Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 17 January 2012

Halal haram - satu pengakuan

 Mngkin panjang sedikit, but bear with me please...

Dulu sewaktu bekerja, bila bos ajak makan-makan sebab 'farewell party' atau harijadi ke, selalu dia ajak ke restoran makanan laut. Tentu Cina la kan.. bila Che Mid tanya, halal ke? PIC tu kata, " They don't serve babi one la.. seafood maa..." Ya la.. Che Mid pun ikut la makan, dah birthday kita.. takkan tak join. Sampai sana, deretan tanglung-tanglung menyambut kedatangan kami. Muka-muka Melayu pun tak ramai, tapi dah dia kata tak de babi, kita pun ok je la, walaupun kita bertudung kerana nak nampakkan imej 'walau pun bertudung, kita masih boleh campur orang'. Ayam atau itik lemon tu sembelih ke cucuk Wallahua'alam.. sumbat je sambil minum cainis ti.

Ada sekali tu, kami dijemput ke 'seafood restaurant' tepi laut sebab ada pelawat dari Australia datang, nak meraikan kedatangan Mat Saleh tu la. Kali ni, Kristie tu kata, " That place aaa, the owner said they don't serve pork.. but if we request then they will cook for you la.."  " Ok what, I won't order pork one.. you come aa.." Yang peliknya, nama restoran sifud, tapi serve ayam atau daging... Tapi yang lagi PELIK, Che Mid boleh setuju nak ikut sekali walaupun dalam hati ada rasa ragu-ragu. Nak tunjuk sporting dan toleransi.

Kalau hari Jumaat, kan waktu rehat panjang, kadang-kadang bos belanja makan ( Eh, baik bebenor bos aku dulu, ke aku yang baik dengan bos ha ha ). Selalu pergi ke kedai mahal sikit atau lunch di hotel sekitar Shah Alam. Ada juga kami ke Victoria Station dan Windmill. Rasanya tempat-tempat tu sampai sekarang takde status kehalalannya. Bila dah berhenti kerja, pernah juga bawa anak-anak nak makan ke situ. Sampai depan pintu Windmill, tengok menu of the day.. "ESCARGOT'..terus blah, dan tak teringin lagi nak jejak situ. 

Che Mid pernah incaj bawa rombongan dari New Zealand dan Australia seramai hampir 50 orang datang ke KL sempena sukan Komenwel. Makan malam juga di restoran makanan laut yang bos Che Mid jadi member ( bos Che Mid tu Mat Saleh). Tempat tu samar-samar dan romatik je sebab dah malam... tapi bila Che Mid datang lagi siangnya... alamak.. kotor dan ada anjing berkeliaran..tak hingin dan rasa nak uweeekk!!
Semakin kita mendalami ilmu, kita semakin pandai berfikir. Walaupun tempat tu sifud, tapi kalau bukan Islam, ada mereka kisah tentang status halal sos atau minyak memasak yang diguna..atau nak beli ayam dari orang Islam. Isshh..cetek akal Che Mid masa tu kan..Kawan Che Mid yang buat booking tu pun bukan Islam, dia cing cong cing cong on the phone, " ok no pork ma.. you can eat laa..last time ma.. that fele (dia pun sebutla nama-sama staf Melayu) also went there what...

 Sekarang, Alhamdulillah, I'm a diferrent person. Bila dah berhenti rasa terselamat. Takde lagi duduk bersebelahan dengan orang yang pegang tin bir atau gelas wine. Anak-anak pun pandai, bila tengok tempat pelik sikit, mereka pun tunjuk muka tak suka, jadi kami akan ke tempat lain.

Che Mid ada satu tips untuk diri sendiri, bila solat rasa macam tak khusu' atau malas je.. Che Mid akan tanya diri, " Apa yang aku dah makan.. mungkin baru ni ada makan luar dan telah terambil makanan syubahah ke.. Jangan tak tau makanan di pasar malam pun belum tentu baik. Mungkin halal tapi tak toyyiban. Che Mid pernah tengok orang jual ayam goreng, cuci ayam  di satu besen besar saja, tiada air mengalir... renung-renungkan..

32 comments:

  1. tak begitu ramai yang ambil berat pasal nie. bagi mereka macam kecik jer.

    ReplyDelete
  2. Sama arr.. pernah gak kena gitu.. jahilnya la sy nih kann.. terima kasih meningatkan.. insyaallah akan cuba menghindar dr mrnbuat kesilapan berulang..

    ReplyDelete
  3. assalam che mid..pasal makan memang acik sentiasa beringat..
    takut termakan..

    ReplyDelete
  4. Salam insayallah mama akn beringat.
    Skrg ni memang agak berjaga2 sbb anak2 suka mkn kat luar.
    Tkasih atas cacatan kekeliruan halal haram.

    ReplyDelete
  5. saya plk jenis cerewet bangat; walaupun kedai seafood chinese saya x kan makan coz even they dont serve or cook pork but the oil they used to cook at kedai makan chinese adalah teramat meragukan; which they will never dcelare...hati2..
    by d wau che mid, kat uitm shah alam dulu dok kolej mane ek

    ReplyDelete
  6. Bila terbaca cerita ni teringat juga kes yg sama saya alami semasa bekerja disebuah syarikat hartanah di KJ dulu, apatah lagi saya dibawah department Sales & Marketing. Bos saya cina dan staf pun ada melayu dan ada cina. Kempeni rajin buat lunch dan dinner. Tekak cina tau je lah.. mereka ni suka makan sifud dan chinese fud.. kita ni pun ikut juga. Macam che mid katalah, kawan2 cina ni kata, don weri no pork wan.. kita ni pula dlm ragu2 ikut je.. tapi bila dah berhenti kerja rasanya syukur sangat sebab tidak lagi bercampur dgn mereka2 dan terjebak dgn makanan2 yg tidak tentu hala...

    ReplyDelete
  7. suka dgn ayat tip akak tu bila tak khusuk sembahyang... bagus tips tu...

    ReplyDelete
  8. salam akak...mmg kita kena ambil berat ttg halal haram ni coz makanan yg kita makan akan jadi darah daging kita...

    ReplyDelete
  9. Salam Che mid,
    saya faham, kak. Dulu2 kami pernah trkena juga. Lepas tu, dah tak anggap remeh lagi dah. Meskipun chinese tu cuma masak seafood, kita takut bahan2 yg digunakannya tu tak halal. kecuali restoran chan abdullah! :)

    ReplyDelete
  10. selalu berhati2 pasal makannan ni...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih mengingatkan,kak Zai selalu juga makan kat luar.

    ReplyDelete
  12. Eelobor - Betul tu.. time darah muda ni selalunya begitu, tapi kita sebagai yang sedikit berumur ni, jadi tanggungjawab kita mengingatkan..

    ReplyDelete
  13. mama maman - bila dah duduk rumah, kita boleh kawal apa kita nak makan, tapi bagi yang bekerja, cabaran agak besar terutama bila majikan bangsa asing..

    ReplyDelete
  14. Acik Erna - Kadang-kadang terlihat juga dalam blog.. kawan-kawan eksaited makan di tempat2 ekslisif dan mencuba makanan impot.. emm.. harap berhati-hati..

    ReplyDelete
  15. mama ju - salam, kalau ibu bapa dah didik anak tentang halal haram, CM percaya, bila mereka keluar rumah, taulah memilih yang halalan toyyiban..

    ReplyDelete
  16. potpetmama - Baguslah ada kesedaran macam tu sepanjang masa.. moga Allah menjauhkan kita dari makanan yang tidak bersih ya

    ReplyDelete
  17. Secangkir madu merah - Alhamdulillah, Allah beri kita hidayah dan kelapangan untuk tidak lagi berada bersama-sama golongan macam tu. Insyaallah, rezeki kita berkat..

    ReplyDelete
  18. Kazman - T kasih, bolehlah cuba-cuba praktikkan..

    ReplyDelete
  19. Shaiful - Ya, sangat betul. Kalau anak degil tak nak dengar cakap kita, kena fikir juga apa yang kita dah beri makan.. jangan asyik nak marah-marah je..

    ReplyDelete
  20. Indah - Ha ha restoran Chan Abdullah ada dekat umah akak.. pengunjung punyalah ramai.. sampai kena beratur..

    ReplyDelete
  21. ainnoraini - Dan, oorang kafir laknat juga licik memperdaya umat Islam..

    ReplyDelete
  22. Papa Mifz - Sama-sama kita berhati-hati. Suruh isteri belajar masak cainis fud.. ha ha tak payah makanluar..

    ReplyDelete
  23. salam singgah~

    masalah yg sama berlaku kat saya, sebab boos cina. kontraktor, pun cina. client, banyaknya cina.

    masih terfikir macam mana cara nak berhikmah dalam menerangkan konsep halal kepada diorg ni...

    ReplyDelete
  24. terima kasih kerna mengingatkan, moga kita semua tak anggap ini perkara enteng tentang erti halal & haram...

    ReplyDelete
  25. GadisBunga - Kesian adik ni.. kalau dah di terangkan takfaham-faham,nampaknya kena carik tempat lain la tu.. Insyaallah tempat lain lebih berkat..

    ReplyDelete
  26. sudipVSsenduk - Insyaallah, Allah memberikan kita hati dan akal utk kita berfikir, semoga terus dibimbing ke arah lebih baik.

    ReplyDelete
  27. Salam Che Mid,
    Tersentuh hati sy bile bc catatan akak ni (hrp xkisah pgl akak ;)) Sy tinggal di negara yg bkn Islam, majoriti jg bkn Islam.. sgt ssh nak cr yg halal... Terima kasih dgn perkongsian ini... lepas ni nak mkn kena pk byk kali... sb jd darah daging... hati pun boleh jd byk was2 bila solat... erm... terima kasih, muchas gracias kak ;)))

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. teringat masa kecik dulu2 duduk di kampung, saya amat menjaga sumber makanan yg diambil..abah memang particular.. bkn shj halal tp abah akan pastikan sumber tu sahih dan tak syubhah. kalau abah pergi mana2 hotel, abah tak pernah nak ambil breakfast or anyhing yg diorg serve sbb abah tak yakin yg makanan tu halalan toyyiban. samalah dengan fast food. kalau dulu2 abah mmang tak lalu nak mkn keepci dan mekdi segala. masa tu isu2 halal ni x brapa dketengahkan sgt. tp bila sy dah study jauh, duduk bandar pulak tu..sikit demi sedikit dah mula lenient, terasa nak try makan kat cafe/kopitiam segala..bila nampak melayu bertudung, ikut je member masuk cafe dan makan..tp sebenarnya dlm hati ni selalu fikir, apa yg aku buat betul ke ni?? And now, saya slalu pk,adakah ketidaktenangan diri ini berpunca dr apa yg kita makan..so, sy kembali kpd asas yg pernah abah terapkan dulu-dulu. Makan bukan sahaja halal dan tak syubhah..tp perlu berkat!

    ReplyDelete
  30. terima kasih kerana jenguk sini.. walaupun rumah ni dah berlapuk.. Alhamdulillah.. kita sama-sama berhati-hati..

    ReplyDelete
  31. Thanks akak..kongsi tips yg cukup

    ReplyDelete