Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 30 July 2012

Ular Menyusur Akar...

Hari ke tiga Ramadhan di Taman Dato Bandar.. Che Mid, Farhan dan Deeja beronda-ronda di pasar malam. Nun di simpang jalan besar ke pasar malam, nampak sesusuk tubuh yang macam dikenali sedang memegang mikrofon.

 Ya.. memang betul, penyanyi Nazrey Johani bekas ahli kumpulan Raihan sedang menyumbangkan lagu-lagu terkenalnya menggunakan minus one. Untuk apa dan macamana orang seterkenal dia boleh menyanyi di pasar malam?


Sebenarnya Nazery ini merupakan duta kepada Misi Amal khas untuk membantu orang susah di negerinya, Sabah, terutama orang mualaf di sana. Sambil dia menyanyi, orang ramai yang lalu lalang menghulur derma ikhlas di bekas-bekas yang disediakan.

Siapa sangka penyanyi terkenal antarabangsa sanggup berpeluh-peluh turun padang dalam bulan puasa atas nama kemanusiaan dan jihad fisabilliah. 

Che Mid memang dah sedia maklum tentang kehadiran Nazery sebab telah diberitahu dalam mesyuarat beberapa hari sebelum itu, tapi macamana dengan pengunjung luar yang datang ke situ.. tentu hairan dan tak sangka kan? Anda bagaimana?... Pada Che Mid ini adalah contoh peribahasa ular menyusur akar takkan hilang bisanya..

Hari itu.. suara pujian kepada Allah dan selawat Nazery berkumandang di taman Che Mid hingga menjelang waktu berbuka. Semoga Allah menguatkan hatinya dan hati kita semua untuk sama-sama menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.

23 comments:

  1. Ramai yg mengambil peluang beramal di bulan ramadhan ini Cm kerana tahu ganjaran yg berganda.

    Walau kemana pun dia org tahu dia siapa betul kata CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun juga kan kak.. gunakan 'kelebihan' blog kita ni utk sebarkan kebaikan pada orang lain. Tak banyak sikit tu, dapat gak tempias pahalanya..

      Delete
  2. salah satu usaha yang dia lakukan untuk membantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah beri kelebihan utk digunakan ke jalan yang diredhaiNya..Insyaallah berkat..

      Delete
  3. hebat idea nazrey ni...jarang dapat bertemu langsung dengan orang terkenal ni...dan yang penting niatnya yang ikhlas untuk membantu orang yang dalam kesusahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang pentingkan kelaskan.. biar papa asal bergaya utk kekalkan 'standard'..

      Delete
  4. Replies
    1. Demi Islam, sanggup buat apa sahaja..

      Delete
    2. Hari ke dua puasa Nazrey berada di Shah Alam,kak Zai ada masukan dalam blog.

      Delete
    3. Salam Kak...saje nak bagitau, terperasan yg saya pun ada baju sama macam hubby kak pakai, up renoma...hehehehe

      Delete
  5. ada macam2 cara utk mengajak buat kebaikan kann.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. alhamdullillah niat yg baik tu

    ReplyDelete
  7. X ramai yg sanggup buat cmni kan kak..alhamdulillah..:-)

    ReplyDelete
  8. Cik Mid...berjihad.

    Ramai juga yang dalam bulan puasa ni terkinja2 berfoya2...

    ReplyDelete
  9. Ramai selebriti buat amal jariah che mid tapi kekadang dorang ni lebih kepada publisiti. Kalau macam Nazrey ni boleh percaya skit keikhlasannya.

    ReplyDelete