Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 30 January 2012

Mandi-mandian di Bukit Cahaya

Mandi-mandian di Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Satu rendez-vous mengejut.. tak de plan-plan punya..Calling-calling terus gerak..Satu famili tertinggal sebab Acik kata Kak Long ambik, Mak kata Ain tunggu suami .. las-las takde sape amek...

 Mak-mak orang jadi pengiring anak-anak tapi takut ayaq..tu pelampung tu ..tak dan kembang..

 Kakak Farah tak bawa baju spare, tapi kesian pada Deeja maka basah lah separuh badan. Baru je mencecah air, Deeja tak perasan ada anak tangga, terus tersungkur ke dalam air. Kakak kekalutan, terus tarik sebelah kaki Deeja macam tarik kaki kucing..menggantung ke kaki atas kepala ke bawah..Sian kat Deeja, panik kejap si kecik tu..


 Abang Ayan bawa Deeja jauh sikit. Konfiden semula..

 Makin suka bila Pia layan Deeja..

 Anakku Faris yang gelap tapi hensem berposing dengan Aidid yang putih melepak.. Sah bukan adik beradik!

Ini dua beradik seibu sebapa. Dalam perjalanan datang si Isya asyik nangis. Masa balik pulak, si abang meragam sepanjang jalan. Dalam kereta terus tidur kepenatan..

 Si Aidid ni dari awal lagi dah masuk air. Kelakarnya dia ni, asyik nak buka seluar..mungkin dia ingat macam mandi di bilik air kut.. Bila berdiri air paras dada.. ok la tu.. Pas tu selamba dek je menyangkung dalam air.. tenggelam terus la...panik lagi kakak Farah kena tarik Aidid ke atas..

Apa pun, seperti biasa acara makan-makan terbaik..mee goreng, sandwic sardin, nuget, nescafe panas dll..begitu membuka selera..

Friday 27 January 2012

Senda Jumaat - Dompet Sejuk Beku

Semalam, di rumah Klang.

Che Mid berbincang (bersembang) dengan sepupu, Arni, tentang perjumpaan keluarga bulan Mac nanti. Si Deeja dan Fariq (anak Arni) bergurau senda dan mula menghuru harakan ruang tamu. Tak lama lepas tu, emak Che Mid pula datang sambil membawa seorang cucunya yang sebaya Deeja. Tambah sorang lagi ahli huru hara..

Orang-orang tua leka (sangat leka...) berborak dan gelak-gelak, budak-budak semakin buas. Deeja sudah main dengan dompet Che Mid. Mengeluarkan satu persatu isi perut dompet yang berisi duit juta-juta tu..Mak nenek yang duduk paling dekat dengan Deeja, ambil dompet dan isi semula isi perut dan 'sorok' dompet tu dari diambil semula Deeja.

Che Mid pun tak kisah langsung hal dompet tu, cuma perasan emak dah pun 'rampas' dari Deeja. Sambung potpet pot pet lagi dan lagi dan lagi..

Malam, lepas Maghrib. 

Bersiap keluar dengan anak-anak untuk beli barang dan makan-makan. Mata melilau mencari dompet. Baru teringat mak yang simpan siang tadi. Dah puas cari... tak jumpa gak. Telefon mak, mak kata atas peti sejuk agaknya.. Dalam hati kata," Ish takkan atas peti sejuk sebab peti tu besar dan tinggi. Takkan emak terfikir nak letak atas tu. Faris menjengket-jengket kaki melihat ke atas peti sejuk, tapi tak de pun dompet ibu.

Mula semula sesi menggeledah sofa dan celah sana sudut sini. Tak nampak batang hidung dompet pun.. Emak kata atas peti sejuk..tentu ada dekat-dekat situ. Che Mid tergerak hati buka freezer..Laaa, memang dompet Che Mid ada dalam tu....dah jadi DOMPET SEJUK BEKU!!

Pengajarannya - Bila leka berborak, otak fikir lain tangan buat lain...jadi jangan berborak ketika berfikir...

Gambar hiasan - Mak nenek dan Deeja...

Tuesday 24 January 2012

Tetamu Lagi...

Che Mid sekeluarga amat berbesar hati menerima kedatangan sepupu sebelah mak, Hawa dan keluarga ke rumah kami baru-baru ini. Mereka bercuti ke Kedah dan Pulau Pinang dan menginap dua malam di SP.

 Hawa adalah anak sulung pada abang sulung mak Che Mid. Kira pangkat kakak la, tapi Che Mid jauh lebih tua..

 Gambar bersama sebelum tetamu bertolak ke Penang.

 Macam biasa..yang paling happy bila tetamu datang tentu Deeja...

Terima kasih pada Hawa sekeluarga sudi jengah rumah kami. Jangan serik..lain kali singgah lagi na..

Tuesday 17 January 2012

Halal haram - satu pengakuan

 Mngkin panjang sedikit, but bear with me please...

Dulu sewaktu bekerja, bila bos ajak makan-makan sebab 'farewell party' atau harijadi ke, selalu dia ajak ke restoran makanan laut. Tentu Cina la kan.. bila Che Mid tanya, halal ke? PIC tu kata, " They don't serve babi one la.. seafood maa..." Ya la.. Che Mid pun ikut la makan, dah birthday kita.. takkan tak join. Sampai sana, deretan tanglung-tanglung menyambut kedatangan kami. Muka-muka Melayu pun tak ramai, tapi dah dia kata tak de babi, kita pun ok je la, walaupun kita bertudung kerana nak nampakkan imej 'walau pun bertudung, kita masih boleh campur orang'. Ayam atau itik lemon tu sembelih ke cucuk Wallahua'alam.. sumbat je sambil minum cainis ti.

Ada sekali tu, kami dijemput ke 'seafood restaurant' tepi laut sebab ada pelawat dari Australia datang, nak meraikan kedatangan Mat Saleh tu la. Kali ni, Kristie tu kata, " That place aaa, the owner said they don't serve pork.. but if we request then they will cook for you la.."  " Ok what, I won't order pork one.. you come aa.." Yang peliknya, nama restoran sifud, tapi serve ayam atau daging... Tapi yang lagi PELIK, Che Mid boleh setuju nak ikut sekali walaupun dalam hati ada rasa ragu-ragu. Nak tunjuk sporting dan toleransi.

Kalau hari Jumaat, kan waktu rehat panjang, kadang-kadang bos belanja makan ( Eh, baik bebenor bos aku dulu, ke aku yang baik dengan bos ha ha ). Selalu pergi ke kedai mahal sikit atau lunch di hotel sekitar Shah Alam. Ada juga kami ke Victoria Station dan Windmill. Rasanya tempat-tempat tu sampai sekarang takde status kehalalannya. Bila dah berhenti kerja, pernah juga bawa anak-anak nak makan ke situ. Sampai depan pintu Windmill, tengok menu of the day.. "ESCARGOT'..terus blah, dan tak teringin lagi nak jejak situ. 

Che Mid pernah incaj bawa rombongan dari New Zealand dan Australia seramai hampir 50 orang datang ke KL sempena sukan Komenwel. Makan malam juga di restoran makanan laut yang bos Che Mid jadi member ( bos Che Mid tu Mat Saleh). Tempat tu samar-samar dan romatik je sebab dah malam... tapi bila Che Mid datang lagi siangnya... alamak.. kotor dan ada anjing berkeliaran..tak hingin dan rasa nak uweeekk!!
Semakin kita mendalami ilmu, kita semakin pandai berfikir. Walaupun tempat tu sifud, tapi kalau bukan Islam, ada mereka kisah tentang status halal sos atau minyak memasak yang diguna..atau nak beli ayam dari orang Islam. Isshh..cetek akal Che Mid masa tu kan..Kawan Che Mid yang buat booking tu pun bukan Islam, dia cing cong cing cong on the phone, " ok no pork ma.. you can eat laa..last time ma.. that fele (dia pun sebutla nama-sama staf Melayu) also went there what...

 Sekarang, Alhamdulillah, I'm a diferrent person. Bila dah berhenti rasa terselamat. Takde lagi duduk bersebelahan dengan orang yang pegang tin bir atau gelas wine. Anak-anak pun pandai, bila tengok tempat pelik sikit, mereka pun tunjuk muka tak suka, jadi kami akan ke tempat lain.

Che Mid ada satu tips untuk diri sendiri, bila solat rasa macam tak khusu' atau malas je.. Che Mid akan tanya diri, " Apa yang aku dah makan.. mungkin baru ni ada makan luar dan telah terambil makanan syubahah ke.. Jangan tak tau makanan di pasar malam pun belum tentu baik. Mungkin halal tapi tak toyyiban. Che Mid pernah tengok orang jual ayam goreng, cuci ayam  di satu besen besar saja, tiada air mengalir... renung-renungkan..

Monday 16 January 2012

Kekeliruan Halal Haram

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas, Tanyalah Ustaz TV 9 mengutarakan tajuk 'Kekeliruan Halal Haram' yang disampaikan oleh seorang pegawai Jakim. Kepada sesiapa yang berkesempatan menonton tentu mendapat manafaat besar dari rancangan tersebut. Che Mid sempat mengambil nota menarik untuk pedoman sendiri dan di sini mari kita kongsikan sedikit sekadar info ringkas. Harap-harap berguna sedikit sebanyak.

1.   Ada 3 jenis alkohol. 

Pertama, alkohol di dalam arak. Hukumnya haram. Walaupun cuma setitis dimasukkan ke dalam minuman kita, hukumnya tetap haram.  Kedua, alkohol yang terjadi dengan sendirinya seperti di dalam tapai, budu, tempoyak, sos, kicap dsb. Hukumnya harus. Ketiga, alkohol industri seperti dalam minyak wangi, sanitizer, sapuan anti kuman sebelum suntikan dsb. Hukumnya harus kecuali jika diminum. Bukan sebab ia arak tetapi kerana memudaratkan.

2. Makanan berasaskan susu seperti susu formula, cokelat, keju, lemak susu.

Jika susu bersumberkan babi memanglah sah haram. Tetapi susu yang daripada lembu yang diberi makan sebahagian besarnya dari sumber  haram seperti campuran najis babi atau isi perut babi maka hukumnya haram. Itu antara sebab mengapa cokelat dan susu import tidak mendapat sijil halal. Ferraro Roche juga tidak ada tanda halal. Begitu juga dengan cokelat yang dijual di Langkawi. 

Binatang seperti ikan keli, patin dan ayam ternak juga haram dimakan jika diberi makan dengan sebahagian besarnya najis (seperti usus babi) atau di bela di dalam kolam najis. Tetapi sukar untuk mengetahuinya jika kita membeli di pasar atau kedai. Memadailah dengan membeli dari penjual Islam dengan meletakkan tanggungjawab mengenai halal atau haram binatang itu kepada penjual.

Namun begitu cara menghalalkan semula ikan atau ternakan itu ialah dengan 'kuarantin'kan dalam tempoh tertentu sehingga hilang najis tersebut dalam tubuhnya.
3. Binatang dua alam

Maksud dua alam ialah tempoh di dalam air dan darat adalah sama. Contoh, kebanyakan jenis ketam boleh dimakan kerana ada insang.  (Che Mid pun tak pernah tengok ketam takde insang...)

4. Ikan atau semua hidupan laut hukum asasnya adalah harus dimakan. 

Ikan paus ke, dolphin ke, ikan duyung ke (Ustaz tu sendiri cakap macam tu tau..) Kecuali jika ikan itu beracun seperti ikan buntal adalah haram di makan kecuali ada orang yang boleh membuang racunnya.

5. Sosej, hotdog dan frankfurter 

Asas pembuatannya menggunakan 'casing' daripada usus binatang atau tumbuhan. Jika tumbuhan, sosej akan dikeluarkan dari 'casing' sebelum dipasarkan. Tetapi jika menggunakan usus binatang, usus tidak akan dibuang dan sosej akan kelihatan bengkok ke atas atau ke bawah (sifat semula jadi usus). Jika di potong, akan nampak 'casing' itu. Pihak Jakim hanya meluluskan sijil halal bagi sosej menggunakan 'casing' tumbuhan.

6. Nama makanan yang berunsurkan haram tidak diberikan sijil halal oleh Jakim. Contoh - hamburger, hotdog, bak kut teh.

7. Ubatan dan makanan tambahan
Ubatan yang mengandungi unsur binatang seperti posine (babi) dan bovine (lembu) harus diambil atas dasar dharurah dan diakui pakar beragama Islam. Sebaliknya bagi makanan tambahan, haram mengambil jika berunsurkan babi dan binatang lain yang tidak halal sembelihannya.
Wah, banyak juga Che Mid sempat catat ni.. moga bermanafaat. Kesimpulannya, Ustaz berkata lagi, selagi ada tanda halal Jakim, pengguna Islam tak payah ragu-ragu membelinya. 

(Che Mid sibuk-sibuk tambah, masalahnya ada barangan yang terang-terang takde tanda halal tapi kita suka sangat beli dan makan. Contoh, Pringel's dan Feraro Roche dan cokelat. Chewing gum pun banyak takde tanda halal juga jajan murah-murah yang dijual untuk anak-anak. Dek kerana model iklan beria-ia makan, kita anggap halal..

Tapi, satu yang Che Mid pelajari ialah kita boleh makan atau beli jika penjualnya Islam.. ala macam kita makan kat warung makcik Peah tepi sempang tu le .. mana ada tanda halal kan. Cuma bagi restoran yang besar-besar atau kopitiam  tu, kita tak tau siapa tuan punya kedai tu. Nama kedai atau restoran pulak macam nama mat saleh.. cuak jugalah nak masuk kalau takde logo halal.. tak gitu)

Telefon 03-83150200 dan Portal Halal Malaysia di /http://www.halal.gov.my/

Friday 13 January 2012

Senda Jumaat - Makin Panjang Akal Budak Ni..

Semalam. Waktu Maghrib malam Jumaat hampir tiba, kami bersiap nak ke surau. Selesai memandikan Deeja, giliran ibu pula mandi. Pintu bilik sengaja di tutup supaya Deeja tak boleh keluar. Abang Faris juga sedang bersiap di biliknya.

Sedang ibu dalam bilik mandi, terdengaar suara si kecik, " Ibu.. ibu" (Takut sangat tak nampak kelibat. Ibu jawab, " Ibu mandi kejap ok..". Deeja mengetuk pintu bilik mandi, tapi ibu biarkan saja.

Selesai mandi, ibu nak buka pintu.. eh eh tak boleh buka. Ah sudah.. DEEJA DAH KUNCI PINTU BILIK MANDI DARI LUAR!!  " Deeja, buka pintu ni !!". Terdengar Deeja cuba membuka pintu, tapi tak berjaya. Deeja mula menangis.

Ibu pun mula melalak. " Faris... Faris.. buka pintu ni." Tapi takut dia tak dengar sebab pintu bilik bertutup. Ibu menjerit lagi memanggil nama Faris sekuat hati. 

Tiba-tiba pintu terbuka. Faris kelam kabut tanya ibu apa dah jadi. Deeja tu dah cukup tinggi untuk capai kunci pintu, dan kali ini berjaya mengunci pintu pulak. Hai, nasib baik Faris tak ke surau lagi, kalau tidak nampaknya ibu akan terkurung dalam bilik mandi sampai lepas Isyak laa...

Gambar hiasan - Duta  Pureen sedang beraksi menghabiskan stok bedak..

Saturday 7 January 2012

Tahun ini lebih baik, Insyaallah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Gembira rasa hati dapat bertamu di sini. Selepas minggu yang menyesakkan, kini mula bernafas lega. Si kakak sudah ke asrama, si adik sudah ke sekolah baru, tinggal si kecik bertambah lasak dan omel.

Sebagai pembuka tirai 2012, marilah kita menjadi lebih baik dari tahun sudah. Ke arah lebih keimanan tentunya. Sedikit tips dari Che Mid yang juga serba kekurangan, semoga Allah swt bersama-sama kita.

Kalau tahun lepas bertudung paras bawah sedikit dari leher, tahun ini kita labuhkah hingga bawah dada.
Kalau tahun lepas bertudung dan ber t-shirt tangan pendek, tahun ini kita panjangkan tangan atau pakai inner.
Kalau tahun lepas bertudung dan memakai baju paras paha, tahun ini kita labuhkan hingga atas lutut.
Kalau tahun lepas bertudung dan berseluar legging, tahun ini jangan pakai legging ke luar rumah.. nampak buruk bebenor.. pakai dalam rumah sajalah ya...

Che Mid terkesan sekali dengan anjuran dari adik ipar dalam facebook, dalam waktu kerja.. " Jom solat dhuha.. pukul 10 - 11 adalah waktu paling afdal". Maknanya sudah ada kemudahan dan kesedaran untuk solat dhuha dalam waktu bekerja, mungkin ketika minum pagi. Jika surau berdekatan, ambillah peluang bersolat dhuha dua rakaat kepada sesiapa yang belum mula mengamalkannya. Masa Che Mid bekerja dulu, surau jauh dari ofis.. memang sukar nak buat dalam waktu kerja kecuali kebetulan berada di kawasan surau pada waktu rehat. Bayangkan, kita bersolat sunat khusus untuk kemurahan rezeki di tempat kita mencari rezeki.. Subhanallah!.

Tips terakhir dari Che Mid, andainya kita memandu ke tempat kerja, gunakan waktu dalam perjalanan untuk berzikir - memuji Allah dan berselawat. Contoh - Subhanallah Walhamdulillah Walaila Ha Illallah Wallahu Akbar 100 kali, tak sampai beberapa minit pun.. Insyaallah dipermudahkan urusan harian dan tidak berasa letih. Ingat pesanan Nabi kepada anaknya Fatimah...

Yok, sama-sama ke hadapan walau selangkah cuma