Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 31 July 2013

DAH KENCING TAK NGAKU YA..



Deeja sekarang ni tengah berlatih tak guna diaper. Siang tadi dia tidur atas katil ibu, sangat lena. Tau-tau dah basah. Ibu biarkan je.. memang kena cuci cadar tu. Bila Deeja bangun, dia kata," Ibu, kenapa katil basah? " Ibu jawab, " Deeja kencing tadi". 

Oh, rupanya Deeja tak boleh terima kenyataan dia dah terbeser atas tilam. " Tak la.. mana ada Khadeeja kencing.. " Bebel-bebel dia. " Tengok seluar Deeja tu, kan basah.." Ibu cakap lagi. Deeja kata, " Seluar tak basah pun.." (padahal lencun..). Beria-ia dia kata tak kencing. Bila ibu angkat ke bilik air dia menangis.. akhirnya, ibu terfikir yang Deeja ni malu sebab termelepas kat tilam, jadi ibu kasi can la.. "Ok lah, Deeja tak kencing pun ok.. dah jangan nangis. Tilam tu kena air tadi... "

Barulah Deeja diam menangis..

Moral : Budak pun tahu malu.. 

Satu lagi, Deeja ada 'imaginary friend' tau.. Deeja kata namanya Afiq.. seram jugak ibu tengok dia bercakap-cakap sorang..beria-ia macam 'Afiq' tu ujud.. 

______________________________________________________________________________

Ini satu kisah kelakar pulak.

Satu pagi selepas sahur (dalam pukul 5.30 pagi) Ibu rasa sakit kepala sangat. Teringat yang Faris orang terakhir makan panadol hari tu, ibu pun kejutkan dia.

Ibu    :    Faris, bangun.. panadol kat mana?
Faris  :   (Mata pejam, tapi angkat kedua-dua tangan Ambiklah kat situ..
Ibu    :   Kat situ mana.. aisshh.. cepatlah, nak imsak dah ni...
Faris  :  (terkulat-kulat..)  AKUARIUM!

Aduiii... mamai la tuu...!

____________________________________________________________________________

Satu lagi kisah di bulan puasa. Yang ini terjadi pada anak buah, umur 8 tahun. 

Lepas sahur dia tidur balik sampai siang. Bangun tidur, dia terus mandi dan tukar baju, lepas tu tidur balik. Bila bangun semula dia kata, " KENAPA BAJU ADIK LAIN?"

Ini kes mengigau la pulak...

14 comments:

  1. He he macam2 kisah ye che mid.boleh senyum sorang bila ingat balik

    ReplyDelete
  2. Hahahahahah....comelnyaaaa. Mesti seronok kan kak. Alhamdulillah anak bujang saya mudah dikejutkan bangun sahur... hihihihi.

    ReplyDelete
  3. Kisah Ramadhan yang mencuit hati ya Che Mid.

    Betul tu anak2 kecil pun tahu malu, ibu kena padai tackle sikitlah.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha..... Sila alas plastik yer

    ReplyDelete
  5. Senyum simpul bila saya baca tau che mid...

    ReplyDelete
  6. hehe..budak2 ye, che mid...
    seronok tgk keletah dorang..

    ReplyDelete
  7. Panadol tu dah dimakan ikan kut? Ikan pun dah pening ni, harga makanan ikan dah naik harga

    ReplyDelete
  8. ehehe...comel tuh deeja malu2 yer..
    takper lama2 nanti dah biasa takderlah terkencing lagi..

    ReplyDelete
  9. comelnya deeja.cerita2 lucu semua heheh

    ReplyDelete
  10. comelnya.. sama mcm "memori daun pisang" kat rumah ni dulu2.. hahahha..

    ReplyDelete
  11. Muka comey mestilah tak nak bikin malu.

    ReplyDelete
  12. Sapa ada anak kecik, tahu ler kes kes camnih. Memang berlaku, dan ianya memang lucu!

    ReplyDelete