Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 17 July 2013

Bukan Kerana Dia Siti Nurhaliza

 Salam everyone! Jom baca artikel ni... bacalah bukan kerana pasal Siti Nurhaliza tapi kerana dia seorang isteri..seperti kita..

_______________________________________________________________________________
 
"syurgalah tempat Siti Nurhaliza," doa Datuk K buat isterinya yang tercinta. hati sangat tersentuh kala membaca kisah Dato' Siti Nurhaliza sewaktu merawat dan menjaga suami beliau ketika ditimpa kemalangan. bacalah kisah selanjutnya. - Admin.

SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum ini, seperti dekat kebenarannya.

Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya pengorbanan Siti.

Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan.

Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat oleh Siti sendiri.

Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti', kala Datuk K sakit.

"Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda.

Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah," katanya bersungguh-sungguh.

Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan tragedi ngeri sebegini.

Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah ujian kasih sayang kita yang sebenarnya.

"Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti.

Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di dalam hati?

"Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.

"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi.

Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kala di depan Datuk K.

"Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.

Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!"

Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata.


http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130716/hi_03/Siti-jadi-jururawat

43 comments:

  1. Rasanya kalau kita pun CM akan melakukan yg sama sebagai isteri siapa sanggup melihat suami terlantar. Betul tak...

    Tapi yg jelas ct mempunyai keperibadian yg baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak.. memang kita akan buat macam tu juga. Tapi Allah menguji hambanya berbeza-beza, ada yang penyabar ada yang kurang sabar. Semoga kita akan tergolong dalam kesabaran dan tabah menjaga suami.

      Delete
  2. Kasih isteri. Hidup yang penuh pengorbanan moga mereka kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka dan kita juga kekal bahagia selamanya.

      Delete
  3. Setiap isteri yang solehah dan taat pada perintah suami pasti akan melakukan sepeti yang dilakukan Siti juga,waktu sakit ni lah ujian sebenar siapa isteri/suami di mata pasangan masing-masing,di sinilah pasangan boleh menilai pasangan mereka...betul tak kak...Siti melakukan segala tanggungjawabnya dengan baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, waktu sakit atau waktu susah adalah ujian sebenar penentu cinta kasih seorang isteri atau suami.

      Delete
  4. sy juga akan buat gitu kak...mmg x mntk apa2 yg buruk...tp dah nmanya pasangan hidup kita...sakit dia...sakit kita gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit dia, sakit kita.. suka akak dengan ayat tu..

      Delete
  5. setuju ngan kak zakie, kecualilah jika kita ade anak2 mungkin tak dpt bg 100% attention kan..apapun siti mmg wanita yg baik..isteri yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki orang lain-lain, ujian orang Allah bagi berbeza-beza juga, jadi tepuk dada tanya iman bagaimana utk menanganinya..

      Delete
  6. naik bulu roma rara membaca nya.sedih nya.yelah,kalau dye nk dye boleh upah jururawat peribadi kan.tapi ni dye jaga sendiri.Alhamdulillah.moga sy boleh jd cm tu nanti.berbkorban demi keluarga.hehehe.akk mohon share artikel ni eh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je share, akak pun share dari orang lain.. utk manafaat bersama apa salahnya..

      Delete
  7. Bukan susah seorang isteri nak msk syurga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan susah dan tak senang juga kut...

      Delete
  8. Kasih seorang isteri melebihi segalanya..semoga kita semua menjadi isteri yg solehah..:)

    ReplyDelete
  9. dgr citer Siti dan Datuk K tak dapat balik berbuka puasa di sebuah sekolah di Tikam Batu seperti tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak balik puasa ni, mungkin balik time raya la kut..

      Delete
  10. Alhamdulillah..isteri solehah..che mid..acik dah sms ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah berbual pun kita secara 'live' kak..

      Delete
  11. alhamdulillah siti menjaga dengan baik...
    setiap isteri pasti akan lakukan mcm tu kann...ins shaa allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, itulah azam setiap isterikan..

      Delete
  12. Alhamdulillah... lucky dapat baca.. dh lama tak beli newspaper.. so Siti Nurhaliza! Buat iktibar untuk kita semua para isteri. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mid pun dapat dari fb je kak.. terus copy kt sini..

      Delete
  13. Alhamdulillah...bergenang air mata baca n3 ni...untung dato' K...


    salam kak, tengs drop by my blog n following mine, saya follow sini balik ye...nice blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih sudi folo balik.. keep coming ya..

      Delete
  14. Setiap isteri akan melakukan sebegitu kalau nak mendapatkan tempat disyurga.Mungkin ada segelintir yang tak mengindahkan ketika sakit.

    Kalau hubby kak Zai pening aje pun dah kalut berbanding kalau diri sendiri yang sakit pura2 buat sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM pulak suka manja-manja, demam je baring je laaa.. nanti che abang datang bawak ubat he he..

      Delete
  15. Salam 8 Ramadhan, Che Mid dan keluarga,

    Terharunya saya... sayang benar siti kepada datuk K.
    Saya tak baca berita, jd tak tau. Moga datuk K diberi kesembuhan. Bila lagi nak dapat doa suami?
    Sedangkan syurga rayyan pun kita dah terkejar2.. apatah lagi tggjawab kita trhdp suami.

    Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami Siti dah cakap isteri dia masuk syurga.. suami kita tak cakap lagi ni.. tetapi semoga kita sentiasa didlm redha suami, Amin

      Delete
  16. saya cukup terharu bila kata2 itu diungkapkan oleh sang suami. oranglain tu saya tak hairan sangat. sungguh..pengajaran buat kita. syurga itu atas redha suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha sungguh-sungguh utk dapatkan redha suami dan seterusny redha Allah.

      Delete
  17. yelah che mid...muhasabah diri baca entri ni.kadang2 dalam rasa kita dah sempurna di mata suami,tapi di pandangan Allah?subhanallah....memang mereka tu jodoh yang sesuai.suka dengar cara siti layan dato' K.


    p/s-->lapolah tengok header che mid huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, sungguh kurang sopan letak gambo header cam tu kan.. tgh carik gambo lain la ni..

      Delete
  18. daokan sajalah mereka yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan mereka dan semua wanita bergelar isteri..

      Delete
  19. Siti memang seorang individu yang kuat dan tabah. Tengok sajalah dia mengharung dunia seni tanpa di cederakan. Seorang lelaki yang ada segalanya seperti Datuk K pasti sedar nilai sebenar Siti Nurhaliza.

    Semoga kita juga dapat mengharung dugaan sebagai isteri sekuat beliau.

    ReplyDelete
  20. Terharu bila baca kisah ni..

    ReplyDelete
  21. bunda dapat rasainya sebab bunda pun pernah ada pengalaman yg sama..

    ReplyDelete