Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 7 January 2012

Tahun ini lebih baik, Insyaallah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Gembira rasa hati dapat bertamu di sini. Selepas minggu yang menyesakkan, kini mula bernafas lega. Si kakak sudah ke asrama, si adik sudah ke sekolah baru, tinggal si kecik bertambah lasak dan omel.

Sebagai pembuka tirai 2012, marilah kita menjadi lebih baik dari tahun sudah. Ke arah lebih keimanan tentunya. Sedikit tips dari Che Mid yang juga serba kekurangan, semoga Allah swt bersama-sama kita.

Kalau tahun lepas bertudung paras bawah sedikit dari leher, tahun ini kita labuhkah hingga bawah dada.
Kalau tahun lepas bertudung dan ber t-shirt tangan pendek, tahun ini kita panjangkan tangan atau pakai inner.
Kalau tahun lepas bertudung dan memakai baju paras paha, tahun ini kita labuhkan hingga atas lutut.
Kalau tahun lepas bertudung dan berseluar legging, tahun ini jangan pakai legging ke luar rumah.. nampak buruk bebenor.. pakai dalam rumah sajalah ya...

Che Mid terkesan sekali dengan anjuran dari adik ipar dalam facebook, dalam waktu kerja.. " Jom solat dhuha.. pukul 10 - 11 adalah waktu paling afdal". Maknanya sudah ada kemudahan dan kesedaran untuk solat dhuha dalam waktu bekerja, mungkin ketika minum pagi. Jika surau berdekatan, ambillah peluang bersolat dhuha dua rakaat kepada sesiapa yang belum mula mengamalkannya. Masa Che Mid bekerja dulu, surau jauh dari ofis.. memang sukar nak buat dalam waktu kerja kecuali kebetulan berada di kawasan surau pada waktu rehat. Bayangkan, kita bersolat sunat khusus untuk kemurahan rezeki di tempat kita mencari rezeki.. Subhanallah!.

Tips terakhir dari Che Mid, andainya kita memandu ke tempat kerja, gunakan waktu dalam perjalanan untuk berzikir - memuji Allah dan berselawat. Contoh - Subhanallah Walhamdulillah Walaila Ha Illallah Wallahu Akbar 100 kali, tak sampai beberapa minit pun.. Insyaallah dipermudahkan urusan harian dan tidak berasa letih. Ingat pesanan Nabi kepada anaknya Fatimah...

Yok, sama-sama ke hadapan walau selangkah cuma


35 comments:

  1. terima kasih kerana mengingati. Semoga tahun ni kita lebih baik dari tahun sudah2...

    ReplyDelete
  2. Salam tahun baru kak, insya Allah moga pasni lebih beringat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mengingatkan.

    Mari sama2 kita mengamalkannya.

    ReplyDelete
  4. insyaallah.. moga lebih baik dari yg sudah2..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Che Mid

    Terimakasih atas ingatan...apa yang disenaraikan dah ada dalam fikiran...cuma nak melaksanakan perlu pelan2

    ReplyDelete
  6. Salam che mid..

    terima kasih..pesanan yg sgt2 bermanfaat..=)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas ingatan kak

    ReplyDelete
  8. betul la k.mid..tak berkenan sgt tgk org pakai legging..baik yg bertudung atau tidak..saya pun dah tanam azam nak start buat solat dhuha..bila tu?..:)

    ReplyDelete
  9. terimakash atas info membaca ayat pendek tu..moga Allah mempermudahkan urusan kita..

    ReplyDelete
  10. Insya Allah..... semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lepas

    ReplyDelete
  11. hani - T kasih sudi singgah. Selamat kembali bertugas ya sahabat..

    ReplyDelete
  12. ajumohit - t kasih sudi baca. Semoga bermanafaat kpd yang menulis dan membacanya.

    ReplyDelete
  13. Zaitun - Dulu-dulu pun Che Mid pun ganas juga bila berpakaian tapi sedikit2 berubah mengikut ilmu yang diperoleh dan hidayah Allah beri.

    ReplyDelete
  14. mama maman - Amin, selamat melangkah.. chaiyok!

    ReplyDelete
  15. Farid - Takpe, niat juga dah dapat pahala, semoga Allah permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  16. Kalamhati - Kadang-kadang nak tulis benda2 macam ni, kena fikir 2-3 kali, yalah, kita bukan ustazah.. tapi sekadar mengingatkan sesama Islam rasanya wajib..

    ReplyDelete
  17. Imanshah - No problem bro.. selamat bertugas kembali..

    ReplyDelete
  18. Saniah - Eh, kena cuba dhuha tu.. niat dah ada tapi skrg ni setan sedang menggoda kaw-kaw punya.. dia kata JANGAN BUAT, TAK SEMPAT, NANTI DULU DLL.. lawan tetap lawan..

    ReplyDelete
  19. Sal - Amin, semoga Allah menetapkan kita supaya istiqomah..

    ReplyDelete
  20. Nizam - T kasih.. bagus juga utk suami mengingatkan isteri... tazkirah tak semestinya lepas solat di surau saja kan..

    ReplyDelete
  21. Eelobor - Amin, sama-samalah memperbaiki hidup di dunia utk kesenangan di akhirat.

    ReplyDelete
  22. azam tahun baru kak mid.... insyallah jadi yang terbaik dari sebelumnya....

    ReplyDelete
  23. Insya Allah...hari ni hendkanya lbh baik dari semalma...bersama perbaiki diri

    ReplyDelete
  24. InsyaAllah kan kak...moga kita jadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya...aminn.

    ReplyDelete
  25. insyaallah cik mid..bak kata biarlah hari ni lebih baik dr semalam..lama tak ke sini..rindu kat cikmid,,,masa balik umah mil hari tu,,teringat kat cikmid,,tapi tak tau alamat

    ReplyDelete
  26. Kazman - Insyaallah, jangan putus asa .. syaitan sentiasa menggoda kiri kanan depan belakang..

    ReplyDelete
  27. Kamsiah - Ya, teruskan ke arah kebaikan dan saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  28. Yus - sama-samalah kita ya dik

    ReplyDelete
  29. suri solehah - t kasih singgah sini..

    ReplyDelete
  30. Salam
    Maaf lambat pulak mama ke sini.
    Bagus pesanan CM tu. Yok kita buat!

    ReplyDelete
  31. mama ju - yok.. jangan tunggu lama-lama, aishh.. mama ju dah ok sangat-sangat la tu...

    ReplyDelete
  32. Salam Che Mid,

    Tip2 yang sangat baik di tahun baru ni Che Mid....tak dak sapa yang boleh ubah diri kita melainkan diri kita sendiri.......

    ReplyDelete
  33. betul tu CM...ibadat tidak terhad di atas sejadah saja...kan?
    nice entry...

    ReplyDelete