Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 3 April 2012

Tou fu.. halal ke..

Semalam, di pasar malam.

Lama tak makan yong tou fu. Suka sangat tapi bila nak beli tu, fikir banyak kali. Was-was tentang halal haramnya. 

Bila tiba di gerai tau fu, Che Mid berhenti.. sambil memikir lagi nak beli ke tidak. Kakak penjual sedang sibuk memotong tou fu pelanggan, Tiba-tiba ternampak suami kakak tadi sedang mengisi raga-raga dengan pelbagai jenis tou fu. Bungkusan tou fu tu jelas tertera logo halal Jakim. 



Saja membuka bicara, " Sekarang ni senang ke dapat tau fu halal?". Abang tu kata, " Kena pilih betul-betul dari pembekal yang betul. Saya memang pastikan ada logo halal. Kalau makanan laut tu, tak kisah sangat tapi kalau bahan dari ayam memang saya tak beli walaupun ada tanda halal... kecuali sosej ni. Harga yang ada halal ni mahal sikit tapi saya beli juga."

Isterinya yang mendengar perbualan kami, menunjukkan semula paket tou fu yang kosong. Memang nampak penampilan abang tu dengan berkupiah, memang dia tahu hukum. Che Mid 'menjolok' lagi, " Besar tanggung jawab penjual ni kan... " Jawabnya, " Hish.. memang besar tanggung jawab peniaga ni.. nak bagi orang makan, kita pun carik rezeki..kena betul-betul tahu halalnya.."

Alhamdulillah, malam tu Che Mid menikmati tou fu tanpa ragu-ragu...

31 comments:

  1. ragu-ragu dah kira was-was..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, akhirnya tak jadi beli..

      Delete
  2. ha'ah la jugak kak mid yee... kami pun suka makan yong tou fu ni... tengok yg jual islam pun main beli je... kena ubah sikit persepsi la macam ni...

    ReplyDelete
  3. nk makan skrg mmg kena waspada, tp sifat penjual ni mmg bagus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sebenarnya tak pernah beli dari dia, sbb ada satu lagi gerai tou fu yang lebih sedap. Tapi ari tu tutup. Saja singgah kat gerai ni, tapi bila tengok tanda halal tu, kami terus beli..

      Delete
  4. betul tu kak mid...nk mkn kat luar sekarang macam2 kena fikir...susahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi masalah kalau ada orang ajak...

      Delete
  5. nak cari peniaga yg ikhlas mcm tu...susah jugak...kebanyakkan pikir untung ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, walau sesama agama pun kan. sbb barang yang baik dan halal selalunya lebih mahal dari yang takde halal..

      Delete
  6. Dah lama tak mkn nya , was2 dan malas nak temuduga penjual.
    Kalau mkn2 kat restoran pun kena mengadap pejual, nak tanya halal ke? ada tu nampak macam ok ,nampak melayu sgt,( 3 kedai berbeza, dekat2) tapi bila tanya toukeh cina, rasa tak selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la c'jai pun lama dah tak beli.... susah nak cari yang diyakini..tapi sekarang ni macam dah banyak pihak yang buka mata tentang status halal ni...

      Delete
    2. Alhamdulillah, kesedaran dan hidayah ada di mana-mana, cuma kita kena usaha lebih sikit utk bertanya..

      Delete
  7. Alhamdulillah..dapat yang halal..terasa yakin menikmatinya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lain kali tak risau nak beli kat tempat tu..

      Delete
  8. sekarang ni makin susah nak mencari yg halal...selalu was-was
    kalau dah was-was...memang dah x boleh lah kan

    ReplyDelete
  9. semoga yang halal2 jer lah yang masuk menjadi darah daging saya selama ini.

    ReplyDelete
  10. Hanya yang peka aje memikirkan soal halal/haram CM... Lihatlah baru 2 hari lepas pasaraya begitu gah dan besar rupanya menipu logo halal... Berapa ramai umat Islam tertipu olehnya.

    Moga makin ramai yg peka macam pakcik yg CM makan tou fu nya tu. Kakak tengok pun terliur juga nie. Pandai juga dia menghias buat org tertawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah kalau ramai peniaga yang menjaga soal hukum hakam.Jangan nak untung saja rezeki yang dapat langsung tak berkat.

      Delete
    2. Kakzakie - otak bisnes yang dipengaruhi nafsu memang tak ambil kira halal haram ni, yang penting untung banyak..

      Delete
    3. Zaitun - Alhamdulillah, harap-harap satu hari nanti pelanggan akan percaya dan tak ragu-ragu utk membeli makanan macam tu kerana semua orang ikut syariat. Amin.

      Delete
  11. Alhamdulillah.. bukan senang nak jumpa peniaga yg tahu hukum, yg mereka tau keuntungan.. kita sebagai pembeli kena sentiasa berwaspada... Yong tau fu memang sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Che Mid di Kedah, sana sini jual tou fu, khabarnya dari Thailand sana...

      Delete
  12. Kalau nak buat steamboat sendiri, mmg susah nak cari halal fishball, tofu & sewaktu dgnnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya juga kan. Kalau penjual pasar malam tu memang dah tau mana nak carik, kita ni yang sesekali nak bersteambot.. memang payah..

      Delete
  13. biasa beli dgn org melayu.. xpnh beli dgn bangsa lain.. n insyallah... nmpk tmpt y slalu beli tu x meragukan.. drp segi pemakaian org y mjual pon mjaga aurat

    ReplyDelete