Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 22 July 2013

Dua jam dari Klang ke Sunway? Apa Sudah Jadi?

Sabtu 5.00 petang.

Che Mid mula memandu dari Klang ke Sunway Resort & Spa. Ada tugas mengacara dan mesti ada di sana pada jam 6.30 petang untuk sesi taklimat sebelum majlis bermula pukul 7.30 malam.

Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan lancar, takde masalah untuk tiba di sana pukul 6 petang. Tapi, itu bukan apa yang berlaku!! Aduiiii!!!

Che Mid terlajak jauh dari simpang naik ke Bandar Sunway. Tersesat hingga masuk ke Kerinchi Link... Lepas tu pusing balik ke hiway, tapi TER masuk simpang ke KWSP. Tak pe lagi la kan sebab dari KWSP tu ada jalan dalam ke Bandar Sunway.. Che Mid boleh terlepas lagi simpang bulatan ke Sunway Pyramid tapi menggagau mencari entah ke mana-mana. Sedar-sedar dah tiba semula ke susur Federal Hiway! Nak buat U-turn, polis sudah blok jalan sebab trafik semakin teruk. Ya lah, orang ramai keluar untuk berbuka puasa. Polis buat jalan sehala menghala ke KL, tapi Che Mid masuk ke Sg Way dan berhenti di hadapan rumah orang. Masa tu dah pukul 6.30. Pihak penganjur dah 'call' tanya kenapa tak sampai lagi!!!

Nampak hamba Allah ni nak masuk ke kereta, Che Mid panggil dengan muka cemas merah padam dah ni. " Dik, saya kena ada di Sunway Resort pukul 7.30, jadi emcee.. macamana saya nak ke sana?". Lelaki tu kata, " Ok, akak keluar dari sini, jalan terus bla bla bla.. " Che Mid potong cakap dia," Dik, saya dah blank ni..". Pandai adik tu pujuk, " Kak, tak pe .. akak dengar saya cakap..." Dan dia terangkan satu persatu.. Apa nak buat, kena ikut je la.. no choice maaaa...

Tapi Allah Maha Baik Hati. Dia bukakan hati lelaki tu untuk tolong. Kebetulan kereta dia di hadapan, tapi Che Mid terasa yang dia akan tunjukkan jalan. Jadi kita pun folo je la.. Memang betul, orang tu memandu hingga masuk hiway.. kemudian dia keluarkan tangan dari tingkap dan mengarahkan Che Mid untuk jalan terus... Sepanjang jalan, Che Mid berzikir dan berdoa, " Ya Allah, Kau tolong la aku demi pihak penganjur.. aku tak dapat bayaran pun tak pelah.. janji aku boleh sampai dan buat keja..". 

Alhamdulillah, akhirnya Che Mid berjaya sampai ke hotel beberapa minit sebelum pukul 7.00 malam. Tekak terasa sangat kering, jari jemari sejuk. Bila tiba di pintu lif, si penjaga lif menyuruh Che Mid bertenang. " Tak pe Puan, tarik nafas panjang-panjang dulu.. saya bawa puan ke bilik tu ya.. tadi saya ke sana, mereka masih belum siap lagi puan..." Wah, bukan main baik lagi dia.. siap escort ke function room lagi..

Memang benar, pengurusan agak kelam kabut tapi team pa sistem sangat 'ngam' dengan Che Mid. Kami terus boleh kerja macam dah lama kenal. Tepat 7.30 majlis dimulakan dengan qasidah pembukaan dari Che Mid diikuti dengan azan Maghrib dan doa berbuka puasa dari salah seorang staff. Nak tau, majlis siapa? Jom tengok gambar!!

Majlis Berbuka Puasa D' Herbs Healthy Sdn Bhd!!
Selain dari berbuka puasa mereka juga mengadakan penyampaian bonus dan bermacam hadiah dan anugerah untuk kakitangan. Permainan dan cabutan nama bertuah pun tidak ketinggalan..dengan tema Hari Raya.


 Jadi emcee pun boleh, jadi asisten pun ok je..

 YBhg Dato' Aliff memang sporting habis.. Masa Dato' buat ucapan aluan, dia kata, " Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis, saya baru kenal dia 10 minit je.. tapi sangat talented.. wajahnya manis, suaranya pun manis.. terkesima saya.." Wah, semangat Che Mid yang tadinya terbang melayang entah ke mana dek kerana sesat barat dan jam sana sini, terus naik memuncak!! 

 Puan Has, staf D'Herbs yang 'menjumpai' Che Mid di Mudah.my. Terima kasih kerana sudi pilih Che Mid, dari berapa ramai deejay dan emcee di internet... itulah rezeki Allah namanya kan..


 Fizi dari Adrenaline Production, PA Sistem

Bos Adrenaline Production, Azim. Mereka ni rupanya anggota band Nitrus, yang dah ada lagu sendiri. Che Mid sempat tengok video persembahan Nitrus band ni.. memang mantopp!!

 Isteri Dato' Aliff Syukri, yang juga Pengurus Besar D' Herbs Healthy Sdn Bhd. Nampak vogue tapi selalu pesan pada Che Mid supaya buat majlis ni santai-santai je..


Reaksi tetamu .. adalah tu yang mencuit hati..

Itu dia kisah Che Mid kali ni. Tu la degil, Che Abang kata nak hantar, Che Mid cakap tak payah..jimat kos..lagi pun tau jalan ke sana.. memang pun, dulu pun pernah buat function dan makan-makan kat tempat tu.. Apa pun, Alhamdulillah Ya Allah.. akhirnya semuanya berjalan lancar dan berjaya. Pelanggan pun happy. Dato' Aliff kata lain kali boleh panggil lagi!...

Ha, pada sesapa kat luar sana kalau teringin nak gunakan perkhidmatan Che Mid.. sila call 013-3672459. Harga spesel untuk followers tersayang!!

38 comments:

  1. Alhamdulillah..akhirnya..che mid dan tetamu ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. pengajarannya, kena bertolak lebih awal dan masukkan masa sesat barat dalam time management ha ha

      Delete
  2. rezeki che mid tu kann...
    tu yg dapat 'menjumpai' Che Mid kat Mudah.my,..alhamdulliah...

    selamat berpuasa che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dan amanah kena buat betul-betul..

      selamat berpuasa juga buat ain

      Delete
  3. nasib baik sempatkan..kalau sy pun mau lemah kepala lutut kalau tersesat camtu..
    apapun selamat maju jaya buat Che Mid..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lady driver la katakan..memang le cepat panik.. tu pun ada yang hon dan jeling menjeling tau..

      Delete
  4. Berdebar2 saya baca kak. Alhamdulullah sempat sampai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kekecohan diperjalanan tidak mengganggu tumpuan kepada tugasan..

      Delete
  5. Seronok tengok che mid makin naik setapak..setapak lagi..dan lagi..dan lagi...
    Tahniah che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, sedang mencuba mencari tempat. Sekarang pelanggan lama dah mula yang panggil balik untuk event seterusnya Alhamdulillah..

      Delete
  6. Semakin lama semakin berkembang rezeki Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sahabat blogger menjadi saksi dari awal mula dulu.. kita tengok sampai Che Mid "terbang' dan satu hari nanti Che Mid akan cerita apa yang berlaku disebalik semua ini..

      Delete
  7. seb baik yer che mid. kalau kita berserah pada Allah swt sentiasa ditunjukkan jalannyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buntu? Tentulah pada Allah tempat mengadu.. bercakap sorang-sorang dalam kereta.. he he..

      Delete
  8. Wah....saya yang baca pun naik panik jadinya...hahahhaa. Syukurlah jadi MC nie dah naturally ada dalam diri Che Mid.

    Oh yer, saya ada niat nak jemput Che Mid. Tapi bukan dalam masa terdekat nie. Majlis kenduri kecil di kalangan ahli keluarga, sudi ke Che Mid datang agaknya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Practise and practise maaaa..

      Eh, mestilah nak datang, Insyaallah.

      Delete
  9. salam che mid
    Meriahnya,jeles i tau

    ReplyDelete
  10. Wahhhh Che Mid dah Terlajak Larisss
    Tahniah.
    Saya ada juga menjual produk keluaran Datuk muda jutawan baru ni
    Tahniah, semoga bertambah hebat

    ReplyDelete
  11. Salam cheMid,
    Saya pula yg terasa cemas... Mungkin sebaiknya kak pergi berteman, barulah ada backup orang tengok jalan.
    Moga kerjaya terus berkembang. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, itu jugalah yang Che Abang bising sangat.. Insyaallah, lain kali Che Mid bawa teman..

      Delete
  12. Salam Tahniah untuk mak che Mid, juga abah dan kak Lina.
    Rezeki tu, kak. Dpt merasa berpuasa di tanah haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. berpuasa di tanah haram, dan insyaallah lailatulqadar di sana.. subhanallah!

      Delete
  13. Saya pulak yg berdebar2 baca kisah Che Mid....
    Alhmdulillah..Allah permudahkan urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey, kena le pandai masukkan unsur-unsur saspen thriller sikit..kan kan kan

      Delete
  14. tu lah ,mujur ada penyelamat...suami kata nak anta tak kasi..kan kan kan...hehehehe...wah murah rezeki akak...saya tak de majlis nak pakai-pakai emcee ni..nantilah kot2 nak pakai ye...hehehehe

    ReplyDelete
  15. salam kenal che mid.. suka blog ni.. senang aje nak kongsikan entry di kelab blogger..terus je copy link entry blog dan paste pada status di atas kelab blogger tu..dan klik post ok.. semoga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, dah buat pun.. jadik! Thanks ya..

      Delete
  16. rezeki buat che mid...alhamdulillah
    selalu baca iklan dia kat suratkhabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tengok iklan, tengok dia kt TV.. tak sangka pulak boleh satu stage he he rezeki le tu kan..

      Delete
  17. Salam Che Mid . dgn dayah sekali terasa berdebar nye..
    Alhamdulillah sempat tiba..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Alhamdulillah semua berakhir dengan baik.

      Delete
  18. ALLAH PERMUDAHKLAN URUSAN CHE MID..SYUKUR..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran tu.. jangan eksyen, kalau ada orang nak anto ya kan je he he

      Delete