Berbesar hati sungguh Che Mid dan kawan-kawan dijemput bermarhaban di rumah Tan Sri Rozali Ismail. Melalui fb Yahanana Events tentunya blog ini, sekali lagi kami 'ditemui'. Berbaloi juga Che Mid tayang gambar marhaban dan 'update' info tentang aktiviti kami.
Pejabat Puncak Niaga menghubungi Che Mid bertanya tentang marhaban kami. Ada soalan kelakar yang ditanya, " Berapa umur ahli-ahli marhaban Che Mid ni, kalau boleh kami tak nak tua-tua.. " Che Mid jawab, " Dari 30 an hingga 40 an. Yang warga emas adalah dalam 2, 3 orang." Kemudian orang tu komen pulak, " Tapi, kalau tengok dalam gambar kat fb ni.. semua ok je.. tak nampak pun tua-tua.." Foto dah edit le dik..kih kih
Kami bertolak seawal jam 7.30 pagi... silau mentari pagi.. Bas Puncak Niaga dah tunggu tapi cuma ada 18 seater.. jadi 4 orang lagi naik kereta seorang staf Puncak Niaga yang turut ada memantau kami. Bukan main lagi kan.. macam VIP pulak gitu..
Bergambar selepas sarapan pagi. Berlatar belakangkan padang golf. Oh, lupa.. rumah Tan Sri ni di Tropicana Glof and Country Resort. Unifom hari ni, jubah hitam dan tudung merah jambu. Sendiri punya atau pinjam-pinjam.. sebab baju ni bukan unifom 'official'. Ada yang las minit beli dan tengah malam ketuk pintu rumah kawan mintak alter.. semua gara-gara nak ke rumah Tan Sri. Memang pun Che Mid carik ahli 'ekstra' untuk mengganti ahli yang kebetulan tak dapat hadir, biar nampak ramai..
Mak bawa anak dara sekali. Dari kiri tengah Kak Syikin dan Zainon.. antara ahli aktif Helwa.
Dari kiri Kak Ita (kansel kenduri pada hari tersebut), Kak Edah (cuti niaga), Cik Nah dan Zie serta anaknya Zira yang mati kutu sebab takde gang. Che Mid tak bawak Deeja dan Kak Ita tak bawa Asha untuk mengelak suasana kecoh dan huru hara. Che Mid bagi tau Deeja yang ibu ada "meeting".
Adik ipar ku Dila, ahli baru, dan adikku Nor, ahli tenggelam timbul.. harap-harap lepas ni.. timbuuulll je ye..
Dari kiri, Ita (sepatutnya keje hari tu.. mintak cuti gak ke..?) dan Baiti yang bawa mak tersayang sekali.
Che Mid... alahai.. takde Farah rasa semacam juga..
Macam tu la rupanya.. kita bersarapan.. orang main golf kat belakang rumah..
Bergambar di hadapan buai sebelum acara bermula.
Che Mid sedang membaca doa tahnik, sementara Tan Sri bersedia untuk mentahnikkan baby Nur Natrah.
Cik Nah sedang membaca berzanji. Alhamdulillah, ahli semakin berkeyakinan membaca rawi dan tak 'takut' mikrofon selepas seorang Ustaz memberi nasihat, " Tidak mengapa menggunakan mikrofon, jika niat kita untuk mengajak orang ramai sama-sama membesarkan Nabi saw". Che Mid rasa terharu sangat bila hampir semua orang ikut kami mendendangkan qasidah Yahanana dan Ya Thoibah.
Che Mid diberi penghormatan oleh Tan Sri untuk memotong rambut. Selalunya Che Mid akan bacakan doa, " Allahumma faqehufiddin" sambil meniup ubun-ubun baby.
Selepas jamuan makan tengahari yang amat-amat sedap dan istimewa, kami diminta untuk berselawat sempena sambutan harijadi Nur Najwa. Tengok la tu, kek lagi besar dari beday girl..
Bersama Puan Ros dari Jabatan PR Puncak Niaga. Bertungkus lumus dari malam sebelum tu lagi membuat persiapan di lokasi. Ada seorang lagi iaitu YBhg Dato' Yunus, Pengarah Pejabat Pengerusi Puncak Niaga menghubungi sendiri Che Mid bagi memastikan semuanya lancar. Pagi tadi Che Mid menghantar sms terima kasih kepada beliau dan berharap agar semuanya berpuas hati dengan marhaban kami. Dato' jawab, " Kalau saya happy biasanya, mereka pun happy. Terima kasih bebanyak le Ye. Dyunus".
Sebelum balik, kami diberi cenderahati. Dalam beg tu ada kain batik, ferero roche dan air minuman.
Time balik, semua nak naik bas.. biar bersempit tapi tak nak berpisah. Huda dan Iva duduk atas tangga bas pun boleh senyum sokmo.. Nor dan Che Mid duduk atas tempat letak lagej.. Riuh rendah bila Che Mid umumkan yang kami diberi sagu hati wang tunai yang Alhamdulillah lumayan. Semuanya sepakat untuk membelanjakan duit itu untuk beli unifom baru!
Mission accomplished!! Yeah!! Syukran jazilan atas komitmen penuh anda!!
salam che mid..wah kalaulah dekat nak je saya join the club.saya minat baca entri che mid.wah bestnya terpancar wajah kegembiraan semua selesai majlis kat rumah tan sri he3..alhamdulillah semoga kumpulan che mid ni akan terus-menerus dimurahkan rezeki amin ^^
ReplyDeleteSalam.. ala kalau tempat jauh, cari le yang berdekatan dengan rumah.. tapi skrg ni memang susah sikit nak cari kumpulan macam ni kan.. Amin. Moga kami terus istiqomah mengumandangkan marhaban tanpa rasa riak ya..
Deletesalam che mid...ye saya pun kalau dekat teringin nak join...:)
ReplyDeleteSalam, he he dah teringin tu jom le join.. apa kata next time, kalau ada jemputan special macam ni, che mid umum dalam blog ni.. pas tu sape berminat ikut je la ramai-ramai, tentu meriah ha ha
Deleteassalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah majlis ilmu , semoga diberkati..
Salam, bunda tak tidur lagi ke ni.. ke sambung tahajud sekejap lagi.. moga bunda juga terus dirahmati dan disayangi Allah swt.Amin Ya Rob
DeleteSyukur alhamdulillah...
ReplyDeleteSeronok tengok group Che Mid ni. Aktif. Teringin pun ada juga nak join group macam ni.
Wah.. ramainya teringin ni.. che mid buleh buka cawangan ..ha ha atau pun buka franchise HA HA
DeleteAssalamualaikum Che mid...bestnya tengok..smoga dimurahkan rezeki lagi...:)
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sura.. Amin rezeki di bumi dan di langit sekali kan.. Insyaallah! Semoga Allah mengembalikan doa ini kepada yang mendoakan..
Deletewah che mid..meriah dan happening lieya tgk majlis ni...ye laa tan sri yg buat kan...haruslah nampak lain....suke lieya tgk.....semua nampak sempurna...alhamdulillah...group marhaban che mid pun comel2 semuanyer....
ReplyDeleteComel-comel dan kembang-kembang ha ha
DeleteAlhamdulillah. Semoga niat suci Che Mid berkembang seiring dengan kumpulan ini. amiin.
ReplyDeletePsst : Baby tu anak Tan Sri ekk? Oh, saya sungguh kepochi.
Insyaallah.. nak buka cawangan la lepas ni.. ha ha
DeleteSuka kakak tengok. Terkenang masa dulu kakak macam CM ke sana-sini siap kena sedia 3-4 pasang baju sebab kalau tiap minggu pakai yg sama macam tak best. Jadi bila dapat duit dari yg mengundang memang kami beli baju. Kadang beli tudung dulu. Seronok betul kakak tengok CM and the group.
ReplyDeleteA ah, ramai yang suka baca dan ada yang berminat.. secara tak langsung entri ini boleh memupuk minat wanita lain menceburinyakan. Kalau dah terbubar kumpulan ni, memang susah nak tubuhkan semula.. jadi kami kena jaga elok-elok dan cari pelapis..tu sebab kami suka kalau ada ahli yang bawa anak-anak sekali..
DeleteTahniah dan alhamdulillah. Semoga group marhaban che mid berkembang dan dikenali ramai.
ReplyDeleteTerima kasih, begitu juga harapan kami semua.
DeleteRespek... selamat melangkah lebih jauh!
ReplyDeleteYess! Komen-komen di sini buat tambah semangat!!
DeleteSeronok baca entry ni dai mula hingga akhir majlis. Cam saya ada saya dalam kumpulan berjubah dan bertudung pink itu. (uniform tu saya ada tau..boleh join tak?).. Heee..semoga usaha che mid dan semua diberkati Allah. Janggal sekali ya tak nampak kelobat Farah dlm kumpulan ini.
ReplyDeleteP/s tak tahan bila che mid kata depa tak nak yg tua-tua..amboi, tua-tua pun ada harga kan?
Ish yang tua-tua tu lah yang suara lemak merdu.. takde yang tua, takde la yang muda kan..
DeleteAssalamualaikum Che Mid
ReplyDeleteNampaknya YAHANA telah memperluas empayarnya, tahniah.
Semua kelihatan ceria....gembira...
Tan Sri pun nampak muda lagi.
Waalaikumsalam Cikgu
DeleteWei.. spelling kurang laaa... YAHANANA.. he he
salam...
ReplyDeletemoga ada pelapis untuk semua ini che mid...
kalau macam tu dah merata che mid pergi kan..kan..alhamdulillah
* che mid, pengantin lelaki tu rakan baik hubby zaman sekolah dulu...
sampai pun dah lewat juga, ramai tetamu dah balik...
tak ada rezeki nak jumpa....
Insyaallah, ada kesempatan nanti Allah izinkan kita bergurau senda secara live ya..
Deletesalam che mid...terima ksih sudi snggh n folow blog sy...salam perkenalan...:-)
ReplyDeletekumpulan marhaban.....siap bas lagi tu....tahniah....
Salam..
DeleteMemang kami tak dibenarkan memandu sendiri, takut sesat barat nanti.. tapi memang elok pun sbb banyak sangat sekatan jalanraya dalam kawasan Tropicana tu..
mesti merdu2 suara ni...........
ReplyDeleteYang merdu dan boleh baca dua tiga kerat, yang miming berkerat-kerat ha ha
DeleteWah CM....
ReplyDeleteIsteri Tan Sri ke anak? oop..
Ehm em...
Deletewah mmg meriah majlisnyer
ReplyDeleteMajlis orang beso-beso ni kan.. majlis kecik pun nampak beso. majlis beso jadik apa yek?
Deleteuii..meriahnyaaaa...bestnyaaa kalau dapat join aktiviti2 camni. che mid, rindulaa! lama jugak xblogwalking.hidup kelam kabut skang ni.hihihi.
ReplyDeleteSukanya Anis singgah sini.. macam nilah aktiviti orang sini. Sibuk dan menyibuk he he
Deletealhamdulillah...
ReplyDeletemakin sukses dh ni...sampai ke rumah tan sri rozali...
Tu acara utk anak tan sri ye??..hehe..maklum ler..kenal tan sri aje kat muka tv ngan sokabar. Famili dia baru ni dpt tgk..
golden goose outlet
ReplyDeletesupreme clothing
bape hoodie
golden goose sneakers
bape clothing
yeezy supply
curry 7 sour patch
kyrie irving shoes
off white jordan 1
yeezy boost 350
replica bags china EKQX luxury replica bags ALSZ high quality designer replica CGTZ
ReplyDeleteher explanation replica gucci handbags official source 7a replica bags wholesale go to my site replica bags china
ReplyDeleteaccéder à ce site Web portefeuilles de répliques recommandé de lire Valentino Dolabuy cliquez sur ce site dolabuy.co
ReplyDeletebitlis
ReplyDeletekastamonu
çorum
van
sakarya
P5RM
goruntulu show
ReplyDeleteücretli
VSN30
10D07
ReplyDeleteKastamonu Parça Eşya Taşıma
Yozgat Evden Eve Nakliyat
Kırklareli Evden Eve Nakliyat
Gümüşhane Evden Eve Nakliyat
Rize Evden Eve Nakliyat
48980
ReplyDeleteÇerkezköy Ekspertiz
Ağrı Lojistik
Çerkezköy Yol Yardım
Isparta Şehir İçi Nakliyat
Ünye Koltuk Kaplama
Elazığ Lojistik
Van Parça Eşya Taşıma
Çorlu Lojistik
Kırıkkale Lojistik
2F734
ReplyDeleteKaraman Şehir İçi Nakliyat
Kars Şehir İçi Nakliyat
Yenimahalle Boya Ustası
Çanakkale Şehirler Arası Nakliyat
Tokat Parça Eşya Taşıma
Çankaya Parke Ustası
Sakarya Lojistik
Coin Nedir
Mamak Boya Ustası
2820D
ReplyDeleteKastamonu Evden Eve Nakliyat
steroid cycles
testosterone enanthate
Çerkezköy Fayans Ustası
Çerkezköy Çatı Ustası
boldenone
Karabük Evden Eve Nakliyat
Ankara Evden Eve Nakliyat
Çanakkale Evden Eve Nakliyat
3AFCD
ReplyDeleteBatman Telefonda Kızlarla Sohbet
adıyaman goruntulu sohbet
bartın goruntulu sohbet
Antalya Görüntülü Sohbet Siteleri
Denizli Yabancı Görüntülü Sohbet Siteleri
yozgat görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
bursa mobil sesli sohbet
hatay görüntülü sohbet canlı
kızlarla canlı sohbet
01CCE
ReplyDeletekütahya tamamen ücretsiz sohbet siteleri
kırklareli canli sohbet bedava
Ordu Görüntülü Sohbet Sitesi
erzurum kadınlarla rastgele sohbet
mobil sohbet sitesi
kırşehir goruntulu sohbet
rastgele sohbet uygulaması
görüntülü sohbet yabancı
Bursa Mobil Sohbet Odaları
60E86
ReplyDeleteVector Coin Hangi Borsada
Paribu Borsası Güvenilir mi
Coin Nasıl Kazılır
Ort Coin Hangi Borsada
Cate Coin Hangi Borsada
Görüntülü Sohbet Parasız
Chat Gpt Coin Hangi Borsada
Tumblr Beğeni Hilesi
Ön Satış Coin Nasıl Alınır
FC2F0
ReplyDeleteyearn finance
pancakeswap
satoshivm
sushiswap
uwulend finance
zkswap
layerzero
dappradar
DefiLlama
شركة تنظيف افران 1t1TVPrO9H
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالجبيل A88Bl3DhtO
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بالاحساء mgzILa7A6L
ReplyDeleteشركة شفط بيارات z100XJxZa3
ReplyDeleteشركة تنظيف بالقطيف E2sHTylw0C
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بالاحساء AuZOfyiiAm
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري بالجبيل 7AviUgdkn6
ReplyDeleteF06B72D311
ReplyDeleteyabancı takipçi
Para Kazandıran Oyunlar
Brawl Stars Elmas Kodu
M3u Listesi
Pokemon GO Promosyon Kodu
Tinder Promosyon Kodu
MMORPG Oyunlar
Avast Etkinleştirme Kodu
Rise Of Kingdoms Hediye Kodu