Pagi tadi, Deeja bangun awal. Masa tu kami sedang bersahur. Deeja pun ikut la juga 'bersahur'. Minum air kosong. Lepas tu, bila ibu dengan abah nak ke surau jemaah Subuh, Deeja pun tak mau tinggal. Dah tukar 'diaper', basuh muka, pakaikan tudung (yang Mak Uda kasi..)... ibu pun pimpin tangan Deeja berjalan kaki ke surau. Abah folo belakang.
Ini kali pertama Deeja ikut solat Subuh. Masa-masa lain dah biasa dan dia memang suka ke surau. Pada dia, surau tu macam taman permainan kut..
Masuk je surau, ibu sempat buat sunat qobliyah. Deeja main dengan abah.. tengok bintang la.. tengok langit la..Luar surau memang agak cerah, tapi dijalanan masih gelap..
Bila tiba solat je, ibu ambil posisi tepi sekali. Bentang sejadah lain kat sebelah dan suruh dia solat kat situ. Ibu terus angkat takbir. Deeja dah tak senang duduk..
Biasanya Deeja akan bergerak-gerak ke sana sini. Pergi tempat muslimin la.. main dengan bebudak lelaki yang solat yang yok la.. atau pun akan ada kakak-kakak kecik yang jaga sambil main-main dengan Deeja.
Tapi hari ni lain sikit.. tak de kawan-kawan boleh ajak bergurau senda..
Masuk je rakaat ke dua, Deeja dah bergerak dari 'saf'. Senyap je lepas tu. "Mana budak ni pergi.." Ibu dah mula tertanya-tanya. Dalam hati dah doa je, mintak Deeja jangan pergi jauh-jauh..
Habis je salam, Ibu toleh belakang.. DEEJA TAK ADA. Ibu bingkas bangun. Jenguk tempat muslimin.. TAK NAMPAK..jenguk beranda kanan kiri surau.. TAK DE PUN.. Ibu terus tengok selipar Deeja.. TAKDE..
Apa lagi, ibu pun bergegas berjalan balik ke rumah. Perasaan dah tentu arah. Ya Allah.. selamatkanlah anak aku. (Rumah kami lot hujung, memang dekat dengan surau tapi untuk budak 2 setengah tahun... jauuuh..gelap pulak tu..pokok pun besar-besar) Dalam perjalanan, nampak beberapa orang Bangla naik basikal.. jalan lagi.. nampak lagi satu kumpulan.. aduhh.. makin keciiiik hati ni..)
Sampai selekoh je, dari celah-celah pokok ceri, Ibu nampak kelibat sekecik Deeja tengah ketuk pintu rumah..(pintu pagar memang tak kunci). Menangis rupanya dia.. agaknya dah berkali-kali mengetuk pintu, takde sesiapa buka..
Alhamdulillah, memang lega Ya Allah.. bila Deeja peluk Ibu kuat-kuat, terasa degupan jantungnya kencang. Seolah-olah longlai bila Ibu dokong Deeja untuk ke surau semula. (Takut mak nenek dan jemaah lain risau juga). Sampai di surau, mak nenek dah siap tunggu. Dicium-cium cucunya tu. Jiran lain pun ikut mengerumuni Deeja. Riuh rendah sekejap..
Bila abah tahu, langsung terdiam. Terkedu seribu bahasa....
Inilah rupa Deeja selepas episod menggemparkan tadi. Gambar tak berapa cantik, sebab Deeja asyik lari-lari bila disuruh bergambar. Macam tau je, ibu nak masuk kisah dia dalam blog!
Yahanana Events
Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?
Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?
Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.
Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
pandai dia blk umah.. kalu maman kompem menangis jew la.. jenis penakut.. hehehe
ReplyDeleteHa ha deeja nangis bila takde sape bukak pintu...ini kes budak terlebih berani pulak..
DeleteNasib baik jumpa balik...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak terbayang rasanya kalau dia takde kat rumah masa tu..
Deletenext tiem hati2 yek... tq jgk laman KA n KA dah follow u yek 114
ReplyDeleteDah naik cuak la nak bawa ke surau.. malam tadi che mid tak pergi pun, abahnya je yang pergi.. pagi tadi masa subuh akak pulak yang pergi sorang.. seriau la..
DeleteNasib baik Deeja balik umah, kalau g 7-11 x ke naya..alhamdulillah Deeja selamat.
ReplyDeleteHa ha kalau sampai 7 eleven buleh shopping... kalau sesat depan rumah Adnaz???
DeleteSalam Che Mid ....
ReplyDeleteAku dah alami perasaan tu , masa Afeeq hilang di Melaka tahun 2010. Tak dapat diceritakan .Hanya Allah yg Maha Mengetahui . Bagaimana agaknya perasaan ibubapa yg anak2 mereka terus hilang tanpa dpt dikesan
Tu la kan..minta Allah jauhkan lah masalah yang besar-besar macam tu.. diuji sekejap macam ni pun dah tak tentu arah..
Deletedeeja deeja..pandai pulak cari rumah tu, agaknya dah bosanlah dan mengantuk juga kot?
ReplyDeleteMengantuk tidak lah.. bosan mungkin la, sebab dia ingat kalau ke surau ramai kawan, tapi pagi tu takde pun...
Deletesuspennya...kesian dia, sure panic
ReplyDeleteDia panik... ibu lagi panik...
DeleteDia tak selesa sebab tak ada kawan itulah agaknya jadi sebab dia balik tapi budak 2 tahun lebih manalah boleh fikir panjang CM. Kalau kakak pun macam CM melayang rasa seluruh badan.
ReplyDeleteTengoklah.. Comel je macam tak ada hal yg terjadi bila tengok gambar cute dia tu CM..:)
Betul tu kak, CM pulak yang teruk kena warning dengan jiran-jiran.. jangan bawa ke surau la, ikat dgn tali la.. mcm2..
DeleteK.mid...klau saya dah lembik kaki dah..Ya Allah syukur Alhamdulillah jumpa deeja semula...
ReplyDeleteAgak bermistri ya k.mid?
Alhamdulillah sangat Ya Allah. Tak jugak misterinya, memang dia cam rumah sendiri.. rumah makcik2 dan nenek pun dia cam.. tapi ini fes taim dia balik sendiri.. kalau siang pun tak 'terlepas' sampai balik sendiri..
Deletesuspens betul...nasib baik tak de apa2.. Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. lepas ni kena extra hati-hati..
Deletealhamdulillah sicomel deeja tak apa2..memang betul2 suspen
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saspen gila..oh ya salam ramadhan kareem..
Deleteaduh! mmg saspen betul. Alhamdulillah deeja tak apa2.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. agaknya ini berkat doa ibu yang tak pernah putus untuk anak-anak. Mari kita teruskan berdoa tanpa jemu ya..
DeleteSalam ramadhan chemid,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Deeja dijumpai. anak aktif... Insya Allah, ramadhan bulan keselamatan, bulan dimakbulkan doa. Semua dgn rahmat Allah. Cayang Deeja...
Moga Ramadhan kak dan keluarga kali ini berlangsung dgn baik. Amin..
Mohon maaf atas salah dan silap selama ini..
Salam.. Insyaallah, semoga kita terus dilimpah keberkatan dari Nya..
Deleteselamat berpuasa che mid...wah kak memang mendebarkan bila tiba-tiba anak hilang depan mata...berani betul dia balik sendirian...kak tak tanya ke kenapa dia balik?..memang suspen ni..
ReplyDeleteSelamat berpuasa.. budak berani tak bertempat kih kih kih
DeleteSubhanallah... Syukurlahhh dia selamat. Che Mid, selamat ber Ramadhan yer...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. t kasih rajin datang sini..
ReplyDeletemacam2 nak dara comei tu...sama perangai ngan nak dara suri yg sorang tu...cik mid suri pun folo balik..takut2 takdak lg
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem. budak-budak ni memang tak terjangka seberani itu...
ReplyDeleteChe Mid, kalau Deeja terlepas rumah Mila..esok harinya baru pulangkan..he he he, dapat gak Fathieha adik sekejap..he he he
ReplyDeletekd 12
ReplyDeleteadidas gazelle
jordan 6
yeezy boost 350
michael kors outlet
air yeezy
jordans
calvin klein underwear
hogan outlet online
nike lebron 16
off white clothing
ReplyDeletemoncler outlet
giannis shoes
kyrie spongebob
adidas yeezy
yeezys
kobe basketball shoes
air jordan
kd shoes
yeezy boost 350 v2
view website l5j17f9s50 replica louis vuitton bags replica bags new york replica bags delhi her latest blog k2t09o2x67 replica bags in gaffar market replica bags canada gucci replica handbags m0v97k5z31 guccireplica bags neverfull
ReplyDelete