TIGA HARI SEBELUM RAYA (Khamis)
Che Mid, Che Abang, Farah dan Deeja ke Giant Shah Alam untuk mencari barangan raya... las minit punya kerja la ni.. Bersolat Asar.. sambung shopping dan kemudia berbuka di sana.
Habis berbuka, kami bergerak pulang untuk bersolat Maghrib di rumah. Sampai di rumah, Che Mid bergegas untuk solat, Farah tanya, " Ibu, ada tak bawak masuk henbeg Farah?" Che Mid kata tak. Sibuklah Farah dan abahnya menggeledah kereta kami mencari henbeg. Tak jumpa..Rupanya..
Kereta kami dah diceroboh oleh penjahat yang menjolok tempat kunci pintu hadapan (dalam gambar). Pintu kereta dapat dibuka dan henbeg Farah yang ditinggal atas tempat duduk pun menjadi rezeki penjahat tu. Memang salah Farah sebab meletak henbeg atas 'seat' .. mengundang padah. Tapi alhamdulillah, tiada barang lain hilang tapi esoknya kami terpaksa ke JPN untuk memohon membuat kad pengenalan baru dan kereta pun kena dibaiki. Mujurlah tak mahal mana.
SEHARI SEBELUM RAYA...(Sabtu)
Jam 3 petang dapat panggilan telefon yang paling dimenyampahi.. " BAJU RAYA TAK SIAP!!"...
Rasanya tukang jahit tu dah 'over' menjahit sampai jatuh sakit. Ok.. what to do.. Ingatkan hari tu tak mau keluar rumah dah, sebab nak merendang kat dapur.. rumah pun tak habis dikemas lagi.. Tapi mau tak mau terpaksa juga kami keluar carik baju untuk dipakai pagi raya...
HARI RAYA DAY...(Ahad)
Inilah baju raya kami.. hak yang laki-laki memang tak tukar baju Melayu, masih pakai yang tahun lepas.. hak yang pompuan tu.. kami capai las minit kat Tesco dan Alam Sentral...Nak bergambar sangat pun dah takde mood... ni je satu gambar, menyelit pada abahnya masa tengah makan kat umah mak...
HARI RAYA KE DUA ( Senin)
Kami buat keputusan untuk balik ke Lipis. Sedang berkemas-kemas, baru tersedar... LAP TOP CHE MID HILANG!!... Ingatkan nak transfer gambar ke laptop sebelum balik kampung, tapi tak seorang pun tahu ke mana lappy tu pegi. Faris kata dia dah letak dalam bilik ibu masa malam raya, tapi tak le Che Mid ingat kat mana disimpan lepas tu. Ya la.. raya kan.. time ni la nak sorok menyorok barang.. kasi nampak rumah tu terang sikit..
Sampai hari ni, kami masih tak tau mana lappy tu. Kalu ada orang ambik, nape cuma satu barang je.. lappy Ayan ada atas katil tu.. sentiasa on je.. tapi elok je kat situ.. Kalau ada dalam rumah.. kat mana pulak letaknya.. Tolong carik!!
Kami balik kampung dengan perasaan bercampur baur.. tapi gagahkan juga balik, sebab nak jumpa emak abah mertua yang disayangi dan dirindui..
HARI RAYA KE TIGA.. (Selasa)
Sepatutnya belum balik ke Klang, tapi kereta buat hal lagi. Pintu depan sebelah penumpang dah tak boleh buka langsung. Che Mid kena ikut pintu belakang dahulu baru injak ke depan. Farah pulak nak exam trial SPM selepas cuti raya. Kepala otak pun asyik fikir pasal laptop yang tak tau di mana..Akhirnya kami bertolak balik ke Klang lewat petang tu jugak.
Itulah al-kisah Che Mid sekeluarga pada aidil fitri tahun ini. Che Mid ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran, minal aidil wal faizin, maaf zahir batin kepada semua sahabat blogger jauh dan dekat, nyata dan maya. Sekarang ni sukar sikit untuk berblog sebab lappy dah takde. Harap guna desktop je..
Sebelum undur diri, jom layan gambar raya ni dulu...
Ke pusara arwah Firdaus selepas solat sunat aidil fitri. . Si kecik Deeja sedang membuang daun-daun kering.
Deeja kata ' siram air' lepas tu 'taruk daun'(bunga rampai) atas kubur. Che Mid tunjuk kubur saiz kecik-kecik, "Ini kubur baby".. dia pun suka tengok ada banyak kubur baby...sana sini tunjuk kubur baby..
Deeja tak pernah kenal dengan abang Firdaus cuma tengok gambar saja. Tapi dia boleh faham istilah 'meninggal dunia' sebab selalu tengok drama 'Tanah Kubur'. Che Mid perasan muka Deeja berubah masa kami baca surah Yaasin seolah nampak sesuatu yang asing. Ayan kata, " Adik nampak arwah abang.."
Faris & sepupu..
Deja & Azyan & kak Ili Athira
Che Mid & famili
Nasib baik x der $ dlm henbeg kan...skrg nie mcm2 jenis pencuri...
ReplyDeleteSweet gambar family akak...:-)
Betul tu..tai farah nangis sampai bengkak2 mata...
DeleteChe mid, ko lupa satu perkara .. ko x mention jumpa aku kat kubur !
ReplyDeleteha ha kelalen la... patutnya mabik gambar sekali la...
Deleteselamat hari raya midah... comel betul uztajah Deeja nih.. geramm!
ReplyDeleteustajah deeja tu pun ok gak laa. tahan dia pakai tudung.. tak minta tanggalkan pun..
Deleteassalam che mid..selamat hari raya maaf zahir dan batin
ReplyDeletemisteri jugak kan..kemana laptop che mid
Waalaikumsalam, selamat hari raya maaf zahir batin.. sampai la ni tak jumpa lai..
DeleteSelamat Hari Raya che mid ...
ReplyDeleteBukan main lagi si kecil deeja kat gambar akhir tu.
ha ha deeja jadi mem besar.. she rules everything ...
DeleteSalam adilfitrri utk che Mid dan keluarga..maaf zahir dan batin....
ReplyDeleteSalam,maaf zahir batin dari kami jua..
Deleterasanya masih belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya buat akak sekeluarga...
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin..
DeleteSalam, selamat hari raya che mid sekeluarga..Che mid, Uyut saya (embah Ra)dah meninggal dunia malam tadi.. tengah hari nie kebumikan..Minta sampaikan pada waris2 embah di sana yer..Takut dah ada yang sampaikan lagi.
ReplyDeleteSalam, orang Meru dah tahu.. mak akak pun ke Parit Yaani hari ni..
DeleteSelamat hari raya Che Mid...
ReplyDeleteSelamat hari raya..
Deleteselamat hari raya kak mid....
ReplyDeletepatutnya si pencuri tu yg kena ikat juga bulan2x puase ni... bukan setan aje yg kena ikat
Pencuri yang nak beraya... henbeg murah takde isi pun nampak berharga..
Deleteaduhai seb baik x ape2 yek, but still meriah raya nyer!
ReplyDeleteAlhamdulillah, ujian sangat kecil Allah beri..
DeleteSelamat hari raya k.mid dan maaf zahir batin kot kot ada tersilap kata ya...:-)
ReplyDeletesama-samalah kita ya..
Deletemacam2 hal raya ni...
ReplyDeletetime ni pulak mereka buat hal...
yg pasti raya tetap disambut dgn meriah sekali...
Salam Aidilfitri Che Mid...
ReplyDeleteBab baju raya tak siap yg selalu buat kita takde mood nak raya kan.. mujurlah skrg ni sy hantar kain baju raya pada adik sendiri.. hantar dlm bulan puasa pun insyaAllah dpt disiapkan.. heee... mudah2 dpt jumpa balik lappy tu.. nnt bila2 mesti jumpa balik... selalunya bila kita cari benda lain.. tiba2 dia muncul.. :-D
selamat hari raya kak
ReplyDeletecomel dik ja tu kiut sungguh geram
bersabarlah mungkin ada hikmah dan pengajaran di sebalik apa yang berlaku
amboi Deeja..daddy dia pun berdiri..
ReplyDeleteassalammualaikum che mid...selamat hariraya..
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteNice raya nice pictures. Melihat kuburan itu jadi rindu. Rindu emak dan abah...
chrome hearts outlet
ReplyDeletekd shoes
hermes birkin
yeezy 350 v2
moncler jackets
kevin durant shoes
cheap jordans
yeezy boost 350
yeezy shoes
bape hoodie