Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 13 February 2013

Makan-makan Hari Jadi

Pada 3 Februari 2013 genap tiga tahun usia si kecik Faiqah Khadeeja. Emak nenek Hajjah Sumirah pulak berumur genap 63 tahun pada tarikh sama. Maknanya nenek dan cucu berkongsi tarikh, jadi selalulah potong kek sama-sama.

Kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Ahad, jadi kami adik beradik berpakat nak buat seprais kat emak.. buat makan-makan 'pot luck' sebelah malam, sebab siangnya masing-masing sibuk makan kenduri sana sini. Tapi bila Che Mid telefon mak dan tanya dia ada kat rumah ke malam tu, dia dah gelak-gelak.. macam tau je anak-anak dia nak berkumpul..

Inilah rezeki kami anak beranak malam tu..

 Set bubur nasik, Acik yang sediakan .. bubur nasi putih kosong (abah panggil bubur Cina), sardin goreng pedas, kangkong goreng dan ikan bilis.. perrhh.. semua orang serbu ini dulu. Ini nostalgik menu, masa kecik-kecik dulu abah akan masak macam ni kalau boring makan nasik atau time demam-demam..

 Pulut tanak makan dengan kelapa parut bergaram.. Adik Lina bawak. Pun resepi feveret abah. Kami gelak adik-beradik bila perasan yang menu disediakan kesukaan abah sedangkan nak sambut beday mak.. Baru kami sedar, memang emak jenis tak kisah makan... tak cerewet dan makan janji ada je.. tu sebab boleh awet muda kan mak!

 Puding roti karamel dari Che Mid. Entah nape kali ni buat jadi tak cantik.. overflow pun masa kukus tu.. tapi rasa tetap sedap

 Mee hoon tom yam dari adik Nor.. 

 Mee goreng Che Mid .. yang paling tak laku sekali ha ha

 Lempeng dari adik Lina, makan cicah kuah sardin..memang kick laaaa..

 Sate dari Imi, di bawa khas dari Sabak Bernam.. besar gedabak.. golongan bapa dan suami-suami menghadap sate ni je la..

 Buah nenas yengki inilah satu-satunya yang emak sediakan.. manis you!!

Trifle dari satu-satunya adik ipar perempuan..licinnnn!

 Jom makan.. 

 Ain di tugaskan membeli kek sahaja, tak payah masak-masak sebab dia ada baby kecik.. tapi kelakarnya suami Ain tanya, " Nape dia orang tak suruh kita masak ha. kita tak pandai masak ke..?" Lepas tu masa beli kek, masing-masing tak pasti berapa umur emak, jadi calling sana sini dan masing-masing beri umur yang berbeza  ha ha.. macam tu pun ada ke.. emak sorang je pun kan..

 Faiqah Khadeeja dan Ian Fahimi berbeza satu hari je.. 

Alhamdulillah ke lapan-lapan anak emak dapat hadir. Menantu lelaki pun semua datang kecuali yang menantu bongsu. Dalam gambar ni, ada emak dan semua anak-anak emak, dan ada tambahan sorang lagi iaitu Dila (adik ipar.. kiri sekali) dan anak lelaki emak yang tutup muka tu satu-satunya yang masih bujang trang tang tang..

Semoga emak Hajjah Sumirah terus sihat walafiat dan boleh apa saja yang emak suka. Kami semua sayang emak!!

Nota : Semalam selepas kelas agama di surau, terdengar emak berbual dengan Ustazah Ramlah. Ustazah menceritakan bagaimana anaknya yang duduk berjauhan memastikan setiap hujung minggu akan menziarahi ustazah walau sekejap dan ustazah juga mesti pastikan yang dia ada di rumah pada waktu tersebut.  Tapi emak Che Mid kata, dia tak merasa pun itu semua, kerana semua anak-anaknya tinggal berdekatan..boleh jumpa bila-bila masa... Alhamdulillah ya Allah!

21 comments:

  1. Alhamdulillah...dah banyak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik beradik ramai la KY, jadi seorang bawa sikit jadi banyaklah.. borak-borak, makan-makan, borak lagi, makan lagi...

      Delete
  2. ..sedapnya Che Mid...semoga emak Cik Mid sentiasa dibawah lindunganNYA..amin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah berkumpul tu, makan apa pun sedap kan, tau-tau je habis..

      Delete
  3. Alhamdulillh... selamat hari lahir untuk nenek dan cucu-cucunya... semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah swt.. amin. Meriah gitu.. untunglah semuanya ada dekat-dekat dengan emaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat-dekat boleh manja-manja gitu hik hik

      Delete
  4. hari cuti kan..pasti ramai yang hadir...sedapnya menu..
    selamat hari lahir...moga dipanjangkan usia nenek serta cucu tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak dapat hadir cuma cucu yang tengah belajar jauh di Melaka dan Penang..jadi boleh le baca di blog mak longnya nii.. he he

      Delete
  5. assalam che mid..selamat hari lahir buat nenek dan cucu..
    bertuah mak che mid dikelilingi anak,menantu dan cucu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik Erna.. Alhamdulillah, duduk dekat-dekat tapi tak gaduh-gaduh.. berkat doa mak abah gak..

      Delete
  6. Wah, makan besar sefamily...sedaplicious tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala makan bubur nasik dengan sambal sardin jee.. he he

      Delete
  7. Bukan makanan yang jadi ukuran, tapi kebahagiaan berkumpul bersama yang utama, kan Che Mid.

    ReplyDelete