Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 12 March 2014

Sambal Bilis Rangup

Assalamualaikum semua

Rasa macam malas je nak berblogging..layu je..padahal ada entri nak buat ni, rasa macam tak sesuai je...

Boleh ke Che Mid cerita pasal makan-makan... sesiapa yang tengah takde mood nak masak leceh-leceh, kat sini Che Mid letak resepi sambal bilis paling mudah. Mak Che Mid selalu buat macam ni je, kalau dah tak de lauk atau tak de masa masak beria-ia. Makan dengan nasi panas atau nasi sejuk semalam pun jaddikk!

Tapi bila Che Mid tayang di FB, ada sahabat yang tak pernah buat macam ni..siap tanya macam mana masaknya..

Bahan utamanya ialah
1)  Ikan bilis..yang kecil-kecil pun sedap juga, tapi yang Che Mid tunjuk ni, Che Mid kopek sendiri..
2)  Bawang merah/bawang besar dan bawang putih, bubuh banyak-banyak pun takpe..
3)  Cili api, nak pedas kasi lebih..kalau nak cantik sikit, tambah cili merah 2,3 biji..

Tu je pun bahannya.. tapi hari tu Che Mid terjumpa resepi canggih sikit, ada tambah perasa tomyam..jadi tambah dengan halia, serai, daun limau purut diracik halus dan kiub tomyam.

Kalau nak tambah kacang tanah goreng pun lagi sedap. 


 Cara-caranya : Goreng berasingan..ikan bilis dan kacang tanah.

 Goreng juga bawang merah, bawang putih

 Bila bawang dah layu, masukkan cili yang dah dihiris macam ni..

Kalau ikut original resepi mak, dah boleh masukkan bilis..kacau-kacau lebih kurang, matikan api. Siap!

Edisi terbaru resepi ni, tak jumpa pulak link asalnya..maaf,  masukkan hirisan daun limau purut, halia dan serai. Bila dah kering..masukkan kiub ayam..kacau cepat-cepat, masukkan bilis dan kacang.. Siap!

Ni dia hasilnya..

Ha, kalau nak tau sambal bilis Che Mid dah pun sampai ke Dubai..kawan baik Che Mid dah bawa balik ke sana.. alhamdulillah, bila sampai di sana, masih rangup lagi bilis dan kacangnya.. Jom cuba!!

31 comments:

  1. Selalu gak buat CM....tapi tak confirm rangup hehe.....
    OKje buat selalu pakai cili kering CM tu yg tak rangup tu....Lagi satu kalau nak buat ikan bilis rangup ni....kena banyak ikan bilis kan CM... tu yg tak tahan tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yang ini pantang kena air...tu sebab semuanya di goreng dan kemudian di campur semula..serius rangup!

      Delete
  2. Pembuka selera ni che mid.. saya pun Selalu masak macam ni.. nak cubs pulak letak tomyam tu pulak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa hirisan daun limau purutnya ya..

      Delete
  3. Aina suka goreng dgn tampe buat kering sikit pas tu ngap2 sambil tengok tv ngalahkan org jawa!

    ReplyDelete
  4. Makan ngan nasi panas, tak perlu yg lain dah

    ReplyDelete
  5. wah padan rupanya pati ayam dengan ikan bilis. boleh cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  6. Eh... mcm mana Che Mid boleh baca fikiran saya ni???. Haha.. Saya baru
    je berangan2 nak buat menu ni tadi (tapi tak jadi sbb cili padi abis). Tp
    resepi Che Mid ni nampak lebih sedap, harus saya cuba nt... tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah boleh baca fikiran tu..kena bersemuka pulak ni..

      Delete
  7. wah versi ni akak belum pernah buat boleh try ni cikmid, tadi buat sambal jugak tapi versi biasa lah cilikering

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak malunya kak Noor komen kat sini...oh kena cuba versi rangup ni..

      Delete
  8. masukkan hirisan daun limau purut, halia dan serai..

    tak pernah try..boleh try ni..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap. Bley try. Saya klo masak ikan bilis ni memang suka bubuh bawang banyak2. Letak sos tiram & kicap sket. Pastu tabur cili padi. Erkkkk...rasa mcm nak buat ikan bilis lah mlm ni..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang senang bila ikan bilis sentiasa ada dalam simpanan..agak-agak malas atau nak cepat, goreng je..

      Delete
  10. Replies
    1. Tak sempat sampai sana, dah habih dalam kereta..kruk krak kru krak..

      Delete
  11. assalam che mid..terliur acik tengok gambar sambal bilis rangup ni.

    ReplyDelete
  12. akak che mid.. nak sikit.. hehehe..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik keje kang singgah..ambik le sebalang..memang ada stok pun..

      Delete
  13. Ada cili api, ada kacang tanah goreng...dah cukup buka selera saya. Nyammmm....

    ReplyDelete
  14. menarik resepi simple mcm tu utk orang mcm saya ni…. semua nak yg simple tapi kena dgn tekak :)
    Che Mid, agak2 tahan berapa hari kalau buat mcm ni? Kalau ikan bilis masih rangup selepas beberapa hari, sesuai sgt nak bawa bila keluar bercuti kat negara susah nak cari nasi ni :)

    ReplyDelete
  15. Sambal yang sangat mengujakan,
    Semoga bisnes pengacaraan Che Mid bertambah maju

    ReplyDelete
  16. mmg best giler ni cm !

    ReplyDelete
  17. Smaller areas invite the shed antlers of our more prim and proper deer.
    Nevertheless, the majority of the athletes need to know regardless if this merchandise extremely is effective
    and also have comprehensive understanding of whatever they are acquiring into ahead of incorporating antler spray for their
    program. strengthening of the body, possibly leading to mental and physical performance increases, and.


    Feel free to surf to my blog post: Homepage

    ReplyDelete