Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 30 December 2014

Derma Telekung - 1 telekung 1 keluarga

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi..

Che Mid dan sahabat marhaban sedang mengutip sumbangan telekung untuk dihantar kepada mangsa banjir Pantai Timur.


Pada sahabat yang berminat menderma telekung terpakai dari kawasan Klang dan Shah Alam, boleh hubungi Che Mid dahulu. Nanti Che Mid boleh datang dan ambil. Bungkuskan telekung di dalam plastik lutsinar. Lebih molek jika boleh dipasangkan dengan kain pelikat dan sejadah. 

Lebih mudah jika hantar wang tunai melalui CIMB akaun Hamidah Mohd Jamil 1205139253520.

 Kami akan kumpul dan beli telekung baru terus dari pembuat telekung dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. 

Pada awal perbincangan, kami tidak bercadang untuk ke tempat mangsa banjir. Tetapi semalam ada dermawan yang sudi memberi 'duit belanja pengangkutan'. Jadi kami mungkin ke pantai timur awal pagi Sabtu ini. 

Doakan projek ini berjalan lancar dan sampai kepada muslimah mangsa banjir. Sudi-sudikan menderma..telekung untuk mereka, pahala Allah untuk kita..Insyaallah!

Wednesday 17 December 2014

Ubi Ungkep

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi

Kali ni Che Mid nak tulis resepi yang diminta oleh sahabat Che Mid dan juga blogger Ita Rossi. Ubi ungkep ini adalah sejenis masakan Jawa yang sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Sekarang makanan lama kan dah semakin fofular kembali dan mengimbau kenangan masa kecil kita dulu kan..




Bahan-bahan:-

1 kg ubi kayu di kopek dan potong ikut suka - rebus hingga empuk
4 biji bawang besar
3 biji bawang putih
satu sudu besar jintan manis (rendam)
satu sudu besar ketumbar (rendam)
satu sudu besar udang kering (rendam)
sedikit kunyit serbuk
minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1) Kopek ubi kayu, potong ikut suka dan rebus hingga empuk. Toskan
2) Tumbuk atau kisar KASAR bawang besar, bawang putih, jintan manis, ketumbar dan udang kering
3) Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kunyit hingga benar-benar masak.
4) Masukkan ubi dan kacau rata.
5) Perasakan secukupnya dengan garam dan gula
6) Masak dah...

Selamat mencuba..




Friday 5 December 2014

Walimatul Urus Farhan & Leena




Assalamualaikum para sahabatku tercinta..

Allahuakbar..bersawang bersemut berlumut dah blog ni...aduhai... Apa pun jom layan video ni, Che Mid penat-penat buat tau. Foto dari pro punya tak dapat lagi, jadi tengok le gambar yang tak berapa pro ni ya..

Terima kasih tak terhingga pada rakan-rakan blogger yang sudi datang ke majlis Che Mid hari tu. Kalau teliti, boleh le nengok sape yang datang tu dalam video ni. Enjoy!






Tuesday 14 October 2014

Momen Akhir Sebagai Anak Bujang Ibu

Assalamualaikum sahabat sekalian

Jumaat 10/10/2014

Hari ini Ayan akan bernikah. Saat-saat yang ditunggu tiba juga akhirnya, setelah lebih setahun bertunang. Tiada sebarang persiapan dibuat kecuali mencantikkan dulang mas kahwin dan rantai tangan membatal air sembahyang. Hanya satu dulang..2 in 1.


Tiada lagi barang hantaran dan deko mahal-mahal sebab telah dipersetujui kedua belah pihak, barang hantaran hanya pada majlis tunang sahaja. Duit hantaran telah pun di bank in dua bulan sebelum majlis kahwin dan disahkan semasa ibu dan abah berjumpa bakal besan untuk menetap tarikh kenduri. Alhamdulillah, pihak besan dan menantu juga jenis yang simple dan mudah.

Jam 10 pagi, ibu sibuk menyiapkan daging palembang dan pulut jagung untuk hidangan adik beradik yang datang tengahari ni, (nikah lepas Asar). Ayan menjenguk ke dapur. Ibu tanya, " Ayan tak stress ke nak nikah nanti?" Ayan jawab," Tak nak fikir pasal tu.." Oh, ok..psycho diri sendiri untuk nampak tenang he he..bagus anak ibu..

Tengahari.

Ibu pesan pada Ayan untuk buat solat taubat dan solat hajat supaya tenang dan bersih hati untuk memulakan hidup baru sebagai seorang suami. Itu juga yang ibu pesan pada Epa semasa call dia pagi tadi. 

Ayan kata, " Ibu, napa lutut Ayan ni lemah je.." Tu diaaaa... dah mula panik dah diaaaa!

Siap berbaju Melayu. "Ibu, nampak tak sampin Ayan?"..Tu dia haiii..sampin depan mata pun tak nampak.. Siap dan segak, Ayan bersolat sunat dalam bilik ibu. Ibu biarkan saja Ayan berlama-lama sendirian dengan Yang Maha Esa.

Oh ya, malam semalam kami sekeluarga keluar bersama. Yang terakhir sebelum status bertukar menjadi suami orang. Adik-adik pun dah balik dari kolej, kami keluar membeli kasut Ayan. (Ikutkan Ayan, tak mau berkasut baru..tapi ibu desak juga). Dah dapat kasut, kami minum malam..makan sate, tauhu bakar dan soto. Saja relaks dan santai hingga lupa bergambar... he he

Ahli keluarga ipar duai mula berkumpul di rumah dan bertolak ke masjid sejurus sebelum masuk waktu Asar. Alhamdulillah, bakal menantu juga tinggal sekampung jadi tak timbul soal jauh berjalan atau bermalam.

Usai solat Asar, majlis bermula. Ada sepasang mempelai lagi bakal mendirikan masjid. Sistem audio masjid sangat teruk hingga hadirin tak dengar pun apa buah butir bicara Tok Kadi. Hingga saat berakad nikah pun kami tak dengar, kecuali yang duduk dekat-dekat dengan Ayan apatah lagi jurufoto berkerumun di tepi pengantin. Tau-tau dah selesai ... apa pun Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, anak ibu dah jadi suami orang.





Gambar sejurus sebelum khutbah nikah. Kain baju Melayu tu, mak nenek yang belikan, sekali dengan kain untuk cucu menantu. Songkok pulak, Atuk yang bagi. Sampin..guna yang sedia ada je...


Solat sunat selepas nikah








Ayan berpaling untuk keluar dari masjid. Terlihat dua susuk tubuh sedang memerhatinya. Farah dan Faris. Ayan mendepangkan tangan dan kedua adik meluru pada Ayan dan berpelukan erat tiga beradik. Airmata mengalir tak tertahan lagi, berbaur perasaan suka dan duka.


Tarikh 10/10 itu dipilih oleh pihak perempuan sebenarnya bertepatan dengan tarikh arwah abang Firdaus meninggal genap sepuluh tahun yang lalu. Farah," Ingat tak hari ini hari apa?" Allah..bertambah laju airmata rindu pada arwah abang.

 
Gambar adik beradik dengan kakak baru. Di rumah pengantin perempuan

Malam selepas nikah, Ayan tidur di rumah. Satu bilik dengan ibu tapi atas tilam Deeja. Ibu pun tak sampai hati nak kejut. Agaknya, teringin tidur dekat ibu buat kali terakhir sebelum tidur di 'rumah' baru.



 
Inilah anak manja pengarang jantung ibu yang dah pun bergelar suami. Ibu sentiasa doakan yang baik-baik sahaja untuk Ayan dan anak ibu yang baru, Norshalina Osman. Selamat datang ke dalam keluarga kami sayang! 

Barakallah hulakuma wabaroka 'alaikuma wa jama bainakuma fikhoir

Untuk sahabat blogger sekalian, dengan penuh rendah hati Che Mid teringin sekali menjemput para sahabat semua untuk hadir di majlis menyambut menantu pada 1 November 2014 bersamaan hari  Sabtu di Meru, Klang. Majlis sederhana sahaja tapi tinggi harapan Che Mid jika para sahabat sudi hadir terutama yang tinggal berdekatan. Mohon sangat hubungi Che Mid di 013-3672459 melalui sms atau whatsapp. Setakat ini Che Mid dah ada nombor hp Anim, Bunda, Sudip V Senduk, Aziela, Aizamia, Zaitun, Acik Erna, Aduka Tirana dan beberapa yang lain. Thanks in advance everyone!!

Wednesday 1 October 2014

Tersadai di Pasir Gudang

Sebaik habis program di rumah Tan Sri Rozali Ismail, Che Mid bergegas ke Pasir Gudang, Johor untuk hantar Farah ke Uitm Pasir Gudang sebab esoknya (Ahad) dah mula kelas. Untuk naik bas tak sempat sebab masa tu dah petang dan Uitm Pasir Gudang agak sunyi dan jauh ke dalam, untuk Farah cari teksi sorang-sorang tengah malam memang tak masuk akal.


Deeja dan kakak happy je travel sama-sama. Atuk nak jumpa sedara dan mak nenek nak soping ...

Kami dah tempah homestay, satu malam RM140.  Cadangnya balik nanti nak singgah ke Parit Yaani untuk ziarah sedara abah yang baru kematian isteri. Kalau sempat, mau juga singgah ke Air Hitam mencari-cari bunga pahar untuk kawen Ayan November ini. Plan punya lah santekk!



Sebelum bertolak, kereta dah siap cuci berkilat. Tapi dapat hadiah free di RnR Pagoh sebab letak kereta bawah pokok, di saat-saat burung layang-layang bertenggek untuk beradu. Kami redah jugalah dengan corak-corak abstrak tu..mujur dah tengah malam.


Hari Ahad tengahari,

Sebaik keluar dari Kolej Farah, kereta rasa lain macam..bergerak terhentak-hentak. Akhirnya, tiba je di simpang lampu isyarat, kereta terus mati enjin. Tepat pukul 12 tengahari.



Inilah rupanya kereta kami. Tersadai di tengah panas. Mati kutu jugak bila kereta rosak di tempat orang. Pada sapa nak minta tolong.. Tu yang warna kuning dan hijau tu tuala mandi lembab ha ha..saja je buat macam tu, dari jauh orang dah nampak ..tanda amaran dan jemur biar cepat kering!

Che Mid google worksyop di Pasir Gudang, Alhamdulillah, cepat dapat maklumbalas. Tapi kami terpaksa menunggu hampir 30 minit juga la. 

Mujur dalam kereta ada tikar piknik, mak nenek pulak bawa bekal dan buah-buahan. Maka berpiknik lah kami di tepi jalan bawah pokok nan rendang.. mak nenek ok je..abah atuk yang nampak risau. Maklumlah jauh di selatan tuu...dah janji dengan sedara nak makan tengahari di Parit Yaani..kesian kat tuan rumah tu menunggu kami.

Tow truck sampai, Dah agak dah, bila kereta 'luar' yang rosak..tentu kena paw kaw kaw... walaupun Che Abang hubungi kereta tunda melalui syarikat insurans, tapi dia tetap cuba belit supaya kami setuju ditunda ke KL. Hamboii! Ingat kita mau bayar you ratus-ratus kaaa...time-time macam ni, memang syiok ada hasben muka garang macam polis kih kih..

Kemudian, kereta ditunda dengan kami-kami sekali naik tow truck. Pertama kali merasa naik kereta tinggi terjongket. Panas terik takdak aircond...sabar je la banyak-banyak. 

Tauke bengkel di Serting kata alternator rosak, bateri kong langsung, Ganti alternator sekejap je, tapi recaj bateri kena tunggu 5 jam. Harga RM750... Che Abang google di Mudah.my cuma RM350.. Allahuakbar! Sah-sah kena paw.

Mujur sebelah bengkel tu ada restoran Melayu. Kami makan tengahari di situ. Lepas tu nak buat pulak..5 jam lagi tu. Kami cadang nak ke hotel berdekatan, boleh la nak solat atau baring-baring. Kesian atuk dan mak nenek. Cuba kereta tauke bengkel tu, tak dapat la pulak...takut kita bawak lari ke apa. Geram pun ada!

Ndak tak ndak, Che Mid, Deeja, Atuk dan mak nenek berjalan kaki ke hotel. Che Abang tinggal di bengkel. Kena lalu kaki lima kedai dan melintas jalan dalam 1/2 batu juga la. Sedih nak nangis tengok abah dan mak berjalan tengah panas. 

Sampai kaunter tetamu, staf kat situ kata bilik penuh. Allahuakbar! Cubaan sungguh. Terpaksa suruh staf tu panggilkan teksi untuk ke masjid. Kami naik teksi dan tiba di pintu pagar kecil tepi masjid. You know what? Pintu pagar berkunci!!...Kalau setakat Che Mid dan Deeja je, boleh tahan lagi. Tapi tak suka tengok mak ayah kita berjemur tengah panas ke sana ke mari... 

Alhamdulillah, Allah Maha Pengabul doa..tetiba Che Abang call kata kereta dah siap. Baru 2 jam lebih sikit. Terus kami bertolak balik sebab tauke tu pesan tak boleh matikan enjin. Takut mati terus kat tengah-tengah hiway. 

Terpaksa hubungi sedara abah untuk batalkan ziarah kami. Kami nak tiba di Klang sebelum hari gelap. 

Tu lah dia kisah kereta rosak di Johor. Dah dua kali kereta tu rosak. Dulu masa balik dari job di JB, tayar pancit di hiway dekat Ayer Keroh waktu maghrib. Ada entri pasal tu, yang ini pasal alternator pulak. 



Deeja sempat posing di kedai urut sebelah hotel sementara kami tunggu teksi.

Boleh matching kale tu kan..Deeja kata. " Tu adik Deeja".

Di RnR..abah jadi mangsa buli Deeja, Walaupun penat, si abah tetap layan si kecik..

Dah dulu ya..sibuk yang amat sekarang ni..anak bujang I dah nak nikah lepas raya Haji ni. Tak sempat blogwalking dan borak dengan teman maya..rinduuuuu!

Friday 26 September 2014

Marhaban berganti Qasidah


Pada 31 Ogos lalu, sekali lagi kumpulan marhaban Helwa di jemput ke kediaman big bos Puncak Niaga Holdings di Tropicana Golf & Country Resort untuk meraikan majlis harijadi anak-anak beliau.Tetapi kumpulan marhaban Helwa tak dapat turut serta kerana ada tempahan lebih awal, jadi Che Mid cadangkan diganti dengan kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah.

 Anak-anak Tan Sri Rozali Ismail.. tepi kiri dan tengah. Yang hujung kanan tu adik isteri Tan Sri.



 
 Persembahan bermula selama sejam. Che Mid dan Farah (gambar tak dak la pulak) memulakan persembahan dengan zikir dan Asmaul Husna dan diteruskan dengan Qasidah pula.  Sistem bunyi yang baik di dalam tempat tertutup, jadi tumpuan semata-mata pada kami sahaja. 

Biasanya kumpulan Qasidah berasal dari madrasah atau sekolah agama tapi yang menariknya kumpulan Raudhatul Jannah ini pula dari Sek Menengah Kebangsaan. Tabik hormat setingginya pada Ustaz Ashraf yang mengemudi kumpulan ini dengan cemerlang dan anak-anak didiknya sangat pandai 'membawa diri' di khalayak. Semoga asbab penglibatan anak-anak dalam berqasidah, akan menjadikan akhlak iman sentiasa terpelihara.

 Besar hati Che Mid dapat bawa mereka ke majlis mewah seperti ini. Kalau keluar duit sendiri tak mampu kan. Menu tengahari seperti udang galah, kambing panggang dan sate menjadi tarikan utama. Ditambah dengan hiburan dari deejay dan tema majlis berkonsep 'back to the jungle', memang berbeza  dari yang biasa kita tengok.

 Koko crunch bercokelat dan yogurt berkrim yang sangat lazat..

Anak-anak memang suka makan buah-buahan macam ni kan..err..mak anak-anak pun..


 Anak-anak yatim dan miskin pun tak dilupakan. Terhibur tengok abang-abang qasidah buat persembahan. Selain makan-makan, anak-anak ini juga boleh bermain permainan seperti go kart dan treasure hunt.

 Berposing dengan isteri Tan Sri  yang muda jelita

 Dengan Puan Rosmawati Pegawai Komunikasi Puncak Niaga Holdings

 Bergambar atas permintaan Tan Sri Rozali (berbaju hijau) sebelum bergerak pulang

 Farah tak lepas peluang memegang burung kakak tua..pandai si kakak tu tengok kamera kan..

Habis je majlis di rumah Tan Sri kami bergegas turun ke Pasir Gudang Johor untuk hantar Farah ke UITM. Ada sesuatu yang berlaku tau..tunggu...!











Yahanana Events di Matic

Bismillah..

 

Insyaallah esok, 27 September 2014,  Yahanana Events akan berada di Lanai Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur bersempena program Karnival Pray for Gaza anjuran Usahawan Jarum dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.

Slot Yahanana Events adalah dari jam 11.00 pagi -12 tgh. Che Mid akan membuat persembahan pembukaan diikuti dengan Soul Brothers.  

Jom sokong kerja amal ini demi rakyat Gaza!! 

 See ya there!!

Thursday 11 September 2014

Makan-makan Jumpa Kawan

Bismillah

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirindui sekalian. Semua sihat dan ceria Insyaallah.

Oh, lewatnya tulis entri bulan ini. Macam biasa alasan sibuk tetap menjadi ulasan no 1. Alhamdulillah rezeki Yahanana Events tak putus-putus. Hampir setiap hujung minggu ada jemputan. Ditambah lagi, sekarang Che Mid sekeluarga sedang membuat persiapan untuk majlis walimatul urus Farhan pada 1 November ini. Jadi berganda-ganda sibuknya..Allah rasa mau fengshann!!

Ditambah lagi dengan acara kawan-kawan yang tak pernah berhenti dari lepas raya sampai dah nak ke raya Haji ni. Jom tengok!

5 September di KL Steamboat, Petaling Jaya. Berjimba dan makan-makan dengan geng sekolah rendah dari grup wasap.

Che Mid dan tuan rumah, Prof Khadijah Hj Hambali..kawan darjah satu tahun 1973..


Antara kawan-kawan yang hadir..lagi 2 tahun 5 series you!


My truly bff - posing menggoda gitu...dia tukang isi dan panggang..Che Mid tukang makan..laksa nyonya pun mabeles!


Yang bawa suami boleh le pegang suamikan..Che Abang I tak datang..kepenatan baru balik out station.


Dijah dan family yang super duper sporting..

Hero Malaya yang macho dan kekenyangan

Ahli keluarga Dijah pun ramai yang datang..

Santai dan ceria!!

Suka tengok gambar ni - semoga terus berkawan baik sampai bila-bila..no gaduh gaduh tau!

Sebelum bye bye pun bergambar lagi...

Itu kisah hari Jumaat 5 September. Kemudian pada 7 September kami berjumpa lagi di majlis walimatul urus anak kawan sekelas juga. Riuh rendah lagi dewan tu..


Tuan rumah majlis yang berserba merah

Ada yang tidak hadir masa ber steamboat tapi hadir hari tu. Dari kiri : Azmah Zakaria, Prof Khadijah, Siti Hajar, Roszana Asru, Mastura Ahmad dan Aina Habib



Dari kiri : Zailawati Taslim, Mardiana, Sa'anim dan suami serta Jaafar Suhaini. Mereka datang dah petang..jadi tak jumpa Che Mid (tak dan edit gambo..maaf le ye)

Dari kiri : Jamaliah Ardali, Prof Dijah, Maarifah Jamil dan Aina Habib




Ini Siti Hajar, datang bersama dua anak terunanya..pertama bertemu di majlis-majlis sebab Siti tinggal agak jauh. 



Dengan tuan rumah

Deeja jadi anak tumpang jap..Dayang dan suami datang dari KL. Deeja pun dah jadi besfren kawan-kawan ibu gak. Marah dia kalau ibu jumpa kawan-kawan tak bawa dia sekali.

Esok petang (Jumaat) Dayang ajak minum petang pula di rumahnya dan Sabtu Prof Dijah nak belanja minum petang lagi. Kali ni cendol dan soto ceker...aduii..makin gumuk la kami!!








Wednesday 20 August 2014

Deeja, Azyan dan Atuk Beraya di Temerloh

Bismillah...Assalamualaikum semua. Tak habis beraya lagi ke? Takpe, inilah masa nak mengeratkan silaturrahmi. Kalau ikutkan gambar dan selfie-selfie, memang banyak sangat nak ditepek tapi hari ni Che Mid nak cerita tentang Deeja dan sepupunya, Azyan, dan Atuk Husinnya. Telatah budak kecik dua orang ni melayan si Atuk (yang dah tak boleh melihat) akibat glucoma.

Bukan takde orang dewasa yang boleh bawa Atuk tapi budak-budak ni beria-ia nak tolong Atuk.

Ini masa di kampung. Deeja dan Azyan menarik Atuk dari rumah ke kereta. Yang si tukang tariknya mengundur pulak berjalannya tu.


Khusyuk tengok Atuk angkat kaki. Baik-baik tuk..

Azyan tak puas hati, dipegangnya Atuk tu..

Dah elok Atuknya duduk, eh eh..budak berdua tu nak naik sekali ikut pintu yang sama..sempitlah Atuk tu.

 Dah tak jadi naik...bergambar kejap. Mission accomplished. Si Atuk tu suka je cucu-cucu paling kecik dan comel mengheret tangan Atuk.

Azyan dan Deeja ni memang tak boleh berpisah kalau dah berkumpul. Ke tandas berdua, naik kereta pun nak kereta yang sama. Si kakak Farah yang tukang escort.

Mulut berdua tu terutama Deeja  memang becok yang amat. 

Ha tu..entah apa yang di 'warning'nya kakak Farah tu..

 Ini semasa perjalanan pergi. Selama 2 jam berjalan, sanggup bersempit kat belakang. Puas tengok video, tidur atas riba kakak.

 
 Sori gambar tak jelas. Tengok le tu..sorang terlentok kat bahu kakak, sorang lagi tersembam atas riba. Boring...

Dalam perjalanan balik pulak, Che Mid suruh Azyan naik kereta ayah dia..tak mau pulak. Kemudian Che Mid saja je usik, " Kalau nak naik kereta ni jugak, seorang kena duduk kat riba Atuk...akhirnya dua-dua duduk dengan Atuk. ha ha..

Dua jam perjalanan dari Temerloh - Jerantut - Raub, dengan jalan bengkang bengkok..duduk le budak berdua tu macam ni. Atuk pun riba lah.. tak ada la pulak Atuk mengadu kebas kaki ke, penat ke...Pastu berbual sakan dan bersoal jawab dengan Atuk sepanjang jalan. Tak sedar 2 jam berceloteh. Ada je yang ditanya kat Atuk tu. Bila Atuk cakap A, pandai pulak jawab B..
 

 Gambar tak elok sebab snap bila kereta belok kiri kanan..riuh rendah budak-budak ketawa seronok bila badan ikut senget ke kiri ke kanan.


 Wan pulak kena support dan tolong pegang budak-budak tu. 

 Badan Azyan sampai menyelusur ke bawah

 Ke kiri pulak...
 Sampai ke Raub rumah Pak Teh (tempat kami berkumpul untuk raya tahun ni) semua kepenatan, Wan sakit badan dua hari tak hilang. Semua gara-gara melayan cucu nakal dan comel tu. Bukan senang cucu-cucu nak bermesra dengan Atuk dan Wan kan.

Cuti panjang nanti, kami balik kampung lagi ya Tuk.. Wan...



Inilah antara kampung-kampung yang dilalui dari Raub ke Jerantut. Che Mid suka adventure macam ni, tengok alam semula jadi, rumah-rumah kampung, orang-orang Asli dan kedamaian yang tak terusik. Kampung Penderas ni kampung asal Antonio Banderas ke he he

Kampung di tepi hutan...

Kami berkonvoi 4 keluarga balik ke kampung abah mertua di Jenderak.

Otw balik, singgah di bandar Jerantut untuk makan. Alhamdulillah dah ada gerai tom yam dan kerang bakar yang buka walaupun baru hari raya ke 4. Tong tong la kami anak beranak, ipar duai..semua makanan sedap-sedap pulak tu.

Alhamdulillah..bye bye!