Selamat menjalani peperiksaan SPM buat semua anak-anak di Malaysia. Hari ini dah masuk hari ke empat, subjek Matematik Moden dah pun selamat dijawab. Insyaallah, berjayalah anak-anak kita hendaknya.
Hari Jumaat minggu lepas, Che Mid ke sekolah Farah sebab ada solat hajat sempena nak SPM ni. Che Mid meredag hujan lebat untuk tiba di sekolah tu dalam waktu Asar. Sempat dengar sesi ceramah sebelum solat Asar berjamaah. Selepas tu ibu bapa dijemput untuk ke jamuan makan di Dewan Makan. Sebelum tu, guru bertugas mengumumkan yang semua murid dikehendaki menunggu di surau dahulu, cuma ibu bapa sahaja yang ke Dewan Makan.
Tapi Farah tetap menemani ibu ke dewan. Rupanya ada sesuatu telah terjadi (di luar jangkaan la kut..). Jeng jeng jeng... Sepatutnya ibu bapa dijamu dengan nasi ayam goreng berempah dan minuman. Entah macam mana, keterer tu tak datang pada waktu yang ditetapkan. Jadi...
Guru-guru 'terpaksa' menghidangkan kami dengan menu dewan makan yang sepatutnya disediakan untuk pelajar ha ha.. Pada awalnya Che Mid tak tau.. jadi makan je la.. pas tu Farah datang dan beritahu yang makanan untuk ibu bapa tak sampai lagi.
Tu dia menunya.. nasi putih,, ayam kurma dan satu lagi macam sambal.. tapi cair.. Che Mid tak ambik pun..memang lah tak syedap.. tapi diam je.. hai.. teringat masa dulu dulu kat hostel.. hi hi
Pelajar lelaki suka bebeno Che Mid tangkap gambar masa beratur.. dia orang tak tau yang kat depan tu, takde makanan...syiannn..
Tapi yang syoknya, pelajar-pelajar pekena nasi ayam berempah la malam tu! Rezeki Allah bagi.. tak tentu lagi kita punya atau bukan walau mungkin dan dirancang elok-elok..he he patut makan nasi ayam.. dapat kangkung dan kurma!
Selamat menjalani peperiksaan buat anakku Farah dan sepupunya Aidil.. buat yang terbaik!
Yahanana Events
Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?
Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?
Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.
Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
rezeki berbudak tuh la aritu.. hehehe
ReplyDeleterezeki mak bapak makan mmenu dewan makan ha ha
Deletesalam akak...moga anak akak berjaya dgn cemerlang dlm exam.
ReplyDeleteSalam, apa khabar.. terima kasih atas doa..
Deleterezeki Allah.. Dia yg tahu.. walaupun dah dihanyutkan air banjir.. dia tetap dtg..tp klu bukan rezeki, dah nak masuk mulut pun boleh jatuh.. bersyukur dgn apa yg ada.. xyah kira2 apa yg org ada... Insyaallah kita akan tenang.... luv u akak....
ReplyDeleteluv you manyak manyak too
DeleteRezeki buat anak-anaklah Che Mid. Kakak suka juga biarlah anak yg makan sedap dari kita. Tak apalah mak-ayah makak kangkung dgn kurma. Rezeki anak-anak nak periksa dpt makan sedap.
ReplyDeleteMoga Farah dan semua yg terlibat SPM beroleh kejayaan kelak.
Alhamdulillah sejuk hati tengok hati anak-anak SPM nampak gembira walaupun dalam hati Allah saja yang tahu.. kalau dah hari makan nasik dewan makan tentu rasa sedap je, kita ni yang lama tak makan.. alahai..
Deletelama x baca blog awak.. hhahah.. rezeki budak2kan.. dulu2 masa kaklong & kakngah.. menu untuk parent & anak2 sama. Diskriminasi lah pulak ni.. anyway, selamat berdebar ibu dan gud luck utk Farah yang comel cam mak dia & semua anak2 yg ambil SPM.. salam Muharram!
ReplyDeletenak diskriminasi.. langsung tak jadi he he.. ibu cool je sebab tengok farah pun cool je he he Salam muharram to you too
Deletekami sekeluarga mengucapkan selamat berjaya menjalani peperiksaan.... aminnn
ReplyDeleteAmiinn, terima kasih atas doa adik tu
DeleteAda sambal belacan lagi sedap tu
ReplyDeleteSambal belacan power punya kann!
DeleteTerlewat jgk nk sampaikan doa utk farah tp better late than never kannn
ReplyDeleteSy turut doakan farah dan anak2 yg lain berjaya dlm spm ni...ameeeenn
Ameen.. kesian juga pada para pelajar yang terjebak dalamm banjir.. musim demam pun dah bermula kan..
DeleteSalam Kak...teringat masa kat ITM dulu...kalu hari jumaat memang penoh dewan makan...lauk ayam...kalu lauk ikan jeket memang org kurang....tapi sekarang jangankan ikan jeket, bila tanya adik yg belajar kat sana dia siap kata, mana ada dah dewan2 makan ni...heheheh
ReplyDeletedoakan yangterbaik untuk semua ye CM
ReplyDeleteyeezy
ReplyDeleteadidsas yeezy
a bathing ape
steph curry shoes
curry 6
supreme
stephen curry shoes
supreme t shirt
giannis antetokounmpo shoes
kobe shoes
Our site that site Full Report go to this web-site over here find this
ReplyDelete