Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 14 October 2014

Momen Akhir Sebagai Anak Bujang Ibu

Assalamualaikum sahabat sekalian

Jumaat 10/10/2014

Hari ini Ayan akan bernikah. Saat-saat yang ditunggu tiba juga akhirnya, setelah lebih setahun bertunang. Tiada sebarang persiapan dibuat kecuali mencantikkan dulang mas kahwin dan rantai tangan membatal air sembahyang. Hanya satu dulang..2 in 1.


Tiada lagi barang hantaran dan deko mahal-mahal sebab telah dipersetujui kedua belah pihak, barang hantaran hanya pada majlis tunang sahaja. Duit hantaran telah pun di bank in dua bulan sebelum majlis kahwin dan disahkan semasa ibu dan abah berjumpa bakal besan untuk menetap tarikh kenduri. Alhamdulillah, pihak besan dan menantu juga jenis yang simple dan mudah.

Jam 10 pagi, ibu sibuk menyiapkan daging palembang dan pulut jagung untuk hidangan adik beradik yang datang tengahari ni, (nikah lepas Asar). Ayan menjenguk ke dapur. Ibu tanya, " Ayan tak stress ke nak nikah nanti?" Ayan jawab," Tak nak fikir pasal tu.." Oh, ok..psycho diri sendiri untuk nampak tenang he he..bagus anak ibu..

Tengahari.

Ibu pesan pada Ayan untuk buat solat taubat dan solat hajat supaya tenang dan bersih hati untuk memulakan hidup baru sebagai seorang suami. Itu juga yang ibu pesan pada Epa semasa call dia pagi tadi. 

Ayan kata, " Ibu, napa lutut Ayan ni lemah je.." Tu diaaaa... dah mula panik dah diaaaa!

Siap berbaju Melayu. "Ibu, nampak tak sampin Ayan?"..Tu dia haiii..sampin depan mata pun tak nampak.. Siap dan segak, Ayan bersolat sunat dalam bilik ibu. Ibu biarkan saja Ayan berlama-lama sendirian dengan Yang Maha Esa.

Oh ya, malam semalam kami sekeluarga keluar bersama. Yang terakhir sebelum status bertukar menjadi suami orang. Adik-adik pun dah balik dari kolej, kami keluar membeli kasut Ayan. (Ikutkan Ayan, tak mau berkasut baru..tapi ibu desak juga). Dah dapat kasut, kami minum malam..makan sate, tauhu bakar dan soto. Saja relaks dan santai hingga lupa bergambar... he he

Ahli keluarga ipar duai mula berkumpul di rumah dan bertolak ke masjid sejurus sebelum masuk waktu Asar. Alhamdulillah, bakal menantu juga tinggal sekampung jadi tak timbul soal jauh berjalan atau bermalam.

Usai solat Asar, majlis bermula. Ada sepasang mempelai lagi bakal mendirikan masjid. Sistem audio masjid sangat teruk hingga hadirin tak dengar pun apa buah butir bicara Tok Kadi. Hingga saat berakad nikah pun kami tak dengar, kecuali yang duduk dekat-dekat dengan Ayan apatah lagi jurufoto berkerumun di tepi pengantin. Tau-tau dah selesai ... apa pun Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, anak ibu dah jadi suami orang.





Gambar sejurus sebelum khutbah nikah. Kain baju Melayu tu, mak nenek yang belikan, sekali dengan kain untuk cucu menantu. Songkok pulak, Atuk yang bagi. Sampin..guna yang sedia ada je...


Solat sunat selepas nikah








Ayan berpaling untuk keluar dari masjid. Terlihat dua susuk tubuh sedang memerhatinya. Farah dan Faris. Ayan mendepangkan tangan dan kedua adik meluru pada Ayan dan berpelukan erat tiga beradik. Airmata mengalir tak tertahan lagi, berbaur perasaan suka dan duka.


Tarikh 10/10 itu dipilih oleh pihak perempuan sebenarnya bertepatan dengan tarikh arwah abang Firdaus meninggal genap sepuluh tahun yang lalu. Farah," Ingat tak hari ini hari apa?" Allah..bertambah laju airmata rindu pada arwah abang.

 
Gambar adik beradik dengan kakak baru. Di rumah pengantin perempuan

Malam selepas nikah, Ayan tidur di rumah. Satu bilik dengan ibu tapi atas tilam Deeja. Ibu pun tak sampai hati nak kejut. Agaknya, teringin tidur dekat ibu buat kali terakhir sebelum tidur di 'rumah' baru.



 
Inilah anak manja pengarang jantung ibu yang dah pun bergelar suami. Ibu sentiasa doakan yang baik-baik sahaja untuk Ayan dan anak ibu yang baru, Norshalina Osman. Selamat datang ke dalam keluarga kami sayang! 

Barakallah hulakuma wabaroka 'alaikuma wa jama bainakuma fikhoir

Untuk sahabat blogger sekalian, dengan penuh rendah hati Che Mid teringin sekali menjemput para sahabat semua untuk hadir di majlis menyambut menantu pada 1 November 2014 bersamaan hari  Sabtu di Meru, Klang. Majlis sederhana sahaja tapi tinggi harapan Che Mid jika para sahabat sudi hadir terutama yang tinggal berdekatan. Mohon sangat hubungi Che Mid di 013-3672459 melalui sms atau whatsapp. Setakat ini Che Mid dah ada nombor hp Anim, Bunda, Sudip V Senduk, Aziela, Aizamia, Zaitun, Acik Erna, Aduka Tirana dan beberapa yang lain. Thanks in advance everyone!!

22 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru buat Ayan dan Norshalina Osman.
    Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    InsyaAllah che mid kami cuba hadirkan diri pada tarikh tersebut.

    ReplyDelete
  2. Tahniah che Mid! Moga berkekalan jodohnya hingga ke syurga... terharunya saya plak rasa nak menangis ni... bila dtg giliran saya menghadapi situasi sebegini nanti...

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai semoga kekal hingga ke jannah.

    Bergenang air mata kak zai baca N3 che mid sangat terharu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah selamat semuanya..tahniah ayan , tahniah che mid..semoga bahagia keanak cucu..syahdu pulak baca entri seorang ibu yg terpaksa melepaskan anak bujang kesayangannya nie...
    kalo dok dekat2 nak jugak bertandang nie che mid..)

    ReplyDelete
  5. Selamat menerima menantu che mid.slmat pengantin baru buat ayan n pasangan..kalau dekat boleh juga hadir..ni jauh di lumut..

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Ayan dan selamat pengantin baru. Tahniah juga buat Che Mid dan keluarga menerima ahli keluarga baru.

    Aina baca sambil lap2 air mata.

    ReplyDelete
  7. Sedihnya acik baca n3 ni keluar air mata.bab tido dalam bilik ibu tu ...sedih sangat.anak acik pun lelaki semua..akan sampai masanya

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak dpt menantu baru. Selamat pengantin baru buat pengantin. Semoga rumahtangga yg dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Kak Mid menulis sampai sy pula yg menitis air mata.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...dah selesai dah ...semoga kekal berbahgia hingga hujung nyawa...aamiin

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak dpt menantu.. cantik.. hihi...

    Buat pengantin baru.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. :)

    ReplyDelete
  11. Salam Che Mid. Pertamanya, tahniah kerana mendapat seorang anak lagi. Tahniah kerana telah mengraduasikan anak pertama Che Mid.

    Keduanya, saya menangis sampai berjurai2 air mata bila baca entry kali ni. Macam baca novel pula....huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Tahniah dan selamat pengantin baru. Akk dah ada menantu. Tahun depan timang cucu la pulak.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Tahniah Che Mid, dapat menantu,
    Kat mana majlis ni berlangsung.

    ReplyDelete
  14. Allah... kenapa kakak ikut berairmata tengok adik-beradik bertiga tu berpelukan.. sayu hati kakak dibuatnya CM. Apa-apa pun tahniah dari kakak. Dpt whatsApp CM semalam..

    Kakak doa dari jauh sebab di sini pun ada majlis CM.

    Tahniah dan barakollah...

    ReplyDelete
  15. Tahniah akak..Moga jodoh Ayan & pasangannya kekal hingga ke syurga, Insya Allah..
    Majlis di Meru ? Dekat dah dgn rumah saya tu..:)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. tahniah buat ayan akhirnya slamat bgelar suami.. n tahniah buat akak krn dpt mnantu..

    ReplyDelete
  17. tahniah kak..dah dpt menantu...bestnya buat simple mcm ni...x payah pening2 cari barang hantaran bagai...

    ReplyDelete
  18. tahniah kak..sura terlepas pandang...lama tak singgah blog akak..Tahniah dah dapat menantu..:)

    ReplyDelete
  19. Tahniah, seronoknya dpt menantu...

    ReplyDelete
  20. Selamat Pengantin baru untuk pasangan dan tahniah untuk mak bapaknya

    ReplyDelete
  21. che mid..alahai kenapa saya boleh miss entry che mid ni. saya tunggu2 jemputan kat WA..
    sabar ajalah..
    btw...selamat pengantin baru buat ayan dan tahniah juga buat che mid kerana dpt menantu:-)

    ReplyDelete
  22. Adoiii CM sayu pulak okje baca entri....terasa pulak sedihnya nanti kalau anak kawen huhu...
    Mintak maaf tak dapat dtg CM....bukan tak sudi tp terasa malulah pulak....

    ReplyDelete