Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 21 May 2014

Rumah Kena Banjir, Jadi Emcee Jugak

Assalamualaikum semua!!

Sabtu 17 Mei 2014.

Che Mid dan Che Abang bersarapan pagi. Dia beli nasi lemak dan kuih muih untuk santapan pagi sang isteri yang akan mengacara tengahari nanti. Di luar hujan mencurah-curah, mujur nanti majlis dalam dewan, tak lah risau kuyup kena hujan.

Lepas sarapan, Che Mid bergegas naik atas, untuk bersiap. Solat Dhuha dan menggosok baju.  Tak lama lepas tu, Deeja masuk bilik termengah-mengah, " Ibu, rumah kita masuk air hujan..kat dapur.." Che Mid ingatkan sikit je...teruskan bersiap.

Bila Che Mid turun je..

 
Ini pandangan dari tangga...Alhamdulillah, rumah dua tingkat.. air menderu masuk dari pintu depan dan pintu dapur. Dah di sendal dengan kain dan tuala pun tak berjaya menghalang air masuk.

Suasana dari jalan besar..jalan dan longkang dah tak nampak..Rumah Che Mid adalah rumah tepi, maknanya paling dekat dengan longkang. Jadi kalau banjir, rumah Che Mid yang kena dulu...Allah..


Alhamdulillah, air yang menderu itu bukan air lumpur...cuma air hujan bercampur dengan daun-daun kering..



 
Pandangan dari atas..laman tempat sidai kain..

Kalau sahabat semua jadi Che Mid, boleh bayangkan apa yang Che Mid rasa.. kita dah bersiap nak keluar, tiba-tiba rumah jadi macam ni... mahu tak mahu, terpaksa Che Mid 'buat tak tahu' sekejap..
Pergi juga dengan Farah dan Faris..Che abang dan Farhan dan Deeja tukang sibuk di rumah buat kerja pembersihan..

Kami keluar rumah mengharung banjir, masuk ke kereta dengan memakai selipar, lepas tu singgah di stesen minyak untuk cuci kaki, lap kaki dengan tuala baru boleh pakai kasut.

Sampai di Zam Zam Grandballroom Shah Alam, 'shut down pasal banjir, fokus untuk event pulak. Amanah orang, jadi kena buat yang terbaik".

Cabaran menanti. Pa Sistem tak set up dengan betul. Berdengung sana sini..sampaikan Farah tak berani 'on' mikrofon'. Dewan tu pulak tak siapkan juruteknik untuk handle pa sistem. Nasib Che Mid ni emcee yang memang ada pa sistem sendiri.  Dah siap-siap bawak mikofon sendiri. Tetamu dah mula datang, sistem bunyi tak ready lagi. Akhirnya masalah selesai walaupun hati ini tak puas hati..

Che Mid nak beri pendapat kat sini, jika ada pembaca yang ingin menempah dewan untuk majlis persandingan...elakkanlah.. tak berbaloi RM30 seorang tapi pihak pengurusan tak mesra alam. Boleh ke beri alasan.." Kami ada dua cordless mic, tapi satu je boleh guna. Satu lagi problem..tapi kalau nak guna jugak..bolehlah saya bagi.."  Tuan rumah pulak, jenis lembut hati ..ikut je ..Kalau Che Mid, " Saya bayar awak tau, jadi awak kena bagi apa saya nak. Kalau dah tau mik tu rosak, baikilah..atau carik ganti ke apa ke..kalau tak, saya potong bayaran.."

Tuan rumah pulak, jemput kumpulan Qasidah..dah tentu-tentu nak guna banyak mikrofon. Orang dewan tu boleh kata, " Dewan di mendap (tak faham apa maksud mendap tu..)  tak perlu guna banyak mic." Logiknya, 15 orang qasidah takkan nak guna satu mic je...

Alla kulli hal, masalah selesai dengan cara kami sendiri... sebab PIC dewan sibuk di kitchen. Kami susun balik kedudukan speaker dll..Tuan rumah pun dah terkata apa dah..janji ok sudah..

 
Yahanana Events team..


Pengantin baru - Cik Nur 'Athiqah dan En Hafizul

 Sangat-sangat suka dengan pasangan ini. Mereka tak bersanding 'persay'..masuk sahaja ke dewan terus duduk di meja makan beradab. Selepas doa selamat, terus makan-makan. Sementara kumpulan qasidah buat persembahan, pengantin keluar sekejap untuk solat zohor dan masuk ke dewan kali kedua untuk acara seterusnya.  Barulah duduk di pelamin untuk sesi bergambar. 

Ini pengalaman kedua Che Mid berhadapan dengan pengantin yang mementingkan solat...Subhanallah. Semasa perbincangan, pengantin kata, "Saya akan cuba sedaya untuk jaga wudhuk dari rumah dan solat dengan pakaian pengantin sahaja. Takut tak sempat nanti, sebab lepas majlis akan terus ke 'outdoor shooting'." Jadi Che Mid bantu susun acara supaya nampak teratur.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

 
Anak-anak tahfiz dari Sungai Serdang, Kapar. Bersiap sedia atas karpet..kejap lagi nak terbang macam zam zam ala kazam he he..

Pada Che Mid, oleh kerana mereka duduk bersila, sepatutnya duduk atas pentas supaya tetamu boleh nampak dari jauh. Kalau tak pun duduk atas kerusi..mudah untuk ambil gambar atau video. Bila duduk atas lantai macam ni, tetamu pulak berkerumun untuk ambil gambar, laaa.. sian yang belakang-belakang tu ..penat hulur leher, tak nampak gak.. apa pun, persembahan yang baik..

Si bujang-bujang ni pun ikut duduk berderet meraikan qasidah. Masing-masing angkat tangan menggayakan lagu Yahanana..tambah-tambah meriah!! Che Mid dan Farah juga menyampaikan beberapa qasidah dan nasyid seperti Law Kana Bainana, lagu Fattabiuni dan qasidah Ya Imama Rusli..


Tamat persembahan qasidah, pengantin masuk semula ke dewan untuk acara memotong kek. Lepas tu, Che Mid minta pengantin fokus perhatian pada skrin, terpinga-pinga kejap pengantin..sebenarnya adik-adik pengantin buat kejutan dengan tayangan video. Kedua pengantin nampak gembira dan terharu sampai keduanya menangis. Kelam kabut pengapit cari tisu.


Kelakarnya, pengantin lelaki pun tak dapat tahan perasaan..he he

Kemudian, barulah pengantin duduk di pelamin untuk acara bersalaman dan sesi bergambar. Seperti biasa, Che Mid nyanyikan lagu Kasihnya Ibu bila ibu ayah bersalaman, dan Syurga itu di telapak kaki ibu semasa mak mertua naik ke pelamin. Maka berlaku lagi sesi syahdu sehingga airmata mengalir. Sapa yang dah kahwin akan tahu bagaimana perasaan melihat anak bersanding atau berkahwin. Gembira dan sayu bercampur baur..


Gambar khas untuk kami..Tengok tu, Faris dan Farah perasan jadi pengantin pulak ke..bukan main lagi tangan tu..he he..alahai Faris, awat duduk macam tu...

Berpakaian sedondon tu adik-adik pengantin..Che Mid suka baju mereka. Sangat outstanding tapi sweet..

"In between" majlis..dapat info dari Che Abang yang air banjir dah surut, dia dan Farhan bertungkus lumus membersihkan rumah. Deeja pun ikut kemas rumah jugak...main air he he..

Kawan-kawan pun ada yang whatsaap, beri semangat supaya fokus pada tugasan. Kelakarnya, ada yang tulis, " Jangan risau ya..rumah kau takkan hanyut.." 

Pada anda di luar sana yang ingin mengambil kami untuk mengacara, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 .


Wednesday 14 May 2014

RM50 x 8 je

Assalamualaikum semua!!

Rasa-rasanya entri blog ni asek borak pasal makan-makan dan ziarah sedara mara je. Hari ni pun tajuk yang sama juga. Jadi dinasihatkan kepada sesiapa yang lapar, sila makan dulu kenyang-kenyang baru baca entri ni k..Penyakit malas mengedit gambar pun tengah menyerang ni, jadi main tepek je seadanya..

Che Mid dan  adik beradik dah pun selamat buat makan-makan selepas berbincang-bincang dan berbahas-bahas di wassap. Akhirnya rumah Che Mid jadi tempat untuk dipenuhi asap BBQ pada Sabtu 10 Mei lepas. Kebetulan sempena Hari Ibu pun kan..

Setiap keluarga bayar RM50 x 8 keluarga, jadi RM400..lebih dari cukup...kalau makan di luar alahai tak tahu le berapa harga untuk lebih kurang 20 orang dewasa dan beberapa kanak-kanak..

Terima kasih pada adik Lina dan suami yang jadi ketua Chef, pagi-pagi suami isteri tu dah ke pasar Klang dan Tesco untuk membeli apa yang patut. Sampai rumah Che Mid, dalam pukul 10 pagi, terus berperang di dapur sampai petang...




Udang ni berharga RM50 lebih sekilo...



Sotong




 
Ketam



 
Ikan jenahak gedabak..2 ekor

 
 Paha dan kepak ayam - dah dilulur dengan perapan

 
Kentang rebus...abaikan periuk I yang tak berkilat tu ya..tu tandanya tuan rumah tersangat rajin memasak tau

 
 Rempah untuk sambal ikan bakar ala-ala Tasik Raban..



Taiko sotong, adik Lina..yang kepala senget Imi, adik Che Mid sorang lagi..


Acik si tukang perap ayam dan buat sambal asam..

Sebelah petang, dekat-dekat pukul 6 gitu, orang lelaki pula take over untuk buat api dan sesi bakar membakar pun bermula lah..


 Brown sauce in the making - tambah cendawan dalam tin. Memang syok sangat dapat masak sendiri dengan bantuan chef google. Puas makan, boleh tapau bawa balik lagi..




Salad vegi - makan dengan mayo dan seribu pulau..




Ini hasil dari rebusan kentang tadi...mashed potato... 



 Ayaq asam..air tangan Acik..


Sambal kicap - air tangan adik Nor


Potongan buah lai dan epal merah dan ditabur dengan hirisan jeruk kulit limau..pastu tabur ais batu kasi sejuk..untuk desert.




salad buah pun ada..

 
My all time favourite.. ketam masak lemak..
\
Hasil pembakaran orang lelaki di luar rumah..



 Kambing - perapan dibuat oleh adik ipar Che Mid, Khairul..memang sedap walaupun gelap..


Udang bakar yang disapu marjerin je..




Paha ayam yang gebu-gebu diatas pembaringan..



Sotong bakar yang sangat-sangat segar dan sedap. Takde perap pun cuma dicelup dalam baki perapan ayam sebelum dibakar. Bakar pun kejap je tau..untuk elak sotong jadi liat..

Waktu Maghrib je, kebanyakan yang lelaki ke surau dan yang perempuan bersolat jemaah di rumah, Farah jadi imamah. Memang seronok berkumpul adik beradik, solat sama-sama dan doa sama-sama. Walaupun asap sibuk masuk ke rumah he he..

Psst, ada yang tak mandi dari pagi dengan alasan sahihnya, " Ala, kalau mandi pun badan bau asap lagi .."



Ini atas pinggan Haziq, anak buah Che Mid... 



Ini Che Mid punya.. salad dan mashed potato, kat balik dedaunan tu ada wedges yang adik Ain bawa dari rumah. Oh ya, Time acih pada adik Ijam dan Dila yang sponsor minuman sejuk, lemon campur asam boi..lupa la pulak snap gambo!!

 
Ini pinggan sape ntah..korang punya ke?

Cik Anjang memimpin barisan pemanggang..

 
Melayan abah makan, dia tetap nak nasik jugak..tekak orang tua kan...takdenya western western bagai..

 
Satu emak (kiri sekali), lima beradik dan satu ipar..semua tinggal berdekatan..

 
Si bongsu ni je tinggal jauh sikit..baru sampai dari Sepang..melantak udang...



Dua beradik lagi..dah puas makan, tengok bola Pahang lawan Selangor..



Anak-anak buah bertaburan...




Deeja pun bersemangat makan..


Che Abang tengah mengintai jiran sebelah rumah. Adik Nor dah standby dengan penuh pinggan kanan dan kiri..maaf le ye kak Idah, asap kita menyeberang ke sebelah, lain kali akak bako membako kita pun kena gak asap nya kan..

Ada sesapa lagi nak Che Mid anto sepiring dua???







Thursday 8 May 2014

Zam zam ala kazam

Assalamualaikum semua..

Laaa..dah 8hb Mei..satu entri pun takdak lagi ni..sibuk apa ntah Che Mid ni ya..

Gambar kat bawah ni dah lama tepek kat sini, tapi tulis-tulis tak dan bubuh...jom tengok apa diaaa..

Sebenararnya ni kisah kami makan-makan sempena harijadi Che Abang (26/3), Lina tunang Ayan (1/4), Farah (6/4) dan Faris (9/4). Baru sempat selebret sebab tunggu kuorum cukup.  Cadangnya nak bawa mereka makan buffet di Hotel UiTM tapi tak sempat, akhirnya kami ke Restoran Zam Zam sahaja.




 Sakit mata, pagi-pagi tengok gambar kami berduaan.. sebenarnya kami dah jarang bergambar berdua. Macam dah tak romantik gitu kan...


Bakal mak mertua dan bakal menantu, Insyaallah..tunggu jemputan nanti ya kawan-kawan tersayang. Lina ni memang sangat simple..mekap pun tak mau..nanti kita make-overkan dia naaaa...

Dua beradik, sorang baru balik PLKN, sorang baru balik UiTM..besar dah anak-anak ibu, kejap je..Allah, Subhanallah...terbayang-bayang lagi sakit dan kelam kabutnya melahirkan dua orang cayang bucuk ni..

Farhan dan tunang..

As usual, budak paling menyibuk kat seantero dunia...

Che Mid dan Che Abang dah dua, tiga kali makan di restoran Zam Zam ni, tapi yang lain tak pernah. Jadi anak-anak terkial-kial la nak meng imajin kan rasa masakan tu. Tengok Deeja, ceria sungguh ..buka selipar dan posing bukan main lagi..


Al kebab al kambing laaaa...



Meat ball kesukaan Che Mid..

Lempeng Arab.. liat sikit..kalau pakai gigi palsu kena ati-ati..kih kih

Sup cendawan dan sup ayam..boleh tahan..

 
Spaghetti yang tak boleh dihabiskan, tak berapa kena dengan selera kami. Terlebih minyak atau lemak kut..Che Abang oder stew kambing, pada dia sedap rasanya tapi pada Che Mid baunya agak kuat..gambar entah mana entah..


Sesi membuli..semua orang diwajibkan minum kopi Arab yang pahit dan berempah tuu..yang lelaki memang tak boleh telan termasuk Abahnya pun.

Bergambar sebelum balik. Masa ni restoran dah kosong... jadi kedai tu kami yang punya laaa. Deeja!! Awat buat muka macam tuu..!


Ya Allah, kurniakan aku, keluargaku dan semua yang membaca blog ini rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rohmah. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.