Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 26 September 2012

Amanat Musikhat - Khas untuk TTI

Menganjurkan satu acara bertaraf antarabangsa bukan mudah. Di sini Che Mid ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) yang telah berjaya menganjurkan acara sedemikian rupa walau pun dengan tenaga kerja yang kecil.

Terima kasih kepada YM Engku Azmi, En Khalizan, En Safwan, En Khairy, En Roslan, En Riduan, En Saiful, Pok Nasir, En Fendi dan lain-lain atas layanan baik kepada semua anggota Amanat Musikhat seramai 41 orang keseluruhannya.

Paling suka sangat dengan Cik Farhana, yang bertindak menjaga kemudahan dan keselesaan tetamu. Sangat cemerlang! 

Arni dan Maznah

Bergandingan dengan Bahman dari Perancis dan Tuan Imam Muda Masjid Kristal, Imam Amzar yang Subhanallah, amat sedap bacaan solatnya. Jadi menantu Che Mid nak tak?

Kiri sekali, Mariam, salah seorang 'orang kuat' TTI..

Hidayat si tukang gambar dan Farhan 

Ustaz Rozi, salah seorang ahli panel Forum Perdana sedang berlatih qasidah dengan Alwi Mustafa, penyanyi qasidah yang selalu muncul di rancangan Dikir Zikir, di TV al-Hijrah. 

Dua orang kaligrafer TTI yang mempersembahkan hasil batikhat sebagai logo TIIAF 2012 (seperti yang tertera di atas pentas utama)

DYMM Sultan Mizan, sedang mendengar alunan muzik MOHRAM semasa perasmian

Para ustaz sedang mengalunkan solawat penutup kepada Forum Perdana yang bertajuk "Seni Dalam Islam". Che Mid tak lah pulak catat isi forum tu, (menyesal la ni sekarang..) konon sibuk ke hulu ke hilir..

Ceh ceh.. tersenyum lebar dengan Ustaz Rozi. Che Mid sempat nyanyi sikit lagu "Ahlan Bina" depan Ustaz tu.. ha ha nak tumpang sekaki gak tu..

Si mamat ni pun, Che Mid 'admire' sangat suara Qasidah dia tu. Syed Alwi Mustafa.. memang mantop habis.. jaga diri baik-baik ya dik.. 

Berdiri di tengah-tengah adalah seorang peminat baru dari Kuantan, Pahang, Mustafa Byrnes Abdullah, dari International School Kuantan, datang sekeluarga ke festival tu, kebetulan duduk bersebelahan dengan Che Mid, maka berborak panjanglah dengan isterinya yang peramah, Puan Mahani. Bila-bila nanti  boleh lah kita jumpa lagi ya..

Akhirnya, inilah MOHRAM di Konsert Amanat Musikhat. Semoga cita-cita untuk membawa konsep ini ke bandar lain di Malaysia akan menjadi kenyataan.. Insyaallah. Sekali lagi, terima kasih TTI..

10 comments:

  1. busy sungguh yer che mid !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tak berapa busy, jadi boleh update blog he he..

      Delete
  2. Tahniah di kejayaan event yg dianjurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bila dah habis dan berjaya pulak, memang terasa hilang penat lelah, bertelagah dsb...

      Delete
  3. Assalam jiranku yang dikasihi.., semoga sihat dan sentiasa diberi kelapangan dalam setiap yang dianjurkan.

    Che Mid, Mila x sabar tunggu citer Deeja ni..he he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jiranku yang disayangi.. ala cite Deeja kat airport tu.. oklah, jap lagi che mid tulis kalau sempat..

      Delete
  4. salam sejahtera CM
    Lama betul mama tak dgr cerita CM.NI Dah baca sampai cerita Rabu tanpa kata.
    Wah tak sangka CM ni org kuat persembahan.
    Teringin juga nak berkunjung ke situ, dulu lalu je. cantik sungguh masjid kristal tukan?

    ReplyDelete
  5. Tahniah... berjaya menganjurkan event dan che mid jadi orang kuatnya.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak kerana berjaya menganjurkan sebuah event yg bermesej..

    ReplyDelete