Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 26 February 2015

Ubi Rebus Goreng Berempah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..apa khabar hari ini..

Sejak dari kecik-kecik dulu, bila kita makan ubi goreng..ubi tu cuma di kupas, dipotong dan dilumur garam dan kunyit. Dan goreng hingga masak.

Tapi baru-baru ni, Che Mid pergi ke gerai kawan Che Mid di kampung kami ni juga lah. Dia menjual ubi goreng yang direbus terlebih dahulu selain dari ubi ungkep.  Isinya lebih lembut dan sedap dibandingkan dengan ubi goreng biasa.




Che Mid cuba buat sendiri..alhamdulillah dah di bawa ke surau untuk pengajian muslimat hari Selasa lepas.

Bahan-bahannya:-

Ubi kayu dlm 1 kg
Tepung gandum untuk celupan
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sesudu kecil ketumbar
sesudu kecil jintan manis
sesudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:-

- Kupas ubi kayu, potong dan rebus sehingga empuk 
- Mesin bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis dan masukkan dalam tepung.
- Bancuh campuran tepung dengan air. 
- Masukkan garam dan kunyit. 
- Celup ubi dalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga kekuningan



Rangup di luar, lembut di dalam..

Kalau makan ubi goreng sambil minum kopi o panas..perrgh!!

Bye ..Ma'assalamah wa ilalliqo'

29 comments:

  1. ASSALAM...BOLEH CUBA UBI KAYU GORENG CARA GINI RASANYA MESTI SEDAP..TQ PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
  2. ASSALAM...BOLEH CUBA UBI KAYU GORENG CARA GINI RASANYA MESTI SEDAP..TQ PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
  3. Salam Che MId, kalau di Kelantan kami buat tapai ubi kayu goreng...pun celup tepung jugak. Tapi tak letak la rempah segala tu :-) Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar ttg tapai goreng tu, tapi tak pernah rasa lagi..

      Delete
  4. Wahhh...mesti terasa lemak2 ubi tu Che Mid.

    ReplyDelete
  5. CM okje pun pernah makan ubi masak gini....mmg tahu sedap ....Alahai teringinnya nak makan ubi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi carik ubi kayu cepat. Jangan beli yang besar2 sangat..takut ubi tua berurat pulak..

      Delete
  6. Makan ubi banyak lah kentut ahahah eh opsss :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali tapi bila dah rebus dulu hilang dah anginnya kut he he

      Delete
  7. nampak sedap lak ubi kayu rebus goreng ni..Biasanya makan ubi rebus atau ubi goreng jer..Ini gabungkan kedua2 sekali..menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba pastu tayang kat blog sana pulak ek

      Delete
  8. Sedapnyer CM, pokok2 ubi bunda baru lagi, belum matang lagi nak korek ubinyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau gitu kena sabar dulu manyak-manyak bunda he he

      Delete
  9. Kak zai belum pernah makan mesti sedap.

    Pernah sakit perut selepas makan ubi rebus sampai sekarang takut nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai apa yang tak kena sampai sakit perut kak..he he

      Delete
  10. Kalau keledek ngn sukun goreng ngn ramuan celupan macam ni pun sedap jugak kot yea CM?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan..patut cuba kan..manis-manis berempah gitu kut..

      Delete
  11. Selalu ubi rebus cicah sambal ikan bilis kan.. yang ni boleh cuba..tukar selera...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini tak pedas Aishah..sebab takde cili..kena cuba ni ..

      Delete
  12. saya pernah dengar orang cerita pasal ubi rempah ni atau ubi ungkep... tapi tak pernah rasa... kalau begini lah senang nya nak buat... okey minggu ni jugak saya beli ubi...

    ReplyDelete
  13. Wah Kak Mid, sedapnya ubi goreng, tapi baru first time dengar rebus dahulu..

    ReplyDelete