Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 30 October 2013

Di sebalik Air Tangan Mak

Baca dulu ya.. maaf.. mengusik jiwa gak ni..
Setiap anak perempuan tentu kena masak. Masa kecik mak ajar memasak supaya besar nanti boleh masak sendiri. Mungkin bila dah duduk kolej atau menyewa sendiri, boleh lah masak yang mudah-mudah. tak lah asek masak telor goreng taruk kicap je. (Tapi rasanya, zaman sekarang, ramai sangat anak dara yang tahu memasak.. malah pegang pisau pun janggal..apa lagi menyiang ikan..)

Che Mid nak tanya ni... pandai ke kita masak macam emak kita masak? Haaa, kalau emak kita atau abah kita puji masakan kita macam emak masak tentu sedap sangat la tu.. tapi rasanya jarang kita dapat pujian macam tu kan..sebab air tangan mak terlalu istimewa. Takkan ada di mana-mana pun tempat di dunia ni selain dari rumah emak.  Che Mid yakin semua orang setuju 100% punya..

Well, masa berubah..selera pun berubah..

Bila anak lelaki dah berkahwin, lama kelamaan selera makan sedap akan berpindah ke air tangan ISTERI.  Semakin lama kita berkahwin, bila dah setiap hari makan masakan isteri dan isteri pulak mengolah masakan itu mengikut selera suami, tentulah tekak suami semakin serasi dan akhirnya 'mengaku' bahawa masakan isteri terbaik. Macam Che Mid, masa baru kawen dulu..memang tak reti langsung masak kari..(sebab keluarga Che Mid jenis tak makan kari..) dekat 2 TAHUN praktis masak kari barulah 'LULUS' dan suami kata sedap. Mungkin ada suami yang bangga dan kata pada kawan ofis, " Wife aku kalau masa rendang ayam kampung..perghh.. memang terangkat punya..kalah Chef Wan.."

 Anak lelaki dan bonda tercinta.. sampai sekarang suka puji mak mertua yang suka buat kuih untuk minum petang atau sarapan pagi.. (isterinya ni, memang tak reti buat kuih..serenderrr! Cekodok pisang pun baru-baru ni je 'menjadi'.




Bila sesekali pulang ke kampung atau mak datang ziarah, mak akan masak hidangan istimewanya. Ada anak yang kata rasanya tetap macam dulu-dulu tapi tak kurang juga ada yang kata masakan mak dah lain. Mungkin sebab faktor usia dan kesihatan menyebabkan rasa masakan berubah..tak berapa lemak sebab kurang santan, atau kurang manis dan sebagainya. "Mak dah tak makan santan sangat sekarang ni..doktor tak bagi.." Itu antara hujah mak. Itulah yang terjadi pada selera suami Che Mid..(tapi masak tempoyak mak terbaik di dunia!)

Sekarang, tengok yang ini pulak..

Sebagai anak perempuan atau menantu, kadang-kadang kita hantar juadah pada emak abah kan..Mak Che Mid pernah kata, " Abah kau tahu kalau lauk atas meja tu bukan mak yang masak.. tengok je makanan tu, dia dah tahu..abah cakap, ini mesti bukan kau yang masak kan.." Dan abah jarang 'makan sangat' kalau orang lain yang masak walaupun makanan tu sepatutnya makanan kegemarannya. Kenapa? Sebab air tangan isteri tak sama dengan air tangan orang lain.. Betul kan..

Ok, sekarang tiba bahagian paling sedih..

Andai kata mak kita meninggal dahulu dari abah... apa jadi dengan abah? Macamana dengan selera makan dia? SIAPA YANG BOLEH MASAK MACAM MAK MASAK? 

Memanglah kita tak boleh layan abah macamana mak layan abah.. tapi sebagai seorang anak tentu kita nak gembirakan abah, lebih-lebih lagi abah dah keseorangan. Tak cukup dengan abah bermain dengan cucu atau sembang dengan kawan lama di kedai kopi..kita juga kena main peranan.

Bila abah nak makan, tentu dia teringat air tangan isteri dia.. "Kalau mak kau ada, dia punya kari memang nombor satu!"

Teringat kata-kata kawan baik Che Mid, " Kalau time raya, bapak aku mesti suruh aku masak.. sebab dia kata masakan aku macam masakan arwah mak..adik beradik aku pun akan datang berkumpul rumah aku, sebab nak makan masakan aku". Tu dia... Dan sebenarnya bapak kawan Che Mid tu dah pun beristeri baru, tapi masih tetap 'setia' dengan masakan arwah isterinya..

Kesimpulannya, anak perempuan wajib pandai masak setanding mak kita masak. Bila mak takde nanti, kita boleh masak untuk abah macamana mak masak untuk abah. 

Dan mesti ajar anak perempuan cara kita masak supaya bila ditakdirkan kita pergi dahulu sebelum suami, kita dah tinggal wasiat terpenting iaitu ilmu masakan kita pada anak, yang akan dinikmati oleh suami dan keturunan kita. Wallahu a'lam.

 Mak Che Mid memang terer masak..diakui oleh ramai orang.. abah pun pandai masak  dan 'cerewet' bab makan. Sedap bagi orang lain belum tentu sedap bagi abah..

 
Terus sebak bila tengok gambar ni.. Tak terbayang bagaimana keadaan kalau mak mertua 'pergi' dulu.. dengan keadaan abah yang dah tak boleh melihat..

Ya Allah, kuatkan kami..anak-anak, menantu, cucu supaya sentiasa didalam rahmat dan kasih sayangMu. Ya Allah..Semoga dipermudahkan urusan mereka dunia akhirat..walaupun ada yang akan pergi dulu.. ketentuanMu tak siapa tahu..

Untuk anak yang 'malas' bab masak memasak..fikir-fikirkan lah...










Tuesday 29 October 2013

Hari Keluarga JPJ .. Putrajaya Lagi..

Putrajaya lagi...

Kali ini Allah beri peluang kepada Yahanana Events bersama-sama The Seven Six Studio menganjurkan program Hari Keluarga JPJ Ibupejabat Putrajaya pada 19 Oktober 2013 di Padang Semarak, Wetland, Putrajaya.

Malam sebelum tu kami tidur lewat, Farhan dan The Soul Brothers praktis vokal untuk persembahan penutup, Farah download lagu-lagu baru dari internet dan Che Mid siapkan skrip. Alhamdulillah, kami dapat empat 'job' hampir serentak. Alhamdulillah sangat Ya Allah tapi kami kena pandai atur 'team'.

Pukul 2 pagi baru boleh tidur itupun tidur ayam je. Dah jadi perangai Che Mid pulak rasanya, bila ada 'event' mata susah lelap. Pukul 5.30 pagi dah bangun, lepas Subuh kami gerak ke Putrajaya dengan 3 buah kereta. Dua kereta sampai ke Padang Semarak, Wetland, Putrajaya, satu kereta lagi sesat sampai ke Wetland Dengkil!!

 Nampak tak muka orang tengah STRES!!

 Yang pakai topi tu adik Che Mid, Ijam. Sepatutnya dia sampai dulu tapi salah faham tentang lokasi, dia ter'drive' ke Wetland Dengkil. Siap set up je, dia balik semula ke rumah dan bersiap untuk 'event' di Klang bersama Farah dan kawan baik Che Mid, Ruzi. Memang penat tapi itulah nama pun cari rezekikan..



Izat sedang diberi taklimat tentang permainan dan acara yang diadakan sepanjang hari itu. Belajar-belajar jadi deejay..lama-lama ok la tu..


Tu dia.. Ketua Pengarah JPJ Tan Sri Ismail bin Ahmad baru sampai. Di belakang sana ada deretan khemah untuk gerai permainan, gerai makanan yang kebanyakannya percuma. Pop corn pun percuma..




 Ketua Pengarah sedang memberi ucapan perasmian

Belon helium dilepaskan ke udara menandakan majlis bermula. Ramai tengok belon tu naik di tengah padang.. ramai lagi melihat dari khemah dan ramai lagi yang baru sampai. Padang Semarak ni memang sangat luas.. jenuh juga Che Mid tertinjau-tinjau dari pentas terutama bila mengumumkan nama pemenang cabutan bertuah. Gambar aktiviti lain pun tak sempat ambil sebab agak jauh dari tempat kami.

Habis je ucapan perasmian, cabutan bertuah pusingan pertama diumumkan..

Hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 disediakan untuk lebih kurang 1200 orang staf JPJ 

Ini dua badut sudah kacau Faris daaaa....comelkan badut-badut ni.. tapi sayang mekap tebal macam tu, kalau jumpa di luar confirm tak kenal..

Tak lepas peluang berposing.. maskot mickey dan minnie mouse pun ada..kat belakang tu ada inflatable untuk dewasa. Ala-ala rock climbing la..inflatable untuk kanak-kanak dan acara telematch yang menarik dan lucu pun ada. Permainan tarik tali yang tentunya dikuasai oleh bahagian penguatkuasa JPJ juga sangat kecoh!

AJK Kelab sedang mengira biji betik dari tiga buah betik untuk mencari pemenang teka biji betik. Semasa meneka, buah betik tak dibelah lagi, jadi memang tak boleh agak le berapa biji dalam buah tu. Pemenangnya telah meneka hampir tepat dengan menggunakan tarikh dan tahun lahirnya.. pandai kan..!

Hadiah utama memang hebat.. ada tv LED saiz besar. Tengok mak yong tu..sanggup berlari dari hujung padang naik ke pentas utama. Bila deejay kata, " Kak, jangan lari.." Dia kata," Tak pe..takpe" sambil pegang perut..kita yang tengok pun takut.. (takut terberanak ha ha)

Persembahan penutup oleh The Soul Brothers.. sempoi je.. biasakan diri untuk show lebih besar lepas ni Insyaallah..

Che Mid bergambar dengan tunggak AJK Kelab Kebajikan dan Sukan JPJ, Puan Nadia dan Che Min..memang mudah sangat bekerja dengan mereka. Status tolak tepi.. yang penting program mesti lancar dan sukses!!

Ni nak nyelit sikit - masa meeting dengan mereka sehari sebelum tu, Che Mid baju kurung dan shawl kelabu..kunun tertib dan sopan gitu. Bila harinya, Che Mid pakai jeans dan tudung kale-kale meriah pulak g.. ada yang kata Che Mid berseri-seri.. he he.. tentulah kan.. kenalah nampak muda dari usia yang tak berapa nak muda ni.. cari makan maaa!

Gambar akhir sebelum Ketua Pengarah JPJ beredar pulang. Tan Sri dan Puan Sri, Dato' Baha dan Dato' Seri Che Ab Rahim iaitu Timbalan Pengerusi Kelab. Semasa ucapan penutup, Dato Ab mengucapkan terima kasih kepada kami atas pelaksanaan program yang baik. Alhamdulillah..

Kami sampai rumah pukul hampir 6 petang. Ingatkan boleh titun kejap tapi teringat skrip untuk majlis berinai tak siap lagi.. ok.. sambung kerja lagi.. 

Oh ya, pada syarikat atau sesiapa yang nak buat hari keluarga lebih kurang macam cerita kat sini, boleh lah hubungi Che Mid di 013-3672459.

Wednesday 23 October 2013

Putrajaya Yang Menyesatkan

Oops nanti dulu!! Orang Putrajaya jangan marah-marah dengan tajuk ni k....

Jam pukul 6.30 petang. Mood di rumah Che Mid ... STRES!!

Kami sedang berkumpul dan bersiap untuk ke Murni International College di Putrajaya untuk satu job malam ni. Che Mid, Farhan dan Faris kena pergi dulu untuk set up PA Sistem dan kumpulan kedua diketuai oleh Che Abang akan membawa pasukan kompang.

Tau ke jalan dari Klang ke Putrajaya?? Farhan set dengan waze..ok no problem. Che Abang tau jalan ke?? Alah.. hampir setiap minggu ke Putrajaya.. tengok site.. ok kautim...memang Che Abang ni terer bab-bab cari jalan.. kalau Che Mid asek salah simpang je memanjang..

Che Mid tiba di dewan pukul 7.15 malam.. tu pun kira lambat sebab waze bawa kami lalu KLIA. Tapi tak sesat dan jalan 'clear'. Katanya, pengantin tiba pukul 8 malam, tapi dalam hati kata tak mungkin ah.. janji Melayu.. Tup-tup dapat 'call' kata pengantin 'on the way'. Alamak..di manakah suamiku yang membawa pasukan kompang itu?? " Aaaa... abang dah masuk Putrajaya ni.. tengah carik Presint 13... " Adui.. jiwaku dah mula kecemasan.

Bila Che Mid tanya pada PIC dewan kenapa pengantin 'on time', dia kata " Pengantin lelaki tu POLIS Che Mid... ada 'ESCORT'.... memang 'on time'.  Tak pernah-pernah panik masa 'on the job' tapi ini kali Che Mid memang tak tentu arah.. 'Call'  lagi, Che Abang kata.." Dah jumpa presint 13 tapi nampak rumah-rumah je.. takde pun dewan..." Aduii.. macamana ni.. kata tiap-tiap minggu masuk Putrajaya.. awat la boleh sesat barat ni!! 

Mulalah Che Mid pas henfon pada orang lain, mintak tunjuk jalan.. tup-tup dapat tau Che Abang dah menghala keluar ke Serdang.. !! Alahai.. rasa macam nak pengsan pun ada..peluh sejuk peluh suam dah keluar dah..

Memang pengantin sampai 'on time'. Terus ditempatkan dalam bilik khas. Che Mid pun berbincang cara alternatif kalau sanding tanpa kompang 'live' maknanya kena guna MP3 je. Kira ok la gak tapi memang Che Mid nak kena pelangkung dengan Wedding Planner ni.. alamat lain kali tak dapat job lagi laaaa....

TIBA-TIBA...jeng jeng jeng

Che Mid dapat tahu yang hampir semua ahli rombongan pengantin pun SESAT!! Jadi perarakan masuk pengantin kena tangguh sampai rombongan pengantin sampai. Lega tak terkira.. lebih-lebih lagi bila dapat tahu mak ayah pengantin lelaki pun sesat jugak. Sesat bukan sebarang sesat pulak tu.. boleh kata kesemua kereta mereka sesat ke tempat-tempat berlainan.. Che Mid kata," Takpelah.. sesat lah dulu ya.. sampai kumpulan kompang tiba.." Hi hi jahat tak...(Info; ahli keluarga pengantin orang Sarawak.. takpe lah kalau sesat pun..ini Che Abang ni apa hal... selalu keluar masuk Putrajaya katanya..mungkin selau datang time siang.. bila malam jadi konfius tak tentu hala..ha ha)

Akhirnya, pasukan kompang kami tiba dulu... dan perarakan masuk dan persandingan pun dapat diadakan dengan lancar dan meriah, Walaupun awalnya pengantin lelaki marah-marah, tapi bila dah atas pelamin jadi senyum sokmo...Alhamdulillah.. 

Bila suasana dah lega... barulah kru katering dan perancang perkahwinan pun kata..yang mereka pun sesat jugak siang tadi..tu diaaaa... 2 x 5 sudaaah..

Inilah pasukan kompang Yahanana Events - baru je ditubuhkan..dan persembahan pertama dah tersesat.. tapi memang cun laaaa..

Inilah kisah kami kali ni.. pelbagai ragam musim kawen.. bukan apa..sekali fikir memang tak patut tulis kat sini..yalah..takut orang tak nak tempah kami.. tapi dua kali fikir..'why not'.. this is reality man.. tak semuanya sempurna.. yang penting walau apa pun cabarannya..kita kena ada plan alternatif supaya majlis tetap sukses!

Lagi satu, apa yang penting? KERJASAMA!!!






Tuesday 22 October 2013

Adam Dan Si Pencuri Basikal

Kisah benar yang berlaku pada anak buah Che Mid di sebuah IPTA di Pahang.. (fuh macam saspen sangat!!!)


Adam baru dapat basikal (sebenarnya basikal adiknya, Ammar) yang baru dihantar ibu dan abah Adam untuk kegunaan di kampus. Lokasi hostel dan kelas yang agak jauh menyebabkan ramai pelajar menaiki basikal. Adam pernah sebut dalam fbnya, " Masa sekolah dulu tak nak pulak naik basikal.. dah masuk universiti kena naik basikal.. he he"

 Satu hari sebelum Hari Raya Haji.. Adam letak basikalnya di tepi jalan untuk mengeluarkan duit di mesin ATM. Bila Adam datang semula ke tempat basikal tu, tengok-tengok basikal tu dah takde. "Mana basikal ni pergi.. ini mesti ada rang curi..!" Bengangnya rasa sebab basikal tu baru je 2 minggu Adam dapat!

Seharian Adam berlegar-legar mencari basikal tapi tak jumpa-jumpa. Tengah malam itu juga, Adam pinjam motor kawan sebilik dan bergerak perlahan-lahan dari satu hostel ke hostel lain. Adam yakin akan jumpa basikalnya tu sebab tentu masa tu semua pelajar ada di bilik masing-masing. Akhirnya, setelah beround-round Adam meronda-ronda, Adam ternampak elok je basikalnya diparkir di salah satu bilik hostel. 

" Ada satu tanda di basikal tu untuk mengesahkan itu basikal aku atau bukan," kata Adam. Bila dah diperiksa, memang betullah itu basikalnya. Tanpa menanggalkan topi keledarnya, Adam terus mengetuk pintu  bilik tu. 

Elok je pintu dikuak, dengan garangnya Adam menyoal," Itu basikal sape?" sambil tangannya menunjuk ke arah basikalnya. Salah seorang penghuni bilik tu terus menjawab, " Maaf bang... jangan marah bang.. saya..saya.. AMBIL basikal tu sebab basikal saya pun KENA CURI bang.." 

Eh, boleh ke gitu ......

ingatkan Adam nak MARAH... tapi apa yang Adam buat....


Adam 'call' kawan sebiliknya, bagi tau yang basikal dah ditemui dan minta tolong datang ke situ segera. Bila kawan Adam sampai, Adam suruh kawannya tu bawa basikal Adam balik hostel.  Dan Adam ajak pelajar yang telah mencuri basikalnya itu sama-sama naik motor dan BANTU pula MENCARI basikalnya yang hilang...!! Akhirnya, mereka dapat jumpa basikal pelajar tu semula malam tu juga.

Agak-agak kalau orang lainlah jadi Adam, mau ke dia buat macam tu?

Semasa Adam bercerita dengan ibunya, ibu tanya Adam, " Apa tanda kat basikal tu yang buat Adam 'sure' itu basikal Adam?"

Adam jawab, " Ada taik burung kering melekat kat ' mud guard'!!!


Ini bukan basikal Adam.. tapi macam basikal arwah atuk Che Mid..Che Mid suka naik basikal tu dan kayuh laju-laju, tapi basikal tu parking elok je le.. tak bergerak sebab stand basikal tu jenis macam tu..

Thursday 17 October 2013

Bagus Punya Landing..

Sekali tengok dari jauh... tak pasti apa ada atas motor tu...rupanya

Time tidurrrr....bagus punya landing tuuuu..


Dah bangun dah... jom pecutttt!

Tuesday 8 October 2013

Perjalanan JB - Klang yang Mencabar

Assalamualaikum semua..

Nak cerita dari mana ni.. ah.. taram je lah.. harap folo sampai habis tau!!

Hari Jumaat 4 Oktober lepas, Che Mid, Farhan dan Faris ke Johor Bahru untuk mengacara di sana pada hari Sabtunya. Jom ikuti apa dah jadi..

 Jadual perjalanan bermula dengan baik, Alhamdulillah.. kami tiba di Skudai pada jam 9 malam. Pengantin pun ada di dewan, jadi kami terus berbincang untuk kali terakhir. (Kami pernah berjumpa di KL sebelum itu). Semuanya ok, dan kami ke hotel yang disediakan sebelum 'supper' di Pekan Rabu. Eh,. Che Mid tak pernah tau di JB pun ada Pekan Rabu, ingatkan ada di Alor Setar saja...

Dah tengah malam baru masuk ke hotel. Hotel tu biasa je, tapi luas dan bersih.. yang best ada wifi..kami diberi 'family room' (special thanks untuk Nanie..).tanpa berehat, lepas solat kami praktis Qasidah.. (nasib baik takde orang ketuk pintu bilik sebab bising hi hi).

Anak-anakku tersayang.. semasa set up sistem PA, dia orang ni pakai t-shirt je. Bila dah siap, baru tukar baju encem sikit.. pas tu posing kejap. Ait.. cepat masuk dewan!!!

 
 Cantikkan pelamin tu.. acara istimewa di majlis kali ini ialah selain dari suapan buah sunnah sebagai ganti acara merenjis, Che Mid menjemput ibu pengantin dan besan-besannya naik ke pelamin serentak. Kemudian Che Mid cakap macam ni..

Rasanya baru semalam melahirkan dan membesarkan
Rasanya baru kelmarin mendodoi dan menyekolahkan
Hari ini anak yang ditatang bagai minyak yang penuh
Telah pun menjadi kepunyaan orang       

Untuk anak-anak yang dikasihi dengarlah bingkisan ini...

 Che Mid pun nyanyikan lagu ni....

Kasihnya Ibu membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah sangguplah berpisah
Dan kasih anakanda berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa

Ikhlas dan rela asal bahagia

Memang 'touching' dan mengharukan. Sebenarnya, semasa bawa lagu ni.. meremang satu badan.. dah tahu, ada yang mengalirkan airmata ni.. maklumlah.. nak 'berpisah' dengan anak katakan..habis je Che Mid nyanyi, ada pulak beberapa tetamu yang tepuk tangan kuat-kuat.. tenkiu veli much aaa.. 

Semasa pengantin memotong kek perkahwinan, Farhan buat penampilan khas dengan menyanyikan  lagu "Sedetik Lebih" dari Anuar Zain dari atas pelamin ditujukan khas buat pengantin.

 Semasa pengantin bergambar dengan kaum keluarga, kami bertiga berqasidah dan berselawat khas untuk tetamu..antaranya kami bawakan Ya Badrotim dan Ya Hanana.. syok bila ada tetamu yang ikut berqasidah sekali..

 Habis bertugas, apa lagi... kacau pengantin la.. memang saja tak nak bagi tau awal tadi.. ya, ada dua pasang pengantin. Yang ini si kakak.. Susyana dan suaminya Boy.

 Ini pulak si adik, Dr Nanie dan Izham. Cantik sangat..  Dr Nanie inilah yang jumpa Che Mid di blog ini. Dia dah jadi pembaca senyap blog ini rupanya..

Pengantin bukan main gelak bila Che Mid usik masa cerita latar belakang pengantin. Apa taknya, dah 7 tahun berkawan barulah nak luah isi hati.. takke lama sangat..Yang berbaju merah duduk sebelah pengantin perempuan tu namanya Datin Juwita.. dia puji suara Che Mid sedap.. dia kata, " Dah biasa menyanyi ke?" Che Mid kata.. " Sikit-sikit". Tapi sebenarnya dalam hati jawab.. " Carik makan.." ha ha

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik dan lancar walaupun Che Mid sendiri ada rasa tak puas hati.. Yang sepraisnya..tiba-tiba ada seorang perempuan ni datang peluk-peluk Che Mid. Memang tak pernah kenal dia..(sebab tak pernah tunjuk muka dalam blognya) tapi taulah yang dia tu Kak Zakie. blogger yang sangat terkenal tu..Tapi muka Che Mid, Farhan dan Faris memang dia cam.. "selalu terpampang", katanya.

Kalau ikutkan hati Che Mid yang berbunga-bunga ni, hendak je tayang gambar kami berdua di sini.. biar satu dunia tahu wajah blogger kesayangan ramai yang kecik molek yang sangat peramah tapi pemalu tu..tapi sebab dah bersumpah setia, Che Mid terpaksa simpan untuk koleksi peribadi je la.. terima kasih sangat pada Kak Zakie dan family yang sudi datang jenguk kami walaupun jadual sangat padat.. lain kali kita jumpa lagi Insyaallah.

Ok, itu cerita di JB. Sekarang jom baca apa dah jadi semasa dalam perjalanan balik ke Klang.

Lebih kurang jam 7.45 malam.. dah gelap dah hiway.. Che Mid yang terlelap di kerusi sebelah, dikejut Farhan yang memandu, " Ibu, kereta kita ni ada masalah ini".. perlahan je suaranya.. Memang Farhan jenis 'cool' dan tak menggelabah.. (Proud of you son..!). Ibu pulak yang panik.. yalah..tengah tidur sedap-sedap, pas tu kena kejut macam tu kan..

Tengok papan tanda tepi jalan, lagi 5km ke RnR Ayer Keroh. Farhan kata tayar mungkin pancit.. Dia memandu di lorong tepi sekali, tapi tak berani berhenti kerana jalan yang gelap dan kenderaan memecut laju terutama lori-lori besar. Ibu kata, " Tak pe lah.. kita drive je slow-slow.."

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi kuat dan kereta bergegar.. Farhan kata, " Ha, kan Ayan dah agak.." Terus ke tepi dan berhenti. Apa nak buat ni..? Kami google plus ronda.. dapat je nombor, Che Mid terus call. Pihak Plus Ronda kata dalam masa 20-25 minit bantuan sampai, sempat dia pesan pasang 'hazard lights'.

Lama juga kami menunggu. Farhan dan Faris memberanikan diri turun untuk melihat keadaan tayar. Memang tayar belakang kiri 'flat' habis. Farhan pasang lampu dalam kereta, dia kata nasib baik warna kereta terang.. harap-harap dari jauh kenderaan lain dah nampak.

Untuk mengurangkan rasa bimbang, Che Mid baca zikir Ma'thurat dalam kereta. Anak-anak pun ikut duduk diam dalam kereta. Sempat ibu pesan, " Kalau ada orang berhenti, hati-hati.." (Kita tak tahu niat orang kan..) 40 minit selepas tu baru kereta plus ronda tiba. Alhamdullillah.. dalam masa 10 minit, dua orang petugas selesai membantu menukar tayar, walau pun kereta berat sebab bebanan pa sistem.. Nasib baik tayar 'spare' elok lagi. Petugas tu pun pesan untuk berhenti di stesyen minyak dan periksa angin tayar.

Cepat mereka buat kerja.. memang pakar.. masa sibuk membantu kami, ada satu kenderaan berhenti tidak jauh dari situ. Nampak macam ada orang menggunakan cahaya lampu picit sebagai amaran kecemasan.

Ini dia rupa tayar yang dah rosak teruk..alhamdulillah, tiada peristiwa buruk berlaku ..

Orang lain tolong kita, kita sempat lagi ambik gambar..

Bila dah selesai, kami bergerak semula, kereta peronda ikut kami dari lorong kecemasan untuk membantu satu lagi kereta yang rosak. Rupanya van Rusa.. ada ramai anak kecil dalam van tu. Hilang rasa bimbang pada kereta sendiri, berpindah risau pula pada kereta yang rosak tu. Kesian.. pada Che Mid, kalau dah naik van Rusa, tentu orang tu tak berapa berduit. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mereka, Amin.

Berhenti di RnR Ayer Keroh, untuk memeriksa angin.. kawasan tu dipenuhi dengan konvoi kereta anak-anak muda. Bermacam gaya dan rupa kereta-kereta tu.. tetiba teringat balik pada van Rusa tadi.. kesian pun ada, sedih pun ada.. lumrah kehidupan.. ada yang berkereta janji dapat bergerak, boleh bawa anak isteri.. tapi ada yang berkereta untuk enjoy dan buang duit untuk mekap dan ubah suai kereta.. maaf le kalau ada yang terasa.. tapi Che Mid memang tak berkenan dengan hobi yang tersangat 'over'.. ubah suai sikit-sikit sudah lah.. ada rezeki lebih, sedekahlah pada yang tak berapa mampu.. 

Kami teruskan perjalanan dengan keletihan. Hampir pukul 11 malam, kami berhenti lagi di RnR Dengkil.. mengisi perut dengan Sate kajang Samuri sebagai 'reward' atas perjalanan yang panjang dan saspen ini. Bungkus sikit untuk Che Abang dan Deeja yang tentunya risau sangat menanti kami, selagi tak dengar bunyi kereta parkir depan rumah..


Untuk Dr Nanie yang sangat merendah diri dan Izham yang baik hati, selamat pengantin baru.. mungkin sekarang tengah honeymoon kut.. terima kasih sudi pilih kami dari Klang turun ke JB demi meraikan majlis resepsi kalian. Semoga puas hati dan selamat melayari bahtera rumah tangga dan bahagia hingga ke jannah.

Pembaca lain di luar sana tu, berminat nak jumpa Che Mid? Jom hubungi 013-3672459 atau emel hmj_66@yahoo.com

Tuesday 1 October 2013

Anugerah Allah Tidak Mengenal Siapa..



Lihatlah video ini.. dan hayatilah anugerah Allah yang tidak terhingga untuk sesiapa yang dikehendakinya. Walau pemuda ini hampir tidak punya apa-apa, tapi suaranya memukau dunia..