Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 26 March 2013

Anak Bujangku Jadi Bertunang

Farhan akhirnya jadi bertunang pada 16 Mac lepas. Sebenarnya pada 5 Januari lalu, kami dah pun merisik tapi majlis peruntangan di tangguh hingga Mac atas permintaan pihak perempuan.

 Rumah kami cuma 2 batu je jaraknya. Arwah mak tunang Farhan tu pulak kawan sekolah Che Mid, tua setahun je. Kami sama-sama belajar mengaji tapi  tak khatam selepas Ustazah tu kawen.

Tak sangka kan, kawan sekolah bakal jadi besan (tapi umur tak panjang kerana arwah kak Ina meninggal pada tahun 2011 akibat kanser). Tapi arwah memang tahu hubungan anak-anak kami sebab budak-budak tu kan dah berkawan baik sejak sekolah menengah.

Ok jom tengok gambar sekitar pertunangan Ayan.

Adik-adikku sayang.. Nor, Acik dan Lina bergotong royong menyiapkan gubahan hantaran. Jumaat malam Sabtu kami berkumpul memulakan persiapan sampai pukul 1.30 pagi, dan Sabtu pagi pula sambung dengan hantaran basah seperti sirih dan buah-buahan. Pada Che Mid, memang pantas kami buat kerja. Yang kain ela dan telekong termasuk langkah bendol tu kami masuk je dalam kotak plastik lutsinar, tak payah gubah pun. Warna tema putih dan silver.. bunga-bungaan pun warna lembut je.. Ala lebih kurang je buat hantaran tu. Simple and nice gitu he he

 Sementara adik-adik menyiapkan hantaran, Che mid menyiapkan makanan tengahari. Sarapan pagi cuma cekodok pisang je.

 Gulai daging

 Masak lemak cili api  pucuk ubi campur tempe

 Kerang masak pedas

 Sup ayam untuk budak-budak kecik

Untuk kuih muih pulak, jiran Che Mid tolong buatkan lepat labu, adik ipar Dila sponsor trifle yang sangat sedap dan biras Ayu, sponsor kek yang sangat lazat. Che Abang seperti biasa incaj air minuman..Kami berkumpul mulai jam 2.30 petang. Tetamu boleh makan nasi atau jamah kuih muih sebelum bertolak.

Geng Parashoot Photo sedang makan tengahari sebelum memulakan tugasan. 

Untuk info, geng Parashoot Photo terdiri dari anak muda yang berminat fotografi dan bekas atau pelajar Fotografi. Farhan belajar fotografi di Unisel, Azhar Thaifor belajar di Pertak dan Ammar Politeknik di Behrang, Perak. Bila ada jemputan sebagai fotografer, Ammar akan memandu balik ke Klang. Cajnya tak mahal sebab mereka buat 'part time basis' je. Hasilny, cuba tengok gambar di bawah ni..

 Ahli rombongan meminang..

 Che Mid suka sangat gambar ni..  ada jiwa..jelas tergambar perasaan setiap seorang..

Ok, sambung balik. Mentang-mentang le dekat, kami borak-borak dulu sambil minum-minum. Las-las mak nenek kata, " Eh, jom la pegi dah lewat ni.." Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 3.15 petang (janji lepas Zohor ...) Ramai juga yang ikut serta, adalah 10 kereta. Itu pun adik beradik sebelah abahnya tak dapat ikut.. kalau semua ikut kena tambah jadi 13 kereta ... maklumlah ini pertunangan pertama dalam keluarga sebelah Che Mid dan suami, jadi makcik-makcik dan sepupu-sepupu memang eksaited juga le..



 Atuk Jamil bawa sirih junjung yang tak berapa tinggi..

 Nak tau tak.. bekas bunga rampai ni memang trend sekarang tapi Che Mid tak beli pun, ini sebenarnya Che Mid kumpul dari ole-ole orang kawin. Cantik jugakan... bunga rampai tu di tabur dengan bunga sundal malam.. wangi je sepanjang jalan..

Bekas cincin ciptaan AdikNor.. cantik!

 Farhan dan Epa dah berdikit-dikit beli barangan hantaran. Che Mid tak tau pun, pandai juga budak berdua tu menabung dan berbelanja. Mereka beli yang simple dan murah-murah je. Che Mid pulak yang bebel, nape murah sangat... tapi bila dah gubah, cantik gak..


 Ini trifle yang sangat cantik untuk hantaran. Che Mid mintak adik ipar, Dila tolong buatkan. Rupanya, ada sebekas besar lagi trifle untuk kami makan. Memang enjoy sangat kami makan. Semua orang puji... terima kasih Dila, walau dalam keadaan mabuk mengidam anak kedua, masih larat siapkan trifle ni. Siap dengan hiasan lagi..


 Baju ni sebenarnya tak plan pun nak bagi sebagai hantaran, kain ni Che Mid saja beli lebih hari tu kat Nagoya murah sangat pun. Tapi bila adikNor lipat-lipat jadi cantik pulak.. tambah lagi satu dulang..

Barang make-up pun janji ada, sebab Epa jenis tak mekap pun.. Che Mid tambah dengan one-drop perfume dan losyen tangan. Ok la tu..

 Al-Quran warna perak, dibalut dengan kain net warna ungu muda yang dibeli oleh mak nenek. Bunga-bungaan dihias oleh Mak Ngah..

Lari dari buah-buahan biasa untuk hantaran, Che Mid siapkan buah jambu batu, betik, jambu air, timun untuk dimakan dengan kuah rojak. Kan Che Mid jual kuah rojak.. nasib baik tak tampal label "Kuah Rojak Che Mid" ha ha..Yang dalam botol comel tu diisi dengan kuah rojak dan kacang tanah tumbuk. Buah kundang tu untuk hiasan je.. tersangat masam!


Kek pertunangan ditaja oleh Ain Bakeries House.. sangat comel. Terima kasih kak Ain..

Inilah antara gubahan hantaran. Kesemuanya dari pihak kami 16 dulang (patutnya 15) dan berbalas 17 dulang. Memang banyak dulang-dulangan, sebab dah janji semasa hari nikah nanti tak payah nak berdulang-dulang lagi. Cuma serah duit hantaran dan barang kemas untuk batalkan air sembahyang. Jimat belanja dan jimat masa. Duit tu nanti boleh dibelanjakan untuk kenduri walimah. Bukan murah pun ooi.. harga bunga hiasan, lapik dulang, renda segala bagai.. lepas tu jadi stok terbiar dalam stor. 

Nasib baik bakal besan Che Mid jenis tak kisah. Bila tanya tentang hantaran pun, mereka cuma kata terpulang pada anak-anak..Alhamdulillah.. Semoga semua urusan dipermudahkan sehingga ijab kabul nanti.

Lagi pun Che Mid rasa sekarang ni masyarakat kita dah tak ambil tahu sangat tentang barang hantaran. Tak macam dulu, siap belek-belek setiap satu dulang, bilik tidur pengantin pun nak jenguk ga.. pas tu buat perbandingan warna la, jenis katil la. Silap-silap jadi bahan gosip.

Ok, sampai sini dulu.. gambar-gambar lain menyusul kemudian. Takut bosan pulak baca kat sini. Pi singgah rumah kawan-kawan lain, nanti balik sini semula ya..

27 comments:

  1. Rahayu @ Mak Chu26 March 2013 at 11:27

    tahniah ayan & epa..
    trifle mmg terbaik!!! sedap gilos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dila dah dua tiga kali jamu kami makan trifle tu. Tapi yang dibuat kali ni memang terbaik!

      Delete
  2. tahniah..bertunang jgk yer dlm risau2 tuh..hehehe...jodoh semakin hampir...gubahan2 tuh semuanya cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bertunang juga akhirnya. Insyaallah, doakan yang terbaik buat mereka berdua

      Delete
  3. Tahniah untuk anak bujang che mid. Semoga pertunangan itu berakhir dijinjang pelamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, kita doakan je la. Lagi cepat lagi baguskan..

      Delete
  4. Tahniah farhan dan bakal istri...haha tak lama lg bermenantu la k.mid...pastu bercucu plak....nenek masih muda lagi.. :)
    Alhamdulillah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui.. bermenantu ok lagi.. bercucu.. oh tak terfikir sampai ke situ lagi ha ha

      Delete
  5. Nak gak tgk wajah bakal menantu che mid tu...heheheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap lagi buat story pasal bakal menantu lak ya

      Delete
  6. dah selamat bertunangpun...Alhamdulillah....saya suka majlis yang simple tapi meriah....seronok betul tengok keluarga che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat bertunang.. Alhamdulillah, nanti tengok sambungannya ok..

      Delete
  7. Salam,
    Wah hebatlah CM, dalam tidak2, besar2an juga jadinya.
    Bila majlisnya. Moga jodoh mereka berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Eh takde la hebat mana.. buat semuanya last minute preparation je.. ibunya ni kan orang paling sibuk dalam dunia..he he

      Delete
  8. bakal jd mertua lah ni ya kak, tahniah!
    ramai juga pihak keluarga akk tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga akak besar Syariza dan semua duduk di kampung yang. Belah emak dan abah pun satu kampung. Tu tak termasuk sebelah suami lagi tu..

      Delete
  9. tahniah kak...xlame lagi terima menantu...akak mmg kretif ler..xpnah lagi tgk hantaran buah cam gitu...nnti leh buat..tempah kuah rojak akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha tu promosi kuah rojak sendiri he he, boleh je tempah.. nak dengan buah sekali pun tak pe ha ha

      Delete
  10. aduh cik mid...giliran 2 abdul saya lama lagi..tunggu pencen, haha. seronoknya semua, tergambar dari gambar yg che mid upload.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. akak ni pun kira nak pencen la ni.. kan, nampak kegumbiraan dari gambar tu semua kan..

      Delete
  11. tahniah midah.. melopong ai tengok gambar2 menarik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai.. kalau Rehan melopong tengok gambar tu, sah memang cantik le .. kira macam profesional view ni..

      Delete
  12. Replies
    1. terima kasih kak.. nampak meriah, walaupun simple je.

      Delete
  13. Alhamdulillah. Bersederhana begitulah yang terbaik sekali. Ada jiwa.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah dah selamat pun ye che mid. Moga dipermudahkan terus hingga ke alam perkahwinan nanti ye

    ReplyDelete
  15. salam..blh tanye mane bli buah kundang tu..kakak sy teringin.. ni kwsn meru ke? sms sy 0132701299

    ReplyDelete