Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 27 March 2015

Selepas 30 Tahun ..sama tempat sama gaya

Assalamualaikum sahabat semua!!

Hari Sabtu pagi yang indah, di Tasik Shah Alam nan luas...


Kami membesar bersama tasik ini..dulu panas tiada pohonan tinggi


Kini redup dengan dedaunan dan pohonan rendang. Nun di seberang tasik..bangunan pencakar lain tumbuh bagaikan tiada henti..

Hamboiiii...bukan main lagi mengayat ya..sape yang punya sejarah silam di tasik Shah Alam tentu tersenyum sumbing baca entri ni he he

Sebelum kahwin bergurau senda di tasik ni, bila dah kahwin bawa anak main kat sini..Tapi sebenarnya Che Mid dan beberapa kawan baik sehidup semati ada misi khas datang ke tasik ni. Memang perancangan telah dibuat agak lama..jadi kena pastikan geng semua boleh turun almaklumlah ada yang tinggal jauh ada yang dekat.




Dari kiri, perkenalkan sahabat-sahabat dari kecil Che Mid. Dari kiri Cikgu Maznah (Shah Alam), Rohana (Dubai), Roszana (Klang), Aina (Ampang), Che Mid (Klang) dan Manisah (Gopeng). (Gambar tu Khadeeja yang snap...ok kan)

Persahabatan kami tak pernah putus dari sekolah rendah. Bila bercuti semester kami pastikan akan dapat berjumpa dan mengunjungi satu sama lain. Bila dah berkahwin pun kami cuba juga berjumpa bila balik kampung terutama masa raya. Sekarang masing-masing dah berumur 49 tahun dan anak-anak ada yang bekerja dan berkahwin.

Ini dia master mind yang beria-ia buat plan, Rohana mengambil peluang sementara balik ke Malaysia sekejap. Punya 'excited' malam pun macam tak boleh lena..Seawal jam 7.30 pagi, Rohana dah keluar rumah dan bawa sekali air teh o panas, pinggan dan cawan dan tikar. Kemudian Rohana 'kutip' kami seorang demi seorang. Mula-mula Rohana kutip Aina yang bermalam di rumah ibunya dan ambil sarapan yang ditempah awal di kedai abang Aina. Nasi lemak sambal kerang dan telor goreng. Ditambah dengan luih muih lain.

Lepas tu, mereka kutip Roszana di rumahnya, Manisah dan Maznah yang juga bermalam di rumah mak masing-masing. Akhir sekali ambil Che  Mid dan Deeja. Kereta MPV 5 seater sempit untuk kami bertujuh (dengan Deeja) tapi tak mahu bertukar kereta lain. Nak juga bersempit-sempit. Masuk je kereta dah berderai-derai gelak tawa kami.


Che Mid bawa sambal hitam yang dimasak oleh kawan baik, Mazlina Mat Som. Ramai kawan nak merasa..

Sambil bersarapan mulut tak henti-henti bercerita tentang kisah silam. Soalan seperti, " Kenapa kau tak jadi kawen dengan sianu.." Atau " Macamana kau boleh kawen dengan suami kau? " dan macam-macam lagi soalan cepu emas terpantul keluar.

Bila matahari semakin tinggi, kami terpaksa berhenti berborak  untuk misi seterusnya.

Misi mencari lokasi...henfon ditangan jadi panduan.

Sambil-sambil tu tengok dulu kami berfoto macam budak kecik...Siapa jadi fotografer? Samada si kecik Deeja atau orang yang lalu berjoging  yang jadi 'mangsa' kami. 



Berdiri atas batu tinggi..angkat kaki sambil 'control' diri supaya tak jatuh ke belakang..

Ini Deeja juga yang ambil gambar. Deeja akan beri arahan posing yang macamana kami harus buat. Tak padan dengan kecik!





Deeja bagi arahan untuk kami buat bentuk pistol..

Kebetulan terserempak dengan pelajar UNISEL yang sedang kutip derma untuk rumah anak yatim. Deeja tengah cap jari membentuk daun..

Bergambar ramai dengan anak-anak UNISEL..

Ok..sekarang Che Mid nak bagi tau apa misi sebenar kami sampai sanggup turun pagi-pagi ke tasik Shah Alam. Tengok gambar bawah ni...

Ini gambar kami ambil 30 tahun lepas. 6 orang berderet atas jambatan berlatarkan masjid biru. Masa tu umur kamu lebih kurang 20 tahun..tengah cuti semester kut. Ada yang study di UITM, Maktab Perguruan dan Amerika.


Taraaaa! Ini gambar terbaru kami yea yeahhhh!!..Posisi berdiri dan lokasi betul-betul sama...cuma saiz kami je yang melebarrrr...


Posisi seterusnya..berdiri atas batu-batuan ni. Dulu remaja boleh le panjat dan berdiri tanpa masalah kan.. pokok-pokok kat belakang tu pun macam anak dara sunti..masih membesar..

Taraaa! Gambar sekarang..orang dah rendang seiring dengan pokok-pokok yang merendang..Malu juga terpaksa abang yang berjoging untuk ambik gambar ni. Mula-mula dia macam keberatan..yalah tengah syok-syok joging tetiba kena berhenti. Tapi bila kami terangkan yang kami datang dari jauh (ada yang dari obersi lagik) baru nampak dia ok. 


Kami tak jumpa tempat ni..dah 30 tahun kan..dah reput ke..ubah suai ke...



Tapi kami posing jugak atas bangku panjang ni...jadilah...Rohana takde dalam gambar..jadi dia yang tolong shoot. Tengok balik gambar lama dan pastikan kedudukan 100% sama. Tangan ke mana..henbeg ada ke tak...cuma saiz yang melebar tak dapek nak tolong ha ha ha

Ada banyak lagi tempat kami ambil gambar dulu, tapi kami tak larat berjalan keliling tasik tu. Lagipun masing-masing nak cepat balik, ada urusan lain. Tapi kami memang sukaaaa sangat misi ni menjadi. Sampai 2-3 hari selepas tu rasa seronok tak hilang lagi. Terima kasih sangat pada adik-adik yang tolong ambil gambar kami ya. You made our day gitu. 


Berazam untuk datang semula 10 tahun akan datang..moga Allah panjangkan umur kami..oops..berapa umur kami masa tu ek? Masuk 60an...oh noooooo!!!


Penat bergambor kami pekena abc baik punya di Seksyen 2, Shah Alam..Lepas tu masuk kereta lagi..pok pek pok pek lagi sampai ke rumah..begitulah kami.

Sekian, Ma'asalamah wa ilalliqa'






Wednesday 25 March 2015

Boleh ke Berqasidah di Kedai Mamak?

Assalamualaikum sahabat

Kisahnya begini...


Hari Sabtu lepas Yahanana Events mendapat tempahan untuk berqasidah untuk majlis aqiqah dan cukur jambul di Petaling Jaya. Jadual persembahan dari pukul 12.30 hingga 3.30 petang. Lokasinya adalah di sebuah kedai mamak dan dalam bilik khas bertutup. 

Apa yang terjadi ialah..apabila tuan rumah datang ke kedai mamak tu untuk membuat persiapan dan dekorasi buaian, tiba-tiba tuan kedai kata tak boleh buat apa-apa di kedai tu kecuali makan sahaja. Sedangkan tuan rumah dah tempah buaian/pelamin baby, badut dan juga qasidah untuk sepanjang majlis. Dan masa tu dah pukul 10 pagi...tetamu mula datang pukul 12 tengahari!

Tuan kedai memang berkeras tak benarkan qasidah di situ hinggakan sanggup pulangkan duit deposit yang telah dibayar sebelum tu.

Mau tak mau tuan rumah terpaksa mengalah. Mana sempat nak cari katerer lain. Jadi tetamu makan di restoran mamak itu juga, tetapi acara lain terpaksa berpindah ke rumah yang terletak kira-kira 3 km dari restoran. Tingkat 12 pulak tu. 

Kesian tuan rumah, macam nak mengangis bila bercerita dengan Che Mid. Rumah pula terletak di kondo dan tak 'disediakan' untuk menerima tetamu. Faham-faham je la macamana kan...

Tetamu pulak..ramai yang datang makan sahaja dan tidak pun berkunjung ke rumah sebab jauh. Si suami terpaksa berada di restoran melayan tetamu dan si isteri pula berada di rumah meneruskan acara. 

Persembahan kami yang sepatutnya bermula pada jam 12.30 terpaksa ditangguhkan hingga jam 2.30 petang, sebab terpaksa mengangkut alatan perkusi dan sistem PA ke tingkat 12 dan berhenti untuk solat Zohor pula. Nasib baik kumpulan kami tiada komitmen lain hari tu, jadi boleh la tunggu sampai petang. Akhirnya majlis berlangsung tanpa tetamu meraikan. Cuma ahli keluarga sahaja. Badut yang datang pun cuma banyak 'melangut' je. Che Mid memang betul-betul bersimpati dengan tuan rumah suami isteri..

Persoalannya:-

Andainya tuan rumah tak beritahu aturcara semasa buat tempahan, mungkin kesalahan terletak pada tuan rumah. Tapi kalau ya pun, bertolak ansur la sikit kan. Boleh je buat qasidah dalam bilik tertutup tu. Bukan mengganggu pelanggan lain pun. Kalau kuat sangat ..adjust le volume pa sistem tu atau pun paling teruk tak payah guna speaker!

Kenapa tuan kedai tu beria-ia tak mau acara diadakan di situ? Lebih-lebih lagi ada doa selamat dan qasidah? Sanggup pulangkan duit deposit tuuu?

Che Mid berfikiran 'jahat' sedikit dengan menganggap mungkin kedai tu ada 'mandrem' baguih punya yang tak boleh dengar ayat-ayat suci al-Quran atau pun silap-silap restoran tu nama je Islam tetap kafir? Wallahua'lam. 

Banyak cerita kita dengar tentang kedai mamak ni kan..Che Mid tinggalkan pada anda untuk menilainya...

Apa pun tahniah diucapkan kepada kumpulan Wahdini Qasidah dan Selawat yang dapat juga membuat persembahan dengan baik. 

Ma'assalamah...wa ilalliqa'



Thursday 19 March 2015

Nabil Ahmad di Airwheel

Assalamualaikum sahabat tersayang sekalian!!

Semasa Che Mid bercuti dengan gang Helwa di Port Dickson hari tu, Che Mid terima satu panggilan dari sahabat yang mahukan Che Mid mengacara di Shah Alam pada hari Ahadnya. Hmm..memang tak sempat balik sebab Che Mid baru je sampai di PD dari Melaka. Baru nak berjimba-jimba dengan geng marhaban kan...Jadi Che Mid pass job mengacara tu pada Deejay Faiz yang kebetulan lapang.

Syarikat Airwheel baru sahaja membuka outlet terbaru mereka di Plaza Masalam, Shah Alam. Yang super duper bestnya, majlis perasmian kedai tersebut di sempurnakan oleh Komedian nombor satu Malaysia...

Produk airwheel - electric unicycle 

Deejay Faiz on the wheel

Nampak enjoy je dengan peminat cilik

Kalau Che Mid yang atas tu..mahu terjongkit ke belakang...over weight hi hi


Nabil Ahmad dan Faiz on the job..peminat keliling perati jeee

Deejay Faiz dengan Nabil Ahmad - tentu pengalaman istimewa yang takkan dilupakan..

Untuk tempahan jom hubungi Che Mid di 013-3672459 atau masuk ke fb Yahanana Events ..

Friday 13 March 2015

Riadah Helwa 2015 di Port Dickson - Rawi 2

Assalamualaikum semua!

Ok kita sambung sikit lagi tentang riadah kami ke Port Dickson. Entri pertama kat SINI
Ada sahabat-sahabat yang tak dapat tengok semua gambar tertera. Che Mid pun tak tau kenapa..layan je la mana yang boleh ya..maaf sangat-sangat ya.

Janji bangun pukul 5.30 pagi untuk qiamulail, tapi ada yang terlajak bangun dek leka berborak hingga awal pagi. Che Mid dan beberapa rakan sempat solat sunat berjamaah sebelum masuk waktu Subuh.



Seronok dapat solat bersama-sama berdoa dan aminkannya bersama-sama. Semoga Allah mengabulkan doa-doa kami.

Kemudian kami sama-sama ikuti tazkirah Subuh bertajuk Aurat Wanita Dalam Islam dengan tumpuan kepada aurat suara. Mula-mula kami tonton video Ustaz Don dan video Berita Islami dan merujuk kepada nota yang disediakan oleh Ustazah Lela (malangnya tak dapat hadir) dan kemudian sama-sama membincangkannya dalam sesi hati-ke hati.

Masing-masing diberi peluang memberi pendapat dan pengalaman masing-masing ketika bermarhaban. Kami mementingkan menjaga aurat sempurna sebelum keluar memenuhi jemputan termasuk jenis dan warna material unifom dan pemakaian tudung kerana bukan imej glamor yang mahu ditonjolkan tetapi imej Islamik.  Che Mid juga berpesan untuk menjaga izin dan restu suami masing-masing kerana tiada gunanya kita berdakwah di luar rumah jika menanggung marah suami.

Perlu berhati-hati menangani cabaran mendatang kerana semakin dikenali, kami semakin terdedah kepada tohmah dan fitnah juga dari mata dan hati orang yang tidak puas hati. Astaghfirullah..semoga Allah memelihara niat dan iman kami.

Bertuah sangat kumpulan ini dapat bertahan hingga berbelas tahun dengan ahli dari warga emas dan orang muda beranak kecil. Ada yang mengandung dulu, sekarang anak dah bersekolah..hi hi termasuk Deeja. Sesi yang panjang berakhir pada jam 8 lebih.

Sebelum sarapan kami terkinja-kinja dulu di sesi aerobik dipimpin oleh Sarjan Azma, Kalau Che Mid tunjuk video, memang banyak ragam dan adegan lucu sepanjang sesi. Kami bebas beraksi kerana semuanya wanita dalam kawasan tertutup.

\
Sampai ada yang terbaring kepenatan..


Kak Yah tu beria-ia tunjuk step aerobik..suruh ambik gambao nak tunjuk kat suami ha ha

Terima kasih Cikgu Azma ajar kami senamrobik. Takde nya kurus..cikgu suruh pusing kanan, awak pusing kiri, cikgu suruh tekan tangan atas tanah..tak sampaiiii!!

Lepas tu berendam dalam air laut dan bawah pancaran vitamin D..sekali lagi jadi budak-budak..


Lepas mandi-manda kami balik ke bilik masing-masing, bersiap dan berkemas untuk pulang.

Cik Jah kita dapat bilik 'master bedroom'. Menghala ke laut..tu diaaa..macam sun bathe tepi pantai jeee..



Sementara tunggu bas datang, kami bercanda-candaan di lamanan...


Bawah bunga kertas jadik sasaran



AJK kebaboom!! Terima kasih semua..setia bersama..Kak Ita yang hujung kiri tu sebenarnya masih belum sihat betul selepas kemalangan motor bulan lepas. Tapi ikut juga selepas puas dipujuk. 


Dalam perjalanan balik kami sepatutnya singgah ke ladang Ostrich tapi semua orang tak mau turun dari bas. Tiket masuk je RM13seorang, lagi pun semua dah kepenatan dan lapar. Jadi kami berhenti di Teluk Kemang untuk makan tengahri, solat dan menjamu mata sekejap.

Dalam bas balik..mula-mula je ceria. Lepas tu bas senyap sunyi..semua penumpang diulit mimpi..tau-tau dah sampai rumah. 




Tamat cerita kami. Doakan kumpulan HELWA ini terus teguh untuk tahun-tahun mendatang!!

Ma'assalamah wa ilalliqo'





Wednesday 11 March 2015

Riadah Helwa 2015 di Embok Village Port Dickson - Rawi 1

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian

Kumpulan Marhaban Helwa telah mengadakan program Riadah HELWA 2015 pada 7- 8 Mac2015 sebagai penghargaan kepada  semua ahli yang bertungkus lumus menyertai pelbagai jemputan dan program kebajikan Helwa. 

Susah juga mencari tempat yang boleh memuatkan 30 orang dengan kos yang kami mampu. Lebih suka dengan satu tempat yang besar untuk semua orang dari dipecah-pecahkan ikut bilik atau apartmen. Syarat lain yang kami tetapkan ialah tempat itu mestilah mempunyai samada kolam renang sendiri atau pantai sendiri. Akhirnya terjumpa Embok Village ini yang terletak di Batu 10, Blue Lagoon. Pada yang teringin menempah boleh lah hubungi Puan Ina di 012-2978212. 

Ini gambar promo kami. 

Sedikit perkiraan sebagai panduan sekiranya ada antara sahabat yang merancang untuk bercuti secara berkelompok seperti kami. 

Sewa banglo dengan 'private beach' ialah RM1800
Pengangkutan dari Klang - PD - Klang ialah RM1200
F & B untuk 30 orang - minum petang, makan malam dan sarapan pagi mengikut menu yang kita minta ialah RM38 seorang disediakan oleh pihak Embok Village.
Jadi kos seorang ialah lebih kurang RM130 sahaja.
Kos tambahan lain seperti sukaneka, hadiah dan lain-lain juga perlu diambil kira.

Kebetulan Che Mid ada job mengacara di Melaka pada hari Sabtu, jadi tak dapat ikut serta naik bas. Cuma sampai di PD lewat petangnya.

Dari 38 orang ahli Helwa ada beberapa orang yang tak dapat hadir tetapi ada yang bawa anak dan ada yang bawa cucu. Para suami semua kena tinggal dua hari satu malam. Jangan mare ye bang!! Ladies only!!

Suasana dalam bas...i miss this moment...waaa!! Kak Raayah yang depan sekali tu... cekalkan hati meninggalkan anak yang menanti saata bersalin. Sampai je ke PD, kak Yah dapat tahu anaknya dah masuk hospital. Tapi cucunya itu cuma lahir selepas Kak Yah balik dan tiba di hospital. Lega...





Bertolak dari taman kami dalam pukul 10 pagi. Berhenti di Pantai Batu 4 untuk makan tengahari. 

Dah jadi kebiasaan kami bertukar-tukar bekalan. Rozi bawa sambal cili api pedas gila hingga dapat gelaran sambal dari 'neraka'. Che Mid juga yang melepas rasa sambal neraka tu he he

Sampai di banglo kira-kira pukul 2 petang. Ini pemandangan betul-betul dari banglo.




Pemandangan banglo dari arah pantai


Halaman banglo yang luas


Baru selesai sukaneka masa Che Mid sampai. Lelaki dua orang tu Farhan dan Haziq, team Che Mid ke Melaka. Mereka berdua tolong set up pa sistem dan projektor untuk acara malamnya. Farhan jadi imam solat maghrib dan berlepas balik selepas makan malam.

Sukaneka yang riuh rendah dan meriah di tepi pantai. Acara bermula lepas solat Asar dan minum petang. 


 
Wajah-wajah eksaited nak bersukaneka dan berendam dalam ayaq laut..

Pertandingan kupas dan makan telur rebus


Rozi tengah makan telur, yang Rahimah punya tak pecah pecah..aduii camne boleh camtu yek?

Mak-mak budak tiup belon...dah jadi macam budak-budak


Ada yang terbaring..ada yang tertonggeng..



Ini muka berlumur tepung ...Ani berbaju biru PIC sukaneka. Good job babe!

Nak ke mana tu Suhaily..mata dah tertutup tepung pulak ke..


Apa ke hal bercumbu dengan straw pulak kak Idah dan Jah...kat belakang tu Suhaili dan Zuraidah pun comolot gak..


Si Baity ni makan biskut tapi tak boleh pegang dengan tangan. Memang gelak sampai terkucil bila mak-mak bersukaneka...Terima kasih pada Ani PIC sukaneka. Good job babe!


Program malam - makan malam dan penghargaan. Wah..gaya Che Mid dah macam ustazah gitu..perashannn!. Rozi PIC untuk majlis malam tu.


Ahli duduk lepak santai. Pihak banglo siapkan ruang tamu ini sebagai ruang solat dan rehat yang luas.


Che Mid membuka majlis dengan mengimbau semula sejarah penubuhan Helwa kira-kira 13 tahun dahulu. Bermula sebagai sayap wanita untuk persatuan penduduk taman kami tapi selepas KRT ditubuhkan Helwa bertumpu khusus untuk marhaban dan kebajikan sahaja. Tayangan slaid menunjukkan aktiviti kami ditayangkan kepada ahli. Alhamdulillah, kumpulan kami semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat dan luar. Tak kering tangan menerima tempahan apatah lagi bila promosi dilakukan oleh Yahanana Events.




Di selang selikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian anugerah kilauan mas (ahli veteran), meletops helwa (ahli paling rajin dan semangat), top ups helwa (ahli yang selalu bawa anak-anak untuk meramaikan ahli). Juga penghargaan untuk perawi, pembaca doa dan pemandu kereta. 

Hadiah sukaneka juga disampaikan untuk kumpulan dan individu. Yang menyampaikan hadiah di tengah tu..mak Che Mid..sanggup tinggalkan adik Che Mid yang baru 3 hari bersalin demi Helwa dan kawan-kawan..sayang mak!


Cik Siti menerima hadiah kilauan mas..walaupun dah berusia tetap setia dengan Helwa






Dan yang paling buat kami tergelak sampai terkucil ialah bila tiba acara tayangan gambar-gambar kahwin kami. Melihat fesyen pengantin berpuluh tahun dulu dan saiz badan kami yang melebar hingga ada yang tak boleh cam..aduii...riuh rendah kami ketawa sampai terbaring-baring.. ( tak boleh tayang banyak gambar kat sini sebab kualiti tak elok dan banyak tak tutup aurat..hu hu)

Majlis tamat sebelum pukul 12 tengah malam. Sambung beradu dan bersedia untuk program awal pagi esok.

Ok, stop kejap ya..Che Mid nak solat Dhuha dan sidai kain kejap. Nanti sembang lagi..

Ma'assalamah wa illalliqo'