Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 31 October 2011

Sajian Sepanjang Minggu

Sajian sepanjang minggu

 Sambal Sotong Berkentang

Bahan-bahan :

5 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
2 biji kentang dipotong sederhana
Cili api, taruhlah banyak kalau nak pedas
2 biji cili besar - buat cantik-cantik je
Bawang besar
Bawang putih
Dua biji tomato di potong empat
Sebatang serai dan sedikit halia untuk hilangkan bau sotong
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan minyak
Cara membuatnya - goreng macam biasa dan hidang



 Pecal keli sawah dan jantung pisang

Bahan - bahan
Sekilo ikan keli ( Che Mid beli dari sawah punya.. best!) 
- di siang, cuci, campur garam dan kunyit. Golek atas tepung gandum baru di goreng supaya tak meletup-letup.
Sebiji jantung pisang, belah empat dan celur.

Segenggam cekur - ambil daun dan akarnya sekali
Bawang merah dan putih 
Cili padi
Santan pekat dari sebiji kelapa
Garam, gula dan asam jawa

Cara membuatnya :

Kisar cekur, bawang dan cili padi, tuang dalam kuali tanpa minyak. Masukkan juga santan pekat dan kacau perlahan. Masukkan garam, gula dan asam jawa secukupnya. Bila hampir mendidih, masukkan ikan keli dan jantung pisang.




 Nasi goreng lobak masin

Cara membuatnya - Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah dipotong kasar-kasar. Masukkan belacan dan ikan bilis. Masukkan lobak masin yang juga dipotong kecil. Masukkan nasi putih yang telah digaul garam. Akhir sekali masukkan telor. Bila dah sekata kira dah jadik la tu. Masa makan tu, enjoylah dengan bawang dan cili sekali jangan dibuang tau..

  Nasi goreng Cina

Cara membuatnya -
Gaul nasi putih dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

Tumis bawang putih yang dah dipecah-pecahkan. Masukkan sotong, fishball dan udang. Pastu masukkan sedikit kiub ikan bilis dan sedikit sos tiram dan minyak bijan jika ada. Masukkan nasi dan telur. Siap


Mee hun goreng tom yam
Bahan-bahan
Sebungkus mee hun direndam
Makanan laut seperti udang, sotong , bebola ikan dsb
Sayuran - kubis bunga, lobak merah, putik jagung, capsicam, daun limau purut
4 batang serai
Bawang merah dan bawang putih secukupnya
garam
Kiub tomyam (che mid suka adabi)
Satu paket rempah tomyam (adabi juga)
Tambah limau kasturi (jika suka lebih masam)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat - Goreng seperti biasa.

Kek Lobak (Resepi Newbie, Myresepi.com ) Sekali buat terus jadi. Guna minyak tak guna mentega.
 

Ayam Nenas tiru dari dapur Amie. Sedap sangat...terutama ayamnya. Lembut di dalam, rangup di luar sebab diperap dan disalut tepung jagung.

Che Mid tak sempat tulis resepi kek dan ayam nenas ya, Deeja dah merajuk Che Mid tak layan dia...!

Friday 28 October 2011

Senda Jumaat - Macam-macam Ada

Pagi minggu yang aman damai, bertempat di Pasar Taman Ria, Sg Petani.  " Bang, kita sarapan dulu la.. ".

Spesel menu di salah satu gerai... Che Abang makan roti jala. Faris makan nasi lemak bungkus je. Deeja kacau sana sini..

 Roti jala berkuah ayam seketul

 Spesel betul ni - Peknga kelapa berkuah kari ikan temenung. Che Mid jumpa hanya di Kedah je.. tempat lain tak tau la pulak..

Rasa lemak-lemak manis gitu..

Dah 2, 3 kali ke tempat ni. Kena cepat kalau tidak tak dapat rasa peknga ni. Masa Che Mid datang ni pun, serabai dah habeh. Serabai tu rupa dia bulat juga tapi tebal macam roti bom.

Dah kenyang... kami nak masuk ke pasar pulak. " Abang dengan Deeja naik kereta la, carik paking dekat sikit.. Ida jalan kaki je dengan Faris.."  

Sekejap-kejap Che Mid peluk lengan anak bujang sambil mata melilau melihat jualan di gerai tepi-tepi jalan tu. Ada ayam kampung hidup, sayur kampung, kuih-muih bermacam jenis dll. Biasalah sekejap Che Mid jalan ke depan sikit, kejap kang Faris terkedepan.. maklumlah berjalan di celah-celah orang ramai. 

Sampai di gerai apa ntah, Che Mid peluk lengan Faris, nak tunjuk sesuatu. Tapi  " APASAL BAJU  NI KEMEJA HIJAU, KAN FARIS PAKAI T-SHIRT KUNING???" Aaaa... SALAH ORANG! 

Cepat-cepat Che Mid lepas tangan. Rupanya Faris ada betul-betul belakang orang baju hijau tu. Jam-jam tu jugak Che Mid heret dia ke tempat lain. Laju-laju... tak pandang kiri kanan dah..! Dah jauh, baru Che Mid berani toleh ke belakang.. hi hi orang lelaki berbaju hijau tu ada lagi kat situ. Sorang nampaknya.. kalaulah ada isteri dia sekali.. silap hari bulan Che Mid dapat penampar free!  MALU!

Sampai di kawasan pasar basah, Che Mid cuba hubungi Che Abang...carik henfon dalam poket seluar.. takde, dalam henbeg...takde...tertinggal dalam kereta kut. Suruh Faris telefon abahnya. Che Abang kata takde dalam kereta pun... 

Che Abang hubungi nombor Che Mid, ada bunyi tapi tak berangkat.. manalah henfon ni. Balik dari pasar, kami singgah di gerai peknga tadi. Kelam kabut tuan punya gerai tu kejap, tapi memang takde henfon sesape tertinggal kat situ. Mungkin di rumah...(menyedap hati je tu sebab konfiden Che Mid simpan dalam poket..)  Tapi kalau betul-betul hilang, ada can Che Abang terpaksa beli baru. Henfon tu pun dah buruk sangat, skrin pun retak kena Deeja hentak!

Akhirnya, hampir tiba di rumah, henfon Che Abang berbunyi. Seorang hamba Allah beritahu terjumpa henfon tu di tempat letak kereta di pasar tadi.

TAK JADI LE DAPAT HENFON BARU..WUAA!



Tuesday 25 October 2011

Ayah Nak Kawin Lagi..

" Salam aunty, Ina (bukan nama sebenar) akan dapat mak tiri.. Ina sedih sangat ni tapi ayah beria-ia.. Ina tak tahu nak ngadu kat siapa.. Sedih sangat-sangat.. apa perlu Ina buat? Ina sayang arwah mama.. Ina tak boleh terima perempuan tu lagi dalam hidup Ina.."

SMS ni Che Mid terima dari anak seorang sahabat yang telah pun meninggal dunia tahun lepas akibat kanser payudara.  Henfon pula meragam, tak boleh hantar keluar SMS, jadi Che Mid tak dapat menjawab segera.  Simpati pada anak ini yang baru kehilangan ibu tercinta. Bakal isteri baru ayah dianggap pengganti mama yang sangat-sangat disayangi. 

Bagi Che Mid, itu perasaan normal bagi seorang anak. Namun, Che Mid mohon komen dan nasihat dari pembaca budiman yang rata-ratanya adalah ibu dan ayah. 

P/s : Ina pembaca senyap blog ini. Sekiranya Ina dah terbaca sebelum aunty beritahu, ambil ini sebagai nasihat dari seorang tua terhadap anak sendiri. Fikir baik-baik dan ambillah jalan tengah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Komen aunty akan menyusul kemudian.

Friday 21 October 2011

Senda Jumaat - Abang Lambat Sikit

Sebelum teruskan bersenda gurau hari ni, Che Mid nak rujuk sekejap pada pengomen entri Hari Tanpa Lapar. Alhamdulillah, entri Che Mid telah 'ditemui' oleh Zarith sendiri. Dia telah juga menitip ucapan terima kasih atas semua komen anda semua. Ini menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan program tersebut.

______________________________________________________________________________

Semalam pukul 5.15 petang. Che Mid telefon Che Abang.

Che Mid    :   Abang balik cepat ke lambat hari ni. Ida puasa ni. Lauk dah habis. Tadi nak ke kedai hujan lebat sangat. Kalau abang lambat, Ida pergi pasar malam sendiri je la. Deeja tinggal dengan Faris. Kalau abang balik cepat, Ida tunggu abang balik dulu...

Che Abang  :  Ish, jangan tinggal baby dengan Faris tu, abang tak percaya la.. baby tu kan lasak.. tak terjaga abang nya tu. Tunggu abang balik... sebelum pukul 6 nanti abang sampai, ok.

Dah terbayang nak beli ikan siakap dan sayur kangkung. Siakap tu nak bakar je, cepat sikit. Kangkung tu goreng belacan pun sodap, tak puas kalau makan kat kedai tomyam. Ingat nak beli moi sup dengan apom lenggang, Deeja suka...

Jam dah 6.15.... tak sampai-sampai lagi.

Jam 6.45 petang... (Maghrib pukul 7.05 minit ni...)

Che Abang   : Err.. (suara bersalah la tu..) Abang lambat sikit ni.. (Baru nak eksplen, bini dah potong..)

Che Mid       :  Ala, bukan lambat sikit.... lambat banyak ni...

Che Abang   :  Takpelah,  Ida makan la apa-apa dulu, nanti abang belikan apa Ida nak..

Che Mid       :  Tak payah. Balik je terus.. (Geram ni... )

Jam 7.20, Che Abang sampai rumah. Ni la yang kami makan untuk buka puasa dan makan malam..Che Abang nak kave emberesmennya (tak boleh cakap Melayu.. lucah) terus kata, " He.. SEDAPNYA!!"


Lempeng  jee...pasangkan dengan sambal tumis ikan bilis. Ada baki kari dal daging sikit semalam.

Kenyang pun, tak payah keluar duit. Tengok stok apa yang ada.. boleh jadi menu yang menyelerakan. (pinggan tu pinjam Deeja punya, ada kompatmen.. macama kedai mamak.. hi hi) Kami tak makan nasi malam tu..

Wednesday 19 October 2011

Diari Seorang Muslimah

Sahabat Che Mid, As nama dia, pernah berziarah ke rumah selepas Che Mid bersalinkan Deeja. Berikut ialah perbualan kami yang Che Mid rasa boleh dijadikan pedoman kepada para isteri terutama surirumah.

Sesiapa yang tidak bersetuju, tidak mengapa.. berlapang dada saja. Dari dulu lagi nak kongsi tapi tak berkesempatan.. Mohon izin tukar gantinama kepada 'aku'.

As adalah seorang ibu beranak empat, dua lelaki dan dua perempuan. Pernah bekerja tetapi telah lama juga menjadi surirumah sepenuh masa sambil menerima tempahan membuat kek dan biskut raya. Dia bukan berasal dari Klang tetapi membeli tapak rumah dan telah beberapa tahun tinggal di situ. Kami saling mengenali melalui kuliah agama di surau berhampiran. Hari itu, As berbaju blaus labuh dan berseluar panjang serta bertudung warna lembut sesuai sekali dengan orangnya yang manis dan lemah lembut.

Kami berbual di ruang tamu. Ketika itu tv menayangkan drama Korea kesukaanku. Biasalah, orang dalam pantang.. banyak masa lapang.. As memulakan bicara, " Akak masih tengok cerita-cerita macam ni lagi? As dah lama tak tengok..".  Aku terkedu sebentar. " Err.. tengok juga kadang-kadang".  "Habis, As tengok program apa?" As kata, " Tanyalah Ustaz, Halaqah, Al-Quliyyah dan Semanis Kurma". 

Sambil mengangguk-angguk, aku mempelawanya minum air coke sejuk yang aku hidangkan. " Dah lama As berhenti minum air gas ni.. minum sikit-sikit ok laa". Aku tau dia minum tu sebab aku dah hidang, sekadar menghormati tuan rumah. Emm, ada sesuatu pada As ni yang boleh dikongsi ni. Nak 'korek' lagi la..

Aku kata, " As, sejak ada baby ni, jadual akak dah lari la.. tak boleh lagi nak aktif ke surau dan masjid macam dulu... nak bangun malam tahajjud pun dah susah.." As jawab, " Takpe kak, pahalanya besar jaga baby ni, masa beranak hari tu, dah terhapus semua dosa akak.. Allah Maha Tahu kak."

Terus aku bertanya, " As, sejak bila As dah jadi lain ni.. cuba cerita pada akak jadual As dari pagi?". Jawabnya, " Alah kak, dulu As pun macam tu, kaki TV suka buang masa tak tentu hala. Tapi bila suami dah ajak pergi haji, hati pun dah mula teringin nak berubah supaya bila pergi haji nanti betul-betul bersedia." Lepas tu As pun rancak bercerita lagi.

" As bangun pukul 4.30 pagi tiap-tiap hari, terus mandi. Lepas mandi kejut suami pulak. Sementara suami mandi, As mula solat tahajud, taubat dan hajat atau buat lah apa-apa yang sempat. Sambil tu, kejut anak-anak yang dua orang tu. ( Dua orang lagi tinggal di asrama) Kami bersiap untuk solat subuh di masjid. ( Rumah As agak jauh dari masjid, mereka terpaksa berkereta ke sana). Sebelum ke masjid As siapkan dulu bahan untuk buat sarapan pagi.

Balik dari masjid, As sediakan sarapan pagi sementara suami dan anak-anak bersiap untuk ke pejabat dan ke sekolah. Usai bersarapan kira-kira jam 7 pagi, As menghantar anak-anak ke sekolah yang terletak kira-kira 5 minit dari rumah.

Tiba di rumah kira-kira jam 7 suku pagi, As akan menonton Tanyalah Ustaz sambil bersarapan. Tamat program tu, As akan bersolat Dhuha, mengaji al-Quran seperti surah al-Waqiah dan kemudian berzikir Ma'thurat pula. Kira-kira jam 10 pagi barulah As mula buat kerja dapur .. menyidai kain dan memasak dll

Hampir pukul 1 tengahari, As ke sekolah menjemput anak-anaknya pulang. Tetapi As tak pulang terus, sebaliknya singgah di masjid. Sambil menantikan azan Zuhur, As dan anak-anak akan makan tengahari dengan bekal yang di bawa dari rumah tadi di dalam kereta. Subhanallah!!

Sebelah petang, As dan anak-anak berehat di rumah kecualilah jika ada aktiviti di surau atau anak-anak ke sekolah. Solat Asar di rumah. ( Maafkan aku, bab ni aku lupa.. dia ke masjid ke tidak.. aku 'assume' je dia kat rumah)

Seluruh ahli keluarga akan bersolat maghrib di masjid dan menghadiri kuliyyah Maghrib bersama-sama dan hanya balik ke rumah selepas solat Isya'. Malam tu barulah sambung dengan kerja sekolah dan lain-lain.

Hujung minggu, (Sabtu dan Ahad) mereka akan bersolat Subuh dan sama-sama menghadiri kuliyyah Subuh di masjid atau mana-mana surau berhampiran. 

Aku menyampuk, " Ya Allah seronoknya dengar... tapi suami akak tak macam tu la.. dia tak pernah bangun tahajjud pun.." As menjawab, " Kak, dalam keluarga .. apa-apa pun isteri dan ibu kena mula dulu. Saya dulu bangun malam nak solat, saya kejut suami.. eh.. tak nak bangun ke.. ajak dia baik-baik..lama-lama dia ikut kak. Anak-anak pun macam tu, memang susah nak bangunkan dia orang tu. Tapi apa pun, kita kena kuat... dan jangan putus doa.. kerana Allah juga yang buka hati mereka, kita cuma boleh usaha je.. Alhamdulillah, balik Haji suami kata dia nak buat macamana kita buat di masjidilharam, tak nak tinggal solat jamaah di masjid.."

Begitulah cerita As yang buat aku kagum dan terpegun sangat. Aku yang bangun malam seminggu tak sekali pun, perasan dah bagus sangat. Baru solat Dhuha 2 rakaat dah perasan bagus.. tapi rupanya tak sampai berapa peratus dari apa yang As lakukan. As sudah berjaya melibatkan seluruh ahli keluarganya ke masjid. Allahuakbar!

Patutlah anak-anak As nampak sangat taat pada ibu bapanya. Pandai-pandai pulak tu. Yang sulung di Uni Sains Islam Malaysia, yang kedua di sekolah Bestari Subang Jaya ( 5A UPSR).. tentu sekarang dah masuk IPT..yang ke tiga sebaya Farah, dapat 9A PMR dan yang kecik sah-sah 5A UPSR.

Tujuan utama aku tulis ni adalah untuk naikkan semangat aku. Dulu masa tinggal di Klang, Alhamdulillah, kira rajin jugalah.. tapi sejak tinggal di SP ni, tambah-tambah ada Deeja kecik tu.. alasan lagi... aduiii...semakin jauh rasanya dari masjid..

Juga kepada isteri tidak bekerja, buang jauh-jauh sindrom segan pada orang yang bekerja, rasa rendah diri dsb. Berbanggalah kerana duduk di rumah. Maknanya, suami beri ruang dan peluang untuk kita beribadat dengan sebanyak-banyaknya.

Penutup, teringat Ustazah pernah berkata, " Barokah dari seorang isteri yang bersolat Dhuha di rumah, diikuti dengan membaca surah a-Waqiah setiap hari.. suaminya bekerja dengan tenang hatinya, cepat naik pangkat.. Renung-renungkan..

Buat As, andai As terbaca, redhakan entri ini ya. Mungkin bagi As, sekadar berbual tetapi pada akak, ia sangat terkesan..Alhamdulillah.





Monday 17 October 2011

Hari Tanpa Lapar

Dua orang hamba Allah bernama Zarith Naquiah dan Shahrul telah tampil di Malaysia Hari Ini pagi ini mewar-warkan aktiviti berkonsepkan Hari Tanpa Lapar. Mereka menyediakan makanan buat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dengan menjadikan Masjid Jame' Kuala Lumpur sebagai pusat edaran pada setiap malam Jumaat dan Sabtu.

Berikut adalah antara soal jawab di antara Wardina dan Elly Iskandar dengan Shahrul dan Zarith yang boleh Che Mid kutip.

Soalan : Mengapa memilih untuk memberi orang makan, bukan perkara lain?
Jawab  :  Sebab perkara paling asas sekali ialah makanan. Orang boleh hidup tanpa tempat tinggal tapi orang tak boleh hidup tanpa makanan.

Soalan  : Macamana bermulanya aktiviti ini?
Jawab  : (Zarith) Saya bertanya pada Shahrul macamana nak buat sebab Shahrul dah biasa buat (melalui Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan). Shahrul kata buat je dulu, jangan fikir nak dapat dana ke bantuan ke...so, saya pun buat la. Lepas tu kami berbincang dan bergabung. Saya lebih kepada publisiti dan Shahrul menguruskan makanan.

Soalan  : Dari mana dapat dana?
Jawab  : Kebanyakan dari individu dan NGO. Sekarang ni cuba nak minta dari Kementerian Wanita. 

Soalan  : Sape masak?
Jawab  : Kami upah katerer, tapi ada juga orang perseorangan yang bawa sendiri makanan dan edarkan. 

Soalan : Sukarelawan?
Jawab  : Kawan-kawan, pelajar IPT dan kawan-kawan yang tahu dari facebook. Ada yang datang sejauh dari Melaka untuk jadi sukarelawan. Sekali turun dalam 50-60 orang sukarelawan.

Soalan : Apa hikmahnya buat macam ni?
Jawab  : Melalui pemberian makanan ni, kita boleh tau masalah lain yang gelandangan ni hadapi dan cuba tolong. Contoh, kalau takde kerja kami cuba carikan kerja, kalau sakit kami cuba bantu dari segi perubatan. Kami juga beri tarbiyah supaya mereka dapat keluar dari kelompok gelandangan ini.

Soalan : Apa yang mereka paling perlukan selain makanan?
Jawab : Medikal, sebab mungkin mereka ada duit tapi cukup-cukup untuk harian saja, tapi tak cukup untuk medikal. Kadang-kadang tengok kaki ada yang berkudis..

Soalan  : Cukup tak makanan yang disediakan?
Jawab  : Sentiasa berlebih, tak pernah tak cukup. Lebihan makanan tu, kami akan edarkan ke kawasan lain seperti masjid Wilayah dll dengan menaiki motosikal dan kereta. (Wardina menyampuk, " Itulah tanda barokah..")

Che Mid menitiskan airmata menontonnya, bukan kerana kesian sangat pada gelandangan tu, tapi kerana usaha tulus anak muda seperti Zarith dan Shahrul. Menjawab soalan, Zarith berkataa, " Allah berikan saya ilham, jadi saya mesti kongsikan amanah ini dengan semua orang. Dulu saya takde duit dan takde kerja, sekarang saya dah ada kerja jadi saya mesti tolong orang lain pula."

Zarith juga memohon peruntukan 1MDB dan peserta Sejuta Impian. 

Che Mid dah jumpa facebook Hari Tanpa Lapar, jadi kita sama-sama hayati perjuangan mereka. Dari gambar yang dipamer, Masya Allah, memang ramai gelandangan di KL ni. Kalau mahukan keterangan lanjut boleh hubungi di emel Zarith Naquiah.gmail. com 



P/S  : Che Mid berfikir sejenak.. kalau setakat gaji operator pengeluaran atau kerani di KL tu, memang kena ikat perut selalu...

Friday 14 October 2011

Haid... Suami pun wajib baca

Sepatutnya Che Mid nak cerita lain, tapi tiba-tiba teringat pasal haid. Nape ya?

Doktor Hasmiyah dari Klinik Huda, kawan sekolah Che Mid , pernah beri nasihat berikut pada Che Mid selepas beberapa bulan Deeja dilahirkan.

Untuk ibu-ibu muda, memastikan bila tarikh haid dan tempoh haid adalah penting untuk tahu bila waktu subur. Pada yang mahu anak lagi, kelewatan datang bulan mungkin menandakan kita akan mengandung. Itu biasalah kan..

TETAPI

Bagi ibu-ibu berumur (bukan tua tau...) yang yang dah rasa-rasa takkan beranak lagi, selalunya dah tak kisah period ke tidak. Kalau lewat datang bulan selalu kita anggap, " emm.. dah nak menopouse la tu...".  Tanggapan sebegitu adalah SALAH.

Mengawasi tarikh dan tempoh period adalah SANGAT penting. Pada waktu inilah, kita kena tengok betul-betul dan CATAT, tarikh period dan berapa lama.  Warna dan kuantiti darah juga kena tengok betul-betul. Pendek kata jangan ambil mudah tentang period ni.  Umur 40 tahun ke atas adalah semakin terdedah kepada penyakit-penyakit wanita seperti kanser servik dan kanser pangkal rahim. 

Bila berlaku pendarahan di luar waktu biasa period, maknanya kita kena berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi jika keluar darah selepas hubungan kelamin. Jangan buat tak kisah je, sebab tak rasa sakit. Doktor kata, " Kalau tak rasa sakit, LAGI BAHAYA!".  Rasa sakit mungkin disebabkan luka luaran tetapi kalau tak rasa sakit tapi keluar darah, mungkin ada masalah di dalam rahim. Jika pendarahan berlaku lagi 2 atau 3 kali berturut-turut, jangan tunggu lagi terus buat pemeriksaan di klinik.

Bila doktor tanya kitaran haid nanti, kita tau dengan tepat apa yang berlaku, sebab ada rekod. Tak payah agak-agak atau tanya suami. (Suami tak ambik tau hal period - period ni, yang dia nak tahu taim tak period.. lagi lama tak period lagi bagus ha ha)

Wahai ibu-ibu, percayalah pada kata hati. Kalau hati rasa lain macam je, maknanya sudah masanya kita berbuat sesuatu.

Hai, masa Che Mid tulis ni pun dah rasa seram sejuk....para suami.. ingatkan isteri jugak ok.. Isteri ni bukan tak tahu hal-hal kesihatan seperti pap smear lah.. mammogram la... tapi tak buat pun.. sebab tak rasa sakit.. Tugas suami la nak ingatkan!!! Kata sayang bini...

Tuesday 11 October 2011

Pukul anak untuk mengajar atau...

Semua orang marah anak. Che Mid tak pastilah kut kut ada ibu atau bapa yang TAK PERNAH marah anak. Memang anak soleh la tu..

Persoalan yang Che Mid nak kongsi hari ni ialah, ketika kita marah - samada melalui perkataan - bebel, tegur, tengking, jerit dan sebagainya atau melalui perbuatan - tampar, pukul, cubit dan sebagainya.  Apa yang bermain difikiran kita pada masa tu..

Adakah kita marah sebab

1) Lepas geram sebab anak melakukan kesalahan. Asal tak kena je kita pukul, buat salah sikit je kena jerit. Masa kita marah tu, suara kita pun makin lama makin tinggi atau bergetar. Kadang-kadang terasa darah menyirap naik atas kepala..

2) Suka-suka ( eh ada ke hobi pukul anak ). Ini kes dah biasa memukul, anak-anak dah lali. Mak bapak pulak dah terbiasa, asal dekat je dekat kita, tangan pun ikut naik. Mana sempat la.. dapat telinga kena piat, dapat paha kena cubit, dapat kepala kena ketuk... Tempat pulak tak menentu, kat rumah dah tentu kena, kat Tesko ke pasar malam ke, depan orang ke belakang orang lain kira..

3) Mengajar anak - Ini paling tepat tapi paling susah nak buat. Seharusnya tiada unsur emosi semasa menghukum anak, ditakuti syaitan dah pun masuk dalam badan kita pulak.

Tepuk dada tanya selera..

Ok, cuba tengok ni..

Seorang ibu menyuruh anak dara suntinya mengambil pakaian dari dalam kereta. Entah apa alasan yang anak tu beri, akhirnya si ibu yang mengambilnya sendiri. Si ibu kemudiannya membawa pakaian itu dan dicampakkan ke muka si anak. Masa tu ada sedara mara kat situ.

Ini satu lagi kisah, satu keluarga menziarah orang sakit di wad hospital. Anak yang kecil suka bila salah seorang sedara hulur jajan pada dia. Si kakak pulak ikut berebut sampai menangis-nangis, walaupun ditegur mak bapak dengan cara paling berhemah. Balik je, dalam kereta... si bapak pun 'bantai' si anak sambil menjerit-jerit. Esoknya, sebelah mata si anak dah jadi merah... cedera la tu akibat penangan si ayah.

Ha, puan-puan dan tuan-tuan pulak macamana?

p/s - Mak Che Mid dulu, suka sangat cubit kat paha. Dia punya cubit tu macam kerengga, haluuus je tapi sakitnya.. sampai sekarang teringat-ingat..

Deeja nangis lepas ibu babab sebab kerjakan marjerin

Monday 10 October 2011

Pak Cu Mohamad bin Seman dalam kenangan

Selalunya bila tiba giliran beraya di Kuala Lipis, kami akan balik ke kampung asal abah mertua di Jenderak, Kuala Krau, menziarahi rumah pusaka yang di diami adik bongsu abah, Pak Cu Mat.

Tapi Raya baru-baru ni, entah kenapa kami tak jadi pergi walaupun dah berbincang mahu ke sana dengan adik beradik lain. Antara alasannya ialah Che Mid dan suami keletihan akibat berjalan jauh dari Sg Petani - Klang - Lipis. ( Teringat Pak Cu pernah kata, " Kawan tak ke mana-mana raya ni, tunggu anak-anak buah datang..")

Genap sebulan lepas Raya, dapat berita Pak Cu tenat di hospital Temerloh. Masa tu abah dan emak dah bersiap nak ke KL sebab nak berjumpa dengan keluarga dari Singapura. Ateh dan isteri yang bergegas menziarah ke Hospital Temerloh memberitahu Pak Cu dah nazak. Hari Sabtu 2 Oktober, abah, emak, dan adik beradik lain bergerak dari KL ke Temerloh. Dapatlah bertemu dengan Pak Cu dan keluarga. 

Che Mid dan suami tak dapat ikut serta sebab Faris nak PMR 2 hari lagi tapi kami ralat sungguh sebab tak jadi balik raya hari tu.

Jam 10.30 malam yang sama, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke KL, menerima berita Pak Cu telah meninggal dunia. Innalillah.. daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Di hari pengebumian, kami pun tak dapat balik sebab Faris sedang PMR, takkan nak tinggal dia sorang-sorang di SP. Bukan dekat Sg Petani dengan Kuala Krau, Pahang.

Kenangan terakhir bersama Pak Cu Mohamad bin Seman tahun lepas. Diapit oleh suamiku dan Acam. Gambar diambil ketika majlis walimatul urus anakanda lelakinya.

Menurut suami Che Mid, Pak Cu adalah pak sedara kesayangannya. Masa kecik-kecik dulu Pak Cu pernah ajak dia pergi tangkap ikan di paya, naik sampan kecik  menyeberangi Sungai Pahang dan mandi air perigi jauh di hujung kampung. Bila balik ke kampung, mesti ada hidangan istimewa seperti daging rusa, kijang atau landak menanti kami.

Kini semua tinggal kenangan. Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga telah berkumpul di Shah Alam menyedekahkan tahlil buat arwah. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah swt, dan keluarganya sabar dan kuat dengan pemergian arwah. 

P/s : Kisah Pak Cu ini juga termuat dalam blog Nizam. Nizam ialah anak saudara sebelah isteri Pak Cu.

Tuesday 4 October 2011

Raya Dah Habis, Makan tetap makan

Giliran staf Che Abang pula bertandang ke rumah pada 29 September, tapi tak sedar dah habis raya. Tak pe lah, janji dapat datang dan berkenalan dengan Che Mid dan anak-anak dah cukup mengujakan. 

Menunya ialah lontong dan chicken chop juga. ( Bulan ni dah tiga kali Che Mid masak lontong!) Tetamu datang selepas waktu kerja terus dari pejabat.. emmm.. memanglah tengah lapar..dah tau dah..

Che Mid tak buat rendang tapi digantikan dengan daging  palembang, juga nasi himpit dan kuah lontong.

Dada ayam panggang lagi.

Coleslaw dan kentang putar juga ada.. tak mau tepek gambar makan banyak-banyak, ada yang terliur lagi nanti!

Paling spesel - Rojak buah ( esoknya, terus dapat tempahan dari Nawal dan Idawati.. terima kasih ) 

 Dari kiri - Mawi, Yusof, Yusmili dan Fauzi sedang rancak menjamu selera.. jangan malu-malu.. makan sampai kenyang!

 Dari kiri - Dua orang pelatih praktikal ( sori, bos tak ingat nama dik..) dan Fatimah. Meja makan kami keluarkan dari dapur supaya semua tetamu dapat duduk di kerusi. Senang sikit nak makan ciken cop tu..

 Pengantin baru, Wani dan suami juga sudi hadir

 Idawati dan Yusmili sedang menikmati rojak buah. Entah apalah yang Deeja cuba bagi tau Ida tu..eh.. ada juga yang bersila atas lantai!

 Duduk dari kiri - Syuhadah, Jasmilia dan Nawal. 

Chef of the day - bujangku Faris yang dapat tugasan memanggang ayam. Terima kasih Faris sebab tolong ibu!

Terima kasih pada staf  HR yang telah datang berziarah. Che Mid tumpang seronok melihat anda semua enjoy makan. Lain kali datang la lagi, Che Mid masak lagi!