melayan tetamu.


Memang dah berjanji dengan adik ipar (Alang dan Ayu dan family masing-masing) untuk ke rumah Che Mid tapi tak sangka ada tetamu 'surprise' dari Singapura datang sekali. Fauziah dan anak-anak ialah sepupu Che Abang tapi memang kami tak pernah bertemu langsung, cuma dengar cerita dari jauh saja. Memang 'pleasant surprise sungguh'!


Tengok! Ramai kan yang datang..beramah mesra sampai tengah malam!!


 
 Nice meeting you Fauziah..harap bertemu lagi selepas ni..

 
Pada 19 Januari pulak, keluarga adik Che Abang, Ateh dari Raub datang menginap sebab esoknya anak Ateh, Ikmal,  mendaftar di Kolej Vokasional Shah Alam.


 Mereka tak pernah menginap di rumah Che Mid, selalunya kalau turun KL, akan tidur di PULAPOL. Bila bagi tau nak ke rumah kami..sukaaaa!

 Pak Teh memang kuat menyakat Deeja. Tu tengah berdebat isu negara ke entah...

Abah jadi tempat mengadu bila dah mati punca...
 
25 Januari, lagi kejutan dari Singapura..kali sepupu Che Abang yang lain pulak menziarahi kami. Mak mertua Che Mid yang ada di rumah kami, terkejut besar sampai menggeletar badan.." Nasib baik mak tak sakit jantung.." Terima kasih kak Salmah dan lain-lain yang sudi jenguk kami..Che Mid hidang rojak buah tengah-tengah malam..dah itu je stok yang ada hehe.. tapi tetamu datang bawa buah tangan, jadi bersembang sambil makan-makan. Sampai 12.30 malam baru mereka beredar ke hotel di KL semula. Wah, sangat teruja!!

 
 Sebenarnya Che Mid tak pernah bertemu dengan sedara mara dari Singapura sejak berkahwin dengan Che Abang. Memang kejutan sungguh le..Che Abang pun dah ingat-ingat lupa nama sepupu sendiri..
 
Dan pada 31 Januari, dua adik Che Abang dan keluarga masing-masing menginap di rumah Che Mid. Deeja memang suka sangat, cita-cita nak tidur sama dengan sepupu, Azyan tertunai jugak. Selalu tidur mesti berkepit dengan ibu abah, tapi kali ni memang betul-betul tidur dengan Azyan. Pukul 2.30 pagi tak tidur lagi, masih main-main dan gelak-gelak. Sampai Che Mid tutup lampu baru senyap. 

Esok paginya kami ke Shah Alam untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah, Ain Syahira... tahniah sayang..

 Photo: Che Mid dan tuan rumah serta ahli keluarga jauh dan dekat..
 Pic jadi warna tema..tong isi kuah laksa pun matching gak kan...

Photo: Farhan Malaysia & Farhan Singapore!!
 Dua-dua jejaka idaman ni bernama Farhan, seorang dari Malaysia, seorang lagi Singapura!!

 
Kakak sepupu buatkan kek harijadi untuk Deeja dan kak Athira..potong dan suap sama-sama..

 
 Che Mid dan Alang..manis kan kami..macam sweet 40 je hik hik

 
 Si tiga Abdul..cer teka..mana abang, mana adik..

Photo: Pertunangan Cik Ain Syahira Johari pada 1 Februari lepas, pertama kali Che Mid mengacara di majlis seumpama itu. Dalam gambar, kelihatan Cik Ain Syahira diiringi adinda tercinta berjalan masuk ke ruang tamu untuk majlis taaruf dan menyarungkan cincin pertunangan. Simple but sweet!!
 Ain Syahira diapit oleh adik lelakinya ketika berjalan masuk ke ruang tamu untuk acara menyarung cincin..berbeza sedikit dari biasa tapi cute and sweet...

 
 Che Mid tutup entri ni dengan gambar out door Ain dan tunang dan sepupu sepapat yang kecoh!!

Dalam barisan!!..Ini baru tunang, kenduri nikah esok tak taulah macamana kecoh nya..
 
Ok..dah..dah habis..jom buat keje!!

Tuesday 11 February 2014

Oh IC.....

Assalamualaikum..apa khabar?

 
 Khadeeja ni memang adik yang comel dan bijak...



Tapi apa yang abang Farhan rasa bila bangun-bangun tidur je, tengok IC abang dah jadi macam ni...

 
menjadi bahan curiosity dan mangsa kreativiti adik Deeja....

Monday 10 February 2014

Asmaul Husna - Sharifah Khasif (Official Video Original HD)





Assalamualaikum sahabat yang dirindui... lama tak bersua, Che Mid hidangkan pagi-pagi Isnin dengan Asmaul Husna mendayu dari Sharifah Khasif ini.

Che Mid berazam untuk menghafal nama-nama Allah ini, besar ganjarannya..dan mana tahu boleh diperdengarkan semasa ada mengacara..