Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 20 September 2011

Anak Disangka Menantu..Aduss!

Hari Raya ke dua di Klang, Che Mid sekeluarga ke rumah Cik Duriah, adik abah. Masa kami sampai ada tetamu, sepasang suami isteri separuh umur dan seorang anak perempuan yang Che Mid tak berapa kenal, sedang berbual-bual dengan tuan rumah di meja utama. Selepas bersalaman kami pun dipersilakan duduk bersekali dengan mereka. 


Che Mid duduk berhadapan dengan pasangan itu, sedang suami masih berdiri sambil mendokong Deeja. Pakcik separuh umur itu kemudian bertanya tanda berbasa-basi. "Er, berapa orang anaknya?". (Orang Jawa, bila bercakap banyak 'nya'). Che Mid cepat menjawab terlebih ramah sambil tangan menunjuk, " Yang ini anak yang sulung,(Farhan), ini nombor dua, (Farah),  ini nombor tiga (Faris) dan yang itu yang bongsu (Deeja)". 

Pakcik tu lantas menjawab dengan muka agak terkejut, " Laaa.. iya ke... Aku ingat yang ini ANAK (sambil menunjuk pada Farhan), yang ini MENANTU (tunjuk pula ke arah Farah), dan yang ITU CUCU! (telunjuk di hala pulak ke Deeja)...! 

Dah ku agak, akan ada orang kata Deeja tu cucu... tapi tak pulak sampai orang kata Farhan dan Farah suami isteri!! Pakcik tu dah terlebih makan kuih raya ke apa???

16 comments:

  1. Terlebih nengok iklan Silky Girl la tu....

    ReplyDelete
  2. hehe... deeja tu penyeri tau kak. pakcik tu terlebih prihatin hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Che Mid,

    Tu orang kata jangan bercakap dulu, mana yang tak perlukan.

    ReplyDelete
  4. heheee... mcm2 andaian ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Belum terlambat lagi utk ucapkan Salam Aidilfitri buat che mid sekeluarga. Kak join rumah baru che mid ya.....:D

    ReplyDelete
  6. Sy tenung2 pic tuh.. logik gak pakcik tuh ckp.. maklum la skrg bdk2 sekolah pun dah ada yg nak kawin..:)
    Jgn terasa tau.. hhheeee

    Selamat Hari Raya dan ampun maaf andai gurau senda mama yana terkasar bahasa..:)

    ReplyDelete
  7. Kalau Farhan tu nampak macho dan mungkin oklah kalau kata dah ada isteri. Tapi Farah tu comel cute lagi macam tak logik kalau ada anak sebesar Deeja... hihi... kelabu terlebih makan ketupatlah tu...:)

    ReplyDelete
  8. Ye lah cik mid, sekali pandang mmg orang akan fikir mcm pakcik tu fikir.. Tapi apa pun, comeynya deeja pakai tudung...

    ReplyDelete
  9. Nizam - Ha ha ya la, dah akak perasan jadi emak dlm iklan tu pulak.. pewitt!

    ReplyDelete
  10. Izan - Betul sangat la tu, tak senang duduk semua orang dibuatnya.. bukan riuh lagi.. dah jadi kecoh!

    ReplyDelete
  11. Kunang-kunang - Ya, betul. Kalau CM jadi dia, takkan cakap apa dalam hati.. takut terasa..

    ReplyDelete
  12. Lia - Hee... Si Farhan kata nak buang jambang dia tu.. ha ha. Umur 21 tahun tapi bila berjambang orang kata 26 tahun...

    ReplyDelete
  13. Kak Imun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga dari CM. Teruskan berbicara di alam siber ...

    ReplyDelete
  14. Mama maman - Si Farah pulak siap pakai kebaya malam tu, memang tak macam umur 16 tahun.. Selamat Hari Raya jua untuk mu..

    ReplyDelete
  15. Kakzakie - Ha ha CM pun rasa macam tu gak, eh masin mulut kakzakie, cepat pulak Farhan tu kawen nanti.. kus semangat!

    ReplyDelete
  16. Azmask - Haa, nantikan entri khas pasal Deeja bertudung.. Insyaallah..

    ReplyDelete