Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 18 September 2011

Beraya di Kuala Lipis

Orang lain dah cerita lepas Syawal, Che Mid masih terkial-kial bina 'rumah' baru. Dahlah masa raya kami terkejar-kejar dari Sg Petani - Klang, Klang- Kuala Lipis, balik semula ke Klang sebelum pulang ke Sg Petani. Penat di jalanan tak terkata, dibuktikan dengan seorang lepas seorang demam dan selsema, termasuk Che Mid sendiri..

Apa pun, kita layan jugalah gambar-gambar raya ni dulu ya...


 Suasana raya di rumah mertua. Balik solat sunat Aidil Fitri, kami bersarapan sebelum bersalaman. Ruang yang sempit dan terhad tidak menghalang seluruh adik beradik suami seramai lima orang berhari raya bersama. Itulah kelaziman setiap dua tahun sekali, semua adik beradik berkumpul menyambut Syawal. 


 Acara memohon ampun dan restu emak dan abah dimulakan dengan keluarga Che Abang sebagai abang yang tua, diikuti oleh keluarga dan adik-adik yang lain. Lepas tu, kami juga bermaafan sesama sendiri. Gambar - Alang mencium tangan abah dengan penuh kasih sayang.
 Lubis mencium anak keduanya, si anak tersenyum gembira. Kali pertama pertama beraya tanpa seorang isteri di sisi.

 "Bad mood la Pak Ngah! Kalau nak bagi duit raya tu bagi je la.. tak payah le tanya macam-macam, ishhh..", Agaknya itulah kata hati Azyan sambil memegang bantal bucuk kesayangannya!

 Entah apalah yang Deeja buat tu, semua orang fokus pada dia je...

 Hai, baru raya pertama dah tepuk kepala..Pak Teh, Mak Teh dan Irfan...pikir apa dong?

 Selesai beraya dalam rumah, kami turun ke tepi flat dan bergaya sakan di tepian pohonan.. Lihatlah keluarga Mak Lang Fadilah ni.. Kalau anda perasan, baju raya kami macam sedondon je kan, tapi tak janji-janji pun. Macam tu lah setiap tahun, seakan-akan je.. Mak kata semuanya sehati sejiwa..!

 Ini Pak Teh Rosdan sekeluarga. Makin manis anak dara nan sorang tu kan...

 Pak Cik Lubis dan anak-anak. Pertama beraya sebagai bapa tunggal. Jadikan Raya ini sebagai pembangkit semangat untuk terus maju ke hadapan demi anak-anak ya Lubis. Kami semua sokong dari belakang!

 Pak cu Acam Mastura dan famili. Senyum la sikit Azyan oii! Tengok kakak tu, sweeeet je.. piwwitt!!

 Empat dara pingitan bergaya di pagi raya. Cantik kasut raya Mak Lang! ( Atiq kata baju mak ngah pakai macam nak pergi mesyuarat UMNO kah kah kah..) Hen beg kecik tu sebenarnya Deeja dan Azyan punya tau...ibu-ibu pinjam kejap..

Gambar kami beraya di rumah Mak di Meru. Warna 'pink' campur 'peach'. Masih lagi sedondon dengan gambar kat atas tu kan...Masing-masing letih sebab baru sampai dari Lipis sebelum Maghrib, tapi malam tu kena teruskan beraya.. jadual padat mengalahkan menteri!! Nak beraya sebanyak yang mampu sebelum balik SP..

14 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Hi che mid! Diam-diam dah pindah rumah rupanya.. Selamat terus berblogging ya, kita tentunya akan terus ikut InsyaAllah.. :)

    Meriahnya raya... tumpang suka nengok gambar.. :)

    ReplyDelete
  2. ada rumah baru dah ya.....selamat hari raya che mid sekeluarga dari cekwa!

    ReplyDelete
  3. Assalam n selamat hari raya Che Mid...

    Dah follow, tak leh ketinggalan setiap berita dari Che Mid.

    Saja nak bagi tau Che Mid, semalam g raya rumah x jiran TDB..lupa pulak namanya-Baitul Barakah (rumahnya Ust Zamri sewa), sekali Che Nah (Paman Kosim), Mak n Ayah Che Mid pun ada, Zainon n family dan x ingat namanya (klu x silap Zihan-yang pandai jahit langsir) bersama Ust Zamri n wife..kebetulan berkumpul di sana...

    ReplyDelete
  4. slmt hari raya kak. dh pindah rumah rupanya

    ReplyDelete
  5. Nasib dah ok rumah baru ini kan CM. OK kakak dah ikut masuk rumah baru CM nie...:)

    ReplyDelete
  6. ok, dah boleh tgok blog baru...nak follow camna pulak ni...jap kena study dulu.(kereta lama,enjin slow.)

    ReplyDelete
  7. salam kak che mid,
    sy sgt suke gambar outdoor ats tikar tuh..
    nmpk relax jer!

    dgn tema pastel ngn kotak2 sumer.. cantek.
    sgt sweet..bold berlatar belakang kan kehijauan alam.. =}

    ReplyDelete
  8. Akhirnyer sampai jugak izan ke rumah baru akak... walaupun tak dpt mkn kuih raya tp hepi smpai sini hehe..

    semua ceria2 belaka gmbr,meriah!~

    ReplyDelete
  9. Nur - Ya la, ada masalah teknikal sikit pada blog tu...

    Cekwa - Moga-moga rumah ni lebih meriah dan bertahan! Selamat Hari Raya juga Cekwa

    ReplyDelete
  10. Adnaz - Tentu berkat beraya bersama-sama, itulah amalan orang TDB yang murni sekali. Tempat CM skrg ni, masih jauh panggang dari api..

    syariza09- kena pindah jugak, problem pasal upload gambar tu tak setel, malas nak fikir byk2, pindah je..

    ReplyDelete
  11. Kakzakie - Masih terkial-kial, tak boleh follow blog lain pulak ni, asek tak jadik je.. dari siang tadi cuba..

    hani - folo jgn tak folo tau

    ReplyDelete
  12. Fatin - Terima kasih kerana sudi folo akak... nanti akak folo balik k

    Izan - Sedih juga nak tinggalkan rumah lama, dah banyak cerita suka duka kat situ..

    ReplyDelete