Tentu ramai yang sedang bercuti-cuti Malaysia atau balik kampung kan. Che Mid dan keluarga tak kemana-mana cuti ni. Tapi dah berjalan-jalan ambil angin pada 11 Disember lepas sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Pukul 9 pagi kami gerak ke Kuala Rompin untuk mencari udang galah. Ibu teringin sangat nak makan, walaupun tahu jarak dari KL ke Kuala Rompin tau jauh sangat.
Kami ikut jalan Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Rompin - Muazam - Kuala Rompin . Sepanjang jalan sentiasa ditemani hujan lebat. Tiba di Leban Chondong Kuala Rompin hampir pukul 3 petang. Semua dah kelaparan. Tadi nak berhenti untuk makan bekal yang kami bawa, macam takde tempat untuk berhenti. Lagi pun hujan merata-rata.
Kami makan nasi hidang je lah di salah satu gerai. Ini daging gulai tapi pekat.
Siput sedut kegemaran Farah dan Abahnya.
Masak lemak labu
Ini dia udang galah lemak cili padi. Sekil0 RM85. Sayang sekali, menantu yang sedang 5 bulan mengandung alah pada makanan laut. Tak sampai hati nak beria-ia makan udang ni. Jadi cuma ambil setengah kilo je. Memang sedap udang galah ni. "Fresh n juicy" gitu... Tapi anak-anak tolak kepala udang kat ibu. Ibu sorang telan otak udang... aduiii cepat muak le.. ha ha. Apa pun, tercapai hajat makan udang galah Kuala Rompin, tapi rasanya masak sendiri lagi sedap kut....
Kami tiba di Air Papan Neach Resort, Mersing, Johor lebih kurang lepas Asar. Check in di Family Room berharga RM265/ malam. Simple tapi luas dan sesuai untuk kami bertujuh. Ini pemandangan dari pintu masuk.
Dua katil di luar. Jap lagi kami tolak dua-dua katil ke tepi dinding. Berlonggok bergolek ramai-ramai nanti ha ha
Ini bilik tidur utama. Kami beri peluang Ayan dan Epa tidur di sini. Menantu ibu ni, masih malu-malu dengan kami. Biarlah ada privasi sikit.
Penat berkereta, akhirnya sampai juga ke Mersing ni.
Dari tingkap bilik kami..
Lepas solat jama' Zohor dan Asar, mulalah sesi bermain pantai... lebih pada melayan si Deeja.
Pantai Mersing ini sunyi dan nyaman je. Tak ramai orang datang.. mungkin sebab kedudukan Mersing yang tidak melalui lebuhraya utama menyebabkan ia tak berapa popular. Tak tau lah, kalau masa kami datang je tak ramai... sebab musim hujan pun ya juga.
Dengan boyfriend-boyfriend
Dengan dara dan bakal mak dara.. eh ke mak bujang.. he he.. dah mula nampak perut tu kan..
Ibu nyibuk je kat belakang tu..
Abang teman adik main pasir.. sian adik takde kawan baya-baya dia..
Suka betul dapat baring-baring atas pasir...
Dapat air laut-laut sikit-sikit pun jadilah...
Pastu kutip cengkerang..
Cinta-cinta hati bunda..
Anak menantu bunda..
Menanti senja berlabuh di Air Papan
Lepas Maghrib kami makan malam dengan bekalan - roti jala kesukaan Ayan, cicah kari sardin dan nasi lemak,
Ayam masak campak-campak dan buncis goreng pun ada.
Hari ke 2 pagi, sambung mandi-mandi lagi.
Buli adik...
Abahnya pun sibuk jugak..
Dah jadi duyung..
Abang Aish tolong angkat..
Check out pukul 12 tengahari. Ingatkan ak bermalam di tempat lain tetapi sebab hujan sepanjang jalan, tak boleh nak menyinggah-nyinggah, akhirnya abahnya buat keputusan untuk balik terus ke rumah. Memang tak best tapi faktor cuaca menyebabkan kami terkurung dalam kereta. Waze dan maps tidak banyak membantu. Ada tempat yang kami nak singgah, tapi 'maps' paksa kami berpusing di round about yang sama berulang kali. Keadaan jalan raya kadang-kadang merbahaya juga buat rasa 'takde mood' untuk berantai-santai cuti.
Kami meredah hujan hampir keseluruhan perjalanan dari Mersing ke Pasir Gudang. Sampai Pasir Gudang, kami isi perut di Restoran Kampungku di Tesco Seri Alam. Kali kedua datang ke restoran ni, memang sedap-sedap masakannya.
Faris makan ayam penyet
Pengat labu
Farah's feveret - Nasi Goreng USA
Epa dan Ayan pilih mee hailam dan apa ntah.. dah lupa..
Budak kecik ni memang buah hati abah
Kuat menyakat jugak..
Kakak Farah makan chocolate oreo crepe
Lepas makan, kami ronda-ronda di jalan lengang ni sebelum hantar Farah balik ke UITM
UITM Pasir Gudang - berhenti solat
My heroes
Faris!! Tepi sikit..
Minit-minit terakhir sebelum adik berpisah dengan kakak
Bye bye kakak..
Itulah cerita cuti-cuti kami yang takde apa yang syoknya pun. Tapi kebersamaan sesama ahli keluarga itulah yang sangat-sangat mahal. Alhamdulillah Ya Allah..
Seronok tengok satu keluarga pergi jalan-jalan bersama, iratkan hubungan siratulrahim kasih dan sayang. Pantai tu pun sangat cantik, awan cantik, ikan duyung seronok bermanja...
ReplyDeleteInsyaallah tahun depan ada ahli baru mak long.. cucu pulak. Aamiin.
DeleteAmiin. Muda-muda dan nak jadi tokmak. Lagilah meriah keluarga bila sampai si kecil nanti. Alhamdulillah..
Deletemuat satu kereta lagi tu....mudah nak makan angin bersama
ReplyDeleteBetul. Masih muat satu kereta 7 seater. Nanti ada cucu kena bawa bakul bayi, selit antara dua seat. Macam Deeja baby dulu he he
DeletePantai ni biasa nya padat dengan pengunjung cik mid...agaknya musim hujan kot sebab tu lengang.
ReplyDeleteSedapnya nampak makanan2 tu.
Oh gitu. Rezeki Che Mid dan family. Dah macam private beach pulak he he
DeleteRindunyaaa saya dgn Mersing.
ReplyDeleteHuaaa... nak nangis jap.
Alolo... sekurang-kurangnya buat pengubat rindu laaaa..
DeleteUdang masak lemak dan labu masak lemak putih tu memang faveret bunda...
ReplyDeleteTapi udang masak lemak tu tak macam yang kita selalu masak.. terasa sangat cincainya bunda..
DeleteMeluangkan masa bersama keluarga itulah saat yg bahagia kan che mid..
ReplyDeleteSaya balik kg hubby masa 11.disember tu.. konon nak jalan2 Melaka tetapi hampa juga sebab hujan dan pergerakkan terbatas..
Oh che mid sambil menghantar anak balik uitm..
Memang besar udang tu .. geram tengok..
A ah, sambil menghantar Farah balik Uitm, tapi kami ambil jalan jauh la sebab ke Kuala Rompin dulu he he
DeleteSebenarnya masuk hujung tahun ramai juga yg agak takut-takut main pantai sebenarnya CM. Kalau ke taman tema air rasanya mana-mana pun sesak cuti sekolah ni..
ReplyDeleteApa pun memang moment dgn keluarga itulah yg terindah. Apa lagi ada anak yg belum baligh macam Deeja tu best nak gomol-gomol:)
Betul kak.. tak kisah le kat mana pun kan. Janji sama-sama berkumpul. Itu yang penting..
Deletesukanya tengok ukhwah sebuah keluarga. Moga che mid sekeluarga sentiasa dlam rahmat Allah.. Ameen
ReplyDeleteAamiin. T kasih darling..
DeleteBaru tau kenapa CM nak gi Air Papan....nak menghantar anak ke UITM sekali yee...
ReplyDeletePernah jugak saya sampai sini dulu CM, tp rasanya zaman kecik. Rombongan sekolah hihi...Lupa dah suasananya macamana. Bersih jugak pantai dia ye CM
Assalam. Menarik jugak pantai mersing ye. Boleh masuk envelope untuk jalan2 akan datang.
ReplyDeleteBerjalan satu kereta dah cukup puas rasanya, berbanding dua kereta.. baru havoc.. ;)
ReplyDeletesupreme clothing
ReplyDeletejordans shoes
balenciaga
off white nike
yeezy boost
supreme new york
kyrie irving shoes
yeezy
moncler outlet
yeezy
link Go Here this page web check my source company website
ReplyDeletesupreme clothing
ReplyDeletejordan retro
travis scott jordan
nike sb dunks
curry shoes
golden goose
yeezy shoes
cheap jordan shoes
michael jordan shoes
yeezy gap hoodie