Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 16 March 2012

Perjumpaan Keluarga Haji Ismail & Hajjah Hadiah

Fuhh.. Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya selesai sudah sambutan majlis Perjumpaan Keluarga Haji Ismail dan Hajjah Hadiah kali ke 2 pada 10 Mac 2012  lalu. Haji Ismail meninggal 40 tahun lalu, dan Hajjah Hadiah meninggal 22 tahun lalu. Lebih kurang 200 orang waris Haji Ismail dan waris dari Johor sudi hadir memeriahkan majlis.

Sekali lagi Che Mid (berpangkat cucu dalam keluarga Haji Ismail) menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras program.

Lama cuti dari berblogging dek sibuk ke sana ke mari menguruskan dewan majlis, tempahan kerusi meja, mengedarkan kad jemputan, menempah katering.. yang semuanya tak cukup dengan sekali temujanji... Bersama sepupu Arni Suria yang tinggal setaman, kami sentiasa berbincang tak kira masa.. dan ke sana sini bersama menguruskan apa yang perlu.

Lagi seminggu majlis berlangsung, Che Mid sakit yang agak pelik... sakit kepala, sakit bahu, kaki tangan kebas terasa dicucuk-cucuk, mata asyik nak tidur saja.. tengok komputer pun 'blank'. Minggu yang sepatutnya dikhususkan untuk menyiapkan aturcara dan program, jadi lembab dan tertangguh-tangguh. Che Mid kuatkan semangat disamping berubat, akhirnya tiba juga masanya. Jom jamu mata dengan deretan gambar-gambar berikut.

Inilah dia pentas kami. Konsep lama mengimbas kenangan dulu-dulu. Tema - Batik-batik an.. Slogan - Ketemu Orak Selalu, Kelalen Orak Sekali (maksudnya - Bertemu tidak selalu, Dilupa tidak sekali)

Suasana sibuk di meja pendaftaran.  Buku cenderahati , 'door gift' berupa kitab kecil Al-Ma'thurat dihulur kepada tetamu. 

Kehadiran VIP iaitu adik beradik dan ipar abah Che Mid. Masing-masing pakai batik.. Best!!



Hafazan oleh sepupu, Faisal Hadi al-Hafiz membaca surah al-Imran 102-109 dan tafsir dilakukan anakandaku, Farah. Mereka berpakaian sebagaimana yang dipakai oleh arwah Haji Ismail dan Hajjah Hadiah. malah beg jalur-jalur di depan Farah tu adalah kepunyaan arwah nenek Hadiah.


Tok Ketua Kampung Meru, Tuan Haji Thaifor Haji Nor yang juga suami kepada sepupu Che Mid memberikan ucapan dan merasmikan majlis.

Hadirin memberikan tumpuan pada penerangan Che Mid mengenai salasilah Haji Noor. Dari 6 orang anak Haji Noor, 2 orang dibawa ke Tanah Melayu dari Jogjakarta, Indonesia. Manakala 4 lagi anaknya menetap di Indonesia sampai sekarang.

 Kejutan buat tetamu - Farhan masuk ke dewan dengan menaiki basikal sambil membawa mangkuk tingkat yang kemudian diserahkan kepada Ketua Kampung. Konon-konon, 'food presentation' laaa..dapat tepukan gemuruh tau!

Senyum lebar Tok Ketua menerima tepen tu..

 Para jemputan mendengar ucapan. Setiap meja dihias dengan sepasu orkid yang kemudiannya dijadikan hadiah.

 Tetamu mula menjamah makanan. 

Menu utama - Nasi ambeng termasuklah ayam kicap, serunding daging, mee goreng, sambal goreng, peyek bilis dan ikan masin bulu ayam. Lontong asli dan kuah lodeh dengan sambal kacang. Pencuci mulut pula roti jalan dengan kuah durian, Bubur candel pun ada. Air nenas sebagai minuman sejuk dan teh tarik panas sedia untuk tetamu.

 Cabutan bertuah yang sangat banyak!! Penerima dalam gambar ini ialah Cikgu Sukerman, sepupu abah sebelah mak. Yang menyerahkan hadiah ialah Cik Mi, adik abah yang bongsu.

 Kru pun nak makan gak.. kami sediakan tikar untuk anak-anak kecil berehat, tapi nampaknya digunakan oleh kru sebab meja mereka telah 'disambar' tetamu lain.

 Kejutan harijadi untuk Adad, anak sepupu Che Mid yang hari jadinya jatuh pada hari majlis, 10 Mac.

 Kru bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - Imi akan menaiki motosikal ke dalam dewan. Belakang motor tu ada kotak besar berisi aiskrim potong. Imi siap bertopi dan berkemeja bagai seorang lelaki Cina penjual aiskrim di tempat Che Mid dulu. Cuma tuala 'good morning' je tak tersangkut di bahunya.

 Hadiah pasangan anggun - dimenangi oleh Cik Dhuriyah, mak sedara Che Mid yang memakai kebaya sulam dan berkain batik lepas lengkap berselendang. Memang anggun lebih-lebih lagi untuk wanita berusia 60 an. Sayang tak sempat ambil gambar penuh..

 Pasangan anggun lelaki dimenangi oleh Tuan Haji Azmir Suria, sepupu Che Mid, berkemeja batik hitam.

 Bergambar ramai sebelum beransur. Ramai yang dah balik masa ni .. terutama yang ada anak kecil.. masa pun dah menjelang tengah malam.

 Dari lantai hingga ke atas pentas - semuanya keturunan Haji Ismail dan waris Haji Warit dari Johor

Terima kasih kerana sudi hadir. Lain kali ada rezeki kita berkumpul lagi..!!

32 comments:

  1. Assalam Che Mid...seronoknya..
    Mila baru tau masa sepupu Che Mid jiran belakang meninggal dunia, isteri Tuan Hj Taifur sepupu Che Mid juga...sempatlah berziarah jenazah walaupun sekejap b4 g ofis sbb masa tu mereka (perempuan) nak solat jenazah.

    Keluarga sebelah emak Mila, blhlah cari lagi, sebelah bapa ayah, takleh nak tolong, mai dari Cina sana...

    Apa-2 pun tumpang gembira..Insyaallah esok kami berkumpul sebelah keluarga Azahar tapi kumpul-2 aje tak ada majlis camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. APA?? Baru tahu?.. ha ha tak patut.. Wak Mokhtar, bapa mertua Pak Imam tu abang abah CM la..

      Bapa ayah Mila tu datang sorang2 je ke Malaysia ntah2 ada adik beradik lain tak.. kena carik tu..

      Selamat berkumpul ya..

      Delete
  2. Assalam che mid..tahniah berjaya mengumpulkan keluarga besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kembali, tahniah pada diri sendiri gak he he.. ada seorang mak cik yang tolong jemputkan tetamu kata, " Lain kali jangan buat lagi.. tak sanggup" membukikan bahawa bukan senang mengumpulkan sedara mara macam ni..

      Delete
  3. Salam CM
    Hebat persiapan tu1 Tahniah memang nampak teratur dan terhormat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama Ju, memang itulah tujuannya pun.. supaya emak abah kita rasa dihormati dan dihargai..

      Delete
  4. semoga ikatan kekeluargaan ini akan terus berpanjangan hendaknya amin.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin kasihibu..Insyaallah, untuk anak-anak CM yang melihat bagaimana ibunya buat majlis macam ni, moga mereka juga tak lupa nanti..

      Delete
  5. wah..memang menariklah pertemuan ni...mesti di rancang rapi dan teliti,bukan senang nak kumpulkan keluarga besar macam ni...seronok dengar,,walaupun letih pasti tak terasa dek kerana ramainya yang hadir..tag kuning tu nama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tag kuning tu cuma sticker yang bertulis nama masing-masing, maklumlah ada yang lama tak jumpa, kenal muka tapi tak ingat nama..

      Delete
  6. wahhhh.... meriahnyaaa.... macam hari raya ye kak.... syabas... dapat mengeratkan kekeluargaan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. kazman.. hari raya pun tak macam ni.. ni dah berganda-ganda meriahnya..ha ha

    ReplyDelete
  8. Tahniah Che' Mid dan keluarga.. berjaya menganjurkan majlis yang penuh gilang gemilang ni.. mengeratkan tali siraturahmi ni merapatkan ukhwah adalah ibadah paling mulia.. Semoga Che' Mid di anugerahkan kesihatan yang baik dan di lindungi Allah s.w.t. Rahmat kasih sayang yang amat tinggi nilainya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih atas doa dari akak, sungguh istimewa rasanya bila ada orang mendoakan sebegitu. Doakan akak juga terus sihat dan boleh beribadah sebaiknya disamping melihat anak membesar.. Amin

      Delete
  9. perghhhh....sangat meriah. gambar sahaja pun sudah cukup untuk menceritakan betapa meriahnya majlis berlangsung..... tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan Che Mid juga setiap yang hadir dapat merasakannya. Memang bukan senang nak anjurkan majlis sebegini, moga berbaloi pada yang hadir..

      Delete
  10. Slogan - Ketemu Orak Selalu, Kelalen Orak Sekali - Wes ketemu sekali kangen sampek taun ngarep. hahaha.... CM mesti tak faham kena tanya wak-wak CM. Seronok menusuk hati. Tradisi makanan terhidang pun mengimbau nostalgia semua mereka yg dah berusia CM.. Pandai CM buat susun-atur yang pasti menggamit rindu bila berpisah..

    Tahniah CM...

    ReplyDelete
  11. Molek sangat dah ter.Bior anok beranok kenei sedare....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu keluarga Jenderak buat macam ni, buleh kita jumpa sekali kan..

      Delete
  12. alhamdulillah...tumpang gembira merasai suasana pertemuan keluarga ni ...bukan senang nak kumpul ramai2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau sahabat pembaca buleh merasainya, harap yang hadir malam tu apatah lagi..

      Delete
  13. cikmid.. terbaik la..:)

    ngomong jawa eks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha terbaik ya.., tima acih.. yo la.. sekali-sekali ngomong jowo opo sala eh kan..

      Delete
  14. perrrgghhh... meriah + best majlis tu.. :)

    ReplyDelete