Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 19 July 2012

Jalan-jalan lepas tensen

Disebabkan konsert dah ke laut, 14 Julai lepas, Che Mid dan keluarga pun jalan-jalan makan angin cuci minda... Ke mana? Jom ikut..

Pukul 10 pagi, kami gerak ke selatan. Entah kenapa, Che Mid teringin sangat ronda-ronda ke bandar Muar. Memang takde sedara mara kat situ, jadi takde sebab nak ke sana pun.. Tapi rasanya kecik-kecik dulu Che Mid pernah dibawa ke sana. terbayang Jambatan di Sungai Muar, stesen bas dan deretan kedai-kedai lama.

Hampir 2 setengah jam memandu, kami tiba di Muar. Memang seperti yang Che Mid bayangkan, bandar lama Muar masih seperti dulu. Tapi hujan renyai-renyai membautkan kami malas ronda-ronda, lagi pun dah taim makan tengahari... lapar le pulak.. Hubungi kenalan dan tanya mana boleh makan asam pedas Johor. Dia cadangkan kami ke ....

 Medan selera Tanjung Mas

 Dataran Tanjung Mas. Sayangnya masa tu hujan.. jadi tak dapat berjalan-jalan tepi laut..

 Mee Bandung Muar.. memang teringin sangat nak makan.. tapi sebabkan waktu tengahari..tentulah asam pedas yang dicari dulu..akhirnya sampai balik Klang, tak merasa pun.. sampai sekarang teringat-ingat..aduii

 Nampak tak tu... berjenis-jenis asam pedas. Ikan merah, mayong, pari, sembilang. daging tetel, telur ikan dan macam-macam lagi.. dalam periuk besar lagi..

 Ikan mayong seperiuk besar...nak bahagian mana.. isi? ekor? kepala? order je..

 Ini kerabu sayur apa ntah dah lupa lak....tapi Che Mid tak pernah makan la sayur tu.. mungkin kat Johor je ada kut..(masa tulis ni, call mak tanya apa nama sayur ni, tak angkat pulak.. nantilah Che Mid call mak lagi k..)

 Semua bersiap nak makan tengahari yang sangat menyelerakan. Memang enak dan terangkat! Pendek kata, tak sia-sia jalan jauh untuk pekena asam pedas Johor.. Tapi Farhan menjelir lidah tu.. sebab dia tak makan ikan, jadi cuma rasa kuah asam pedas tu dan makan ayam goreng je la..

 Waktu 1.30 tengahari.. boleh tahan sesak tempat ni.. Pelik sikit kan, tempat ni sepatutnya jadi tempat santai di tepi pantai, tapi dah jadi tempat makan tengahari pulak...

 Biras Che Mid kan orang Johor, siap tanya Che Mid ke gerai no berapa kat Tanjung Mas tu? Nasib baik ambik gambar... No 10 la Ayu, tapi rasanya gerai lain pun mantop juga kut...

 Nilah jiran lama kami, Aida, yang dah berpindah ke Johor. Di Taman Muhibbah, Sungai Mati. Sempat singgah sekejap untuk solat dan mandikan Deeja. Terima kasih kerana sudi menjemput datang rumah, walaupun tak buat appoinmen awal..

Lepas tu, kami singgah pulak ke pekan (bandar?) Tangkak, mak nenek nak beli langsir katanya.. Che Mid dan Farah dapatlah baju raya gak...Tapi syian sangat, Deeja demam panas masa tu..terpaksa beli panadol syrup kt sinseh..

 Dari Tangkak kami bergegas ke Masjid Tanah, Melaka untuk melawat anak buah Che Mid, Adam, di Kolej Matrikulasi Melaka. Sampai sana, Deeja muntah-muntah. Tapi dia cool je...boleh gelak-gelak ambil gambar sana sini...

Tak sempat nak bawa Adam minum-minum di luar sebab waktu dah lewat, jadi kami cuma lepak di kafe asramanya saja.


 Mak nenek diapit dua cucu bujang... tingginya cucu!

 Bergambar ramai sebelum bertolak pulang. Tengok budak kecik Deeja tu.. sibuk tengok orang berposing..

Ha, mana ada rupa budak demam panas!..Deeja dan Adam..

22 comments:

  1. ✗ pernah smpai muar lg..cuma smpai kat sempadan jer ms g melaka ritu..asam pedas tue mmg nmpak awesome..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. kena pergi tu dik.. tapi memang jauh sikit ke dalam dari hiway..

      Delete
  2. rahayu aka mak chu19 July 2012 at 13:35

    ha ha.. kami selalu makan yg no 8 tu... tp bila tgk no 10 ni rasanya ni semua family business la..sebab nama kat kedai tu xx bin othman... alahai, rindunya nak ke muar.. tp lusa dah posa...emm tunggu raya la gamaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. selalu ke Muar ke, ke ramai sedulur kat sana.. buka posa umah akak je la..

      Delete
  3. Saya belum pernah ke negeri johor....malu nya hihi
    Sedap assam pedas ...suka asam pedas ikan pari je....ok harap deeja cepat sembuh yaa...

    ReplyDelete
  4. akak bestnya...saya suka sangat makan asam pedas...selain johor...kat Melaka pun sedap kak...bila nak balik lepeh ni???he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam pedas memang terkenal kat Johor dan Melaka,kak Zai suka masak asam pedas daging tetel.

      Dah hilanglah stress...hehehe...

      Delete
    2. daging tetel je belum pernah cuba makan...mesti lagi sedapkan..lagi2 air daging turun ke kuah..

      Delete
    3. Daging tetel memang spesel kan.. tapi kena pandai masak baru lah lemak-lemak tu lembut.. ha ha naik blood pressure macam ni...

      Delete
  5. Salam Ramadhan che Mid,
    :) Moga malam ini dan besoknya permulaan yang cerah utk kita.
    Deeja memang takde rupa demam, hepi manjang :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga utk Indah.. Insyaallah puasa kita tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya..

      Oh.. Deeja memang eksited saja.. tapi masuk kereta terus tidur lena..

      Delete
  6. FM baru jer ke muar baru2 nih..pekena mi bandung... nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Bandung.. Che Mid termiss la.. rugi besau...

      Delete
  7. masakan asam pedas sampai sekarang saya tak boleh nak makan. mungkin tak berapa sesuai dengan perut saya kut.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ait.. nape nya.. tak tahan cili ke.. rugi satu nikmat dunia.. ha ha

      Delete
  8. jalan muar memang best dengan makanan kak..kalau ke tangkak beli kain..nanti balik klang singgahlah umbai ikan bakar, takpun ke klebang minum coconut shake..food heaven..seronoknya..rindu pula pada bumi semenanjung..




    akak, saya off-topic ni.boleh tak?
    akak dah baca link ni http://beautifulnara.com/penjelasan-pembatalan-konsert-salaam-sami-yusuf-di-stadium-malawati/
    kalau ikutkan statement mereka di sini, dia macam blame pihak penganjur la kak..dan statement mereka contradict dengan entry akak yang lepas tu..

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan .. o yo.. kalu macam tu kena pergi satu round lagi ni...

    akak dah counter comment di umah Lina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan juga untuk Kak Mid dan family..

      Tak baiknya si penyanyi tu buat macam tu kan..padahal dah dapat bayaran..Saya rasa dalam hal ni, artis Malaysia lebih profesional. Contoh depan mata saya adalah Hujan dan Bunkface. Last two years, Hujan dan Bunkface ada buat show di Miri, di stadium Miri. Dah promote habis, tapi respon tak memberangsangkan. Stadium Miri boleh muat beribu orang, tapi yang beli tiket dalam 100 lebih orang je. Stadium tu punyalah lengang tak ramai orang. Most of the audience pun ramai Bruneian yang turun Miri and that's why ada selit satu band dari Brunei sebagai pembuka tirai persembahan. Masa Hujan dan Bunkface buat performance, mereka ada cerita yang diorang buat promotion kat mall di sini tapi dapat jual 3 keping tiket je..bayangkan la betapa sikitnya tiket yang terjual, walaupun diorang yang turun padang jual tiket kat mall..

      Tapi walaupun begitu, performance mereka sangat2 lah mengagumkan..Macamana kita tengok kat TV, macam tu la hebatnya mereka buat performance live.. Mereka buat performance tu seolah-olah audience yang sikit sangat tu tak memberi kesan kepada muzik dan energy mereka. Mengagumkan.

      Tu lah, dalam hal ni, orang yang berimej Islamik belum tentu sempurna imannya, dan orang yang macam hu-ha hu-ha tu lebih professional pulak buat kerja. Sami ni dah memberi tanggapan yang buruk pada dunia Islam saya rasa.

      Delete
  10. Mee bandung Muar ter memang beh.Sarapan sate pulok pagi2.Kene pulok ngan kopi 434.Sedak amat.

    ReplyDelete
  11. Che Mid, bila baca entri ni, buat hati saya makin membuak-buak nak balik berbuka di johor... tapi nak pekena air kathira, kat sini xdelah...

    ReplyDelete
  12. Che Mid, mana entry cerita Sami Yusuf? Hai... baru nak baca... hehe

    ReplyDelete
  13. Che Mid, dulu2 medan selera tg emas tu x wujud lagi. Kedai asam pedas tu warung bawah pokok jer. Tapi memang berselera betul makan kat warung tu dulu sebab redupp jer. Sekarang nie kat medan selera, panas sikit lah kan... Tapi kualiti asam pedas dia masih sama sedapnya dengan yang dulu... Berperiuk2 juga. Lewat sikit, memang habiss lah. Pukul 3 ke atas, dah x banyak choice dah...

    ReplyDelete