Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 24 January 2015

Tak Menang Tapi Dapat Hadiah

Assalamualaikum sahaba-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Mendung je hari ni walaupun dah hampir pukul 10 pagi. Di bulan kelahiran Nabi Muhammad saw ni, banyak tempat yang mengadakan macam-macam program sambutan. Beramai-ramai bersolawat ke atas nabi junjungan kita yang sangat-sangat dikasihi. 

Yaaaa Nabi yaaaa Muhammad!!! Sollu 'alaih...

Kumpulan marhaban HELWA telah mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidurrasul anjuran Masjid DUN Meru.

Semangat berlatih berkawad untuk pertandingan perbarisan. Bukan nak sangat menang, tapi kecoh je lebih. Biasalah orang perempuan bila buat kerja. Riuh sekampung tapi habuk tarak ha ha.. Peserta dari umur 17tahun hingga 60 an...tapi nampak happening je kan..

Kebetulan dalam kumpulan kami ada seorang Sarjan..Sarjan Azma yang bertungkus lumus ajar kami berkawad yang tak pernah sampai tahap memuaskan. Langkah kaki, angkat tangan paras bahu, semuanya lintang pukang...

Pagi Ahad 18 Januari, di tempat berhimpun. Lebih 50 pasukan mengambil bahagian..macamana nak menang ni...


Ini pasukan muslimin surau kami. Dari awal memang meletakkan harapan pada kami..muslimat..jadi mereka datang santai-santai je..Untuk sepanduk pun dipertandingkan juga..

Yang bagusnya, muslimin kami datang bawa sarapan cucur badak dan karipap panas-panas untuk kami makan beramai-ramai di tempat berhimpun. Kami tak terfikir pun bawa sarapan bagai..tapi sempat jamah juga la bila muslimin bawa..sedap pulak tu, rugi sapa tak nak makan sebab nak jaga suara he he



Masih atas padang. Pihak penganjur beri taklimat..kami dok borak dan posing...ni mintak adik sekolah tahfiz grup sebelah kami ambik gambo..ustaz perati je perangai mak-mak ni...Hailer yang Che Mid pegang tu, muslimin punya..tapi Che Mid dah take over..


Ceria sokmo..itulah geng HELWA sentiasa ceria walau di mana berada, masa serius pun ceria..Kalau nak tau, yang pegang tiang sepanduk tu kembar dua beradik.. memang berat rupanya bawa sepanduk tu kan. Saat-sat akhir Sarjan Azma tukar orang..kasi mak-mak sado pulak pegang..

Papan tanda HELWA tu baru buat tengah malam sebelum tu. Che Mid lupa langsung..balik berkawad tergerak hati tengok balik peraturan pertandingan. Apa lagi, kecoh wasap grup kami tanya sapa ada papan..tiang..kertas balut..Akhirnya, Che Abang guna kotak terpakai untuk ganti papan, Che Mid print tulisan dan Ustazah Lela tolong buatkan. Tengah malam pukul 12..siap! Fuhhh..



Sedia!!! Kiri sekali tu Sarjan Azma.. tugas dia jaga kami..pergerakan tangan dan kaki..tapi kebanyakan kami jalan lenggang kangkung mak minah dari soja!! Aduiii..fras la sarjannnn..

Tapi suara tetap kuat dan bersemangat..maklumlah kami berselawat yang kami hafal..berjalan 2 kilometer ke masjid memang memancitkan..lalu trafik lite dan jalan raya yang ditutup sebelah laluan. 

Berat sungguh bawa sepanduk tu ya..Cik Enon dan Cik Ida lenguh-lenguh tangan dibuatnya..tapi semangat tetap membara..semakin dekat ke kawasan masjid, semakin kuat suara kami..ada juga penonton yang angkat tangan dan bagi tanda 'good'..ok la tuu..

Kami tak menang.... tapi kami dapat wang tunai saguhati dan sijil penghargaan dari YB Dr Rani. Daaaan..yang paling maniiiiis sekali..YB janji akan beri kami peruntukan untuk pakaian baru!! Alhamdulillah..memang kejutan betul. Tak payah le kami keluar RM untuk baju baru nanti..duit tu boleh guna untuk program lain..

Bergambar sebaik tamat perbarisan..ada rupa penat ke..tak kan tak kan..control itu penting maaaa..

Ni barisan ahli warga emas dan hampir-hampir emas...Jangan tak tau, warga emas la yang kuat semangat, yang mudo-mudo ni pun malu tau..stamina tak padan dengan umur. Terutama bonda Che Mid yang spek paling glamor tu..

Walaupun mentari semakin bersinar dan menyilaukan tetapi kami tetap sonyum sokmo

Inilah antara ahli Helwa yang hadir, ada beberapa orang lagi yang tak dapat ikut serta sebab uzur dan ke luar kawasan. Terima kasih semua ya.. sanggup turun awal pagi mewakili surau dan taman tercinta. Semangat setiakawan paling mahal dan istimewa, terpelihara sekian lama..insyaallah kekal selamanya. Aamiin. (Oh ya..nak tempah marhaban..call je Che Mid di 013-3672459)

Oh ya..si budak kecik Deeja dah sekolah tadika tahun ini. Lima tahun dah umur Deeja..kejap je kan.


Deeja dan besfrennya.. ikut juga masuk perbarisan. Jenuh juga kejut awal-awal pagi lepas Subuh. 



Semasa berarak..entah mana baris, mana langkah..tapi respek pada cikgu-cikgu yang sanggup 'heret' sicomel-comel ni ...

Otw balik...lelap kepenatan...


Ok..tu je untuk hari ni..ma'as salamah..wa illaliqa'



Saturday 17 January 2015

Suka Duka Sukarelawan

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua sahabat-sahabat sekalian.

Secara tak dirancang rupanya beberapa orang yang rapat dengan Che Mid juga turut terlibat dengan kerja kesukarelawanan banjir kali ini.

Bila banjir teruk mula menyerang Temerloh dan Kuala Lipis,kami amat terkesan kerana mak abah mertua tinggal di Kuala Lipis dan kampung abah mertua pula di Jenderak, Kuala Krau, Temerloh. Alhamdulillah, semasa banjir memuncak, laluan ke flat mak terputus tapi mujur emak dan abah berada di Singapura.

Semasa Che Mid sedang bergelumang dengan Projek Telekung, adik ipar dan biras pula mengumpul bantuan mengejut ke Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis. Keluarga biras Che Mid yang jadi orang tengahnya.





.Adik ipar,  Acam, dan isteri Ayu kumpul sumbangan di Kuala Lumpur dan hantar ke Dong, Raub. Dari Dong diangkut pula ke penempatan banjir. Anak-anak dara bersempit dalam kereta dicelah-celah barang bantuan. Comel je..anak-anak buahku tersayang..



Antara bantuan yang dibeli di Kuala Lumpur

Dah sampai Dong, barang dipunggah ke kenderaan Bomba Sukarela. Berbaju oren tu adik ipar yang tinggal di Dong

Sarat dengan bantuan yang akan melalui jalan jauh kerana laluan terputus.


Akhirnya selamat sampai ke SK Chegar Perah


Kalau tadi cerita keluarga belah suami, Ini kisah belah Che Mid pula.

Ini pula suasana banjir di Kampung Gajah. Beberapa hari selepas Che Mid dan team ke Kelantan, emak Che Mid dan beberapa sahabat setaman bergerak pula ke sana. Menziarah rumah salah seorang ibu jiran kami, Ina Wahab. Menaiki rakit untuk sampai ke halaman rumah. Masa tu dah sepuluh hari banjir tapi belum surut-surut lagi. Sebahagian telekung kami pun dibawa ke sana.

Pengalaman banjir - tentu takkan luput dari ingatan

Tak nak main banjir ke?

Dua hari selepas Che Mid, Che Abang dan Ayan balik dari Kelantan,giliran Farah, Faris dan adik Che Mid, Acik, pula ke Kelantan. Farah memang dari awal nak pergi, Acik pun sama, cuma Faris yang setuju saat akhir. Mengikuti rombongan sukarelawan kampung kami, menaiki bas. Satu bas muslimat, satu bas lagi pelajar tahfiz lelaki. Bertolak tengah malam dan sampai Kuala Krai subuh esoknya.

Antara yang wajib dibawa - but PCK dan sarung tangan getah

Dah siap anak ibu ..Al-Quran sentiasa di samping. Ya Allah, istiqomahkan dia Ya Allah.. 


Hari pertama - di tempat pengumpulan dan agihan. Banyak barang, banyak kerja. Hujung tu..Faris terbongkok-bongkok buat kerja.

Katanya hanya dua lelaki sahaja terlibat di situ, pelajar tahfiz dah keluar cuci madrasah.


Abang Ayan kata kesian tengok Faris buat keje..rasa nak nangis tengok.. Maklumlah adik tu bukan buat keje sangat di rumah..paling teruk pun mop lantai atau cuci bilik air..

Alamak..sori..


Non stop... kakak Farah yang curik ambik gambar-gambar ni..


Kepenatan...


Hari ke dua - Faris masih di tempat sama tapi barang dah tak banyak lagi. Ada satu kereta datang bawa baju sekolah dan selipar. Penduduk setempat terus merapatinya dan tunggu rezeki masing-masing. Cuba zoom pada kakak baju corak rimau tu..tengok muka dia..seolah-olahnya kata<" Alhamdulillah, anak aku ada baju sekolah baru.." 


Ini gang Acik (tudung pink berdiri atas lori) dan Farah ..jadi skuad cuci hari ni.

Acik beritahu dalam perjalanan, mereka ternampak seorang pakcik tua sedang buat salur air dengan cangkul. Bila nampak sukarelawan, dia angkat tangan dan tunjuk ke satu arah. Rupanya tunjuk rumahnya yang ranap. Kemudian pakcik tu letak tangan di dadanya..tanda redha..Benarlah Allah kata bahawa Dia hanya akan menguji hamba-hambanya mengikut kemampuan masing-masing. Dan orang Kelantan memang kuat..


Tiba di sekolah tadika PASTI - it was beyond repair..terpaksa dirobohkan terus..Allahuakbar


Tak pernah terfikirkan mencuci pinggan mangkuk penuh selut dan lumpur.. Ini di rumah sebelah PASTI tadi. Pun tak boleh diselamatkan dan terpaksa dirobohkan. Tuan punya rumah menginfak tapak tanah itu untuk dijadikan tapak PASTI yang baru..demi cinta pada Islam..Subhanallah..

Farah pinjam seluar track abah..kotor..

Perjalanan balik ke tempat penginapan - pergi tadi naik lori, balik naik hilux..kena hujan pulak..Mereka meninjau kawasan banjir dari Kuala Krai hingga ke Dabong..hampir 100km.."puas' melihat kemusnahan 'live'..depan mata. 

Acik dah balik, berganti pulak dengan suaminya..Cikgu Jamil dan jiran setaman yang mengikuti konvoi DUN Meru. Bertolak malam Jumaat, Cikgu Jamil dan kawan-kawan penuh semangat ingin membantu mangsa di sana, namun hajat tak kesampaian apabila kemalangan 'bumper to bumper' berlaku di Lebuh Raya Karak pada jam 2 lebih. 

Itu bahagian depan

Ini belakang..

Lagi gambar kereta Naza, terpaksa menggunakan trak tunda ke Balai Polis Karak.

Ini van yang membawa muslimat, melanggar kereta Cikgu Jamil. Ada muslimat yang dirujuk ke klinik.

Ini 4x4 yang dilanggar kereta Cikgu Jamil. Kesemua yang terlibat dalam kemalangan membatalkan perjalanan tetapi kumpulan yang jauh dihadapan meneruskan misi murni itu hingga selesai.

Itulah dia sedikit sebanyak kisah ahli keluarga Che Mid yang turun padang membantu apa yang patut. Amat sedikit pertolongan ini..apalah sangat jika dibandingkan dengan kerugian mangsa banjir. Tapi percayalah, kami bangga menjadi sebahagian dari fenomena ini.

Cuma di sini, Che Mid ingin menegur sikit pada sesiapa yang mengambil sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa. Jangan sekali-kali mengaku bahawa sumbangan itu dari pihak kamu jika kamu mengambil sumbangan orang lain. Sama seperti kes menahan sumbangan orang ramai kemudian di pek semula dengan gambar atau lambang lain. Ingat, kita bersusah payah mengumpul amanah orang, jangan senang-senang mengaku hak orang lain pula ya. Walaupun penyumbang tidak tahu, tapi Allah Maha tahu. Walaupun penyumbang itu ikhlas, jangan kita pula jadi pemecah amanah. (Ingatan untuk ku jua). Astaghfirullah..

Okay..sebelum menutup tirai, jom tengok adegan lucu ni..

Untuk grup wassap Helwa, kami memang berbincang hampir setiap hari dan masa..tak kira time rehat atau kerja atau masa memasak sekali pun..


Inilah hasilnya akibat terlalu asyik berwassap bincang pasal transport la..collection la.. pucuk ubi yang direbus, hangus sebab kering airnya.



Pada masa yang sama, bendahari kami pula..terhangus rebusan dagingnya..memang kecohkan bila ibu-ibu busy ni he he..




Ini apa hal pulak? Che Abang I dah cuci kereta ni..awat pelekat dan nombor tu tak tanggal sekali bang oi? Saja je nak berlama-lama ya...ingatan manis di Kelantan masih segar kut..he he.. tak pe la,,kasi can sama dia..

Tamat sudah kisah banjir Che Mid..doa dan kasih sayang kita sentiasa bersama mereka, Tempoh pemulihan bukan sebulan dua, tapi Allah akan ganti dengan yang lebih baik nanti...Insyaallah..Aamiin.

Tuesday 13 January 2015

Projek Telekung - Akhir

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..Semoga cerita sentiasa hendaknya.

Sebelum Che Mid teruskan dengan catatan terakhir ke Kelantan, nak disebut juga di sini bahawa Che Mid dan Ruzzi cuma wakil dari sahabat marhaban Helwa. Sebenarnya ramai nak ikut serta tapi kekangan masa dan urusan lain menghalang kami pergi beramai-ramai. Che Mid terpaksa mengajak sama Che Abang dan Farhan sebagai penyedap hati bila ada lelaki ikut sama. Lagi pun tenaga mereka amat diperlukan untuk memunggah barangan turun dari kereta. Jadi, harap tiada yang menganggap projek telekung Che Mid punya ye..

 Ok..jom sambung.

Dari Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh kami bergerak ke Tanah Merah sebelum azan Zohor. Ingatkan dekat rupanya hampir satu setengah jam kami 'on the road'. Mata terpana dengan pemandangan-pemandangan memilukan. Kesan-kesan selepas banjir memang membayangkan betapa dasyatnya 'serangan' banjir tempohari. 

Selepas 'signage' Bukit Panau, kami masuk lorong kiri. Memang kami tak pernah sampai kawasan ni dan tak terbayang bagaimana keadaan mangsa di kawasan ini. Bermacam benda terbayang difikiran sepertimana yang heboh di fb...bantuan disekat di perjalanan, jalan teruk sangat hingga kenderaan tak boleh melaluinya dan penduduk menyerbu bantuan. Tambah risau kerana kami cuma satu kereta sahaja, tiada 'kawan' lain. Apa-apa terjadi atas tanggungan sendiri..



Semakin jauh ke dalam semakin sepi dan kurang penempatan. Tapi ada satu lorong kecil dengan tanda jalan " Sekolah Tahfiz menarik perhatian Che Mid. Cuma tak berani masuk ke dalam...rasa macam sunyi dan asing. Al maklumlah tempat orang kan..

Ini dia perhentian pertama kami - Ada empat buah rumah dalam satu kawasan. Mulanya cuma ada lelaki yang mencuci motosikal tu je di luar, Tapi bila kami beri salam dan beritahu tujuan kami datang untuk bertanya khabar, puan rumah (bertudung) pun muncul diikuti oleh suami dan jiran berdekatan.

NOTA: Perasan tak baju Che Mid tak bertukar sejak dari semalam lagi..sejak dari SACC Convention Centre..tak mandi, tak tidur, tak sarapan pagi, alhamdulillah makan tengahari setelah 'dipaksa' oleh Ustaz Tarmizi di Masjid Ibrahimi tadi.

Mula mengagih barangan - set telekung ( 1 keluarga 1 telekung), set mandian (tuala+sabun+ubat gigi+berus gigi+ shampu), tuala wanita/diapers dan makanan.


Anak ini bawa 'wheelbarrow' ke kereta kami bila melihat kami buka but kereta..sedih tak..Allah..

Antara kemusnahan yang bakal menjadi bahan buangan. Air naik melepasi kepala.. pak cik tu beri tahu, setiap tahun banjir tapi tahun ini sangat pelik sebab air naik macam ombak laut.


Sebak tengok gambar ni..

Gerai kecil itulah dijadikan tempat memasak sesama jiran selepas mereka balik dari pusat pemindahan. Selepas selesai membersihkan dalam rumah barulah boleh memasak di dapur semula. Yang berbaju kuning hujung sekali tu ialah salah seorang anak mereka yang merantau. Pulang menjenguk keluarga selepas banjir. Ada juga seorang ibu tunggal kematian suami dan 3 anak kecil. Kami hulur juga wang tunai sedikit padanya. Mereka sangat meraikan kami walaupun apa yang kami beri tak seberapa apatah lagi bila tahu kami datang dari jauh. Agaknya kalau rumah dah elok, mau kami dijemput duduk di ruang tamu dan dihidang teh panas..



Ini rumah kedua kami singgah..di tunjuk oleh anak tuan rumah pertama tadi. Ada tiga keluarga di sini dan ada anak kecil serta orang tua yang uzur. Ada yang minta pampers orang dewasa tapi ...

Ini rumah ketiga kami singgah. Tak dapat masuk ke rumah sebab pintu pagar berkunci dan pak cik ni tak berapa larat bergerak tapi digagah juga berjalan. Tapi lihatlah riak wajahnya..cukup jelas gembira..walau hanya dari seberang pagar. Cuma kalut sikit bila Che Abang dah hulur telekung baru tanya mana isteri pakcik tu. Pak cik tu jawab.." Tak do oghe tino sini..". Takkan nak ambik pulak kan telekung tu kan he he

 Rumah ke empat - sepasang suami isteri warga emas. Rumahnya agak jauh ke dalam kebun getah dan di kawasan laluan air sungai berdekatan. Makcik ni tengah jaga cucu dan suaminya sedang mengemas belakang rumah. 

Cucu melalak tengok kami datang...terutama tengok muka Che Abang..


Pinggan mangkuk penuh selut elok tersusun..jenis berkaca mungkin mudah jumpa. Kalau jenis plastik mau hanyut entah ke mana..

Sampai rumah ke lima..sedaya upaya menahan airmata dari gugur bila makcik tu bercerita yang dia terpaksa tinggalkan rumah yang mula dinaiki air kerana menziarah bapa saudaranya meninggal dunia. Balik semula ke rumah air dah paras lutut, kakak yang tinggal sebelah rumah pulak sakit dan terpaksa bawa ke hospital. Mendahulukan orang lain, rumah sendiri hampir tenggelam.. asyik menangis je mak cik tu,  (Gambar: Lelaki berbaju merah tu anak yang balik menziarah. Berbaju hijau tu tuan rumah)

Cuba menenangkan mana yang mampu..

Barang-barang hanyut di bawa arus ke menghala ke belakang rumah. Lepas banjir sibuk mencari barang-barang hanyut dan cuba dikutip semula. Nasib baik jika boleh diguna semula nasib tak baik jadi longgokan sampah jawabnya.. Nampak tak kain baju masih bertaburan di laman..yang sudah terendam dah berbesen-besen juga. 


 Rumah ke enam - empat buah sederet. Adik tu baru balik bantu mak mengemas, rumah mertua juga banjir..

 Che Abang melayan tuan rumah bersembang..sementara kami membawa sumbangan



Ruzzi (Timbalan Pengerusi Helwa dan BFF ku tercinta)  dah sakit kepala sangat-sangat tu, tapi digagah juga menghabiskan baki sumbangan. Semangat tak pernah pudar..tak padan dengan saiz badan yang kurus melidi..

 Rumah ke tujuh, ada tiga keluarga. Lelaki bertuala putih tu pun balik dari jauh menjenguk keluarganya. Memang suka bila nampak anak-anak muda balik ke kampung bantu apa yang patut.

Che Mid teringat kata-kata Ustaz Ashraf dari kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah. Kebetulan ustaz orang Kuala Krai, memang rumah ustaz tenggelam habih. Che Mid risau keadaan jalan raya ke Kelantan tapi Ustaz kata, " Takpe kak..kakak drive je kereta akak tu. Adik saya balik kampung bawak kancil je kak..sampai pun". 


 Suka melayan nenek ni, Walaupun kena musibah banjir, tapi tetap ramah dan ceria bila Che Mid usik.


Nampak tak muka orang dah terlalu penat...tapi sangat berbaloi-baloi..subhanallah..

Dua rumah terakhir tiada gambar sebab Farhan tak turun dari kereta. Cuma Che Mid dan Ruzzi sahaja yang beri salam dan hulur sumbangan. 



 Pernah tak tengok macam ni...tar jalan raya tertanggal sekeping begini dan hanyut ke tepi jalan..



Ok, kami dah keluar dari Mukim Paloh. Nak ke Kota Bharu mencari homestay. Mission Accomplished.

 Dalam kereta Farhan dan Che Abang sibuk mencari jalan ke Kota Bharu, Che Mid dan Ruzzi sibuk update wassap grup masing-masing tentang apa yang baru berlaku. Ya lah..walaupun kawan-kawan tak ikut sekali, Che Mid rasa macam mereka ada sekali bila baca komen dan sokongan mereka tu. Tapi line celcom kejap ada kejap takde. Bila ada line, masing-masing tunduk tengok henfon..bila takde line..sibuk tengok kiri kanan jalan....asyik-asyik terkeluar dari mulut kami," Ya Allah teruknya rumah tu..siannya..dan macam-macam lagi.

Jam 6.15 petang kami tiba di Homestay ini, Cantik dan murah. Tuan rumah tinggal di tingkat bawah..tingkat atas disewakan. Rasa nak makan dulu lepas tu masuk bilik dan terus rehat tak payah keluar lagi..tapi tak solat jama ta'khir pulak..terus check in dan solat dulu. Ruzzi terus soalt, Che Mid pulak mandi dulu...weiii..dah macam bau kambing dah weeeiii...



 Dua beranak ni pulak..tak sedar dah terlelap di sofa..Bangun!! Pi solat dulu pastu kita makan..baru boleh tidur puas-puas..Kesiankan..tabik spring pada suami dan anakanda tercinta, walaupun ajak last minute tapi turut menyokong 150%..tak komplen langsung!!


Nampak katil simple macam ni je..rasa nak terjun terus ha ha..

Mujur kat tepi homestay ada gerai makan. Cukuplah nasi ayam dan nasi goreng untuk pelapik perut mengganti tenaga sehari semalaman.

Kami solat Jama' Maghrib dan Isya'..pukul 8 malam Che Mid dan lena bagai puteri salju. Dah janji dengan Ruzzi pukul 10 malam nanti bangun nak makan bekal yang mak dan Farah bawakan..tapi uuh..kalau ada bom meletop kat sebelah telinga pun tak sedoooo..

Esok pagi-pagi kami bersiap awal untuk check out dan balik ke Klang. Ingat nak sarapan nasi bekal. Tau tak apa jadi ?? Meh tengok sini..

 Tentera-tentera semut telah bersarang dalam nasi putih..

 Sambal telur made by my lovely MAK!!

 Sambal bilis air tangan MAK!

Semut tu dah masuk ke celah-celah bilis tuuu..hiii..dah tak boleh nak diselamatkan dah... waaaa..rasa nak nangis!!

 Jadi habuan kucing la jawabnya..( Cing..makan boleh, tapi kalau bodoh 40 hari kami tak tanggung tau)

Itu dia homestay kami.. Berminat ? Boleh hubungi Adik Ma 014-5087348

Dalam but kereta ada sikit lagi barang yang belum diagih, makanan dan diapers..macamana nak buat ni..takkan kami bawa balik kut. Tiba-tiba kami nampak ada pusat pengumpulan barangan bantuan banjir. Kami pun berhenti la..


Pusat Pengumpulan Darul Naim

 Che Mid tanya adik-adik kat situ, samada mereka nak pergi hantar bantuan ke. Rupanya mereka Mahasiswa Perubatan UM yang nak ke Kuala Krai. Satu kereta dan satu van penuh orang dan barang..


 Suka tengok semangan anak-anak muda macam ni kan...syabas adik-adik!

 Skuad cuci begini ada di mana-mana..alhamdulillah..Nombor plat macam dari Selangor je kan..

Kami putuskan untuk melalui LPT balik ke Klang. Badan pun dah segar semula, perut pun berkeroncon selepas hampa tak dapat makan nasi bekal mak tadi.. akhirnya Allah beri kami rezeki nasi dagang yang sangat enak di Cik Su Nasi Dagang, Kuala Besut. 

 Che Mid dan Ruzzi nak nasi dagang dan ikan ayer..

 Che Abang pilih lauk ikan dan itik


Ayan ambil ayam dan daging..


Ok..kami makan dulu ya... terima kasih sudi baca entri yang panjang berjela ni..bye..
Illaliqa' wa ma'assalamah