Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 30 April 2013

Che Mid Mengusik, Pengantin Terkeseng-keseng..

Salam semua, di bawah adalah salah satu video yang sempat diambil ketika Che Mid mengacara..





Jom tengok macamana pengantin terkeseng-keseng.. apa terkeseng-keseng tu.. maksudnya tersipu-sipu malau he he. Che Mid dapat perkataan tu dari blog Mat Som Simpang Kiri.. pinjam cikgu ek..

Walimatul urus Muhammad Danial Zaharudin dan Syarifah Nadia

Salam.. lama tak update al-kisah pengacaraan .. bukan apa.. asal nak tulis je, tertulis lain.. nak upload gambar pengantin tertengok gambar lain.. las-las, sebulan gak terpendam cerita kawen-kawen ni.

Mula-mula nak tunjuk gambar persandingan saudara jauh sebelah abah. Asal Johor tapi menetap di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Che Mid tak de le mengacara tapi temankan emak dan abah. 

Tengok gambar pengantin di pelamin tu.. memang gah dan cantik sangat. Cuma ruang di depan pengantin terlalu sempit, jemputan yang nak merenjis terpaksa pusing belakang pelamin untuk turun. Sebelah tangga pulak di 'blok' oleh live band, agak sesak sikit laluan tu. Kami memang disambut meriah sangat. Dapat berkenalan dengan sedara mara yang tak pernah berjumpa sebelum ini.

 Kami bergambar dengan tuan rumah dan adik beradik pihak perempuan. Balik dari Simpang Pulai kami 'singgah' di Cameron Highlands.. Pukul 11.30 malam baru sampai semula ke rumah. 


Esok paginya, team Yahanana Events berada di Sek 6, Petaling Jaya untuk memeriahkan majlis walimatul urus anak kepada En Zaharudin yang bernama Muhammad Danial. Sayang sekali tak dapat bergambar dengan pengantin, dek sibuk 'bertugas'. Ingatkan sempatlah ambik gambar semasa akhir majlis, tapi rupanya fotografer dah bawa keluar untuk 'out door shooting'. 

Seperti biasa kami buka majlis dengan lagu-lagu nasyid seperti Maher Zain dan Opick. Bila pengantin tiba, Che Mid dan Farah berselawat diikuti dengan paluan kompang menandakan pengantin tiba. Sejurus pengantin duduk di meja santapan, kami melagukan 'Selamat Pengantin Baru' diikuti dengan seloka pengantin yang merupakan  latarbelakang dan kisah cinta kedua mempelai.


Sebenarnya, bapa pengantin sendiri yang menghubungi Che Mid untuk tempahan dan perbincangan tentang aturcara majlis. Kelakar juga, bila dia call Che Mid, Che Mid tanya, " Ni pengantin ke ayah pengantin?" sebab dengar suara macam suara orang veteran je.. he he. Tiada sanding-sanding, cuma makan beradab, ucapan-ucapan dan karaoke. Dalam gambar tu, En Zaharudin sedang berkaraoke khusus untuk pengantin. Sebelum itu, bapa saudara pengantin, Dato' Zubir, awal-awal lagi sudah ditempah untuk menyampaikan lagu Broerey Marantika. 

Satu majlis yang santai dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat je Che Mid rasa. Bermula pukul 12 tengahari dan tamat pukul 4 petang. Jam 4.30 petang kami dah pun dalam perjalanan balik ke Klang. 

Mulanya kami berasa semacam je bila khemah pa sistem dan emcee di letakkan betul-betul dilaluan masuk para tetamu. Selalunya kami ni diletak dihujung-hujung sikit, atau dekat dengan pelamin. Jadi tetamu akan lalu di hadapan kami dahulu sebelum ke meja masing-masing. Yang bestnya pulak, ramai yang 'menyinggah' di tempat kami. Ada yang memuji cara kami 'handle' majlis. Mereka kata, santai dan tak bingit.. Ada juga yang meminta kad nama dan beritahu tertarik denga stail kami yang lebih Islamik. 

Esoknya, kami dapat panggilan telefon dari salah seorang yang wanita yang menjadi tetamu semalam tu. Dia kata, " Saya seorang emcee, biasa jadi emcee di hotel-hotel dan saya ada ramai kawan-kawan emcee. Tapi you ada kelainan dan saya suka suara you". Subhanallah, teruja sangat dengar orang yang 'pro' berkata macam tu. Sapalah Che Mid ni, dibandingkan dengan dia kan. Tapi, dah rezeki Allah nak bagi, dia terus confirm untuk tempah Yahanana Events sebagai pengacara dan sistem pa sekali sempena majlis persandingan anaknya bulan Jun nanti.  

Insyaallah, untuk bulan Mei, Che Mid dah pun terima tiga tempahan - 12, 18 & 19 Mei. Untuk bulan Jun pula dah ada dua tempahan setakat ini iaitu pada 1 dan 8 Jun 2013. Jadi, pada kengkawan yang nak rekemen pada sedara mara ke atau diri sendiri.. pada tarikh-tarikh yang lain,  sila lah..boleh le hubungi Che Mid di 013-3672459 ya! Janji ditepati, kawan blogger didahulukan!


Friday 26 April 2013

Hidup Mati - Takziah dan Muhasabah

Salam Jumaat semua sahabatku yang budiman.. hari ni sentimental sikit, entah le kenapa.

Sebelum Che Mid bercerita lanjut, ingat tak kes kemalangan yang melibatkan 5 nyawa terkorban di Lebuhraya Persekutuan malam minggu lepas? Rupanya salah seorang anak muda yang meninggal tu ialah anak kawan sekolah Che Mid. Terpampang gambar kawan Che Mid dalam suratkhabar Harian Metro tapi Che Mid cuma tengok sepintas lalu.. tak terfikir yang itu adalah kawan sendiri sehingga seorang lagi kawan Che Mid menelefon dan memberitahu kisah sebenar. Che Mid bergegas tengok balik gambar tu, memang sah itu gambar kawan Che Mid sedang murung kesedihan di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Che Mid melawat keluarga arwah petang itu, mendengar sendiri kisah saat-saat keluarga itu mendapat tahu tentang kemalangan. Rupanya, ada hamba Allah yang memuat naik video tempat kejadian. Status posting mengatakan mangsa di bawa ke hospital menyebabkan sahabat Che Mid itu bergegas ke sana selepas cuba menghubungi telefon tetapi tidak berjawab.

Tak terbayang bagaimana terkejut dan sedih apabila tiba di bahagian kecemasan, mereka diberitahu bahawa semua mangsa ditempatkan di Rumah Mayat. Maknanya SAH si anak meninggal dunia, secara tiba-tiba tanpa pesan. Mereka terpaksa mengecam jenazah yang masih berbalut plastik hitam.  Kecederaan teruk di muka dan kepala mungkin menjadi sebab kematian. 

Bila ditanya pihak hospital samada mahu memandikan sendiri atau mahu diuruskan oleh pihak hospital, keluarga arwah memilih untuk tidak memandikan sendiri. Tak sanggup melihat keadaan jenazah anak.

Tetapi alhamdulillah, semasa Che Mid melawat, nampak mereka sekeluarga tabah dan kuat dengan musibah ini. Si ibu redha kehilangan anak sulung yang bakal sedang menjalani latihan praktikal dan tidak lama lagi sepatutnya membalas budi orang tuanya.

Kejadian itu membuatkan Che Mid banyak berfikir tentang kehidupan diri sendiri yang juga mempunyai anak sebaya arwah. Anak lelaki yang sedang 'naik', terlalu sibuk dengan kehidupan bujang yang aktif dan sibuk ke sana sini. Pagi bekerja, petang bersukan, malam bersosial dengan kawan-kawan hingga tengah malam; masa di rumah menjadi terlalu terhad.

Che Mid yang sentiasa ada di rumah ini pun susah sangat nak tengok muka anak. Balik je, terus mandi, solat dan keluar semula. Ada saja aktivitinya. Makan pun ikut sempat.. kalau tidak, tengok apa ada bawah tudung saji ... rasa tak berkenan, tutup semula.

Ya, memang tak menyusahkan ibu abah.. sebab masing-masing buat hal sendiri, tapi kalau dah jadi macam kes di atas tadi macam mana? Tak ke tersentak kita dibuatnya? Masa tu nak cakap apa pun tak boleh, nak pesan apa-apa pun tak guna. Tau-tau rasa macam Ya Allah, sekejap je anak aku ada dengan aku, dah 'diambil' balik...

Dan sebelum Subuh tadi kesayuan makin memuncak. Terasa seperti kita bukan isteri dan ibu yang baik. Tak cukup beri didikan pada anak-anak dan mula salahkan diri sendiri. Hidup di dunia bagaimana akhirnya dan di 'sana' nanti macamana pula kesudahannya. Andai Che Mid mati, adakah ketika itu sudah 'bersedia' untuk pergi dan 'bersedia' untuk meninggalkan anak-anak dengan ilmu dan didikan yang menjamin kehidupan baik di 'sana'. Allah! Takutnya.. airmata tak henti-henti mengalir..

 Pagi tadi Che Mid zahirkan di facebook..  


"Salam anakku yang dikasihi Farhan Azman, Farah Khalidah, Faris Khalifah dan Faiqah Khadeeja, agak-agak bila ibu mati nanti (ntah esok atau lusa) ibu masuk syurga tak? Kalau ibu dapat syurga, ibu nak anak-anak ibu dan suami ibu, Fazli Husainsama-sama masuk syurga. Kalau rasa-rasa ibu masuk neraka, tolong bantu ibu supaya ibu boleh masuk syurga ya anak-anak.. ibu takut neraka.."
Like · · Promote ·
  Maafkan kekalutan ku..


Wednesday 24 April 2013

Sup tomato versi Che Mid

Jom makan..


Terpengaruh dengan follower baru dari Turki ( tak tau nama dia sbb tak faham bahasa Turki kan..) Che Mid terbaca entri tentang sup tomato. Dia bubuh sosej.. Che Mid guna apa yang ada..

Mana tau ada sesiapa yang teringin nak cuba, resepi cincai ni.. jom tengok bahan-bahannya:-

Bawang besar ( dua biji) dan bawang putih (dua biji)
2 biji kentang, 3 biji tomato yang agak besar, 2 keping tauhu biasa,
1 paket fish ball, air rebusan daging, kiub ayam, daun pasli, garam dan gula

Caranya :-

Tumis dua biji bawang besar yang di potong dan dua biji bawang putih dalam minyak sayuran.
Masukkan dua biji kentang yang dipotong dadu, biar sehingga agak empuk.
Tambah secubit mix herbs dan separuh kiub ayam
Masukkan dua cawan air stok daging (kebetulan periuk sebelah tgh rebus daging)
Masukkan dua biji tomato yang dikisar halus
Masukkan sebiji tomato yang dipotong kecil-kecil
Biar sehingga kentang sedang elok empuknya
Masukkan 2 keping tauhu yang telah di potong kecil dan di goreng separuh garing (utk elak pecah-pecah)
Masukkan fish ball yang telah dipotong
Perasakan dengan garam dan sedikit gula
Bila kuah agak pekat, taburkan dengan daun pasli. Siap!


Inilah hasilnya.. memang sedap. Makan sebagai appetizer makan cicah roti atau makan macam tu saja. Untuk ibu-ibu dalam pantang, boleh la cuba.. yang tak pantang tak usah tanya.. 

Friday 19 April 2013

Selalu bertengkar depan anak-anak... baca ni..

Salam berhujung minggu.. Sepatutnya esok Che Mid dan gang marhaban akan berjalan-jalan 'rombongan Che Kiah' ke Muar, Tangkak dan Melaka. Tapi las minit Che Mid ada job pada hari yang sama. Event yang sepatutnya dijalankan hari Rabu lepas terpaksa ditunda ke esok. Melepaslah Che Mid nak naik cruise dan beli kain raya!  Insyaallah Che Mid akan jadi pengacara majlis anjuran Petronas Meru esok, ada program Penghargaan Pelanggan. 

Untuk tatapan para sahabat hujung minggu ni, Che Mid tinggalkan satu artikel dari fb. Memang terkedu bila Che Mid baca.  Che Mid selalu berkongsi dengan anak-anak tentang ibu dan abahnya supaya mereka faham masalah kami, tapi harap-harap tak la sampai menghilangkan rasa hormat anak-anak pada kami.. nasib baik berdua bukan jenis marah-marah tak tentu pasal..

Tak taulah siapa tuan punya artikel ini, semoga Allah merahmati beliau atas perkongsian ini..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.



Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak



Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

Sama-sama kita fikirkan....

Wednesday 17 April 2013

Penangan Cendol Tepi Longkang

Teringin nak makan cendol? Adik-adik sibuk teringin nak makan cendol, jadi abang Ayan rekemen cendol utara yang ini.. parking lori di tepi jalan di Seksyen 7.

 Masa tinggal di SP dulu, puas kami makan cendol dan laksa.. boleh kata tiap Jumaat (semasa tunggu Faris ke masjid) Che Mid akan makan laksa dan cendol sambil berbual dengan kakak jual cendol tu. Pasar malam pun ada cendol yang wangi bau pandan dan sangat lembut.. aduii.. terliuq niii..

 Kami sampai masa orang dah mula keluar ofis, kejap lagi penuh la tempat ni. Kami cepat-cepat tarik bangku, takut takde tempat duduk aka 'meja'. 

Dua orang pekerja.. seorang jaga cendol, seorang lagi handle laksa..tak menang tangan. (Suka tengok orang cari rezeki macam ni.. self reliance.. walau pun tengah panas dan hujan, tetap akur bahawa rezeki datang dari Allah swt. Eh, kalau tak kuat semangat.. tak jadikk!

 Laksa yang comot.. tapi sangat membuka selera kannnnn! Tengok hirisan limau nipis tu.. menggiurkan!

 Cendol satu mangkuk untuk setiap orang.. laksa dua mangku je.. kongsi-kongsi..

 Selamat makan petang.. orang dah mula memenuhi tempat duduk.. Tengok muka Deeja.. suka jee..

 Kakak dan adik lepaks di tepi longkang..Sape yang masih tak terliur tengok laksa dan cendol tadi.. meh tengok macamana Deeja makan..

  Deeja hantu cendol!

 Khusyuk dan tawaduk dengan cendol.. tak toleh kiri kanan dah..

 Siap tadah tangan lagi.. tak bagi air cendol menitis-nitis.. Akhir sekali Deeja hirup baki kuah cendol tu.. tonggang mangkuk tu sekali..(tak sempat snap gambar tu)

Kekenyangan.. Deeja tertidur dalam kereta. Masa abang Ayan angkat masuk ke rumah, Deeja langung tak bangun.  Percaya tak.. Deeja terus tidur sampai ke pagi esoknya..

Friday 12 April 2013

Allah Selamatkan Kami..4 in 1

Hari Sabtu malam minggu lepas, (setelah penat dari job Johor Bahru dan Subang Jaya, rasa macam nak 'reward' diri sendiri dan famili). Lama tak makan-makan tempat best-best sikit. Lagi pun kali ini sempena meraikan hari lahir abahnya, Farah, Faris dan tunang Ayan, Epa.

Tak de kek harijadi.. famili kami bukan peminat kek.. lagi pun dah puas makan kek pertunangan Ayan dan Epa hari tu. Kalau ada pun si Deeja yang tak sudah-sudah nak potong kek beday. Semua orang punya birthday kek tu kira Deeja punya jugak..

Ibu teringin nak makan bufet (after so long...) lagi pun masa tu hujan di mana-mana tapi abahnya beria nak makan di 'Steak n Ribs' di Laman Seri, Shah Alam. Orang terlalu ramai menunjukkan sambutan hebat di situ.. kami yang pertama kali ke situ pun teruja sangat la. Nasib baik ada tempat walaupun terpaksa bersempit sedikit. (Senang nak cedok makanan pinggan sebelah..)


 Abahnya dah genap 53 tahun pada 26 Mac lepas. Hey, lagi dua tahun bersara le kalau keje gomen..Abah suka sangat dengan lamb stew tuu.. semangkuk besar stew dengan roti untuk cicah .. dagingnya memang lembut dan berperisa. Memang puas makan..Sayuran yang dalam sup, ibu tukang telan sebab abahnya tak suka sayur.. enjoy gak la ibu yang minat tegar sayur..

 Farah genap 18 tahun 6 April.. semakin sweet dan tinggi anak dara ibu niii..Farah pilih mix lamb and chicken. Dia ni jenis slow eater.. order pulak double-double .. macam tak habis, tapi bila dah kongsi ramai-ramai... licin wal habiss..

 Si bujang Faris berumur 17 tahun pada 9 April. Mencuba potong lamb chop.. Syukur pada Allah, Faris dah semakin sihat. Masih terdengkot berjalan tapi tak bertongkat lagi. Bila bersekolah, tak boleh pakai kasut sekolah lagi, sebab masih bengkak sikit kaki kanannya.

 Epa pulak lahir pada 1 April.. Nampaknya, setiap tahun boleh raikan sekali..Insyaallah..Epa pilih chicken chop

 Ibu punya beday lambat lagiiiii... ibu dah lama teringin makan beef steak yang sedap dan lembut. Berbaloi datang sini.. patutla ramai pelanggan..

Bukan senang nak dapat abah suap macam ni.. mahal oiii!.. Tapi memang macam tu la kami anak beranak.. Si Deeja tu pulak asek gerak sana sini, kejap duduk di kerusi budak.. kejap ikut ibu, kejap dgn abang Ayan.. akhirnya turun jalan sana sini..

Alhamdulillah, kami sangat ceria malam tu. Lama dah tak bergurau senda dan usik mengusik. Makanan pun licin sebab sedap dan semua orang lapar. Harga kesemuanya RM158.20. Tak mahal sangat sebab saiz hidangan besar dan sangat sedap. Tempat lain ada lagi yang lebih mahal tapi makanan tak padan dengan harga..

Okay, untuk semua birthday girls and boys.. selamat panjang umur, semoga dimurahkan rezeki dan boleh beribadat sebaik-baik kepada Allah swt. Juga semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Amiin.

Thursday 11 April 2013

Gaji Pertama, Farah Belanja Makan

Salam semua, hari ini nak borak-borak tentang Farah belanja kami sekeluarga makan-makan selepas dapat gaji bulan  Mac lepas.

Farah keje sekejap di Giant Klang masa tunggu result SPM hari tu. Dapatlah dekat RM1000. Cukup suka betul dia bila cek baki duit di ATM. Pertama kali dalam hidupnya dapat GAJI, itu pun ibu kena ajar tekan-tekan di ATM tu. Bila dah dapat tahu ada duit kat bank, terus eksaited tak tau nak buat apa. Nak keluarkan ke? Eh, sayang pulak. Dah setengah jalan balik, eh, nak keluarkan duit pulak. Pusing balik la.. Malam tu jugak terus ajak kami keluar makan burger. Siap ajak atuk dengan mak nenek sekali.


 Memang Farah teringin sangat nak makan burger ni. Kami ke seksyen 7 Shah Alam. Sebab kat situ ada nasi Arab, boleh atuk makan. Atukkan tak berapa minat burger-burger niii..

 Ni dia burger besar.. YB punya!!

 Dah potong empat pun besar gak lagiii!!


 Farah dengan burger besar dan nasi Arab.. seronok betul dapat belanja orang makan ya.. semoga rezeki semakin murah.. Dua burger besar dan satu nasi Arab special campur kambing dan ayam.. cukup untuk 7 orang makan..

 Faris yang tak berapa sihat lagi pun tak mau ketinggalan.  Bertongkat kiri kanan lagi..

 Ayan dan atuk. Deeja menyelit di tengah..

 Atuk dan nenek berselera makan. Tapi yang kelakarnya, masa atuk dapat tau Farah nak belanja makan, atuk kata, " Tak sampai hatilah atuk nak makan..."  Ha ha,  mungkin kesian cucu gaji kecik nak belanja orang makan pulak..

 Tahun depan Faris belanja kakak pulak k..

 Si Deeja sibuk buat muka bila ibu nak snap gambar..berselera sungguh bila dah makan ramai-ramai

Terutama ayam yang lembut dari nasi Arab.. abang Ayan tukang suap. Deeja kunyah laju-laju pas tu mintak abang Ayan suap lagi.

Sebulan je Farah kerja di Giant. Ibu tak suka sangat sebab waktu kerja tak menentu, bila ada emcee job susah nak ikut ibu. Lagi pun ibu suka Farah duduk rumah, boleh belajar memasak. Esok lusa bila dah belajar balik dan duduk jauh dari ibu, boleh masak yang elok-elok sikit. Taklah asek masak megi goreng dan nasik goreng je..tak gitu?

Monday 8 April 2013

Hari Terbuka ATM Kem Majidee

Assalamualaikum semua.. tak lain tak bukan sudah tentu Che Mid akan berceloteh pasal pengalaman di JB hari Jumaat lepas. Harap tak jemu ya..

Memulakan perjalanan dari Klang seawal 8.40 pagi, kami singgah untuk minum pagi di R&R Seremban. Sepanjang perjalanan asyik berborak sakan, seolah-olah pergi berjalan-jalan pulak aiii..ada la sikit-sikit membelek lirik lagu, buat pujuk-pujuk hati..

(Che Mid ada berhubung dengan Kak Zakie, mana tau ada peluang berjumpa tapi tak kesampaian.. lain kali ya kak)

 Enjoy minum pagi.. ada yang makan di situ dan ada yang tapau..

Tiba di Kem Majidee lebih kurang pukul satu tengahari, kami disambut oleh Syed Alwi yang tiba awal pagi Jumaat. Kemudian diperkenalkan kepada Kapten Faiz yang incaj untuk persembahan. Lepas tu, kami dibenarkan berehat di Wisma Pegawai sementara orang lelaki bersolat Jumaat.

 Makan tengahari di kem. Pinggan siap ada cop Hak Milik Kerajaan Malaysia.. kami dilayan oleh anggota tentera lelaki. Hai, canggung bebeno rasanya..

 Logo ATM pun ada atas pinggan.. bersemangat nak makan..

 Kari ayam yang sangat terangkat.. tengok gambar pun tau kan..! Kapten Faiz tak percaya bila kami kata sedap.. Mungkin pada dia , makanan di kem takkan sama sedap masakan di rumah..

Syed Alwi dan geng Stormreaders dah makan dulu.. tak tunggu pun ya..

En Farihin dan Maman (Teacher's Pet) dan ahli perkusi tiba jam 4 petang, dan pukul 6 petang kami 'sound check'.

Tapi kami nengok je orang 'sound check'.. bila tiba giliran, azan Maghrib berkumandang.. tak jadi la sound check nya.. tak pe la nyah, kami redah je la malam ni.. (macam bagus ooii)

Wajah-wajah sebelum naik ke pentas.. eh, ada nampak muka 'nervous' ke?  Stage freight memang ada sejak dari bilik lagi.. nak kurangkan lagu lah.. tak ingat susunan lah.. sakit perut lah.. sakit tekak lah.. masa tu baru nak tulis dialog lah (Che Mid la tu..) pen pulak tak jumpa, siap pinjam orang.. aduhai..

Kerusi sorang satu.. mike sorang satu ok.. tak payah berebut-rebut..

Farah mulakan dengan qasidah pembukaan..nampak anggun dan ada aura kan.. (belum maknya lagi tu wakaka..) Teruja buat persembahan yang dihadiri majoritinya abang-abang tentera kita.. 

Persembahan pembukaan.. Kami bawakan Zikir Munajat, diikuti dengan Nasyid Ya Rasulullah. Lepas tu rancak sikit dengan Ya Thoiybah dan Ya Hanana dan diakhiri dengan Syair Taubat. Masa melagukan yang pertama, tekak Che Mid perit semacam.. dah rasa nak batuk.. berdoa dalam hati supaya Allah bantu.. Alhamdulillah, rasa perit dan nak batuk hilang. Kalau masa praktis tak boleh fokus dan asek lupa lirik, malam tu Che Mid rasa lancar je.. Kami enjoy dan boleh buat persembahan dengan baik. 

Tengok dari jauh...

Jauh sikit lagi..Orang tak berapa ramai kerana hari bekerja (Jumaat) dan gerai jualan dan pameran pun belum bermula lagi. Tapi kami puas hati dengan kehadiran dan cuba buat yang terbaik.

Sementara Che Mid and the gang atas pentas, Farihin and the gang standby... 


 Farihin membacakan syair dari Imam Dibaie.. dan diselang seli dengan zikir dan qasidah

Kiri, Maman dari Teacher's Pet juga tak ketinggalan membawa lagu ketuhanan yang diselitkan dengan qasidah dari Syed Alwi. Memang cantik jadinya..Subhanallah, tak sedar satu jam setengah mereka menghibur sambil berdakwah.
 Antara lagu yang dibawa ialah Asroqol, Ya Salam, Salamun Salam dan lagu special Syed Alwi.. Kemarrsyah!  Maman pula membawakan lagu antaranya, Kasih Ku Pinjam Wajahmu.

Che Mid namakan kumpulan kami - Kumpulan Adnani.. terdiri dari Che Mid, Farah, Ruziah dan Edah. Zira dah lena dipangkuan Umminya..Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ikut serta di persembahan 'eksperimen' ini. Insyaallah ada rezeki, kita akan melangkah lebih jauh lagi..

Bergambar kenangan dengan isteri Timbalan Panglima, Pegawai Kem dan ahli Bakat. Pengerusi BAKAT sempat beritahu mungkin akan jemput kami untuk program mereka pula.. petanda bagus tu kan..

Kesemua ahli terlibat - duduk hadapan sekali dua dari kanan ialah Kapten Faiz. Syabas tuan kerana mengurus kami dengan baik dari awal hingga akhir. Komitmen No 1! Tenteralah katakan.. Tabik Tuan! Untuk Farihin dan Alwi, terima kasih sudi bersama kami, ini kali ketiga Che Mid bekerjasama dengan mereka. Harap-harap ada lagi ke empat, lima dan seterusnya.. Insyaallah! Terima kasih juga kepada Maman yang memberi nasihat berguna kepada kami..



Farah dan Farhan - Farhan bertindak sebagai drebar, fotografer, body guard, runner dan guru vokal bidan terjun! Ayan kata dia bangga tengok ibu dan adik beraksi atas pentas.. 

Good job anak-anakku, Ibu bahagia sangat dapat menjayakan program sebegini bersama-sama. Ketika ibu diulit mimpi dek keletihan, Farah tak tidur menemankan si abang yang memandu. Berbual-bual dan menyanyi lagu mengarut di tengah malam dan di lebuhraya yang sunyi dan gelap. Malam itu juga adalah 'birthday eve' Farah yang ke 18. Kami sempat menyanyikan lagu selamat hari jadi sebelum ibu zzzzzzz...

Kami tinggalkan Kem Majidee tepat jam 11.44 malam untuk bertolak pulang ke Klang. Tiba di rumah jam 5.15 pagi, tika surau sudahpun memperdengarkan alunan al-Quran.