Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 5 June 2012

Mudahnya Mati (Bah 2)

Jam hampir 8.00 pagi. Dapat panggilan dari kawan baik, Ana. Oleh kerana malam sebelumnya, memang kami ada berbual kosong, jadi aku sempoi je menjawab panggilan tu tapi sebaliknya pula yang kudengar. " Mid, abang Toha dah takde... aku nak ko sekarang..aku nak ko sekarang.." Jeritan dan esak tangisnya benar-benar mengejutkan ku.

Terkedu dan kaget, aku iakan saja kata-katanya. Terus mandi dan bersiap, aku bergegas ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan. Ana merupakan rakan paling akrab. Sebaya umur, kami sama satu darjah di sekolah rendah, sama di sekolah menengah dan kemudian sama-sama menuntut di UiTM. Waktu susah senang ku, dia sentiasa disisi ku, dari muda-muda dulu sampailah dah beranak pinak sekarang.

Tiba di hadapan rumah, sunyi sepi, rupanya Ana masih dalam perjalanan pulang dari sekolah tempat dia mengajar. Tak lama lepas tu, Ana tiba. Ku sambut Ana dengan pelukan, tapi Ana seolah-olah 'blank' dan bingung. Masuk saja ke dalam rumah, tangan terus membuka tudung saji, " La , cengkodok (jemput-jemput) aku buat pagi tadi, tak dimakan pun.." kata Ana lagi seperti orang kecewa. " Aku nak buat apa ni sekarang.... nak kemas rumah lah.." Kata Ana lagi sambil tangan mencapai suis kipas dan lampu". Di 'on off' nya suis tu. Aku hanya memerhati dan membiarkannya tanpa sepatah kata. Rasa bagai tersekat tekak ku. Jelas sekali Ana keliru dan  sangat terkejut dengan musibah yang baru diterimanya.

Kata-kata seperti 'aku belum sedia'... atau  'aku belum ready'.. asyik diulang-ulang.. Terkadang Ana bagai berada di alamnya sendiri.. bersikap 'denial' dan cuba berlagak bagai tiada apa berlaku. Disebabkan itu, aku tak berenggang dengannya. Ke bilik air pun ku turuti dan ku pesan agar sentiasa dalam wudhu'. Bimbang Ana gagal mengawal emosi atau pitam ke, aku terus menguatkan semangatnya dan menenangkannya walau aku sendiri tidak pernah berdepan dengan situasi sebegitu.

Adik dan guru-guru yang menemani Ana dari sekolah tadi mula mengemas rumah dan menyusun perabot untuk memberi 'ruang' pada tetamu dan jenazah nanti. Ana terduduk di sofa dan mula menangis mengenang suami yang baru meninggal dunia. Aku bersimpuh di hadapannya sambil memegang kedua-dua tangannya. Membiarkan sahaja dia meluahkan apa yang terbuku, bahasa badan ku sekadar mengatakan "I am here for you". Bila tangisannya semakin tak terkawal, ku pujuk Ana supaya beristighfar. Kemudian Ana memandang tepat ke mataku sambil mulutnya terkumat kamit beristighfar. 

Apa yang telah terjadi pada suami Ana? 

Jam 5.30 pagi suaminya terjaga dan duduk di atas katil sambil mengurut dada. "Rasa berdebar-debar je dada ni", katanya. Ana mengurut dada dengan minyak angin. Bila mengurut kaki,  " Nape kaki abang sejuk sangat ni.." tanpa mengesyaki apa- apa. Kemudian Ana terus bangkit dan menyediakan sarapan cekodok yang diminta oleh suaminya semalam. 

Ana juga bertanya samada suaminya mahu dia tinggal di rumah atau bekerja, tapi suaminya menyuruh dia ke sekolah. Selalunya akan 'menghantar' Ana ke muka pintu, tapi tidak pada hari itu. Suami Ana, seorang pesara, kemudian menghantar anak angkat mereka, Ari, ke sekolah. Dalam perjalanan pulang itulah, kereta yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan terhenti di tebing jalan raya. Mungkin arwah telahpun pengsan atau meninggal dunia ketika terbabas.. wallahua'lam. Mujur tiada kenderaan lain yang melanggar walaupun jalan tersebut biasanya amat sibuk di waktu puncak.

Orang ramai - saudara mara dan kenalan mula membanjiri rumah Ana. Ana seperti tidak selesa dengan suasana itu. Wajahnya seolah-olah berkata, " Apahal orang datang rumah aku ramai-ramai ni.." Apa tah lagi jika bila ada yang bertanya itu dan ini tentang kematian suaminya.Hakikatnya Ana sendiri Ana sendiri tak tahu banyak pun. Selalunya Ana akan memandangku dengan isyarat supaya aku yang menjawab pertanyaan sebegitu bagi pihaknya. Dan akulah menjadi 'jurucakap' pula. Entahlah.. buat-buat tak faham pulak diaorang ni..

Sementara menunggu jenazah tiba, Ana meminta dibacakan Yaasin beramai-ramai buat arwah. Aku memimpin bacaan dengan senang hati, diikuti dengan doa tahlil.

Kutatap wajah Ana, "Na, kejap lagi suami engkau balik... engkau ready tak nak hadapi ni.." Ana pandang muka ku sambil mengangguk perlahan. Tepat waktu Zohor, tika salah seorang ahli keluarga melaungkan azan untuk bersembahyang jamaah, kereta jenazah tiba. Hujan pula rintik-rintik mula menyentuh bumi. Pilunya suasana bila keranda diusung ke dalam rumah menyentuh hati semua hadirin.



 Jenazah di ambang pintu.. persinggahan terakhir sebelum disemadikan buat selamanya.

 Ana mendekati suaminya.. sedaya upayanya menahan airmata dari tumpah..Sungguh tak diduga.. Pagi tadi elok sahaja di rumah, tengahari cuma jasad kaku terbaring tanpa kata..

 Di halaman, Tok Ketua Kampung mengimamkan solat jenazah diiringi rintik-rintik hujan..

 Semua orang seperti terpaku menanti-nanti reaksi Ana.. Ana pandang aku, " Mid.. What should I do...?". Aku peluk Ana dan kubisik di telinganya, " Kau buat apa kau nak.. ini suami kau.. nak cium ke nak cakap apa ke takpe.. tapi janji kau relaks ok.." Ku angkat tangan Ana dan ku letakkan atas dahi arwah. Perlahan Ana mula bercakap dengan suaminya. Ana minta ampun dan maaf pada suaminya dan kemudian mencium dahi dan pipi arwah berulang kali.




Aku menemani Ana ke tanah perkuburan. Ana kelihatan tenang tetapi sangat lemah. Kelihatan dalam gambar, Ana ditemani anak angkatnya. Di sudut hati, aku gembira kerana pasangan yang tidak punya anak ini mengambil anak angkat yang boleh mendoakan kesejahteraan arwah di 'sana'.

Ana, kalau kau baca entri ni, faham lah ya.. kuabadikan episod ini sebagai kenangan kau dan aku. Bukan sengaja menceritakan kesedihan dan musibah tapi sebagai tanda perkongsian kita untuk sahabat-sahabat di luar sana. Sesungguhnya aku berbangga dapat berada di sisi tika kau memerlukan aku. Kalau boleh, aku nak lama-lama dengan kau, tapi apakan daya tuntutan lain menanti.

Aku dedikasikan entri ini untuk arwah Tohar bin Mat Som. AL-FATIHAH. Semoga dia tenang di sana, dan kau tenang di sini melalui hari-hari tanpa seorang lelaki bergelar suami. Allah pasti bersama hambanya yang sabar. 

44 comments:

  1. asalam ... kak ... al fatihah buat arwah ... menjadi renungan dan iktibar buat yang masih hidup ... amin !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. dan semoga kita boleh menjadi teman sejati..berada di sisi sewaktu diperlukan..

      Delete
  2. assalam che mid..alfatihah buat arwah dan salam takziah buat ana..alhamdulillah ana ada sahabat yang memahami seperti che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kalau dah dia menangis nakkan kita bersama dia.. itulah yang mampu kita buat.. masa kita esok belum tentu lagi kan..

      Delete
  3. Salam Che Mid. Takziah untuk ahli keluarga arwah. Pilu benar saya rasa bila baca entry nie. Terasa sungguh tulus karangan Che Mid nie. Saya harap saya boleh jadi seorang sahabat sejati seperti Che Mid kepada kawan2 saya dan saya harap saya punya seorang sahabat sejati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Insyaallah boleh je.. buat baik dengan orang lain dengan ikhlas dan jaga persahabatan sampai bila-bila..

      Delete
  4. Entahlah CM walau kakak tak kenal pun tapi membaca ini cukup membuat kakak sebak dan luruh airmata. Moga ana tabah dan sabar..

    Khususan ila ruhi Tohar Bin Mat Som alfatihah...

    ReplyDelete
  5. al-fatihah... Semoga die tabah mengahapi dugaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ana semakin kuat dari hari ke hari..

      Delete
  6. Al-Fatihah...semoga rohnya tenang disana. Juga moga si isteri tabah menghadapi hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Ana dikelilingi oleh adik beradik yang sangat mengambil berat dan menyayanginya..

      Delete
  7. Al fatihah.. Catatan akak cukup menyentuh hati.. Moga arwah tenang disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali menulis perkara yang menyentuh hati apa salahnya kan.. buat peduman kita bersama..

      Delete
  8. al fatihah...betapa tabahnya sang isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada pilihan lagi.. Ana mesti tabah.. dan kita juga mesti tabah dan kuat bila waktunya tiba nanti..

      Delete
  9. Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. semoga sahabat akak tu tabah menghadapi dugaan sesungguhnya mati itu pasti.. ajalnya sudah tiba dan kita yg hidup perlu teruskan hidup sehingga satu masa kita juga akan kembali ke alam abadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ini.. tiap yang hidup mesti kembali pada penciptanya..

      Delete
  10. Kak saya yakin kak ana amat2 mrnghargai segala keikhlasan Akak ini, gugur airmata saya membaca entry ini, semoga rohnya dicucuri rahmat alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga che mid akan terus bersedia berada disisinya bila diperlukan.. moga juga persahabatan kami terus rapat sampai bila-bila..

      Delete
  11. Al Fatihah untuk arwah muga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  12. al fatihah buat arwah ye kak... yg hidup pasti akan mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. yang hidup sedang menanti ajal masing-masing.. tanpa disedari..

      Delete
  13. al-fatihah buat arwah tohar bin mat som

    semoga ana dan keluarga terus tabah

    meruntun hati kita membaca kisah ini che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada Ati juga kerana sudi baca entri yang agak panjang ni..

      Delete
  14. Al-fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Amin.

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul... bersabarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Ana kuat dan tabah.. bila CM call dia pun, dengar dia tabah.. cuma dia amat merindui arwah..

      Delete
  15. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Kita semua pun akan menyusul ke sana, cuma waktu nya entah bila.

    Semoga roh Allahyarham ditempatrkan di kalangan roh orang2 yang beriman dan beramal soleh.
    Buat Pn. Ana, semoga tabah menerima ujian ini.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.. bila waktunya sampai tidak siapa boleh menghalang..

      Delete
  16. Sedih rasanya sepanjang membaca tulisan che mid kali ini. Terasa baru sangat peristiwa itu berlaku dan macam tak percaya yang Allahyarham Toha telah tiada lagi. Kami dapati Atie (panggilan kami, sedara mara buat Ana), cukup tabah dalam menghadapi ujian Allah ini, Alhamdulillah, dan kami berdoa semoga Atie terus tabah dalam menghadapi hari2 beliau tanpa suaminya di sisi. Allahyarham Toha, semasa hayatnya, adalah seorang yang baik hati, suka menolong orang yang perlukan bantuannya, pandai bergurau dan suka menyakat amat disenangi oleh ahli keluarga dan sahabat handainya. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh2 orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan pd mas tu jugalah kita dipertemukan.. semoga kita yang hidup terus berbaik-baik sesama kita dan membantu mereka yang kehilangan tunggak keluarga seperti Ana..

      Delete
  17. Takziah pada Ana dan Al Fatihah untuk roh almarhum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin terima kasih kak sudi baca entri ni..

      Delete
  18. Salam, che mid. Takziah kak ucapkan buat Puan Ana yg kehilangan suaminya. InsyaAllah, berkat sokongan dari che mid dan keluarga serta sahabat2nya, Puan Ana akan sentiasa tabah menghadapi hari2 yg mendatang, Amin......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tahu Ana sedang menderita penyakit batu karang dan fibroid.. semoga ana kuat melalui ujian ini tanpa suami disisi..

      Delete
  19. alfatihah
    semoga rohnya tenang disana

    ReplyDelete
  20. Salam ida. Nak cntx ida n Ana x dpt. No hp korang dua2 dah ubah ya? Rinn dpt khabar drpd anak sedara yg sekolah di tempat Ana ngajar. Rasa frust jugak aritu sbb x dpt ckp dgn ida atau Ana. Bila2 ida senang cntx lah rinn ya di no hp yg sama spt dulu. Andai ketemu/tepon Ana sampaikan salam takziah dr Rinn sekeluarga utk Ana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rin.. hey,, no hp kami berdua masih sama la.. takpe free nanti kita contact k..

      Delete
  21. Assalam Che Mid,

    Nangis Mila baca N3 ni, sedihnya. Dulu masa arwah abah meninggah camni juga..pagi 7 Syawal g kerja, x sampai jam 8 pagi, tentera datang beritahu abah dah takde. Macamana mak nangis, macam tulah Mila menangis, sedih x tahan tengok airmata dia jatuh..terkejut.

    Semoga kita semua sentiasa bersedia menghadapi setiap dugaan dariNYA. Semoga arwah suami kawan Che Mid, di tempatkan di dalam golongan orang beriman.

    Al Fatihah....

    ReplyDelete
  22. Al fatihah untuk arwah en Tohar...Seorang yang budi pekerti mulia..
    Untuk Pn Ana.. Semoga diberi kekuatan untuk hari mendatang.
    Terima kasih Che Mid.Dengan entri ini saya dapat tahu yang En Tohar telah pergi buat selamanya.Al Fatihah

    ReplyDelete