Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 21 March 2012

Gambar Lawa-lawa Lagi

Sebelum Che Mid tayangkan gambar-gambar lawa lagi, izinkan Che Mid turunkan di sini sedikit sebanyak kiraan kos yang diperlukan untuk mengadakan majlis seperti ini. Sekadar catatan untuk Che Mid sendiri dan panduan juga jika ada sesapa yang teringin nak buat majlis serupa ini.

Dewan orang ramai muat untuk 400 orang - sewa RM600 ( belum campur deposit RM400 yang boleh dikembalikan) Kerusi meja untuk 200 orang - RM 800, katering untuk 150 orang, RM20 seorang berjumlah RM3000. Lain-lain keperluan seperti hiasan dan hadiah, pa sistem, cenderahati untuk anak-anak kecil, kudapan atas meja tetamu, surat menyurat dan fotostat dll. Jumlah semua sekali lebih kurang RM6000. Duit lebih ditampung lebih sedara mara yang sanggup bersedekah wang tunai. Ada juga yang taja kain rentang dan PA sistem.

Kami mengenakan bayaran RM30 seorang dewasa dan RM10 anak-anak bersekolah rendah. Memang tak cukup, tetapi ramai juga yang bersedekah wang tunai dan akhirnya selesai soal perbelanjaan. Hadiah cabutan bertuah dibawa sendiri oleh jemputan secara sukarela. ( Hasilnya.. banyaaaakk... hadiah terkumpul..)

Tips untuk sesiapa yang jadi penganjur atau 'orang kuat' majlis seperti ini. Seperti yang Che Mid amalkan, mesti ada PR yang bagus kerana kita akan berhubung dengan orang tua, muda dan lebih berpangkat jauh dan dekat. Jangan berkira soal duit, minyak kereta, bil henfon dan masa.  Che Mid siapkan wang tunai sendiri untuk mendahulukan bayaran mana yang perlu. Walaupun boleh dituntut kemudian, jangan berharap sangat. Niatkan untuk bersedekah wang,   kepandaian,  dan masa untuk keluarga terutama kegembiraan emak abah kita, moga-moga Allah akan balas pada kita. Insyaallah, jika niat kita baik Allah akan permudahkan.

Jom layan gambar lagi ok..

Tiga orang kuat - sepupuku Arni Suria, Che Mid dan adikku Nor. Adik Nor yang menghias pentas dengan menggunakan bunga-bunga tepi jalan. Percuma je.. tapi hasilnya.. klasik dan menarik.. sesuai tema..

Isteri sepupu-sepupu Che Mid bergambar bersama anak dan cucu masing-masing.

Che Mid sedang beraksi sebagai pengacara majlis. Sebenarnya ada seorang lagi sepupu yang menjadi pengacara bersama, tapi datang lambat.. terpaksa Che Mid 'handle' sorang-sorang dari awal hingga akhir majlis. Kualiti PA sistem pun tak berapa bagus, sabar je la..

Menu yang sangat menyelerakan, syabas kepada D' Hidang Katerer. Berkonsep gerai.. rata-rata tetamu memuji dan puas makan. Ini gerai nasi ambeng - ada nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, serunding daging Jawa, sambal goreng Jawa, ikan masin bulu ayam dan peyek bilis.

Ini pula gerai soto. Tengok dua beradik ni, Azlina dan Azmir Suria .. nampak sangat satu hati..menyenduk pun setempat.

Ini paling istimewa - Bubur candel..menjadi sebutan ramai, ada yang komen dalam facebook, asyik teringat-ingat je kelazatan bubur candel ni..

Air nenas pun sedap..


Anak-anak sepupu Che Mid - dah besar panjang 6 beradik ni.. emaknya Suriyati, sebaya Che Mid tau..

Mereka ni pun sepupu sepapat juga dari empat famili berlainan.

Sepupuku Sulam ni, memang bagus.. dia bawa semua anak-anaknya.. dan duduk semeja.. nampak enjoy sekali!!

Kak Tati, Din dan ipar duai serta anak-anak. Tentu riuh rendah bila duduk semeja macam ni.

Bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - bawa masuk aiskrim - Deeja relaks je bertenggek atas palang basikal tu, macam dah biasa.. tak takur pun.. Kalau nak tau, motorsikal kat belakang tu dah pancit, dan peti aiskrim tu berat pulak.  Kami tak dapat cari loceng aiskrim, jadi Ayan kena naik basikal di depan sambil membunyikkan loceng basikal.. kru pulak kena tolak motor yang berat dan pancit... hasilnya..tapi tetamu suka seprais ni terutama kanak-kanak!!



Kru jadi kerumunan budak-budak untuk dapatkan aiskrim potong!! Yummy!!

Adikku Nizam dengan anak dan isteri, Dila. Terima kasih sudi meminjamkan props - vespa, Honda cup dan basikal tua. Betul-betul membantu menceriakan majlis..

Lapan orang kru yang terbaik!! Terdiri dari adik, anak-anak dan anak-anak buah Che Mid. Dari belakang kiri, Ashman, Faris, Adam, Imi, Haziq, Azhar dan Harith.  Duduk depan - Ayan

Sepupuku Azmir dan isteri - sporting

Abahku, Haji Jamil berbual dengan tetamu dari waris Hj Warit, Parit Yaani, Johor.

Adikku Acik, anakku Farah, anak buahku Huda, dan adikku Nor. Deeja pun menyelit gak..

Ketika semua tetamu menjamu selera, Che Mid melayan wartawan dari Sinar Harian.. Fatihah namanya..

Berselera Deeja makan lontong yang abah suap.. Deeja memang budak baik malam tu.. tak nangis atau nakal, sama-sama enjoy majlis tu.. tudung pun elok terlekat di kepala sampai balik ke rumah..

Bergambar dengan emak dan abah seusai majlis. Masa ni Che Mid dah terlalu penat.. langsung tak jamah makanan. Minum pun cuma seteguk dari air yang Deeja beri.


Bersama makcik-makcik dan keluarga dari Johor. Rasa terharu sangat dengan kehadiran sedara mara dari Johor ni.. sesama dia orang pun ada yang tak pernah berjumpa sebelum ni, dan ada yang berjumpa masa kecik-kecik main parit dulu...

Bergambar ramai .. sebahagiannya ada yang dah balik..dah tengah malam ni..

Ha ha berposing atas motor atas lori... sebelum balik ke rumah malam tu juga. Kami tinggalkan dewan hampir jam 1 pagi..

Terus terang Che Mid katakan yang Che  Mid tak enjoy mana pun malam tu. Sebab terlalu sibuk mengacara, dan ada beberapa perkara berlaku tidak seperti yang dirancang. Demam dan sakit kepala yang berlarutan hampir seminggu turut memberi kesan pada emosi Che Mid.

Tapi bila lihat tetamu yang hadir yang rata-ratanya gembira dan puas hati, juga meneliti satu persatu gambar majlis  malam tu, membuatkan Che Mid rasa gembira dan bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berjaya. Alhamdulillah Ya Allah!!

50 comments:

  1. Salam CM

    Tahniah, teringin nak buat mcm tu, tapi rasanya mcm tak larat nak buat je...
    lawanya tudung CM, klas gitu..betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama

      Boleh je buat macam ni, tapi memang perlukan kerja kuat sikit. Kalau ada 2-3 orang lagi yang boleh ngam, kerja berat pun insyaallah jadi ringan..

      Delete
  2. Rahayu aka Mak Chu21 March 2012 at 10:47

    wow bestnya..sgt menarik... cantik2 gambar... Lapan orang kru yang terbaik!! ... hensem2 tu.. mesti jadi pujaan ramai... he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he yang hensem-hensem tu, tentulah anak buah mak chu juga kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Yeaah.. terbaik dan terlalu penatttttt...ha ha

      Delete
  4. comelnyaaa deeja dgn tudung pink tu kak...
    hampir tak kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan deeja pun dah naik sikit sejak akhir-akhir ni, makan nasi pun selera je..

      Delete
  5. memang meriah la kalau dapat jumpa ramai2x... dah macam kenduri kawin... caya la kak mid boleh organize majlis ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok!! esok kalau anak nak kawen dah tak gabra sangat ha ha

      Delete
  6. hapening...seronoknya bergathering sanak sedara,adik beradik mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hapening dan pening nak handle ha ha.. apa pun puas hati dan hilang penat bila tengok gambar2 tu..

      Delete
  7. meriahnya...seronok nengoknye tau...

    deeja mmg comey..tibe2 mcm teringin nak ada anak kecik plk ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ain..

      seronok aok nengoknya.. seronok lagi yang ada kt sana..

      Delete
  8. tahniah, bukan senang nak adakan majlis seperti ni. bestnya memang confirm jawanya... ha ha ha

    ReplyDelete
  9. hehehe.... saya kena akui memang mata saya terpandang ada gambar yang lawa2 kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe gambar lawa dan aweks aweks pun lawa..

      Delete
  10. assalam che mid..tengok gambar pun dah terasa kemeriahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dapat kumpulkan saudara mara dari jauh dan dekat.
      Happening majlisnya.

      Delete
    2. Acik Erna

      Memang terasa sampai menusuk qolbu..ki ki

      Delete
    3. Kak Zai, t kasih. Bukan mudah mengurusnya tapi berbaloi hasilnya.

      Delete
  11. Semoga akan berterusan jalinan itu walaupun ada diantaranya yang belum pernah bersua muka sebelum ini. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak.. itu antara sebab CM sanggup susah payah buat majlis tu. menyambungkan silaturrahim yang dah terputus memang satu anugerah Allah..

      Delete
  12. ramai sungguh sedara mara CM ye
    kita tak ada ramai sedara mara
    majlis fmly reunion ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai sebab adik beradik abah akak je ada 12 orang.. jadi ramai anak cucu cicit nya.. beratus..

      Delete
  13. wah... mmg meriah sesekali bkumpul mcm ni kan

    ReplyDelete
  14. seronoknya bertemu sedara yang ramai ni....semoga acara ni akan berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cadangan utk teruskan tapi mungkin 3 thn lagi..insyaallah

      Delete
  15. salam jumaat kak mid.... semoga ceria selalu di samping keluarga....

    ReplyDelete
  16. Seronoknya ramai2 nie. Yang penting semuanya saling bekerjasama dan bergembira. Semuanya sporting....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang semuanya sporting.. ada yang bagi sampai 10 hadiah lucky draw!!

      Delete
  17. As salam CM,

    Famili CM ke ni? Ramainye kaum kerabat.. Pasti memerlukan komitmen yg tinggi utk mengumpul & menyatukan ahli keluarga ni kan... Tahniah CM... You look gorgeous! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. gorgeous ha ha.. sebenarnya muka demam dan penat tapi dicoveri oleh passion...apa punya bahasa ni..

      Delete
  18. Hahahaha , best kot .

    ReplyDelete
  19. betullah kak...bila semuanya hasil kerjasama dan sumbangan semua orang beri tanpa mengira jumlah,segala akan berjalan dengan lancar..tahniah kepada PR majlis ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi pernah tak buat sebelum ni, kalau belum.. cubalah.. sementara orang tua masih ada ni..kalau mereka takde esok lagi susah nak mencari atau berjumpa saudara mara..

      Delete
  20. bestnya kalau family ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam majlis tu, yang menarik sekali.. pada che mid la.. tengok meja kiri kanan, depan belakang hampir semuanya sepupu-sepupu dan keluarta masing-masing..

      Delete
  21. bukan senang nak buat gathering sebesar ni...syabas, satu keluarga yg understanding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. t kasih singgah cikgu.. penat berbaloi bila emak dan abah gembira..

      Delete
  22. memang lawa-lawa gambar kak mid..classic hiasan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak lagi gambar dalam fail tu.. tak larat nak pilih..hiasan memang klasik ciptaan adik aka.. yang penting sekali.. tak kena kuar duit pun.. he he

      Delete
  23. Memang kelassss gituuuu...seronok dpt bersilaturrahim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kelas.. walaupun ada yang kata.. alah.. kat mana-mana pun boleh jumpa.. tapi bila buat majlis macam tu, lain rasanya..

      Delete