Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 18 December 2012

Bila 30 orang pergi bercuti..

Salam semua.. entri kali ini sebenarnya dah lama nak buat, tapi sebab tempoh berkabung arwah Nyai, Che Mid rasa elok tangguhkan dulu.

Ini berkenaan dengan percutian keluarga kami. Maksud keluarga kat sini ialah emak, abah dan SEMUA adik beradik yang lapan orang tu. Perancangan yang singkat tapi berjaya! Semuanya bermula bila Che Mid minta pendapat adik-adik untuk mecari tempat bercuti bagi persatuan Che Mid. Alih-alih dia orang pulak yang beria nak ke sana.

Konvoi enam buah kereta bergerak ke PD pada pagi (hampir tengahari)  pada 25 November 2012. Ada yang kereta sendiri,ada yang 'car pool'. Ayan kena jadi driver pada Ain yang sedang dalam pantang tapi degil nak ikut jugak. Empat orang menantu abah tak ikut termasuk Che Abangnya..

Che Mid sangat keberatan nak ikut sebab Farah tak habis SPM lagi, Faris pulak dah keje part taim di McD.. tak de bajet pun ia jugak.. tapi adik-adik ajak juga, rasa tak lengkap bila kakak seorang yang tukang buat kecoh ni takde.. jadi akhirnya Che Mid pergi juga cuma dengan si kecik Deeja dan Ayan je. Duit belanja bagi sikit je, yang lain adik-adik kautim.. 

Baru sampai PD, ada yang sampai lambat sebab bekerja.. Kami menyewa dua apartmen tiga bilik. Satu apartmen, orang perempuan dan satu apartmen lagi untuk orang lelaki. Tapi mak dan abah satu bilik.. VIP gitu ha ha. Tapi anak-anak kecik dan baby-baby semua tinggal dengan ibu-ibu, jadi riuh rendahlah apartmen orang pompuan..

Acik dan Min jadi ketua rombongan, Adik Lina jadi bendahari.. he he asek mengira bajet jeee..sebab  semua perbelanjaan bilik dan makan minum dari awal sampai balik dimasukkan dalam bajet.

Setibanya di resort kami makan tengahari yang telah disediakan, lepas tu check in. Lepas mandi pusingan pertama di kolam mandi. Bagi Deeja, ini adalah percutian pertama yang dia betul-betul faham. (Dah besar kut..) Punya teruja nak mandi kolam, saja berjalan ke dalam kolam.. terus tenggelam la.. dia ingat kolam tu mendatar je macam atas tanah kut.. 

Pada malamnya, kami makan malam di situ juga. Ikan bakar dan gulai kawah menjadi hidangan utama. Lepas tu Che Mid ikut Acik ke Melaka menghantar Adam kolej sebab Adam ada kelas esok paginya. Kami meredah malam pekat mengikut jalan lama PD ke Melaka. Sampai apartmen dalam pukul 12.30 tengah malam. Che Mid dan Deeja masuk tidur, tapi ada yang masih sembang dan minum-minum sampai pukul 3 pagi..

 Pagi hari ke 2.. bersarapan di tepian pantai. Nasi lemak dan roti canai (Atuk Jamil belanja)..menjadi habuan anak cucu.. Atuk Jamil memang nampak happy sangat bila berkumpul dengan anak cucu. Tapi Mak nenek sedikit stress kerana sibuk melayan keletah cucu yang tak sudah-sudah tu..

 Sempat lagi bergambar selepas jalan-jalan di pantai..

 Pemandangan anak-anak dan emak-emak main pasir. Sampai ke hari ni, Deeja masih lagi sibuk mengajak main pasir.. aduii..

 Abahku yang sangat peramah.. ke mana pergi mesti ada yang ditegurnya.. emmm.. tu dengan Bangla tukang kebun pun diinterviu.. he he

 Deeja main pasir lagi..

 Acik dan Min.. mastermind trip kali ini..bersama Abah dan anak-anak. Hujung kiri tu Ayan meriba Deeja..

 Suka betul Deeja jumpa air. Macam-macam karenah anak-anak bila dapat air kan.. Masa buka diaper Deeja sebelum mandi kolam, Ibu pesan," Jangan kencing tau!". Deeja jawab, " Nak kencing kat situ!", sambil tangan menunjuk kolam renang.. Anak Nana si Aidit pulak, mandi dengan berseluar pendek je. Tiba-tiba dah telanjang. Bila ditanya mana seluar, Aidit jawab, " Basah..." ha ha.. Itu belum lagi yang terbalik dan tergolek dalam air. Tak senang duduk ibu dan abah dibuatnya..

 Yang besar sikit akan terjun dan berlawan berenang ke sana sini. Tapi yang bagusnya, mereka ni rajin menjaga yang lebih kecil. Sepupu atau abang yang besar akan jaga adik-adik yang kecik-kecik..Maklumlah jumlah kami hampir 30 orang...

 Selepas daftar keluar hotel, sepatutnya kami balik ke Klang saja. Tapi ada pulak yang bagi idea bagus punyaaaa.. makan tengahari di Melaka. Dari makan tengahari kami jalan-jalan sampai tengah malam baru sampai rumah.Ada yang ter'cuti mengejut' dan ada yang ponteng kelas.. famili punya pasal takpe la kan.. bukan selalu nak dapat semua adik beradik berkumpul sekali gus, walaupun kami tinggal berdekatan. (Gambar di atas tu masa kami makan di Pantai Klebang, lepas tu kami tengok kapal selam, dan ke Bandar Hilir sampai malam..)

 Deeja memang sangat bergumbira ria.. dapat perhatian penuh dari ramai orang..memang enjoy dan tak banyak songel.. good girl!

 Oh.. siapakah gadis-gadis ini???  Ha, inilah adik beradik perempuan Che Mid.(Dua lagi lelaki.. ntah mana ntah melepaknya masa kami berposing ni) Ikut turutan dari yang senior ke junior..dari kiri Che Mid, Acik, Nor, Lina, Ain (dalam pantang anak ke empat tuuu.. baru 27 hari...) dan Nana yang bongsu. Jarak umur kami adalah 40an dan 20an.. tapi bila dah berderet macam ni.. nampak macam sebaya je kan... hik hik Gangnam style lagi you! 

Alhamdulillah, satu percutian yang pendek tapi sangat indah!!

16 comments:

  1. Gambar last tu so switt lah...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bukan senang nak join semua sekali , dua tiga tahun sekali pun payah tau..

      Delete
  3. Hubungan yg akrab itulah yga kakak paling suka CM. Abah/Mak mestilah gembira bila dikelilingi anak-cucu yg ramai. Penat macam mana pun hatinya senang. Seronok kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita tak boleh fikir pada orang sekeliling yang tak nak ngam dengan kita.. buat je apa-apa yang boleh buat adik beradik dan emak abah happy.. pedulika yang lain-lain tu kan.. Insyaallah kita pun akan happy gak..

      Delete
  4. wah meriahnyer.. best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percutian singkat tapi seronok.. terutama utk budak-budak kecik macam deeja tu.. tak habis-habis nak main pasir.. kat umah pun masih sebut-sebut nak mandi dengan sepupu-sepupu lain tu..

      Delete
  5. Memang tergambar kemeriahannya...keseronokannya...pasti tak dapat lupa...dan pasti akan buat lagi nanti di destinasi yg lain pulak, kan..kan..hehe

    ReplyDelete
  6. serupa je muka adik-beradik... terasa kemeriahannya :)



    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha nasib baik satu mak satu bapak.. yang syok ada orang keliru, yang kakak jadi adik.. perasanlah kakak he he

      Delete
  7. Meriah betul percutian cik mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi emak dan abah masih ada, kena buat macam kan kak..

      Delete
  8. meriahnya kakmid bercuti.... bila reramai berkumpul memang seronok la kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yang tua jaga yang muda.. yang muda menyusahkan yang tua.. ha ha

      Delete