Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 23 May 2015

Sayang Mak

Assalamualaikum semua...
Che Mid selalu juga keluar minum-minum dan makan-makan dengan kawan-kawan sekampung..sama-sama kondangan (jemputan kawen) dan lain-lain. Tapi hari tu tercetus idea untuk temukan mak-mak kami pulak..mana yang masih hidup la. 

Bila diingat balik, masa kami sekolah rendah dulu, mak-mak kami la yang menghantar dan mengambil kami ke sekolah. Jadi boleh kata mak-mak ni selalu jumpa la, berbual di tepi pagar sekolah sementara tunggu kami keluar. 

Tapi itu cerita 30-40 tahun dulu...

Bila kami bercadang untuk makan-makan lagi baru-baru ni, saja je pakat-pakat bawa mak. Tapi almaklumlah..ramai kawan sebaya Che Mid ni dah takde mak ayah..atau ada yang uzur. Jadi kami takde la war-warkan sangat takut ada yang sedih pula..




Pesan dengan mak, pakai cantik-cantik he he..umur mak dah menjangkau 66 tahun tapi semua orang kata mak awet muda..

Rohana, Zehana dan Aina datang makan-makan tapi tanpa mak masing-masing. Mak Rohana dah 4-5 tahun meninggal, mak Zehana dah berumur 80an dan tak boleh melihat dan mak Aina pula uzur tak boleh bangun..

Rohana kata dia nak tumpang manja dengan mak kami..memang betul pun. Jumpa mak Che Mid, dia cium pipi..syahdu je tengok. Lepas tu dia hantar gambar kami makan-makan tu pada kakaknya, aduh..kakak Rohana menangis teringatkan arwah mak mereka ...

Bertuah sungguh Che Mid dikurniakan mak yang sentiasa sihat dan aktif. Abah pun sama...memang tak dinafikan nampak tua dah mak-mak kita kan..Allah..begitulah kehidupan..


Roszana pun bawa mak juga..Cik Zaharah..tapi Roszana dah takde abah..

Sepatutnya ada lagi dua tiga orang kawan yang datang bawa mak masing-masing tapi saat akhir tak dapat datang. 

Seronok tengok mak-mak berbual kisah silam. Siap tanya lagi..." Sape dulu kawen ya..engkau ke aku" he he..Tak sedar tiga kali tambah nasi..Sedap katanya.. Jelas sangat ceria mak-mak kami. Kalau lagi ramai mak-mak datang..subhanallah tentu lagi rancak mereka berborak kan..

Suka tengok mak-mak dan anak-anak..yang masing-masing dah menginjak tua..Allahuakbar!!

Makan-makan di Aroma Ikan Bakar Jeram..meninggalkan memori tersendiri. Kami dah janji, bila Rohana balik Malaysia dari Dubai nanti kami akan jumpakan mak-mak lagi..Insyaallah! Reunion mak-mak pulak !!

Eh..tetiba rasa sayu je hati..Kalau nak tau, Che Mid sekarang suka ambil gambar sedara mara yang tua-tua bila ada kesempatan. Nak selongkar henfon jap..

Adik bongsu mak..masih sihat walaupun dah jalani pembedahan buang rahim. Suka manja-manja dengan Cik Ti.. (Gambar minggu lepas)



Abang mak yang sulung. Sangat-sangat sayangkan Wak Long. Sangat-sangat baik orangnya.. (Gambar dua minggu lepas)

Seorang lagi adik mak...Cik Nang... (gambar beberapa bulan lepas)

Susah nak bermanja-manja bila masing-masing dah menginjak usia. Yang tua semakin tua, yang muda pun bertambah tua. Cuma hati rasa gembira dan bersyukur sangat bila nampak mereka ni sihat walafiat. Ya lah..bila ditanya..Macam nilah..sihat orang tua..Allah..


Sesekali terpandang abah..ALLAH ..makin banyak rambut putihnya..makin bertambah kedutnya..makin nampak letihnya.. Suka sangat abah bila kami berkumpul di rumah abah dan baca al-Quran sama-sama. 

Tiada lain yang dipinta..pengakhiran kehidupan yang baik untuk semua mak-mak dan abah-abah. Tak tau bila..tapi hari itu pasti datang jua. Allah Allah Allah...Ampunkan dosa semua ayah ibu kami dan redhakanlah mereka Ya Allah! Aamiin Ya Robbal 'Alamin. 

11 comments:

  1. assalam cik mid...suka tengok mak2 dapat berjumpa semula kan..
    ialah mak cik mid nampak muda lah macam adik beradik dengan cik mid.Bertuah cik mid masih ada makayah dan pakcik2 lagi untuk tempat bermanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..alhamdulillah. Syukur pada Allah diberi rezeki tinggal sekampung. Peluang bertemu sentiasa ada.

      Delete
  2. Aina masih ada mak tapi abah dah meninggal masa Aina umur 2 tahun... Bila pandang kedut2 di muka mak hati jadi sayu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina tentu sedihkan...sebab mak tinggal nun jauh

      Delete
  3. Alhamdulillah...kita masih punya kedua ibu bapa. masih boleh berbakti dan berbuat baik pada keduanya. ya la che mid...mak che mid ngan che mid cam adik dan kakak...huhu...

    ReplyDelete
  4. Mudanya mak Kak Mid, walaupun dah 66 tahun..glowing of elegant aging gitteeww..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak payah ada produk kecantikan pun boleh nampak cantik kan he he..gurau je..

      Delete
  5. Kak, betullah...mak akak nampak muda lagi. Saya pun nak buat mcm akaklah. Ambik gambar pakcik makcik bebanyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aziela..buat tatapan bila masa terluang atau bila mereka dah takde lagi nanti..

      Delete
  6. Mak che mid nampak awet muda.
    Mak kak zai dah meninggal 29 tahun yang lalu tapi ayah masih ada, masih sihat walaupun umur dah 88 tahun.

    ReplyDelete
  7. Mak CM baye kakak okje tau..... okje tengok kakak okje pun mcm masih muda jer, sama mcm mak CM ni. Syukur mereka masih sihat dan mereka beruntung kerana telah sampai umur mereka sekarang. Kita ni tak tau lagi kan CM....

    ReplyDelete