Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 23 November 2012

Yusri vs Diyanah

Salam everyone!

Pada 10 November lepas, sepupu Che Mid, Yusri Samsuri telah pun diijabkabulkan dengan Nurdiayanahh Md Yunus. Jom kita tengok gambar-gambar ni..(maaf gambar tak sempat edit..)


Sekitar majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan. Che Mid terlewat tiba, sedang elok pengantin lelaki dinikahkan oleh bapa mertuanya.

 Kegembiraan terpancar setelah rasmi menjadi suami isteri.

 Membatalkan air sembahyang ditandai dengan seutas rantai leher dan rantai tangan.

 Suku sakat pengantin lelaki.. sepesen je senyum nya kan..

 Gambar kiri, bapa Yusri, yang tengah berjubah tu bapa Diyanah dan kiri sekali ayah saudara Diyanah

Satu perkara yang Che Mid puji sangat tentang majlis walimatul urus di rumah Diyanah ini ialah, majlis tu sangat ikut syariat. Tiada sanding, kompang berarak bagai.. Tuan rumah pun bebas melayan tetamu.. santai dan relax saja. Makanan pun sedap tapi tak 'over'. Lebih macam 'rumah terbuka' daripada kenduri kawen walaupun tuan rumah nampaknya mampu kalau nak buat majlis yang besar-besaran.

 Diyanah diiringi oleh sepupu dan sahabat baik sejurus menyambut suami di halaman

 Yusri nampak ceria bersama gang bujang!
 
Che Mid suka sangat gambar ni.. Tidak berpandangan tapi terserlah kebahagiaan..
Ini tandanya bila berkahwin dengan pilihan berdasarkan agama, ditambah dengan restu ibubapa, Insyaallah Allah restu juga..
 
Bergambar denga keluarga Yus yang gila-gila..


Ha nampak tu...kakak dan kakak ipar dengan pose gila-gila mereka!
 
Selesai di rumah Diyanah, lepas ni Che Mid tunjuk gambar bertandang pulak ya..

9 comments:

  1. Sallam Che Mid,

    Meriah nampaknya majlis ni, pengantin plak sama cantik sama padan.

    Musim kenduri kawin sekarang ni ye che Mid,
    Tiap minggu ada undangan...

    ReplyDelete
  2. Memang nampak meriah. Paling terserlah, kebahagiaan.

    ReplyDelete
  3. muka happy aja emua.. meriah2... :)

    ReplyDelete
  4. Saya sokong tu....buat yg wajib dan raikan dgn sedara mara..rakan..jiran2 itu lbh baik...takperlu sanding2 ni...dah la buang duit dah buang masa..tapi...masih ramai yg suka sanding kannn....ntah laa

    Saya dulu pun tak sanding...k.mid ? :-D

    ReplyDelete
  5. suka sangat.. ai pun suka sangat sederhana macam ni.. InsyAllah kalau ada rezeki mari bersederhana..

    ReplyDelete
  6. assalam che mid..meriah kenduri..semoga pengantib baru kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kedua2 mempelai hidup bahagia sampai ke hujung nyawa.

      Delete